Sementara menunggu my team members datang rumah tengah hari ni (ada discussion tentang goal setting for new business cycle), saya nak menulis tentang bagaimana perubahan pengurusan masa saya, sejak bekerja di rumah, sejak anak seorang hingga anak dah nak masuk tiga orang!
Walaupun dah setahun saya bekerja di rumah, jadual dan pengurusan masa saya tidaklah smooth dan perfect sejak awal. Mula- mula dapat kebebasan bekerja di rumah, semacam ada culture shock. Kalau kawan- kawan lihat update Facebook saya, pagi- pagi lagi dah melepak kedai kopi! Memang lah kerja bisnes saya ni, berada di mana- mana pun boleh jalan, tapi kadang- kadang memang buat masa lebih daripada being productive. Pada ketika itu, suami saya masih bekerja, jadi sorang- sorang lah melepak, window shopping dan macam- macam lagi, sementera anak di sekolah hingga jam 3 petang.
Kemudian suami saya pula join bekerja di rumah, sama- sama mengusahakan bisnes Shaklee. Pada masa ni dah ada slow down sikit bab melepak hehe. Suami saya suka duduk di rumah, sebab internet pun lebih laju hahaha! Dan kami isikan pula waktu pagi hingga jam 2 petang bertemu downlines. Kadang- kadang breakfast, kadang- kadang lunch time. Memang terisi, tapi agak rushing bila kena balik dah ambil anak- anak pada jam 3 petang. Masa ni jarang sekali saya masak lunch, dan yes memang agak costly kalau hari- hari lunch di luar.
Berganjak ke penghujung tahun lepas, sekitar bulan Sept- Oct, saya mula buat plan untuk sediakan lunch di rumah. Setiap pagi, suami akan hantar anak- anak ke sekolah, saya akan mengemas sikit- sikit, dan mula buat kerja. Jam 11 pagi mula start memasak. Tetapi tak lama rutin ni, sebab saya mula mabuk- mabuk pulak! Jadinya sebelah pagi spend masa tidurrrrr je. Huh memang lemau dan lunyai, tak seronok langsung!
Dalam bulan November, mabuk- mabuk dah agak OK, dan kami buat keputusan untuk mulakan tahun persekolahan anak- anak dengan jadual baru. Anak- anak kini akan balik jam 12.30 tengah hari, lunch di rumah saja, tak perlu lagi di sekolah. Jadi saya memang kena sediakan lunch untuk sekeluarga. Jadual harian pun kena adjust, dan saya kurangkan buat business appointment di sebelah tengah hari atau petang. Mujurlah kerja bisnes ni sangat sangat fleksibel!
Sebenarnya nak prepare lunch untuk family saya sangatlah simple. Maksima pun 3 jenis benda kena masak iaitu nasi, lauk, sayur. Tak sampai sejam dah siap. Tapi yang penting, bila anak- anak balik, mereka nak saya duduk di meja makan, layan dan berborak dengan diaorang. Lepas makan, mandi dan solat. Masa ni pulak kena jenguk homework kalau ada. Biasanya Aliyah nak siapkan homework di sebelah petang. Lepas tu boleh buat apa dia suka. Adam pulak kalau tak tidur, dia buat sepah je la hahaha!
Saya perhatikan makin lama, makin cekap saya uruskan masa. Dan makin lama, memang makin sayang nak buang masa tak tentu pasal. Sementara anak- anak di sekolah ni lah nak buat kerja, nak baca buku. Memang saya tak menonton tv lebih dari 30 minit sehari. 10 minit pun susah. Dah takde keinginan dan minat, padahal dulu saya ni hantu tv kot! Dulu boleh spend masa berjam- jam layan Youtube, sekarang ni takde dah keinginan.
People might think I lead a boring life, only works and family (eh that sound rather balance no hehehe). And at my age now, frankly I don't need so many friends, to hang out or to meet. Enough with a few that really matters :) And I am getting so much better at switching off my phone and laptop after 8pm!
I don't mind having piles of laundry unattended though LOL! |
Hubungi saya untuk mengetahui peluang menjana pendapatan dari rumah:
Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
No comments:
Post a Comment