Assalamualaikum semua :)
Salah satu perkara penting yang saya belajar selama 3 tahun bersama bisnes Shaklee ialah kepentingan menguruskan kewangan peribadi. Pada saya, tak guna bersengkang mata siang malam uruskan bisnes, jika tak nampak hasilnya, atau hasilnya nampak sementara. Dan apabila saya semakin menyelami keperluan anak buah saya dalam group bisnes, saya sedar yang kami semua punya impian serupa iaitu mahukan financial freedom.
Bercakap tentang financial freedom, ramai pandai sebut, tapi ramai juga tak faham apa yang mereka sebut itu. Dan paling ramai ialah golongan yang tidak tahu apa nak buat untuk mencapai financial freedom. Sebenarnya financial freedom tidaklah complex sangat pun. Kalau anda tanya saya, jawapan mudah dan ringkas saya ialah:
"...keupayaan untuk saya hidup dengan selesa, TANPA RISAU walaupun saya ada bil nak dibayar, saya ada hutang perlu dilangsaikan. Dan saya mahu sentiasa ada duit untuk saya bersuka ria dengan keluarga dan kawan- kawan, dan saya ada cukup duit sekiranya ada keperluan mendadak, dan saya ada lebihan duit setiap bulan..."
Pada saya, financial freedom bermakna fikiran saya tenang. Dan sudah tentu hari- hari saya berdoa, saya mahu lepas bebas daripada unsur riba dan mahu menyucikan pendapatan kami sekeluarga.
Menyedari tentang pentingnya pemahaman terhadap financial freedom, Start Bright Series 2015/16 yang dianjurkan oleh group bisnes Shaklee kami (Puteri and Friends) memperkenalkan topic baru iaitu Personal Financial Management. Minggu lepas, kali pertama ia dikongsi dengan detail oleh suami saya Master Aznin Ghazali berbekalkan pengetahuan dan pengalaman mempraktikkan konsep 6 Jars sejak kami berkahwin. Ada banyak perkongsian menarik, bukan saja tentang konsep ini tapi juga bagaimana ia boleh membantu pasangan suami isteri memperbaiki pengurusan kewangan keluarga. Dan sudah tentu ia beri lebih banyak sebab kepada setiap keluarga untuk menambah pendapatan mereka melalui bisnes sampingan seperti Shaklee.
Kami amat berharap topik ini memberi manfaat kepada semua ahli group PAF yang hadir ke kelas, dan kami sangat- sangat menggalakkan supaya yang lain juga turut serta. Pada sebelah pagi kita belajar tentang produk dan isu kesihatan serta penyelesaian nutrisi, dan pada sebelah petang kita belajar tentang pengurusan kewangan, sumber pendapatan dengan Shaklee dan bagaimana cara terbaik untuk memulakan langkah pertama bersama bisnes ini.
Untuk baca pengalaman- pengalaman peserta Start Bright Series minggu lepas, boleh lah klik link- link di bawah ini:
Cik Bella Rina
Mummy Firas
Master Aishah Amin
HUBUNGI SAYA untuk mengetahui peluang menjana pendapatan dari rumah:
Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
No comments:
Post a Comment