Sunday, March 29, 2015

Wanita dan bisnes

Assalamualaikum semua :)

Malam tadi merupakan closing untuk bulan pertama cycle ini. Sebenarnya saya tidak boleh jangka apa- apa pun untuk result bulan March. Sebabnya ramai juga yang semakin merosot sejak hujung tahun lepas, dan semakin hilang sinar. Kalau mereka datang kepada saya dan mahu buat perancangan baru, saya boleh bantu. Yang duduk diam- diam (mencari diri kot), saya dah habis idea apa yang boleh dibantu, selain mendoakan mereka happy saja lah. Bisnes ke tak bisnes ke, yang penting happy tu je.

Tapi amazingly, dalam minggu terakhir ini ramai yang pilih untuk memecut sampai garis penamat. Live update daripada online system memang buat perut saya memulas setiap hari. Memang sukar dijangka. Saya harap usahawan Shaklee yang bangkit bulan March ini bukan sekadar ikut trend "berbelanja sebelum GST" di kalangan pengguna, tapi sebagai titik permulaan dan kesedaran untuk menambah pendapatan selepas GST nanti. Buat persediaan dan persiapan.

Salah seorang yang buat permulaan yang baik cycle ini ialah adik kandung saya sendiri. Kalau anda baca blog dia, sekarang ini dia menyudahkan perkongsian cerita pengalaman yang paling mahal untuk dirinya dan suami, selepas mendapatkan tahu anak yang dilahirkan mengalami masalah jantung. Baca kisah our own Muhammad al-Fateh, di SINI.

Dua bulan anak kecil itu berjuang di ICU dan HDU, nun jauh di Abu Dhabi, jauh daripada keluarga (kecuali Mak saya yang pergi ke sana lebih sebulan), dan dua bulan itulah saya lihat keyakinan Ija untuk terus maju dalam bisnes semakin kuat dan berkobar- kobar. Ini mengingatkan saya pada rakan bisnes saya yang mengetuai Wondermom Network, Master Dila Roslan, yang juga punya anak yang ada masalah jantung ketika lahir. Saya masih ingat updates Facebook Dila daripada ICU Gleneagles KL, tetap terima order, rezeki Allah dalam kesukaran menunggu anak untuk pulih. Dila juga banyak membantu saya memberi info dan kata- kata positif sepanjang dua bulan lepas. Sebagai kakak, saya tidak boleh tunjuk gelabah depan adik, jadi saya kongsi apa nasihat Dila kepada adik saya pula. Terima kasih Dila!

Group Ija juga terdiri daripada kalangan rakan- rakan bisnes yang sudah matang. Walaupun Ija tidak boleh beri bimbingan selama 2 bulan, ini tidak menghalang mereka untuk meneruskan bisnes. Masing- masing punya impian, masing- masing ada hajat. Jadi mereka tahu, jika bukan mereka yang harus bangun dan bekerja, tiada orang lain boleh buatkan. Walaupun saya ambil peranan Ija sekejap, memberi info dan tips dalam WhatsApp group, tapi sebenarnya tidak banyak mana pun. Mereka dah tahu apa mereka nak, saya cuma bantu 1% saja.

And last night I talked to my business partner and best friend, Master Aishah Amin. I said, it's amazing that in the business we work a lot with women our age, that needs this business and extra income. Dan sebabkan kami ni ada latarbelakang NGO, tidak boleh tidak, our soft spots mesti untuk wanita- wanita yang struggle every month untuk dapatkan wang yang cukup untuk family. Tak kiralah samada surirumah, atau bekerja, ramai wanita di luar sana perlukan cara dan jalan untuk tambah pendapatan. Sejujurnya saya risau jika keluarga ada single income saja, mengharapkan suami saja. I know ramai suami yang mampu dan boleh provide, tapi alangkah baiknya jika masing- masing boleh bantu membantu dan tidak bergantung antara sesama sendiri. In our work before, we have seen women struggling to handle the families after they lost their spouses in disasters for example. And we have seen how these strong women get up and start taking up the challenges and start winning too. It's really empowering.

Dan jika anda punya fikiran yang serupa dengan kami, mahu meningkatkan ekonomi keluarga melalui kekuatan yang kita ada sebagai wanita, saya sangat berbesar hati untuk menjemput anda menyertai kami. Kita bantu ekonomi keluarga, kita cari jalan untuk lebih masa dengan keluarga, kita take charge masa depan anak- anak kita, dalam jagaan kita sepanjang masa. Niat yang baik pasti Allah akan beri keberkatan dan keredhaanNya selalu.

HUBUNGI SAYA untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah:
 Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...