Are you the right person to cope with money issues? |
Sebenarnya juga, selepas anak pertama lahir, lahir juga kad- kad kredit baru milik saya dan suami. Sebelum itu, kami telah menjelaskan semua kad kredit dan sangat seronok berbelanja dengan tunai saja. Tetapi apabila perbelanjaan meningkat (tapi gaji tetap sama), kami terpaksa berbelanja dengan kad kredit pula. Dan ketika itu juga, kereta kami semakin bermasalah, dan hampir setiap bulan pasti ada masalah yang perlu diperbaiki segera. Hidup berkeluarga dengan anak kecil, kereta mesti dalam keadaan baik sentiasa, kita kena sentiasa bersedia jika keadaan memerlukan. Maka berlonggok- longgoklah lagi hutang kami berdua.
Pada masa yang sama, kareer saya semakin berkembang dan memerlukan saya banyak ke luar negara. Dengan jawatan dan tanggungjawab baru, saya perlu membuktikan kepada majikan yang saya memang layak, dan saya mahu memberi nilai yang lebih kepada resume saya sendiri. Ini adalah salah satu strategi untuk membolehkan saya lebih konfiden jika mahu memohon kenaikan gaji, ATAU sekiranya saya mahu bertukar kerja dan mahu memohon gaji yang lebih tinggi. Sekali lagi, semuanya berkaitan dengan duit, dan saya sentiasa mahu duit yang lebih. Tiada jalan bagi saya selain menurut tuntutan kerja, termasuk meninggalkan suami dan anak beberapa hari hampir setiap bulan.
Dalam kekalutan saya bekerja dan mahu gaji yang lebih, pada satu hari, saya bertanya kepada suami,
"Cukup tak EPF yang kita ada ni, untuk kita sekeluarga selepas kita pencen?"
Jawapan ringkas suami saya,
"Tak cukup"
Saya mengeluh, tapi kami berdua tiada langsung idea untuk merubah keadaan ketika itu. Hanya satu saja yang kami tahu, kami mesti cari kerja lain yang menawarkan gaji yang lebih lumayan.
Bersambung....
HUBUNGI SAYA untuk mengetahui cara menjana pendapatan dari rumah:
Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
No comments:
Post a Comment