Assalamualaikum semua :)
Pagi tadi, dalam kereta, kami tiba- tiba teringat zaman nak buat persiapan berkahwin. Mula- mulanya cerita pasal "delayed gratification", satu konsep yang ramai tak faham atau tak nak faham. Sebabnya sekarang ni semua orang nak benda instant. Kemudahan pun instant, contohnya ada credit card, boleh guna our money "borrowed from the future". Nak apa pun boleh dah, tak payah tunggu tabung penuh ke apa.
Back to our wedding preparation. Manis juga bila diingat hehehe! Preparation yang saya handle termasuklah nak tempah baju, beli barang hantaran, nak buat dulang hantaran, hiasan bilik pengantin dan lain- lain benda- benda kecik tapi melibatkan kos juga. Saya dapat mekap percuma sebab ada sahabat yang happy sangat saya ni kahwin, dia pun sponsor nak mekap. Saya tadah muka je la haha! Inai pulak saya ingat lagi, pergi kedai mana entah, buat inai, pastu balik kampung kihkihkih!
On his side, the biggest chunk of course ler nak bagi duit hantaran kat saya. Tapi taklah mahal pun hantaran, RM6000 masa tu. Semua kawan- kawan saya yang kahwin dalam tahun 2008-2009 ni dah cecah 10k dah. Tetiba compare lak ahaha!
Kemudian kos beli cincin dan gelang. Ada kawan kami yang kejenya tukang buat cincin dan gelang (orang Pakistan) so dapatlah kami good deal untuk dua benda ni. Dua- dua belah pihak buat majlis di rumah saja. Ada 2 majlis di rumah saja, bertunang (small family gathering) dan bersanding. Dan 1 majlis di rumah suami. Baju pulak ada 3 pasang setiap seorang. Baju nikah, dan 2 pasang baju bersanding. Semua tempah sendiri sebab pakej pengantin sangat mahal bila kena ambik segala macam. Of course family ada banyak membantu, sponsor itu ini untuk memeriahkan lagi majlis.
"How did we managed?" I asked him, sebab masa tu gaji ciput je. Then saya teringat masa tu, saya banyak outstation dan saya kumpul elaun outstation tu. Ada sekali saya pergi Bangkok seminggu, dapat elaun dari organizer in USD. Se-dollar pun tak guna sebab nak simpan untuk beli barang hantaran. Kami buat minimum dulang je, barang- barang pun simple- simple saja. Orang lain dapat handbag melimpah keluar dulang, saya beli purse je hahaha!
"Sebab masa tu I focus nak kahwen je" he replied.
Betul la kan, apa kita fokus, itulah kita dapat. Fokus nak kawen, dapat lah kawen. Hehehe!
3 comments:
Even bajet tapi cerita selepas kahwin tu yang lebih menarik...
macam tau jer tukang mekap tu hehehe.. but seriusly happy for you dear..
kita mencari berkat perkahwinan, itu yg utama kan Laira :)
Bat,
mak handam pun dia, mak hayam pun dia kihkihkih
Post a Comment