Satu lagi post menarik tentang salah seorang leader dalam group Puteri and Friends, iaitu adik bongsu saya, Puteri Hafiza. Memang standard lah kan, bila kita jadi ahli beli produk, kita pun meng-ahlikan adik beradik ibubapa dan saudara mara kita kan? Tapi ini bukanlah permulaan bagaimana adik saya, Ija memulakan perjalanan beliau dalam bisnes Shaklee.
Pada tahun 2011, selepas saya melahirkan Adam, dan mula berkenalan dengan supplement Shaklee untuk membantu saya berpantang dan menyusukan, Ija ketika itu sedang hamil anak kedua, si comel Qistina. Saya bersungguh- sungguh beritahu Ija, guna la Shaklee, guna la Shaklee, guna la Shaklee hahaha! Tapi sebenarnya tak susah nak ajak Ija guna Shaklee sebab dia dah tengok sendiri macam mana saya boleh sihat dan hasilkan susu yang mencukupi untuk Adam ketika itu. Seeing is believing, dengan mudah Ija bersetuju.
Yang menariknya, ketika itu saya belum lagi jadi ahli Shaklee pun haha, saya cuma user sahaja, tapi promote bagai nak rak, sebab saya sangat- sangat berpuas hati dengan Shaklee. Jadi apa yang saya buat ialah saya beritahu Alin, supaya deliver order untuk Ija. Sebenarnya pada masa tu, bukan order Ija saja yang saya pass pada Alin, in fact order office mate yang menyusu anak pun. Sebulan tu sampai 3-4 orang membeli, bila dikumpul saya layak dapat free membership! Punya la mudah bila kita passionate berkongsi, tak payah keluar modal pun kan?
Dan lagi satu cerita, Ija sebenarnya tidak menetap di Malaysia. Selepas kelahiran anak sulung si cantik Arissa, tahun 2010, dia pindah ke Abu Dhabi mengikut suami bekerja di sana. Maka order supplement Ija dihantar oleh Alin ke Abu Dhabi. Ija ketika itu walaupun hamil, dia masih menyusukan Arissa. Jadi kehadiran supplement sangat membantu Ija semasa hamil sambil menyusukan anak. Kesimpulannya, seperti saya, Ija juga sangat- sangat berpuas hati.
Arissa (4) & Qistina (2)
Memang geram je dengan keletah budak berdua ni!
Kemudian, saya terfikir sesuatu, ketika itu saya sudah pun jadi ahli, dan meneruskan perkongsian tentang produk di Facebook dan blog. Saya fikir, eh Ija ni pun patut join bisnes, takkan nak lalala jer jadi Datin tapi takde income kan? Haha jauh tu memikirkan untuk adik sendiri. Ku fikir, bukan susah mana pun, update saja Facebook, buat blog dan share lah kebaikan Shaklee. Saya pun propose idea tersebut pada Ija, dan dia kata OK, tapi tak excited pun hehehe!
Hari ke hari, hari ke hari, ku tengok Ija ni macam takde la excited mana nak bisnes. Saya pulak makin memikirkan, takkan nak tengok saja adik ni tak buat apa. Peluang depan mata, takkan nak tengok saja. Saya fikir, saya boleh bantu dia buat order, in fact customer dia di Malaysia pun saya boleh handle, bukan susah pun. Yang penting dia mahu berkongsi maklumat dan promote saja. Tapi ibarat menunggu buah tak gugur, minat Ija tidak la bercambah banyak mana.
Saya tak putus asa, saya tahu bila ada peluang yang baik, saya takkan tengok je. Satu hari, saya Skype Ija, dan terangkan plan saya. Saya bagitau dia, kita fokus market Malaysia saja, sebab kawan- kawan dia semua di Malaysia, bukan di Abu Dhabi pun. Jadi apa nak risau dengan delivery product ke Abu Dhabi pun. Bukan ku ajak jual pada Pak Arab nun! Kita buat benda senang dulu. Cadangan tersebut diterima baik, dan kali ini dia lebih excited. Tak sia- sia lah saya pujuk juga, tapi kalau dekat memang ku cekik je adikku ini hahaha!
Fast forward, Ija mulakan sharing dengan lebih konsisten, sehinggalah bersalin. Bila dah rasa perbezaan berpantang dengan produk Shaklee, lagilah meriah perkongsian beliau. Badan yang sihat, susu yang cukup dan banyak sehingga boleh tandem nursing lagi menyemarakkan lagi semangat Ija untuk berkongsi dengan orang lain. Makin hari makin ramai customer dan makin ramai kawan- kawan Ija pulak jadi ahli Shaklee. Ija ni ku perhatikan sejak sekolah lagi, banyak jadi ketua dalam hal- hal tak rasmi, ramai juga pengikut. Macam- macam projek la masa di kolej dulu, kelas mekap la, buat bisnes mekap la, rasanya ada juga jadi juri pertandingan ratu cantik kolej kahkahkah! Aktiviti- aktiviti jenis gitu memang ada je pengikut LOL! Adeh lawak adikku ini.
Kemudian, masuk fasa kedua perkongsian produk Shaklee, suami Ija, pun mula mengambil produk Shaklee untuk masalah gout. Kemudian cerita Shaklee merebak ke tempat kerja suami, dan tiba- tiba muncul customer pelbagai bangsa termasuk Arab dan Indonesia. Lama- lama, terpaksa pula saya hantar produk ke sana, mula- mula kotak kecik, lama- lama berkotak- kotak. Dan kalau mereka balik kampung, berkotak- kotak juga dibawa balik. Bukan saja orang tempatan, tapi Malaysians yang di sana pun mahukan produk Shaklee. Peluang yang dulu hanya dalam fikiran saya saja, kini menjadi kenyataan. Ija membina bisnesnya secara remote di Abu Dhabi!
Halangan dan cabaran tidak pernah surut, antaranya bila barang kena tahan di kastam Abu Dhabi. Berangkatlah mereka anak beranak mengadap, at least dua kali tak silap saya. Pernah juga barang tersangkut lama di kastam, customer cancel order sedangkan barang dah beli, modal dah keluar. Ada sekali kami terpaksa menjejak parcel yang dah dihantar supaya tidak fly, disebabkan keluar warning dari kastam sana. Pernah juga Ija hampir mahu berhenti disebabkan oleh halangan ini. Saya sendiri pun rasa macam aiyokkkkk THIS IS HARDER than we expected! Rasa helpless sebab ada banyak benda di luar bidang kuasa kita.
But above all this, we want to succeed more than anyone knows. Jadi apa pun halangan kami harung, dan kami belajar daripada kesilapan. Makin banyak dugaan, makin kuat kami berdoa dan bertawakal. Makin lama makin ramai customer yang sanggup bayar lebih untuk postage ke Abu Dhabi dan guna alamat mereka sendiri. Asalkan mereka dapat produk Shaklee! Dan paling menarik, Ija adalah leader pertama yang ada downline daripada Indonesia! Dan partner dia ni, semua stok Ija dia boleh jual senang je di kalangan warga Indonesia di Abu Dhabi. Very smart partnership hahaha!
<<<< OPPPPSSS IKLAN >>>
CHECK OUT IJA & FAMILY YOUTUBE CHANNEL
Saya sebenarnya ada visi untuk Ija sejak awal lagi. Saya fikir, kalau boleh bina bisnes Shaklee sementara di Abu Dhabi, nanti pulang ke Malaysia InshaAllah dah ada income yang stabil. Tak perlu lah Ija cari kerja, dan boleh fokus membesarkan anak- anak saja. Biarlah suami je kerja (tapi selepas saya jadi Master, adik iparku juga berangan nak jadi work at home dad ye? Hehehe). Dan kalau boleh saya nak la travel dengan Ija dan keluarga, boleh makan angin sama- sama bawak Mak & Abah. Macam- macam la visi saya untuk Ija sebenarnya. Dan Alhamdulillah, kami sedang berusaha merealisasikan visi tersebut.
Ija sekarang ni dah pun merangkul rank Coordinator, dan semasa National Conference baru- baru ini, Ija dapat beri Mak satu tiket untuk penginapan dan dia dapat balik juga untuk ambil award. Sekarang ni dia dah boleh plan untuk balik kampung lebih daripada sekali setahun dengan adanya income Shaklee, dan ianya sudah tentu menggembirakan Mak Abah kami. Mak saya lagi lah lega bila anak perempuan ada pendapatan, bukan saja untuk diri sendiri, tapi dapat bantu suami dan keluarga. Kami dibesarkan untuk percaya diri kita boleh, dan rajin dan tekun adalah salah satu trait dalam diri kami. Jadi kalau orang kata susah nak didik adik sendiri dalam bisnes, pada saya tak sesusah mana, kalau kita lakukan demi kasih sayang kita kepada adik beradik kita. Kita kena jelas yang kita lakukan ini bukan saja untuk diri sendiri, tapi untuk sama- sama membahagikan ibubapa kita. Itu memang salah satu push factor kami berdua, nak berikan yang terbaik untuk ibubapa selagi kami mampu.
Kepada Ija & Raat (suami beliau hehe), teruskan keseronokkan berkongsi kebaikan Shaklee, dan terima kasih kerana menjadi business partner yang paling tidak banyak kerenah! Bukan sebab dia adik saya, kena puji macam ni, tapi Ija sejak kecik tak banyak kerenah hahaha! Raat pun tak banyak hal, sentiasa support isteri sejak awal, siap jadi pelakon dalam Youtube untuk promote Shaklee hahaha! Saya memang seronok buat plan dengan Ija, dan pastinya team members LoV pun seronok berada dalam group LoV.
Keluarga bahagia til Jannah Inshaallah
Kepada anda yang ingin menyertai group LoV,
boleh hubungi Ija +971 52 777 5940
Untuk maklumat lanjut tentang produk dan bisnes Shaklee,
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
No comments:
Post a Comment