Tuesday, March 31, 2015

Akhirnya suami saya berhenti merokok

Assalamualaikum semua :)

Bila saya baca balik tajuk entry ni, memang macam tak percaya haha! Betul ke suamiku ni dah berhenti merokok? Macam mimpi, serius!

Sebenarnya, saya sendiri tak tau plan dia nak berhenti merokok. Tak pernah bincang dah pun. Saya pun dah give up nak pujuk atau paksa (lagi la tak jalan!). Doa je lah sorang- sorang, supaya terbuka hati dia nak berhenti merokok. Isteri mana tak risau, tak seram bila suami merokok ni kan. Fikir masa depan, fikir kesan pada anak- anak lagi sebagai passive smokers. Fikir paru- paru kita jugak lah!

Sebagai smoker, suami saya ni agak beretika jugak la. Ada ke smoker beretika haha! Tapi sejak kahwin, sampai anak- anak lahir, tak pernah dia hisap rokok dalam rumah. Anak- anak pun tak pernah tengok ayah diaorang merokok. Malah tak penah guna pun term "ROKOK" depan diaorang. Saya fikir, kotak rokok pun diaorang tak kenal. Kiranya suami saya hidup dalam rahsia hahaha! Rahsia seorang ayah yang merokok. Tapi lately anak- anak dah besar, ada jugak diaorang tanya, "lamanya ayah pegi buang sampah?" Lambat laun pasti rahsia terbongkar.

Awal bulan March, saya ingat lagi 5hb March masa tu, kami pergi breakfast, dan dia bagitau dia tak lena tidur. Pukul 4 pagi baru tido.

"Kenapa pulak tu??" saya bertanya, berkerut muka.

"Memang macam tu, bila dah tak merokok, macam-macam rasa, termasuk tak boleh tido" katanya.

"WHAT???!!! DAH LIMA HARI TAK MEROKOK??!! KENAPA AKU TAK TAU?!!" 

Dalam hati je tu. Coz I keep my cool theeheeehee...then kami sambung borak. Rupanya dah 5 hari tak merokok, kisahnya....bini tak perasan pun....hebat bini dia ni hahaha! Kemudian saya teringat, ada satu hari dia cakap, dari pagi tak merokok. Saya hmmm je, di angin lalu gitu. Sebab memang tak perasan, dah memang jarang nampak dia merokok pun. Maklumlah aktiviti tu kan macam rahsia je LOL! Pastu teringat jugak 2-3 hari sebelum tu, mood suami ke laut habis. Muncung sedepa. Ni kenapa pulak ni ku fikir. Tapi sebabkan dah kenal lama haha saya tak cakap apa- apa. Bior je la nak muncung hahaha!

Dulu pun masa baru kahwen, kalau bulan puasa, memang biasa nampak muncung tu. Masa tu lagi dia kuat merokok, jadi bila puasa, bayangkan la craving tu macam mana. Memang ganggu mood habis. Akibatnya pasangan pun sama tadak mood. Pernah saya cakap pada suami "Kita ni nak berpuasa sama- sama bertahun- tahun lagi, takkan la every bulan puasa I kena hadap mood you macam ni?" Gitu lah futuristik sangat fikiran saya hahaha. Masak ler kalo time posa je nak bergaduh. Apa je pahala tinggal ehehehe!

Fast forward, hari ni hari ke-31 suami saya berhenti merokok. I am so proud of him, beyond words. Our parents are extremely happy! Both my dad and my father in law are non smokers. Seronok sangat lah diaorang. Mak saya siap bagi nasihat pada saya "Kamu jangan tanya- tanya sangat Aznin tu pasal rokok, buat tak tau je" Oh rupanya betul la tindakan saya buat tak tau tu ahaha! Mak saya risau menantu stress, karang give up pulak.

Our parents asked him, kenapa tiba- tuba je ni? His Mom lagi nervous, "Kau dah ada masalah jantung ke?" Hehehe semua orang hairan kot. Dia cakap entah la, satu hari rasa nak berhenti merokok, so berhenti je lah. Gitu jawapan orang nekad lah tu ahaha!

Semalam dia pergi buat full check up di IJN, bayar dekat RM600 untuk complete test. Alhamdulillah semua OK kecuali berat badan kena turunkan, dan kolestrol kena turunkan jugak. Doctor nasihat supaya exercise ditambah lagi, dan tukar diet altogether. Alhamdulilah bab exercise tu memang takde masalah. Sekarang ni ada weekly badminton dengan kawan- kawan dia, and he jogs daily. Next nak upah trainer untuk circuit training badminton, aim to lost weight. And I must learn to cook healthier. Macam la masak hari- hari pun ahaha!

Oh pasal IJN ni pun lawak. He told me lah dia dah book session kat IJN untuk check up. I asked him, berapa kena bayar? He said, RM600 gitu. I gelak- gelak cakap "Why not you bayar I je, then I consult you. Senang je, sebab doctor mesti kata stop smoking theeheeehee" Dia diam je masa tu.

Keji tak, padahal masa tu dia memang stop smoking! Epic fail!

Anyway, the main reason I never really pushed him, is based on my experience working in a drug and nicotine centre. Nicotine addiction is real, and I understand the brain altered with nicotine only can be cured first with WILLPOWER. Dan tentu willpower ni tak boleh dipaksa- paksa. But keep your DU'A consistent and have faith in your good intention as wife and mother.

I am still quite nervous, because it's only 30 days, but I have full confidence that he will succeed. Here is to a new healthy future for our family! ALHAMDULILLAH!

Our new baby will experience a nicotine residual free home yeah! 

Sunday, March 29, 2015

Wanita dan bisnes

Assalamualaikum semua :)

Malam tadi merupakan closing untuk bulan pertama cycle ini. Sebenarnya saya tidak boleh jangka apa- apa pun untuk result bulan March. Sebabnya ramai juga yang semakin merosot sejak hujung tahun lepas, dan semakin hilang sinar. Kalau mereka datang kepada saya dan mahu buat perancangan baru, saya boleh bantu. Yang duduk diam- diam (mencari diri kot), saya dah habis idea apa yang boleh dibantu, selain mendoakan mereka happy saja lah. Bisnes ke tak bisnes ke, yang penting happy tu je.

Tapi amazingly, dalam minggu terakhir ini ramai yang pilih untuk memecut sampai garis penamat. Live update daripada online system memang buat perut saya memulas setiap hari. Memang sukar dijangka. Saya harap usahawan Shaklee yang bangkit bulan March ini bukan sekadar ikut trend "berbelanja sebelum GST" di kalangan pengguna, tapi sebagai titik permulaan dan kesedaran untuk menambah pendapatan selepas GST nanti. Buat persediaan dan persiapan.

Salah seorang yang buat permulaan yang baik cycle ini ialah adik kandung saya sendiri. Kalau anda baca blog dia, sekarang ini dia menyudahkan perkongsian cerita pengalaman yang paling mahal untuk dirinya dan suami, selepas mendapatkan tahu anak yang dilahirkan mengalami masalah jantung. Baca kisah our own Muhammad al-Fateh, di SINI.

Dua bulan anak kecil itu berjuang di ICU dan HDU, nun jauh di Abu Dhabi, jauh daripada keluarga (kecuali Mak saya yang pergi ke sana lebih sebulan), dan dua bulan itulah saya lihat keyakinan Ija untuk terus maju dalam bisnes semakin kuat dan berkobar- kobar. Ini mengingatkan saya pada rakan bisnes saya yang mengetuai Wondermom Network, Master Dila Roslan, yang juga punya anak yang ada masalah jantung ketika lahir. Saya masih ingat updates Facebook Dila daripada ICU Gleneagles KL, tetap terima order, rezeki Allah dalam kesukaran menunggu anak untuk pulih. Dila juga banyak membantu saya memberi info dan kata- kata positif sepanjang dua bulan lepas. Sebagai kakak, saya tidak boleh tunjuk gelabah depan adik, jadi saya kongsi apa nasihat Dila kepada adik saya pula. Terima kasih Dila!

Group Ija juga terdiri daripada kalangan rakan- rakan bisnes yang sudah matang. Walaupun Ija tidak boleh beri bimbingan selama 2 bulan, ini tidak menghalang mereka untuk meneruskan bisnes. Masing- masing punya impian, masing- masing ada hajat. Jadi mereka tahu, jika bukan mereka yang harus bangun dan bekerja, tiada orang lain boleh buatkan. Walaupun saya ambil peranan Ija sekejap, memberi info dan tips dalam WhatsApp group, tapi sebenarnya tidak banyak mana pun. Mereka dah tahu apa mereka nak, saya cuma bantu 1% saja.

And last night I talked to my business partner and best friend, Master Aishah Amin. I said, it's amazing that in the business we work a lot with women our age, that needs this business and extra income. Dan sebabkan kami ni ada latarbelakang NGO, tidak boleh tidak, our soft spots mesti untuk wanita- wanita yang struggle every month untuk dapatkan wang yang cukup untuk family. Tak kiralah samada surirumah, atau bekerja, ramai wanita di luar sana perlukan cara dan jalan untuk tambah pendapatan. Sejujurnya saya risau jika keluarga ada single income saja, mengharapkan suami saja. I know ramai suami yang mampu dan boleh provide, tapi alangkah baiknya jika masing- masing boleh bantu membantu dan tidak bergantung antara sesama sendiri. In our work before, we have seen women struggling to handle the families after they lost their spouses in disasters for example. And we have seen how these strong women get up and start taking up the challenges and start winning too. It's really empowering.

Dan jika anda punya fikiran yang serupa dengan kami, mahu meningkatkan ekonomi keluarga melalui kekuatan yang kita ada sebagai wanita, saya sangat berbesar hati untuk menjemput anda menyertai kami. Kita bantu ekonomi keluarga, kita cari jalan untuk lebih masa dengan keluarga, kita take charge masa depan anak- anak kita, dalam jagaan kita sepanjang masa. Niat yang baik pasti Allah akan beri keberkatan dan keredhaanNya selalu.

HUBUNGI SAYA untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah:
 Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

Thursday, March 26, 2015

5 sebab mengapa perlu hadir kelas bisnes Start Bright Series

Assalamualaikum semua :)

Bulan lepas, kelas bisnes kami, Start Bright Series mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Walaupun hanya 25 seats saja ditawarkan, ia berlangsung meriah. Yang paling seronok bila selepas kelas habis pun, peserta tak habis- habis share dan berbincang tentang topik dalam kelas tu. Saya dan suami rasa puas hati sangat, tak sia- sia kami spent time revise module tahun lepas. Module kali ini memang lebih mantap.



1- Suka gila produk Shaklee, tapi tak kenal semua jenis produk dan khasiatnya

Kelas ini paling sesuai untuk pengguna produk Shaklee. Sebab mudah sangat nak belajar, bila dah pernah guna produk Shaklee. Salah satu topik yang best ialah bagaimana tubuh badan kita boleh heal sendiri dengan adanya nutrisi yang lengkap daripada pengambilan supplement Shaklee. Percayalah, kalau dah dengar info- info ini, kalau tengah guna 5 produk Shaklee, mesti nak tambah jadi 10 produk pulak. Siapa tak sayang badan kan?

2- Dah mula bisnes Shaklee, tapi belum yakin nak buat marketing dan promosi

Keyakinan dalam bisnes ni banyak berpunca daripada ilmu yang kita ada. Bukan kena pandai terus, tapi kena ada plan untuk jadi lebih pandai, dari hari ke hari. Jadi dalam kelas ni, bila dengar macam- macam info tentang produk, masalah kesihatan dan cara penyelesaian melalui cara amalan supplement, lebih yakin lah kita nak berkongsi maklumat dengan orang lain. Bukan saja cerita dalam slides, tapi juga bila peserta turut sama share testimonial mereka. Macam- macam cabaran kesihatan yang mereka hadapi, dan menemui jalan penyelesaian dengan Shaklee. Memang jadi inspirasi.

3- Masih belum capai 4 angka lagi dengan bisnes Shaklee

Kadang- kadang kita ni mula bisnes main redah je. Membership kit pun kita tak pernah buka, baca dan study. Jadi kita tak tau, celah mana lagi bisnes ni boleh bagi kita income. Saya sendiri masa mula- mula dulu terfikir, alamak ni berapa ratus tong ESP aku kena jual ni nak dapat income 4 angka. Gitu sekali cetek ilmu. Bila dah pergi kelas, rujuk dengan Mentor, baru terang bijik mata dan minda. Dalam kelas ini pun sama, sebab tu kami namakan Start Bright, supaya yang mula bisnes dengan group kami bukan jenis blur sotong hahaha!

4- Tak tau nak mula dengan social media, Blog dulu ke nak Facebook dulu ke? 

Ada topik social media strategies dalam kelas kami yang beri focus kepada cara termudah untuk mulakan online business sebagai usahawan Shaklee. Nak promote dan sharing pun kena ada strategies. Kalau hentam je pun, silap gaya semua orang unfriend kita pulak dalam Facebook tu kan hahaha! Dan kalau nak mula blogging, apa benda nak ditulis? Aha ni semua kena ada bimbingan, dan juga sesi untuk kita tukar- tukar idea dan pendapat. Bila datang kelas macam ni, barulah balik rumah tu berkobar- kobar nak buat.

5- Tak pasti apa sebab untuk tambah income, tapi rasa tak cukup je ni!

Satu topik baru yang kami perkenalkan tahun ni ialah pengurusan kewangan peribadi. Sebenarnya idea ni diambil daripada pengalaman kami sendiri menguruskan kewangan sebelum berbisnes dan selepas berbisnes. Takkan nak simpan sorang- sorang kan? Lebih baik kami share dengan downlines kami, supaya mereka dapat ilham untuk berusaha buat lebih lagi income kedua untuk keluarga. Kenyataannya sekarang ni, tidak boleh tidak, kena ada jalan untuk cari income tambahan, takkan selamanya nak hidup dengan pendapatan ngam- ngam je kan?

Jadi, kalau nak sertai kami, hubungi saya ok :)


HUBUNGI SAYA untuk mengetahui peluang menjana pendapatan dari rumah: 
Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com 

Tuesday, March 24, 2015

Kenangan bajet kahwin

Assalamualaikum semua :)

Pagi tadi, dalam kereta, kami tiba- tiba teringat zaman nak buat persiapan berkahwin. Mula- mulanya cerita pasal "delayed gratification", satu konsep yang ramai tak faham atau tak nak faham. Sebabnya sekarang ni semua orang nak benda instant. Kemudahan pun instant, contohnya ada credit card, boleh  guna our money "borrowed from the future". Nak apa pun boleh dah, tak payah tunggu tabung penuh ke apa.

Back to our wedding preparation. Manis juga bila diingat hehehe! Preparation yang saya handle termasuklah nak tempah baju, beli barang hantaran, nak buat dulang hantaran, hiasan bilik pengantin dan lain- lain benda- benda kecik tapi melibatkan kos juga. Saya dapat mekap percuma sebab ada sahabat yang happy sangat saya ni kahwin, dia pun sponsor nak mekap. Saya tadah muka je la haha!  Inai pulak saya ingat lagi, pergi kedai mana entah, buat inai, pastu balik kampung kihkihkih!

On his side, the biggest chunk of course ler nak bagi duit hantaran kat saya. Tapi taklah mahal pun hantaran, RM6000 masa tu. Semua kawan- kawan saya yang kahwin dalam tahun 2008-2009 ni dah cecah 10k dah. Tetiba compare lak ahaha!

Kemudian kos beli cincin dan gelang. Ada kawan kami yang kejenya tukang buat cincin dan gelang (orang Pakistan) so dapatlah kami good deal untuk dua benda ni. Dua- dua belah pihak buat majlis di rumah saja. Ada 2 majlis di rumah saja, bertunang (small family gathering) dan bersanding. Dan 1 majlis di rumah suami. Baju pulak ada 3 pasang setiap seorang. Baju nikah, dan 2 pasang baju bersanding. Semua tempah sendiri sebab pakej pengantin sangat mahal bila kena ambik segala macam. Of course family ada banyak membantu, sponsor itu ini untuk memeriahkan lagi majlis.

"How did we managed?" I asked him, sebab masa tu gaji ciput je. Then saya teringat masa tu, saya banyak outstation dan saya kumpul elaun outstation tu. Ada sekali saya pergi Bangkok seminggu, dapat elaun dari organizer in USD. Se-dollar pun tak guna sebab nak simpan untuk beli barang hantaran. Kami buat minimum dulang je, barang- barang pun simple- simple saja. Orang lain dapat handbag melimpah keluar dulang, saya beli purse je hahaha!

"Sebab masa tu I focus nak kahwen je" he replied.

Betul la kan, apa kita fokus, itulah kita dapat. Fokus nak kawen, dapat lah kawen. Hehehe!

Bisnes MLM kena cari orang?

Assalamualaikum semua :)


Last week, I saw this picture posted on Facebook, specifically in the comment section under the topic of MLM/scam/ penipu blablabla! I burst out laughing and tak tunggu dah terus share di wall Facebook saya pulak hahaha! So true kan, ramai claim business MLM mereka sangat simple, tak payah cari orang, tak payah jual barang, duit masuk setiap minggu, lumayan! Tapi orang- orang ni lah yang paling rajin SPAM inbox kita isk isk isk!

Jadi, bisnes Shaklee ni pun tak payah cari orang ke? 


Well, it is YES and also NO in my experience with Shaklee.

Yes, kena cari orang sebab konsep dalam bisnes Shaklee adalah 50% daripada usaha bisnes ialah penjualan produk kepada orang ramai. Mana mungkin nak menjual jika tidak dicari pelanggan betul tak?

And NO, tak payah juga cari orang sebab konsep sharing (terutamanya jika dibuat secara online melalui blog, Facebook dan Instagram) membuatkan ORANG YANG CARI KITA.

Paham ke paham? Hehehe!

Melalui online marketing & sharing, sebenarnya kita menyediakan jawapan kepada permasalahan orang lain. Dalam konteks bisnes Shaklee, kita menyediakan jawapan kepada isu kesihatan dan nutrisi orang ramai. Zaman sekarang ini, orang mencari solusi di internet disebabkan oleh kesuntukan masa, dan juga ia jalan paling mudah dan pantas. Terutamanya dengan kemudahan mobile internet, semuanya di hujung jari, bila- bila masa saja.

Contoh: 

Wanita berusia 30-an risau dengan kedutan tepi mata dan rambut gugur, lantas meng- Google cara untuk menghilangkan kedutan dan menyihatkan rambut. Dan anda ada blog, dan telah menyediakan info yang lengkap dengan isu ini dengan cadangan penyelesaian nutrisi produk Shaklee. Nah! Anda berdua "bertemu" di internet, kemudian mulakan konsultasi dan jual beli. 

Jadi, bila kita ada jawapan kepada persoalan orang lain, sudah tentu tak perlu pun cari orang, orang akan cari kita betul tak?

Tapi sudah tentulah usaha kena ada, tak boleh la melopong saja tunggu orang cari kita. Ada teknik- teknik pemasaran internet yang perlu kita belajar, seperti Facebook Ads, blogging dan terkini pemasaran melalui Instagram. Tiada yang magik spontan dalam dunia bisnes sebenar, selain daripada usaha menambah ilmu secara berterusan dan keyakinan yang kuat terhadap diri sendiri.

Aha, kalau nak belajar lagi details, boleh contact Master Aishah Amin, dia ada kelas khas untuk downlines dia bertajuk "Blogging for Millionaires". Next class will be in April.  But of course, terms & conditions applied :)



HUBUNGI SAYA untuk mengetahui peluang menjana pendapatan dari rumah: 
Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...