Wednesday, July 9, 2014

Doa elak penyakit berjangkit dan wabak

Assalamualaikum semua :)

Semalam, dapat berita dalam WhatsApp group ibubapa tadika anak2 kami, salah seorang dah kena HFMD, baru disahkan oleh doctor. Dalam 2 hari lepas, memang Aliyah ada bagitau kawan dia tu tak sihat, ada batuk katanya. Saya pesan pada Aliyah, duduk jauh sikit lah, kemudian make sure selalu basuh tangan, and tell her friends too. Bila nampak je berita tu, berpeluh saya sekejap, terus call suami, minta ambil Aliyah & Adam di sekolah. Kebetulan dah pukul 2, tak sempat tunggu pukul 3, terus pergi ambil. Balik rumah saya check lidah, kaki dan tangan dia. Antara tanda awal HFMD ni termasuklah ruam pada bahagian mulut dan kaki. Kemudian akan merebak jadi blister, dan bila mereka menyentuh bahagian- bahagian lain pada badan, berjangkit lagi. Jika Google pasal HFMD macam- macam gambar dapat tengok, Ya Allah kesian sangat dengan anak- anak yang terkena.

Semalam saya check dua- dua budak ni, Alhamdulillah nampak gaya takde apa tanda. Aliyah & Adam dua- dua a runny nose sikit, sejak seminggu jerebu ni. Tapi tak demam. Tapi hari ini kami decide tak hantar diaorang ke sekolah, better safe than sorry lah kan. Lagipun kami takde masalah nak cuti ke, nak MC ke, bila- bila rasa tak payah hantar pun takpe. Itulah kelebihan bila ada bisnes sendiri, boleh uruskan masa sendiri. Alhamdulillah. Kalau dulu, mesti susah hati bila dapat news macam ni. Apa- apa hal pun hari ni nak sanitize rumah ni jugak, lap lantai apa patut.

Kadang- kadang memang parents akan mengeluh bila ada parents lain yang tetap hantar anak yang tak sihat ke sekolah, tak kira lah samada demam, batuk, selesema. Bila jadi kes HFMD ni lagi la parents jadi panik bila dah terlepas ke sekolah. Kita pun tak boleh nak identify yang mana satu jika parents tak bagitau. Dan kesian juga pada parents yang ada masalah nak ambil cuti bila anak- anak sakit, tak semua majikan memahami pun. Walaupun kita boleh senang cakap, "takkan la tak boleh cuti, anak kan sakit?" tapi itulah kenyataannya, memang ada parents yang payah nak cuti walaupun anak sakit. Dan tak semua ada extended family support yang boleh tolong jaga sama- sama.


Saya memang beri anak- anak Nutriferon Shaklee hampir setiap hari, untuk bantu badan mereka membina antibodi yang diperlukan bagi melawan penyakit. Nutriferon adalah ramuan semulajadi yang diextract daripada biji labu, bagi menggerakkan interferon dalam badan, membina perisai melawan penyakit. Anak- anak saya sukar nak telan ubat, jadi Nutriferon sangat membantu, terutama bila demam- demam biasa, kalau diaorang reject ubat, saya ganti dengan Nutriferon, minum air secukupnya, dan lap badan berterusan. InshaAllah demam akan kebah dalam 1-2 hari, suhu badan pun tak naik mendadak.

Selain itu, kita boleh berusaha amalkan doa ni untuk elak penyakit berjangkit dan wabak, semoga keluarga dan anak- anak kita dilindungi Allah SWT. Amalkan setiap pagi dan petang.


بسم الله الرحمن الرحيم
تَحَصَّنَا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Kami berlindung dengan Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasan, dan kami berlindung dengan Tuhan yang Memiliki alam gaib, dan kami bertawakal kepada Tuhan yang hidup lagi yang tidak mati, ya Allah jauhkan lah kami daripada wabak ini dan taun, dan segala bala, (kami mohon) dengan ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut lagi Maha mengetahui sesungguh Engkau diatas setiap sesuatu amat berkuasa. 

Monday, July 7, 2014

Stress, the silent killer

19 Frightening Workplace Mental Health StatisticsThis infographic was crafted with love by Officevibe, the employee engagement platform that reduces stress at work while showing the return on investment of a great organizational culture.

Lesu selepas bersahur

Assalamualaikum & selamat pagi :)

Bertahun- tahun lamanya saya tak seronok bersahur, dan bukan sebab kena bangun awal pagi! Tapi sebab saya rasa sangat- sangat lesu selepas bersahur. Dan bila tak bersahur pula, letih dahaga melampau, juga buat saya lesu. Jadi sejak mula belajar berpuasa, pengalaman bersahur memang tak memberangsangkan, walaupun saya tau dan memang sangat mahukan berkat bersahur itu.

Kalau orang fikir bersahur ni small matter, pada saya ianya big deal. Sebab mood dan tenaga saya sepanjang bulan Ramadhan, sangat bergantung kepada kualiti sahur saya. Dan sejak berumahtangga, kalau ada masalah mood dan tenaga, aiyok berjangkit- jangkit lah dengan mood pasangan pula. Bulan puasa kalau asyik muncung je nak bergaduh, aduh tak seronok langsung. Stress!

Dan bila selepas bersahur dengan nasi dan lauk pauk, memang terbongkang tidur, mata berat sangat nak buka untuk Subuh, dan kalau dah solat, dapat pulak tidur semula, simply boleh sampai pukul 9-10 pagi. Memang tak menarik langsung gaya macam ni. Dan kalau hari bekerja, bayangkan betapa melekatnya badan di katil, nak bersiap ke ofis, adoi macam kena gam kulit badan ke tilam.

Kemudian saya berkenalan dengan supplement Shaklee. Saya tidak pernah terfikir pun ia boleh membantu saya enjoy bersahur! Dan saya tidak lagi makan nasi dan lauk pauk semasa bersahur - kecuali bila balik kampung, sebab masakan Mak la, kalau tak makan, rugi rugi rugi.

Kenapa supplement, dan apa teorinya? Saya tidak mahu menyentuh tentang senarai supplement yang berjela- jela tentang tenaga, cuma tentang Energising Soy Protein (ESP) saja. Saya minum ESP setiap kali bersahur, mix dengan Milo dan fresh milk saja. ESP ni rendah GI (Glisemic Index) jadi pelepasan glucose (yang beri tenaga) adalah secara perlahan dan stabil. Berbanding dengan nasi yang tinggi GI, pelepasan glucose tak stabil, menyebabkan kita cepat lapar. Walaupun berbanding makan nasi dan minum ESP memang lah lepas makan nasi tersandar kekenyangan. Tapi 2-3 jam lepas tu mesti lapar berkeriuk peruk. Bila minum ESP, glucose dilepaskan sedikit demi sedikit, jadi takde lah lapar cepat, dan badan diberi tenaga berterusan sehinggalah waktu berbuka.

Bandingkan makanan yang high GI dengan low GI,
nasi kan tinggi karbo, cepat kenyang, cepat pulak lapar. 

Selain ESP, kalau nak yang ada perisa, ada Cinch Shake perisa latte dan vanila. Saya suka nak advice minum ESP atau Cinch Shake dengan kurma juga, sebab ianya tinggi serat dan ada glucose untuk tenaga. Memang lega dan seronok lah dapat bersahur dengan pilihan makanan rendah GI, kalau lah dari dulu lagi saya tahu :p

Kalau nak order, click saja SINI yer, penghantaran terus ke alamat anda oleh Shaklee.

Selamat mencuba :)

Puteri

Sunday, July 6, 2014

We are going to California!

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, kami berdua berjaya dipilih untuk ke USA tahun ini, dan secara tepatnya ke CALIFORNIA! Tak pernah termimpi atau terfikir atau teringin pun nak ke negara Uncle Sam ini, walaupun kita ni dibesarkan depan TV dengan omongan Hollywood kan? Entah la, tak pernah teringin pun, maybe sebab jauh gila kot memikirkan nak memetakkan punggung dalam flight hahaha!


Tapi kali ini berbeza, ianya adalah reward daripada Shaklee dan yang lebih istimewa kami bukan saja akan menyertai Shaklee LIVE- Global Convention bersama- sama ribuan pengedar dan busines leaders dari seluruh dunia, kami juga akan diraikan dalam majlis anugerah gilang gemilang. Dua hari lepas kami terima email daripada Shaklee tentang details flights, jadual program dan senarai award yang akan kami terima di sana pula. Allahu akbar, betapa melimpah ruahnya rezekiMu bagi kepada kami! Tidak habis lagi gembira menerima pelbagai award semasa National Conference, nah, ada lagi di US pula. Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Dan sudah tentu selain ke Shaklee LIVE, dengar cerita antara aktiviti yang di susun ialah ke Disneyland, dan Factory Outlets, bukan saja di California, tapi juga kami akan ke Sans Francisco! Tak sabar nak tunggu 23hb untuk mendengar penerangan lebih detail lagi daripada pihak pengurusan Shaklee Malaysia.

Kita Google gambar dulu lah, apa yang ada di California yer!

Premium Outlets, tak pasti yang mana satu kami akan pergi, tapi tak kesah!! 
Kena pilih, nak shopping lebih atau spend time at Disneyland too! Oh I want both!! 
Long Beach, California, superb skyline at night
Paling utama, kami nak pegi ke Shaklee HQ di Pleasanton, California!  

Now, kena Google, apa yang menarik di Sans Francisco pula :)

Much love,
Puteri

Saturday, July 5, 2014

Sembelit di bulan puasa

Urgghhh tak suka kan kalau sembelit, apatah lagi bulan puasa ni, nak meneran pun kurang tenaga hahaha!

Anyway, perasan tak makanan Melayu yang dijual samada kat pasar Ramadhan mahupun hari- hari biasa, alahai kurang sangat pilihan sayur- sayur. Dulu masa saya di Penang, dekat dengan rumah saya ada gerai Vegetarian, cara orang Cina masak. Memang fresh je tengok, geram je nak beli. Tapi saya tak berani pulak sebab gerai tu dalam another non-halal restaurant. Cuak sedikit di situ. Bila ke gerai Melayu, alahai lesu bebeno kangkung, bayam. Tak selera. Tapi sebabkan saya gemar sayur, memang saya beli jugak 1-2 jenis. Paling tidak ambil ulam & sambal. Saya bukan peminat daging, dan kebelakangan ni memang kurang makan red meat. Tapi kalau ada satay, payah nak tolak hahaha! Tough ok nak clean eating dengan all good food kat Malaysia ni phew!

Dalam family sebelah Mak saya, mereka ni penggemara masakan yang pedas- pedas. Kalau makan, mesti saya rasa nak marah je, sebab kena sulam air. Memang tak suka! Saya suka la pedas, tapi tak lah sampai naik angin punya pedas. Dan saya tengok mereka ni banyak masalah dengan sistem penghadaman. Angin la, sembelit la, gastrik la. Even arwah Atok saya pun ada masalah usus yang serius masa tua, sampai lah dia meninggal dunia. Abang saya pulak gastrik, sebab suka makan benda masam dan pedas. Kemudian kurang minum air. Akibatnya kena buasir. Saya tukar tabiat makan sejak memerhatikan diaorang ni la hahaha! Sengsara sangat ku tengok!



Back to cerita bulan puasa. Now saya dah tahun kedua dapat berpuasa sambil bekerja di rumah saja. Meaning ada banyakkkkkk masa nak plan masak, dan memasak. Semua orang tahu kot saya takde gemar pun memasak. Tapi bulan puasa ada berbeza. Saya suka dan sanggup masak, asalkan tak makan lauk pauk pasar Ramadhan. Cukup- cukup lah bertahun- tahun tapau untuk buka puasa. Saya pilih mahu yang freshly cooked at home pula. Dan ini bermakna, saya boleh plan sayur- sayuran saya!

Biasanya paling senang, stir fry je lah, atau celur je, cicah sambal belacan. Pergh sedap. Sambal belacan saya ada twist dengan hirisan tomato, eh sedap sedap. Semalam saya masak lemak kacang buncis, letak kobis sikit dengan udang. Aliyah kata sayur susu, dia pun suka, tapi suka kuah je la, sayur no no no katanya. Hmmm...hari ni maybe nak beli peria dan tumis letak cili sikit.

Saya jugak ambik kesempatan bulan puasa ni, detox dan plan cuci bersih usus. Nak tanggalkan keladak- keladak keliling dinding usus, supaya nutrient daripada makanan elok diserap, dan paling penting supaya penyakit tak hinggap. Bila usus tak bersih, jerawat senang naik, senang sakit kepala, masuk angin dan lain- lain. Itu belum lagi masalah yang lebih serius macam buasir, malah kanser kolon yang sangat menakutkan. Setiap 2-3 kali seminggu, saya suka ambil Herblax, ramuan natural yang bertindak melembut *ehem* dan melawaskan. Bulan puasa ni, saya ambil selepas berbuka, jadi sepanjang malam saya bayangkan Herblax buat overtime, bersihkan usus saya. Esok pagi, setel! Aha lagi satu, jangan sesekali culas nak amalkan sunnah makan kurma. Tinggi serat, bagus untuk melawas. Rugi sangat kalau tak suka kurma. Pahala dapat, badan pun sihat.

Herblax juga gluten free, bagus kan? 
Bahan- bahan dalam Herblax Shaklee 
Harga Herblax ni murah sangat jika nak banding dengan khasiat dan jumlah yang perlu dimakan, sebotol boleh tahan lebih dari sebulan, iaitu RM52.50/ 120 biji. Biasanya saya ambil 4 biji sekali makan. Kalau nak order klik HERBLAX, boleh buat order macam biasa, dan Shaklee akan hantar terus ke alamat anda. Senang kan!

Selamat berpuasa dan selamat membersihkan usus anda :)

Puteri


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...