Saturday, February 28, 2015

Projek #6Bulan6Ribu

Assalamualaikum semua :) 

Semasa saya merancang dan menulis pelan bisnes #6bulan6ribu, saya berada di fasa mabuk- mabuk awal kehamilan, dan 3 hari yang saya guna untuk merangka pelan dan menyiapkan dokument tersebut benar- benar special, kerana ianya 3 hari yang tidak mabuk haha! Namun selepas pelan itu siap, saya belum berkesempatan untuk benar- benar memberi penerangan, kerana mabuk hamil saya rupanya berlangsung hampir 3 bulan. Saya sempat menghantar salinan kepada downlines yang berminat, bagi membolehkan mereka membuat perancangan bagi memulakan business cycle yang baru, bermula ESOK!

Hari ini, saya ingin menerangkan kepada anda semua, terutamanya anda yang berminat dan mahu memiliki perniagaan sendiri tahun 2015 ini, dan berpeluang menjana pendapatan minimum sebanyak RM2000- RM6000 untuk 6 bulan pertama sebagai Shaklee business leader.

bisnes online di rumah

Apa itu Projek #6Bulan6Ribu?

Projek ini merupakan pelan bisnes yang dirangka bagi membuka peluang kepada sesiapa saja yang berminat dan mahu memiliki perniagaan Shaklee. Anda akan bermula sebagai pengedar berdaftar dengan Shaklee dan kemudian dibimbing untuk naik rank sebagai pemimpin jualan (business leader). Ia dinamakan #6bulan6ribu kerana:

i- rangka kerja projek membolehkan anda menjana pendapatan RM6000 menjelang bulan ke-6,
ii- rangka kerja projek melayakkan anda untuk kekalkan pendapatan RM6000 sebulan atau lebih.



Projek ini eksklusif di bawah bimbingan saya sebagai Mentor bisnes Shaklee anda :) 

Siapa yang boleh menyertai Projek #6bulan6ribu?

Projek ini memberi keutamaan kepada anda yang mahu memiliki perniagaan sendiri, tetapi tidak mahu mengeluarkan modal yang besar, dan mahukan fleksibiliti dalam menguruskan perniagaan anda di rumah.

Bagaimana memulakan Projek #6bulan6ribu?


Langkah Pertama: 
Hubungi saya untuk berkenalan, nyatakan niat dan minat anda untuk menyertai projek ini :) Saya boleh dihubungi di talian 016- 344 7727 (WhatsApp, text atau Call), atau jika anda berada di KL/ Selangor, kita boleh buat appointment untuk berjumpa di Home Office Shaklee, terletak di Sunway.

Langkah Kedua: 
Anda perlu mendaftar sebagai pengedar Shaklee yang sah dengan saya, dengan bayaran keahlian cuma RM65.00 sahaja. Bayaran yuran keahlian ini adalah MODAL BISNES anda, sangat mudah dan tidak membebankan sesiapa saja. Dengan langkah ini, anda layak menerima dokumen lengkap Projek  #6bulan6ribu yang eksklusif daripada saya.

Langkah Ketiga: 
Anda perlu bermula sebagai pengguna produk Shaklee, dan saya akan menyarakan beberapa produk untuk anda mula guna, dan mula berkongsi kebaikan- kebaikannya dengan orang lain.  Dan jika anda memang sudah menjadi pengguna produk Shaklee, saya akan membantu anda untuk membina fokus dalam membuat sharing tentang produk yang anda guna dengan orang lain.

Langkah Keempat: 
Bagi membolehkan anda bermula dengan baik, dengan pemahaman yang jelas tentang produk dan pelan pemasaran perniagaan ini, saya akan memastikan anda berpeluang menghadirkan diri ke sekurang- kurangnya 3 kelas formal yang dianjurkan oleh kumpulan saya dan pengurusan Shaklee iaitu:

i- Start Bright Series (SBS) anjuran Puteri & Friends (belajar tentang produk, pelan pemasaran, pengurusan kewangan peribadi dan tips eksklusif). Yuran penyertaan hanya RM20.  
ii- New Distributor Training (NDT) anjuran Shaklee Malaysia, yang dianjurkan pada masa ke masa, memberi penerangan lebih lengkap tentang pelan pemasaran Shaklee. Yuran penyertaan hanya RM40.  
iii- Bengkel Nutrisi anjuran Shaklee Malaysia, memberi fokus kepada ilmu nutrisi asas, jenis- jenis supplement Shaklee dan kelebihan produk ini. Bengkel ini sangat bermanfaat bagi meningkatkan keyakinan anda sebagai pengedar Shaklee yang berilmu dan tidak memberi maklumat dan gambaran yang salah tentang keperluan supplement dalam kehidupan seharian orang ramai. Yuran penyertaan hanya RM40. 

Langkah Kelima: 
Anda harus terus berhubung dengan saya, bagi menggali lebih banyak inputs dan memberi feedback tentang cabaran yang anda hadapi, idea yang anda fikirkan, dan sama- sama bertindak sebagai rakan perniagaan, dan bukan semata- mata hubungan downline dan upline. Hubungan yang aktif, hormat menghormati dan telus sangat diperlukan bagi memastikan anda berjaya dalam projek ini, bersama- sama saya.

Sekian dahulu, maklumat ringkas dan asas yang anda perlu ketahui tentang projek ini. Untuk maklmuat lanjut, anda boleh hubungi saya hari ini :)

bisnes dari rumah



WhatsApp/ iMessage/ Text/ Call : 016- 344 7727
Email: puteriyusof@gmail.com 

Thursday, February 19, 2015

Happy Chinese New Year!

Assalamualaikum and Happy Chinese New Year to all my Chinese friends! 

And if you are like my daughter, wondering what are the other new year celebration around the world, maybe this list helps: 

1- Muslim New Year, 1st Muharram, known as Maal Hijrah
2- Gregorian New Year, 1st January
3- Tamil New Year, known as Chittirai Puttandu 
4- Chinese New Year/ Lunar New Year, beginning of spring 
5- Sikh New Year, known as Vaisakhi 
6- Vietnamese New Year, usually celebrated on the same day as CNY as they use the same calendar 
7- Tibetan New Year, known as Losar, celebrated from Jan- March, 
8- Iranian New Year, known as Nowruz, also celebrated widely across Central Asian countries known as Naw-Ruz
9- Balinese New Year, based on Saka Calendar, known as Nyepi 
10- Jewish New Year, known as Rosh Hashanah 

Source: Wikipedia

Tuesday, February 17, 2015

Bisnes Shaklee tiada hasil, mana silapnya?

Assalamualaikum semua :)

Sejak berzaman- zaman, bergenerasi- generasi lah saya boleh katakan, bisnes MLM dan isu rugi, tiada hasil, bertambah hutang, memang sangat sinonim. Ramai terpaksa bungkus bisnes, dan terpaksa pula tanggung hutang keliling pinggang. Ini memang merupakan perkara utama yang buat orang takut nak menceburkan diri dalam bisnes MLM atau network marketing.

Dan di Malaysia hari ini, pelbagai produk baru dikeluarkan, dan digabungkan dengan gaya pemasaran MLM. Daripada produk makanan, kesihatan, pelaburan emas dan baru- baru ini ada juga melibatkan pelaburan hartanah, pun guna skim MLM. Dan ia melibatkan wang bukan 1-2 ringgit, tapi beribu- ribu malah berjuta- juta jika dikumpulkan.

Jika anda berkawan dengan ramai pengedar- pengedar Shaklee di Facebook, anda mesti biasa melihat mereka bercerita tentang modal bisnes Shaklee yang rendah, iaitu hanya RM65 sebagai bayaran keahlian seumur hidup. Dan mereka akan bercerita bahawa bisnes ini tidak perlu untuk menyimpan stok di rumah. Jadi tidak hairanlah ramai pengedar yang hanya berurusan daripada rumah, menggunakan kemudahan internet semata- mata, dan tidak perlu keluar rumah pun.

Tapi, tahukah anda, sekecil- kecil modal yang dikeluarkan oleh pengedar Shaklee, pun masih ramai yang mengalami kerugian? Saya kongsikan di sini 5 bentuk kerugian yang biasa dialami oleh mereka, tidak mengira pangkat dan jumlah pendapatan bulanan, berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pemerhatian saya di dalam group saya.

1- Tidak pandai urus wang yang kecil, gagal urus wang yang besar

Jika seorang pengedar itu seperti saya, bermula kecil- kecilan, biasanya bonus bulanan yang diterima akan bermula dengan jumlah 2 angka dahulu, dalam 25 ringgit hingga 80 ringgit, itu biasa. Kemudian perlahan- lahan akan meningkat ke 100-300 ringgit jika usaha dibuat secara konsisten, dan dalam 3-4 bulan sudah boleh mencecah sekurang- kurangnya 1000 ringgit dan lebih. Jadi, persoalannya, apa yang kita buat dengan wang ini, terutamanya jika kita masih punya gaji tetap, dan bisnes hanya dibuat secara sambilan? Untuk mendapatkan jawapan, lihat apa yang kita buat dengan bonus pertama, yang paling sedikit itu. Jika semuanya lenyap, tak tahu ke mana, besar kemungkinan yang 1-2 ribu juga akan lenyap begitu saja. Ini sangat mudah terjadi kepada mereka yang buat bisnes Shaklee secara sambilan, kerana gaji bulanan sudah ada, extra daripada bisnes memang digunakan secara cuai dan tanpa perancangan. Jika berlarutan, bonus 10-20 ribu pun, sama juga keadaannya. Rugi!

2- Belanja semua pendapatan sampingan, dengan alasan 'reward diri'

Saya perhatikan agak mencabar untuk part-timers memahami dan berdisiplin dengan idea 'reward diri'. Yang kelakar tu, kadang- kadang reward diri lebih pulak daripada hasil dan usaha hehehe! Delayed gratification bukan sesuatu yang mahu diamalkan, sebaliknya lebih mahu kepada instant reward. Dapat 100 ringgit, habis 100 ringgit reward diri. Memang tak perasan sebab kita tidak bergantung kepada 100 ringgit itu untuk makan, bayar bil dan sebagainya. 100 ringgit dilayan seperti durian runtuh! Dan saya lihat, jika dapat 1000 ringgit pun, sama juga tindakan yang diambil. Dan ini sangat merugikan.

3- Tidak ada simpanan langsung daripada wang lebihan/ tambahan

Ini sangat biasa terjadi kepada pengedar part timers, kerana mereka sudah ada gaji tetap, dan semua perbelanjaaan sudah ditanggung oleh gaji tetap. Jadi tidak ramai yang terfikir, wang tambahan daripada side business boleh dijadikan simpanan setiap bulan. Tutup mata, dan longgokkan saja dalam tabung simpanan. Saya pernah bertanya ahli group saya sendiri, yang sudah lebih setahun bisnes sampingan Shaklee, berapa tabungan hasil bisnes, dan tidak ramai yang ada tabungan. Ada yang zero pun. Lenyap begitu saja. Dan ia juga terjadi pada saya pada tahun pertama bisnes. Tidak menyimpan langsung!

4- Menambah hutang untuk barang- barang yang tidak penting

Ini selalu berlaku kepada yang sudah selesa dengan side income 4-5 ribu sebulan, apa lagi, mata pun mula melilau, dan nafsu semakin besar haha! Saat ini, tidak terasa jika menambah komitment atau hutang baru, apalah sangat 4-5 ratus extra untuk hutang beli itu dan ini. Lagi satu, ia berkaitan juga dengan tabiat, suka berhutang. Jadi apa lagi, rembat lah tv paling besar!

5- Menukar gaya hidup

Rata- rata kenalan saya dalam Shaklee, termasuk saya sendiri, majoriti adalah belum mencapai 5 tahun usia bisnes. Apa juga bisnes yang kurang daripada 5 tahun, belum boleh dikatakan stabil, dan memerlukan kita lebih berhati- hati dan belajar untuk menguruskannya. Tetapi ramai yang sudah mula menukar gaya hidup, upgrade terlebih tinggi daripada yang sepatutnya. Sudah tentu kita mahu lebih selesa bila pendapatan bertambah, tapi ia tidak semestinya memerlukan penukaran gaya hidup 100%. Apabila gaya hidup bertukar, sudah tentu ada kos untuk maintenance. Jadi apa yang berlaku, semakin bertambah pendapatan, semakin tinggi pula perbelanjaan. Bila tiba masa pendapatan menurun (adat resam bisnes), ramai yang tersentak dan tercekik. Sangat merugikan!

bisnes MLM rugi
Bisnes bertahun- tahun, tapi pendapatan entah ke mana! 

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

Sunday, February 15, 2015

Orang tua tiada selera makan, apa penyelesaian?

Assalamualaikum semua :)

Saya terpanggil untuk berkongsi tentang masalah bilamana orang tua kita, hilang selera makan, atau langsung tak mahu makan, kerana sakit, ataupun tak boleh nak makan, selepas keluar masuk hospital kerana penyakit dan sebagainya.

Awal minggu lepas, atok saudara sebelah saya suami saya masuk ICU, dan kami adik beradik pun ada pergi melawat. Saya tak pasti berapa usia beliau, tapi menurut suami lebih dari 85 tahun. Macam biasalah bila warga emas dah lebih 80 tahun ni, kita pun faham memang proses nak sembuh akan memakan sedikit masa. Atok ni asalnya tak selera makan, kemudian melarat kurang air dan terus bawak ke hospital sebab semakin lemah.

Tapi pada saya, sudah tentu anak- anak dan kaum keluarga tetap mahukan yang terbaik. Takkan kita nak tengok saja ayah atau mak kita terlantar, tak selera makan, tak happy dan stress pula. Kalau boleh penghujung usia biarlah dapat kita beri keselesaan yang termampu dan selagi ada daya.

Dan biasanya warga tua ni banyak juga penyakit- penyakit yang telahpun ada sejak muda, macam Opah saya sendiri, bergantung dengan ubat darah tinggi dan kencing manis. Kalau dah takde selera makan, susah juga kita nak adjust waktu makan ubat. Kalau tak makan ubat, masalah lagi bertambah. Itu yang kita tak nak, bertimpa- timpa pula masalah pada mereka, dengan usia dah meningkat, badan pun tak larat nak tanggung terlalu banyak penyakit pada masa yang sama.

Berbalik pada atok saudara kami tadi, anaknya ada bertanya kepada suami saya tentang produk supplement yang boleh dicuba. Saya lekas- lekas suggest Meal Shakes, sejenis multivitamin lengkap dalam bentuk serbuk, dibancuh dengan air ataupun susu segar. Nak tambah buah- buahan pun boleh, jadikan smoothies. Saya dah pernah dengar cerita kawan baik saya yang beri Meal Shake kepada atok dia jugak, sampai sekarang Atok dia masih minum dan sangat sukakan rasa vanila tu.

Jadi malam tu, suami saya pergi ke rumah atok tu, dengan ayah dan ibu menghantar sebotol Meal Shakes. Anaknya bancuh dengan low fat milk dan bagi dia minum. Alhamdulillah dia suka rasanya. Saya risau juga sebab orang ni banyak juga makanan yang dah tak kena dengan selera mereka kan. Bila suami bagitau yang dia boleh minum dan suka rasa Meal Shakes, haih lega sangat. Sekurangnya atok tak perlulah berlapar kerana tidak ada selera. Suami saya kata Atok terbaring saja, kesian saya dengar. Saya memang senang sedih kalau warga emas ni dalam kesakitan, sebab saya membesar dengan atok dan opah, dan kami sangat rapat.

Saya teringat atok saya sendiri, dah 3 tahun lebih dia pergi meninggalkan kami. Memang di hujung usia dia takde selera makan. Kadang- kadang makan banyak, kadang- kadang apa pun tak nak. Masa tu saya tak kenal lagi Meal Shakes. Kalau tercium Meal Shakes dengan bau vanila yang harum, memang akan terlintas dalam fikiran saya "kalau Tok rasa, mungkin suka juga rasa Meal Shakes ni".  Wallahualam :).

Dengan 24 jenis vitamins yang ada dalam tu, dan kalori yang mencukupi, InshaAllah boleh membantu orang tua dapat tenaga semula. Dan ianya tinggi serat, jadi tak menambah beban pula untuk orang tua membuang air besar.

Semalam, saya baca Facebook Aunty kami yang menjaga Atok tu, dia upload gambar Atok dah boleh duduk atas kerusi roda. Berair jugak mata tengok gambar tu. Teringat macam- macam. Teringat arwah atok- atok sendiri, teringat ibubapa yang dah semakin tua, teringat diri sendiri, bagaimana pula nak menghadapi masa- masa tua nanti. Menurut Aunty kami, Atok minum Meal Shakes setiap hari, dan juga ambil Vivix.  Suami saya hantar Vivix pada esoknya pula (Vivix paling sesuai untuk warga emas juga, sebab ia membantu perbaiki sel yang menua dan tidak sihat).

Saya harap ramai lagi warga tua yang boleh dapat kebaikan Meal Shakes dan saya harap anak- anak tidak putus usaha dan harapan untuk beri kualiti kehidupan kepada ibubapa atau atok nenek walaupun di hujung usia mereka, InshaAllah.

tambah selera makan orang tua meal shakes
Ini pula resepi kegemaran saya, ESP + Meal Shakes + Nestum and fresh milk! 

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Friday, February 13, 2015

Perginya seorang Negarawan Islam; Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

"Umur ialah anugerah Allah SWT kepada kita. Ia hanyalah merupakan bekas yang boleh diisi sama ada dengan pahala atau dosa. Orang yang beriman akan sangat bimbang mengisi bekas umur ini dengan dosa kerana takut kesannya pada hidup. Sebagaimana orang kita kalau ingin meracun lalang, dibancuh racun di dalam baldi. Baldi itu sebelum diguna semula untuk tujuan lain akan dibasuh sebersih-bersihnya kerana bimbang kesan buruk racun jika tidak dibersihkan. Maka sebagaimana kita basuh baldi yang berisi racun bimbang kesan buruknya, demikian bekas umur kita wajib dibasuh dengan amalan soleh jika pernah diisi dengan dosa..." - petikan kuliah Tok Guru semasa menafsirkan Surah Al-Asr- Daripada Facebook Nik Abdul Aziz Nik Mat, 10 Januari 2015.


Ya Allah, ampunlah dosa Allahyarham, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka. Amin. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...