Thursday, February 12, 2015

Ramainya orang buat Shaklee, boleh ke berjaya?

Assalamualaikum semua :)

ALHAMDULILLAH, sekali lagi kami di Shaklee dapat berita baik, apabila Shaklee telah dinobatkan sebagai Best Brand in MLM (nutritional supplement category) di majlis gilang gemilang Brand Laureate Award 2014-15. Memang sesuatu yang tidak disangka- sangka, kerana tidak ada hu-ha hu-ha pun, tup tup menang award haha! Buat keje tak boleh bising- bising kan, tunjuk result saja dah cukup. Alhamdulillah.

shaklee menang brand laureate award

STATEMENT FROM MR. VICTOR LIM, PRESIDENT SHAKLEE MALAYSIA 
Brand Laureate Award
I'm proud to announce that Shaklee has been awarded the Brand Laureate Awards 2014-2015 for Corporate Branding - MLM. Shaklee is the only MLM company received this award. 
The winners of The BrandLaureate Awards are selected based on a 300-point selection criteria consisting of brand strategy, brand culture, integrated brand communications, brand equity and brand performance. Shaklee is the winner 
I would like to take this opportunity to congratulate all the Shaklee families as this is our achievement and this award is belonged to everyone in Shaklee families. I'm very proud to be part of this big family. Nothing better than winning an award to kick start the year of 2015. 
As the winner of the Brand Laureate Award, we have the responsibility to help and support more Malaysians to stay in the healthier lives and live in the better lives. Let us continue to work hand in hand to bring Shaklee to the next level and continue to be the best MLM brand in Malaysia. 
"I wanted a company that would improve the lives of everyone it touched.” -Dr. Shaklee
See you at the top

best brand in MLM


Semalam saya berborak dengan kawan lama di WhatsApp tentang bisnes ini, dan dia ingin bertanya lebih lanjut tentang bagaimana saya melakukannya. Secara ringkas saya katakan, saya bermula sebagai pengguna, jatuh hati dengan keberkesanan produk, dan seterusnya saya amalkan konsep sharing di media sosial dengan orang lain (blog dan Facebook). Kemudian saya bina jumlah pengikut, samada sebagai pengguna atau sebagai business partner. Prosesnya simple saja, tapi memerlukan daya tahan, maklumlah kita memang betul- betul jual barang, bukan cerita atas angin. Dan memang muka kena tebal, kena reject dan sebagainya.

Satu komen yang paling biasa saya terima daripada ramai orang ialah "dah ramai sangat buat Shaklee, ada ke yang nak beli lagi, ada ke yang nak bisnes lagi". Tidak dapat saya nafikan, memang ramai. Sejak saya bermula pada tahun 2011, semakin bertambah bilangan pengedar dan pengguna. Manakan tidak 1% daripada populasi ada pengedar berdaftar (aktif dan tidak aktif). Memang ramai! Shaklee dah berada di pasaran sejak tahun 1950-an dan dah masuk Malaysia pun dah bertahun- tahun lamanya. In fact pakcik dan makcik saya pun kenal Shaklee dan mereka selalu kata "eh ada lagi produk ni, dulu I pun guna ni!" Orang lama- lama memang kenal dan tau pasal Shaklee. Bermakna kita memilih established company, dan sudah ada record, dan sudah bertapak dan bertahan. Penting kan? Nak pilih tempat kerja lepas grad pun, kita berangan nak kerja dengan company kuat dan terkenal, Petronas la paling glamer kan haha!

Kenapa mahu takut jika ramai kenal Shaklee? Bukankah itu bagus untuk bantu marketing anda? Tak perlu cerita panjang, orang dah kenal. Yang perlu dibina sekarang ini ialah brand diri anda sendiri. Orang suka anda, orang akan beli daripada anda, orang akan cari anda, orang akan rujuk anda. Dan lagi satu, sebagai seorang business builder dalam MLM, anda kena bijak sikit lah. Memilih company yang sudah ramai pengedar bermakna anda sudah ada berderet- deret upline yang berpengalaman di atas anda. Jadi tempat rujukan tu sangat luas. Saya sendiri, mengenali super duper upline saya yang masih aktif. Kadang- kadang berjumpa di majlis- majlis Shaklee, di Home Office atau branch, kami berbual dan bertukar pandangan. Super duper upline Master Haji Roslan dan keluarga misalnya sudahpun terlibat dalam bisnes Shaklee lebih 24 tahun! Bayangkan betapa banyak ilmu boleh kita rujuk dengan orang lama seperti dia. Jika anda pioneer dalam company yang baru, sumber rujukan adalah sangat limited. Silap- silap upline pun tak tau apa yang dia buat, dan tak ada tempat rujukan! Oh bahaya!

Saya melihat percambahan produk baru dan sistem MLM baru di pasaran bukan sebagai satu halangan untuk sesiapa saja orang baru dalam Shaklee untuk bersaing dan berjaya. Setiap cabaran yang datang, mesti dilihat sebagai peluang, bukan halangan dan sekatan. Dan pastinya, sistem MLM dalam Shaklee adalah telus, adil dan NO "fancy schmancy" yang mengelirukan dan menjanjikan sekian- sekian ribuan ringgit dalam masa sekian- sekian. Itu semua mengarut saja. Hasil usaha bisnes Shaklee semuanya tertakluk kepada usaha anda, strategi yang anda susun, ilmu yang anda ada dan kekuatan minda, emosi dan rohani masing- masing, bukan tertakluk kepada JANJI UPLINE! Ingat tu!

Semoga berjaya :)

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

Tuesday, February 10, 2015

5 tips untuk elak sembab atau Edema semasa hamil

Assalamualaikum semua,

Post yang lepas, saya share tentang perbezaan semasa hamil 5 bulan dengan anak sulung, dengan hamil 5 bulan anak ketiga (masih dalam kandungan). Ramai yang terkejut sebab lain sangat rupanya. Dalam masa yang sama, untuk yang tak pernah mengalami edema, ada yang berpendapat ianya "pembawak budak" ataupun ianya tidak serius mana, standard la kan, pregnant memang sembab.
  1. During pregnancy, the body produces approximately 50% more blood and body fluids to meet the needs of the developing baby. Swelling is a normal part of pregnancy that is caused by this additional blood and fluid. Normal swelling, which is also called edema, is experienced in the hands, face, legs, ankles, and feet.
Saya buat sedikit pembacaan di Google, dan mencari punca edema. Dua kali hamil sebelum ni, saya tak terfikir untuk mencari punca edema kerana turut percaya yang ianya BIASA! Hmmm rupanya tak juga, edema boleh dicegah dan walaupun ia tidaklah merbahaya, tapi boleh mengurangkan ketidakselesaan ketika hamil seperti sembab kaki (susah nak pakai kasut, mudah kebas dan lain- lain). Dan kalau anda jenis yang mudah terguris akibat ditegur "Ya Tuhan ni kenapa hidung kembang bebeno ni?" eloklah mencari jalan supaya kurang sikit kembang tu untuk kehamilan akan datang.

Saya share di sini antara tips yang boleh diamalkan ketika hamil untuk mengurangkan edema.

1- Pengambilan garam dalam makanan harian 

Menurut buku "What Every Pregnant Woman Should Know" oleh Dr. Tom Brewer, ibu hamil perlu mendapatkan garam secukupnya. Kekurangan garam boleh menyebabkan sembab, kerana darah memerlukan keseimbangan sodium dan cecair untuk berfungsi dengan baik.

2- Pengambilan protein yang mencukupi 

Protein yang dimakan akan ditukar menjadi albumin di dalam hati. Albumin sangat penting bagi memastikan cecair tidak keluar daripada salur darah ke tisu- tisu hingga menyebabkan bengkak dan sembab.

3- Pengambilan sumber potassium yang mencukupi 

Potassium ada sejenis electrolyte dalam badan, dan darah kita memerlukan keseimbangan electrolyte seperti potassium, sodium magnesium etc untuk berfungsi dengan baik dan mengelakkan sembab.

4- Pengambilan halia semasa hamil

Halia dapat membantu perjalanan darah dan boleh membantu mengurangkan sembab dan lebihan cecari dalam badan semasa kehamilan.

5- Vitamin C

Seperti juga halia, vitamin C membantu memperelokkan perjalanan darah semasa hamil dengan dengan itu boleh mengelakkan badan jadi sembab dan bengkak ketika hamil.

Kalau ikut pengalaman saya sendiri, selain daripada pengambilan garam (memang tak monitor lah bab ni, saya banyak masak di rumah, dan sangat kurang guna garam & perasa tambahan), yang lagi 4 tu, memang saya ambil sepanjang kehamilan ketiga ini. Protein memang minum setiap pagi, dan kadang- kadang bila hunger strikes at midnight pun saya bancuh protien shake. Sumber potassium paling minimum saya ambil harian daripada multivitamin, memang tak miss setiap hari. Dan halia pulak, kali ini memang ada saya simpan supplement ginger di rumah sebab selalu perut berangin, dan supplement ni sangat membantu. Dan paling bagus, kalau dulu memang tak sentuh pun vitamin C semasa hamil, kini memang saya ambil 500mg setiap hari. Kadang- kadang lebih bila terasa nak kena flu dan demam.

Jadi 3 daripada 5 perkara di atas memang saya tak ambil sepanjang 2 kehamilan yang lepas, menjadi faktor yang menyebabkan saya telah sembab dengan begitu hebat. Dan kini saya belajar, sembab semasa hamil bukanlah "kebiasaan" dan "accidental"! Kalau nak kata gila buat marketing untuk produk Shaklee pun saya tak kisah, sebab saya yakin ianya sangat berkesan, selamat dan semulajadi. Semua orang boleh cuba dan InshaAllah membantu.

Left: Almost 6 months pregnant, 2011 (age 33)
Right: Almost 6 months pregnant, 2015 (age 37)

I am happy and satisfied with Shaklee supplements for my current pregnancy. 
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Saturday, February 7, 2015

How to achieve khusyu' in zikr?

Assalamualaikum semua :)

Currently I am reading this awesome book, "In the Early Hours" by Khuram Murad, and I thought I want share some of the info here on my blog, with you. One interesting part in this book is about zikr, and how we should train our mind to gain better consciousness in performing our zikr.

ONE: Say to yourself: I am in Allah's presence; He is watching me now. When the Prophet (pbuh) was asked by a Companion about the best way of purifying himself, he replied: "You should always remember that Allah is with you whenever you are." (Tirmidhi)

TWO: Say to yourself: Everything I have has been given to me by Allah; Gratefulness to Allah is a constant theme. When we eat, when we rise in the morning, even when we relieved ourselves, we would give thanks to Allah. Our heart beats 72 times a minute, and every time it beats, it does so with the permission of Allah. The moment He withdraws that permission, the heart will stop beating and your life will certainly come to an end. If you feel that there is nothing else to thank Allah for, then thank Him for the life He has given you.

THREE: Say to yourself: Nothing in this world can happen without His permission. The Prophet (pbup) would supplicate to Allah after each prayer, "O Allah, whatever you want to give me, no one can stop it from coming to me and whatever You want to prevent from coming to me, nobody can give to  me." Remind ourselves as much as we can and throughout the day, especially when you expect something to happen, or not to happen, that everything happens only as His commands, and by His permissions.

FOUR: Say to yourself: I am going to return to Allah one day and that day could be today. To help us attain this state of consciousness, recall and reflect upon the following Quranic verse as much as you can and throughout the day: From Allah we came and to Him we shall return. (al- Baqara 2: 156).

Bear in mind that the method of zikr is not only by sitting down reciting beautiful words of prayers, but also when we are doing our work, helping our family, going on about our daily routines, but with the niat of Lillahi taa'la. Zikr must not only felt by heart and uttered by tongue, but also must effect amal salih or good deeds. Ibnu al-Qayyim suggests that zikr encompasses "any and every particular moment when you are thinking, saying or doing things which Allah likes".


Tuesday, February 3, 2015

Goiter dan pembedahan membuang kalenjar thyroid - Bahagian 1

Assalamualaikum semua :)

Semasa saya kecil, saya lihat ramai saudara mara sebelah Mak saya, mempunyai goiter ataupun lebih disebut sebagai "beguk". Orang pertama yang saya lihat ada goiter ialah opah saudara saya (kakak sulung Opah saya), dan kemudian anak- anak perempuannya. Saya tak pasti berapa usia mereka ketika itu, mungkin sekitar 30an, dan mereka ada lump yang besar di leher. Memang ganjil rasanya bila tengok. Masa tu kebanyakan mereka tidak memakai tudung, jadi ianya jelas kelihatan dan memang mata asyik nak memandang ke situ saja! Opah saya pun ada goiter, tapi kurang jelas sebab dia sendiri berbadan gempal, jadi leher gemuk mungkin menyorok kewujudan goiter secara jelas.

Apabila saya mula bersekolah menengah, Mak saya pulak mula menampakkan tanda- tanda ada goiter. Leher sebelah kanan mula bengkak, dan terasa kenyal bila diurut. Tapi ianya tidak sakit. Jadi Mak biarkan saja, sebab tidak mengganggu. Dia pernah buat check up, dan doktor pun kata ia tidak merbahaya. Tanpa disedari, tahun ke tahun ianya semakin membesar, dan sampailah satu masa, ianya jelas kelihatan bengkak walaupun Mak pakai tudung; tudung jadi senget! Pada ketika itu, kami dah mula berkira- kira untuk Mak buat pembedahan saja, dan buang kelenjar yang mungkin dah penuh dengan nodules. Tapi Mak tak mahu,

Sehinggalah pada tahun 2011, Mak mengalami sesak nafas di rumah, dan terus dikejarkan ke hospital. Rupanya kelenjar yang membengkak telah terlalu besar dan menyekat salur pernafasan. Doktor mencadangkan pembedahan dilakukan dengan segera. Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar dan syukur juga kerana Mak tidak ada masalah diabetes atau jantung, yang menurut doktor boleh menyebabkan pembedahan tersebut menjadi sangat berisiko.

Selepas pembedahan tersebut, yang pertamanya Mak perlu menyesuaikan diri dengan proses pemulihan pembedahan dan yang kedua, menyesuaikan diri dengan ketidakwujudan kelenjar thyroid yang dibuang keseluruhannya. Rupanya ia tidak semudah yang kami sangka.

Saya akan sambung lagi di entry akan datang, InshaAllah.

Key Issues to Evaluate in a Person with a Goiter or Thyroid Nodule
Gender and Age

Goiter and nodules are more common in women
and older people, but nodules in men and
younger are somewhat more likely to be cancer 
Local Neck Symptoms

Swelling or pain in the front of the neck
Hoarseness that is new and persistent
Cough that is new and persistent
Coughing up blood
Shortness of breath 
Symptoms of Possible Cancer Spread 
Bone pain in one spot without relief
Weakness or numbness of an arm or
leg that persists
Hyperthyroid Symptoms

Weight loss, heat intolerance, trembling
hands, palpitations, insomnia, anxiety,
increased bowel movement frequency
- especially if the symptoms are new
or persistent 
Hypothyroid Symptoms

Weight gain, cold intolerance, constipation,
very dry skin, slowed thinking,
depressed mood, muscle cramps
- especially if the symptoms are new
or persistent 
Risk factors for thyroid cancer

Childhood neck radiation
Family history of thyroid cancer
Family history of colon polyps
Family history of parathyroid
or adrenal tumors 

Source: http://endocrine.surgery.ucsf.edu/conditions--procedures/goiter.aspx

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

Monday, February 2, 2015

Reward stickers menyekat kreativiti anak?

Assalamualaikum semua :)

Bulan lepas, saya menyediakan jadual harian untuk Aliyah. Bermula daripada bangun pagi, sampai balik sekolah, sampailah waktu tidur. Pada awalnya memang dia semangat nak ikut, kemudian on-off. Tapi dia memang proud dengan timetable tu, dan kalau ada masa yang dia memang ikut, dia akan belek timetable tu sorang- sorang, bangga haha! Saya tak begitu strict pun, sekadar nak memperkenalkan kepada Aliyah kepentingan timetable dan konsep disiplin. Ada hari yang dia tak perlu disuruh pun dah buat, contohnya solat dan beri ikan makan. Saya berkira- kira untuk beri reward kepada Aliyah bila dia cemerlang ikut timetable, tapi masih berfikir tenang kewajarannya. I mean, in adult life, we don't get reward every hour for the good things we do with our life, isn't it? Haha Mama too philosophical pulak!

Jadual kebanggaan Aliyah

Waktu solat katanya....

Yang ni takde dalam timetable - buat sepah

Dan semalam, saya terjumpa satu artikel menarik tentang kreativiti anak- anak, dan bagaimana ibubapa mungkin sebenarnya tanpa sedar telah menyekat daya kreativiti ini berkembang dengan lebih baik, dan salah satunya ialah dengan memberi reward! Huhuhu!

1- Reward sekecil- kecil seperti sticker pun sebenarnya boleh menyekat motivasi dan keinginan anak- anak untuk buat sesuatu dengan lebih baik dan secara SUKARELA. Pemberian reward yang melebih- lebih menurut kajian menyekat eksplorasi dan imaginasi anak- anak. Kita tidak mahu anak- anak yang hanya ada keinginan untuk dapatkan "stars" sahaja dan tidak mahu mencuba lebih daripada itu.

2- Shadowing, ataupun micromanaging kerja anak- anak juga salah satu penyekat kreativiti anak- anak. Ibubapa yang asyik duduk di sebelah anak- anak, memberi arahan dan pembetulan itu ini, begitu begini, boleh menyekat keupayaan anak- anak untuk ambil risiko dan belajar daripada kesilapan.

3- Limited choice, bermaksud kita hanya beri peluang kepada anak- anak untuk beri satu jawapan yang tepat saja. Hidup bukan kertas MCQ! Hidup ada pilihan, dan dengan memberi peluang kepada anak- anak explore curiosity mereka sendiri. Exploring is the heart of lateral thinking.

4- Over scheduling, sehingga penuh jadual harian anak- anak juga boleh menyekat kreativiti. Aktiviti yang terlalu banyak, tidak memberi peluang kepada anak- anak untuk "do nothing and recharge". Waktu- waktu "do nothing" atau "kebosanan" sebenarnya memberi ruang kepada otak anak-anak untuk berfikir dan menjadi kreatif.

Menarik kan? Saya baru berkira- kira nak mencari cikgu renang untuk Aliyah, sebab dia memang enjoy berenang (hentam saja lah dulu). Itupun lama saya fikir celah mana nak susun jadual selepas dia balik sekolah jam 1 tengah hari. Kelas mengaji pun belum mula, setakat mengaji di sekolah saja dan sesekali revision dengan saya di rumah. Tapi bila tengok anak- anak orang lain sibuk dengan segala macam aktiviti, eh ketinggalan pulak rasanya hahaha!

Apa pendapat anda pula :)

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...