Saturday, September 27, 2014

Special post: Leader komited dan berani, Coordinator Herdayu Jamian

Assalamualaikum semua :)

Hari ini saya ingin bercerita tentang salah seorang leader dalam group Puteri and Friends, iaitu Herdayu (Ayu), yang telah saya kenali lebih daripada setahun yang lepas. Yang manisnya perkenalan kami bermula di blog saya ini! Pada masa tu saya pun baru bermula, tapi telahpun serius merancang arah tuju bisnes Shaklee saya. Jadi blog merupakan satu medium penting bagi saya bercerita dan membuka peluang kepada ramai orang untuk menyertai saya, berkongsi kebaikan produk Shaklee dan seterunya membina bisnes mereka. Dan Ayu adalah salah seorang daripada mereka yang telah terbuka hatinya.

Satu hari Ayu menghubungi saya, bertanya tentang produk kesihatan kulit, secara khususnya jerawat! Oh memang lah topik kegemaran saya, sebab saya memang alumi golongan berjerawat haha! Dekat seminggu juga saya ber-WhatsApp dengan Ayu, bercerita satu persatu tentang produk yang baik untuk bantu masalah jerawat beliau, termasuklah ESP, vitamin, vitamin C, Alfalfa, GLA Complex. Saya beritahu Ayu supplement untuk jerawat tidak boleh tidak, mesti ambil dengan lengkap kerana adakalanya semasa healing crisis, ia akan keluar dengan banyak, terutama jika badan mula mengeluarkan toksin. Mudah berurusan dengan Ayu, asalkan saya beri info lengkap, dia happy. Kemudian saya cadangkan Ayu beli produk untuk layak free membership, dan saya cadangkan Ayu kumpul order kawan- kawan lain, yang juga ada masalah jerawat hehehe! Saya beri cadangan sebab dulu saya pun ramai kawan- kawan berjerawat. Kalau sorang beli satu produk baru, mesti yang lain nak join juga. Maklumlah jerawat saya masa tu never ending battle.

Selepas dekat dua minggu, Ayu dapat kumpul order yang cukup untuk layak free membership. Dan saya dengan happy mendaftarkan Ayu sebagai ahli Shaklee dan sebagai downline saya. Kemudian saya mula skodeng Facebook dan website Ayu ahahaha! Mestilah kena kenal kan sapa downline kita, mana rupa orangnya, siapa keluarga dan lain- lain. Bukan nak jadi spy, tapi perlu ada effort nak kenal downline kita, bukan register, bagi barang lepas tu lupa. Kami pun dihubungkan pula dalam Facebook jadi lebih senang saya perati Ayu kihkihkih!

Oh pasal jerawat Ayu tu, selepas je dia mula makan supplement, seperti yang saya duga, dia kena healing crisis yang hebat. Jerawat keluar satu per satu, merah dan besar, siap ada nanah. Sedih sangat terpaksa tengok gambar jerawat Ayu hari- hari! Hahaha! Tapi sayang customer dan downline punya pasal, ku hadapi jua. Yang paling penting saya nasihatkan Ayu supaya BERSABAR. Rugi sangat kalau tak boleh harung healing crisis, sebab bila badan dah repair yang rosak, InshaAllah tak muncul lagi jerawat- jerawat itu. Mujurlah Ayu ni jenis mudah dengar kata. Dia pun bertahan, sambil ambil gambar jerawat ehehehe!

Inilah antara gambar- gambar yang Ayu share dengan saya hukhukhuk! 

Kemudian...tadaaaaa!!

Lawa kannnnnn!!! 

Pada suatu hari, Ayu menyatakan hasrat nak bisnes, dan saya memang tahu Ayu ada minat tu, sebab dah skodeng dah website jualan dia. Ada macam- macam benda dia jual, terutamannya barang kecantikan wanita. Kalau nak tau, Ayu ni pandai mekap dan mengandam juga. Memang cantik hasil tangan dia, natural je. Saya kata boleh, tapi produk Shaklee tak boleh letak dalam website jualan personal SID. Kena guna cara sharing di blog dan juga Facebook, supaya kita kenal rapat dengan customer untuk kita bantu dari segi pengambilan produk, beritahu tentang promo dan lain- lain lagi. Seperti biasa Ayu pun setuju, tapi pada masa yang sama dia tetap meneruskan online business yang lain juga. Dalam hati saya, kalau boleh saya mahu Ayu fokus Shaklee saja, sebab saya tahu bisnes ni perlukan fokus, kalau banyak benda nak handle, semua nak jual, nanti dapat sana sikit dan sini sikit. Tapi saya hormat dia sebab saya tahu mesti dia dah keluarkan modal untuk buat website dan jual barang- barang tu. Jadi saya tak kata apa, tapi saya beri 100% komitmen kepada keperluan bisnes Ayu sebagai seorang upline.

Ayu ni kerja sangat busy, dan tak boleh online selain waktu lunch. Dan dia hanya akan contact saya waktu malam, dan gemar sangat ajak ber-WhatsApp tengah malam. Saya dapat kesan komitmen, minat dan passion dia dalam bisnes Shaklee, terutama selepas jerawat dia makin surut dan kulit makin cantik, lagilah dia berkobar- kobar nak kongsi kehebatan produk Shaklee. Sebab tu saya tak kisah tengah malam pun saya harung, sebab saya tahu esok pagi dia akan offline seharian.

Semakin hari Ayu semakin serius dan fokus dengan Shaklee dan akhirnya Ayu tidak lagi beri tumpuan kepada bisnes online yang lagi satu. Saya tahu jika saya beri 100% komitmen pada Ayu, dia akan lebih fokus dengan Shaklee berbanding bisnes yang lain. Itulah yang saya pegang sehingga hari ini. Jika saya komited, anak buah juga akan komited. Jika saya sambil lewa, anak buah akan sambil lewa dan kroh kroh tido. Ayu naik rank Supervisor pada bulan 8, 2013 dan kemudian ke peringkat Coordinator pada bulan Januari 2014.

Fokus dan komitmen Ayu berbaloi, dan saya melihat hubungan kami juga meningkat dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Mulanya kami stranger, dihubungkan oleh blog, Facebook. Kemudian kami berjumpa sekali, dan setiap hari berhubung dengan WhatsApp saja. Ayu sangat komited dengan kelas yang kami adakan, dan sentiasa mencari jalan untuk hadir dan beri sokongan kepada saya. Walaupun mungkin pada Ayu, dia mahu datang dan belajar, pada saya kehadiran dia sebenarnya pemberi semangat kepada kami. Kemudian ada juga fasa, saya begitu tegas dengan Ayu. Saya begitu mahu dia beri yang terbaik, sehingga boleh jadi stress juga. Adakalanya saya lihat dia sebagai adik, dan kakak yang garang pernah juga naik angin dan sebagainya. Lama- lama semakin kenal, semakin saya tahu untuk handle Ayu dan kemudian bantu dia handle groupnya pula. Pernah di awal bisnes Ayu sering tidak berkeyakinan, tapi sekarang Ayu menjadi tempat rujukan saya dan rakan- rakan SID yang lain dalam group. Saya melihat Ayu grow sedikit demi sedikit, tidak pernah jemu dan tidak pernah berputus harapan. Semakin lama semakin positif, dan semakin lama semakin meningkat hormat saya terhadap Ayu.

Baru- baru ni Ayu bagitau kami, loan rumah baru dia dah lulus, bermakna salah satu impiannya untuk punya rumah sendiri menjadi kenyataan, berkat usaha Ayu dengan bisnes Shaklee. Saya kenal Ayu seorang yang berkeazaman tinggi, dan bila dia beritahu berita gembira ini, tak boleh saya nak gambarkan dengan kata- kata betapa gembira dan bangganya saya sebagai seorang mentor. Dan saya sentiasa doakan impian Ayu untuk bekerja di rumah menjadi kenyataan. Saya belajar banyak daripada Ayu dan akan selamanya akan terhutang budi.

Untuk menjadi sebahagian daripada team Ayu, hubungi :
Herdayu 018- 210 0834 (Seri Kembangan)


Untuk maklumat lanjut tentang produk dan bisnes Shaklee,
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

1 comment:

Nur Herdayu Jami'an said...

Thanks You Mak @Master Puteri sekarang banyak perubahan 360 darjah dah.Ilmu dan kepercayaan mak menguatkan lagi semangat.Insya Allah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...