Seminggu ini hangat dibincangkan di Facebook (mana lagi ye tak??) tentang umur bersara yang dibaru yang dicadangkan oleh Cuepacs iaitu daripada umur 60 ke 62 tahun. Saya sukar nak bayangkan bagaimana pekerja di usia 60-an boleh lagi bekerja, bila melihat Abah sendiri dah berusia 60-an, memang nampak tidaklah cekap dan cergas seperti dia di usia 50-an.
Tetapi saya tidak boleh guna Abah saya sebagai contoh yang baik untuk isu ini, sebab Abah saya bukan dari golongan profesional pun. Usia dan kudrat muda beliau banyak dihabiskan bekerja di kebun getah sehinggalah kami bersekolah. Jadi ia berbeza dengan golongan profesional yang bekerja di pejabat- pejabat, yang mungkin lebih banyak menggunakan otak, saya buat kesimpulan ringkas, mungkin mereka lebih cergas dan cerdas berbanding Abah saya.
Dan jika kita lihat pula golongan elit dan berpendidikan tinggi, rata- ratanya masih cergas, cerdas dan masih giat menyumbang buah fikiran untuk masyarakat seperti Tun M dan Tan Sri Ashad Ayub. Mereka berdua berusia lebih 60 tahun, dan tidak pula ada masalah untuk bergiat aktif. Dan saya teringat professor yang jadi bos saya pertama selepas graduate dulu, warga emas juga tu, tapi masih giat buat research and menulis. Cuba haru biru sikit sebab age gap yang jauh, kadang- kadang dia ingat saya boleh baca isi hatinya, pitammmm!
Kesihatan di usia 60-an
Agak menarik bila rakyat Malaysia melihat warga emas sebagai golongan yang tidak produktif dan banyak penyakit. Tapi tak boleh juga nak disalahkan pendapat ini, kerana sekarang orang dewasa di usia 30-an pun dah macam- macam penyakit ditanggung.
Jadi kitaran hidup kita yang ringkas ini, kita ada dua pilihan:
mati awal atau;
hidup lama.
Sudah tentu lah semua nak hidup lama kan? Pilihan seterusnya ialah:
hidup lama dan sakit;
hidup lama dan sihat.
Dan kita kena buat pilihan lagi,
bersedia untuk hidup lama dengan penyakit
bersedia untuk hidup lama tanpa penyakit.
Oh banyaknya kena fikir kan? Tak mengapa, otak yang sering berfikir adalah lebih aktif, dan otot otak yang aktif akan memanjangkan usia kita, InshaAllah :)
Rakan saya beri pendapat yang menarik semalam di Instagram. Dia kata, dia suka bekerja hingga tua, sebab ia akan buat brain lebih aktif berbanding duduk rumah tanpa aktiviti. Saya sangat bersetuju bab active brain tu, sebab boleh elak nyanyuk awal juga. Menurut Tony Buzan, otak kita ni perlu 4 perkara, iaitu Oxygen, Nutrition, Love dan Information. Jadi walaupun dah tua, kena feed otak kita dengan information juga, tak boleh duduk diam saja kan. Bab nutrition untuk otak tu, kita bincang lain kali OK? Shaklee memang ada produk premium untuk tujuan tersebut. Awet muda bermula dari sel tau!
Kewangan di usia 60-an
Nah, ini lagi satu perbincangan hangat. Ada yang kata, eloklah bekerja, kita tidak mahu miskin selepas bersara. Jika pencen awal, pendapatan akan berkurangan, jadi elok lah sambung kerja, dapat gaji macam biasa.
Dan ramai juga berpendapat, buat persediaan sekarang, KWSP saja tidak cukup untuk menampung perbelanjaan di masa depan, apatah lagi jika masih ada anak- anak yang bersekolah. Perlu ada tabungan dan pelaburan untuk tujuan tersebut. Itu belum lagi termasuk wang untuk menampung keperluan perubatan (again! tua dan sakit yang sinonim!).
Cuba lihat statistik dalam gambar ini, dan fikir adakah anda sebahagian daripada majoriti rakyat Malaysia yang tidak bersedia untuk mengharungi usia bersara. Samada kita pilih untuk bersara awal atau pun tidak, kita tetap kena bersedia.
Keluar daripada 'rat race'
Saya telahpun memikirkan hal ini pada tahun 2009, selepas saya melahirkan anak sulung kami. Saya berbincang dengan suami, dan kami setuju yang jumlah caruman KWSP kami sangat sedikit, dan masa tu kami tiada tabungan langsung. Bila anak kedua lahir, saya semakin panas memikirkan pelan kewangan sekeluarga. Saya lihat beberapa orang colleagues yang sudah melepasi usia 50-an dan masih bekerja, saya jadi tidak seronok dengan kenyataan ini. Saya tidak ada masalah dengan aktiviti bekerja, tapi saya ada masalah dengan aktiviti 'rat race' yang terpaksa ditanggung sejak muda hingga tua. Saya mahu keluar daripada 'rat race' seberapa segera yang boleh.
Alhamdulillah saya bertemu dengan peluang bisnes Shaklee, dan telah pun mula mengeluarkan diri daripada 'rat race', walaupun belum secara keseluruhan. Saya masih perlu bekerja, tetapi sudah mula ada waktu fleksibel, tidak perlu lagi huru hara dalam traffic jam atau bersesak dalam LRT. Saya ada income, tetapi jauh lebih banyak berganda daripada makan gaji. Dan paling menarik, saya boleh tentukan tahap kenaikan pendapatan bulanan saya juga. Kini kami sedang berusaha untuk melangsaikan hutang- hutang lapuk dan menjaga aliran tunai sekeluarga. Tabungan dan pelaburan juga sudah dimulakan dengan aktif dan InshaAllah kami ada plan kewangan sebagai cushioning di waktu- waktu mencabar seperti sekarang ini, terutamannya menjelang kenaikan harga sempena GST yang kita nanti- nantikan!
Anda bagaimana, apa pelan anda?
HUBUNGI SAYA untuk mengetahui peluang menjana pendapatan dari rumah:
Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
No comments:
Post a Comment