Tuesday, March 10, 2015

Sibuk berbisnes Shaklee, anak pula terabai?

Assalamualaikum semua :)

Tengah hari tadi saya ada sesi discussion dengan leader saya, Puan Asmaliza. Dua jam juga kami duduk berbincang dan bertukar fikiran tentang goal setting untuk cycle baru 2015/16. As datang tepat jam 11, sepertimana yang dijanjikan, dan saya sempat menyiapkan makan tengah hari anak- anak sebelum As tiba. Antara topik yang jadi perbualan termasuklah cabaran untuk menguruskan bisnes di rumah di samping perlu fokus kepada anak- anak yang sedang membesar.

Beberapa bulan lepas, As berhenti kerja dan mulakan bisnes Shaklee secara full time di rumah. Anak kecilnya kini tidak perlu lagi dijaga oleh ibu mertua (yang tinggal berhampiran). Katanya anak semakin clingy, dan sangat sukar untuk dia fokus kepada kerja bisnes sepanjang hari. Anak lelaki As, sedang menginjak usia 2 tahun, dan semakin lasak. Memang mencabar.

Saya berkongsi cerita yang hampir serupa dengan As. Pada bulan- bulan terawal saya berhenti kerja, saya telah hantar Aliyah ke sekolah. Ketika itu dia berusia 4 tahun. Adam pula masih bersama pengasuh. Jadi memang saya ada masa yang cukup untuk fokus kepada kerja bisnes.

Tapi keadaan berubah apabila suami saya ikut berhenti kerja dan kami sama- sama buat Shaklee full time. Adam tidak lagi dihantar ke pengasuh, dan terus ikut Aliyah ke sekolah. Adam masuk sekolah awal, umurnya ketika itu 2 tahun setengah. Jadi kalau dulu saya ada masa hingga jam 5-6 petang untuk buat kerja bisnes, kini saya hanya ada hingga jam 3 petang saja. Selepas jam 3 petang, kami ambil mereka di sekolah, dan memang tak sempat lagi nak tengok bisnes dan lain- lain.

Tahun ini semakin pendek waktu mereka di sekolah. Kami buat keputusan untuk ambil mereka jam 12.30 tengah hari dan sama- sama boleh lunch di rumah. Ada beberapa sebab kenapa kami tukar jadual, dan salah satu ialah, Aliyah tidak selera makan menu sekolah. Ada masa dia makan, ada masa tak makan. Dan Adam pula akan meragam setiap kali ambil jam 3 petang, sebab baru je tidur dah kena kejut pula. Jadi kena adjust.

Mengapa anak terabai? 


Hakikatnya, walaupun ibu- ibu Shaklee sering menyatakan syukur dapat bekerja di rumah, dapat jaga anak- anak, tetapi berapa ramai yang benar- benar ada masa berkualiti dengan anak- anak itu? Saya sendiri sangat kekok dan stress, kerana anak- anak sangat clingy walaupun saya sudah berhenti kerja dan ada bersama mereka lebih 12 jam sehari! Dulu Aliyah hari- hari akan tanya "Mama tak pegi mana- mana kan? Mama duduk rumah kan?" Dan kalau saya "hilang" sekejap pergi tandas pun, mereka cari! Aiyaiyai!

Terus- terang saya katakan, ketika itu saya sering marah- marah, terfikir "eh kenapa aku lagi stress ni??" Mesti ramai yang noticed, anak- anak akan ganggu kita setiap kali kita nak pegang handphone atau laptop. Duduk saja di meja study, nah mereka pun datang mintak itu dan ini. Akibatnya kita boleh naik angin, dan pasti anak- anak kena marah.

Oh wait, bukan ke dulu janjinya nak bekerja di rumah demi anak- anak? Kenapa mereka sering dimarahi pula?

Ibu- ibu perlu teguran!


Di rumah, suami saya adalah auditor paling baik kepada saya. Dia keluarkan arahan "no phone, no gadgets" at dining table at any time. Dan dia akan tegur "they need your attention" bilamana dia nampak saya stress bila diganggu waktu kerja. Bukan mudah untuk saya terima dan adjust sebab pada saya, hey saya perlukan waktu kerja ini, ini bisnes saya, ini punca pendapatan keluarga kita! Tetapi yang pahit itulah sebenarnya perlu kita ambil dan jadikan pengajaran. Sebenarnya anak- anak ini, bila diberi perhatian tip top 2-3 jam, mereka akan behave selama 4-5 jam, memang berbaloi! Pastikan emosi mereka OK, perut kenyang, mesti happy tak kacau Mama! Dan memang special bonding mak-anak ni, walaupun ada Ayah, Mak jugak dicari kan? Hahaha! Tapi kadang- kadang saya bisik pada mereka "eh Ayah kan ada? Pegi lah mintak kat Ayah pulak, take turn, kejap lagi Mama pulak ok?" Theeheeeheee!

Uruskan masa, uruskan anak- anak, uruskan bisnes. 


Kini banyak yang telah berubah. Saya semakin pandai, walaupun belum perfect, menguruskan masa. Saya sudah ada ruang untuk bersendiri di awal pagi, dan bersedia melayan kerenah anak- anak tepat jam 7 pagi. Saya dapati selepas solat Subuh, saya perlukan beberapa ketika untuk menyusun fikiran saya. Saya perlukan masa untuk refleksi, saya perlukan masa untuk berdoa lebih lama dan lebih tersusun. Mindset pagi- pagi memang kena jaga elok- elok. Kalau dah kacau bilau, memang akan berjangkit dengan anak- anak. Habis takkan mak anak semua nak melalak pagi- pagi betul tak?

Anda perlu 2 jam sehari untuk bisnes. 


Saya sering berkongsi dengan downlines saya, tentang bagaimana sebenarnya kita perlukan 2 jam saja untuk fokus bisnes, terutama yang buat secara part time. Tidak ada sebab untuk kita melalut lebih dari 2 jam sehari. Apa dihadap Facebook pagi ke malam betul tak? Yang penting setiap hari, pastikan ada check list dan activities based target yang perlu dicapai. Ikut saja list tersebut, dan selebihnya spend masa bersama keluarga. Kalau perlu membaca, ajak anak- anak pun membaca. Kalau Mak pegang buku, ajak anak pegang buku. Kalau Mak nak tulis nota, beri anak- anak pen dan buku seorang satu, involve them regularly.




Oh lagi satu saya ingin berkongsi, untuk yang buat Shaklee full time pastikan jam 5 petang dah tutup laptop dan sebagainya! Kalau dah ada time freedom, kenapa nak bekerja sampai jam 12 malam, betul tak? Dan untuk yang part timers, bangun pagi lebih awal, 4-5 pagi untuk siapkan kerja berkaitan bisnes. Tapi ingat, pastikan ada CHECK LIST apa nak buat. Jangan bangun awal lepas tu mengadap Facebook jugak, apa pun tak boleh siap!


HUBUNGI SAYA untuk mengetahui peluang menjana pendapatan dari rumah: 
Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...