Aaah....FINALLY anak- anakku ke sekolah hari ini. Walaupun cuti sekolah seminggu je, tapi budak berdua ni dah bercuti 2 minggu! 2 minggu lepas Aliyah dapat jangkitan apa entah, lidah jadi menggerutu, dan pedih. Malam tu kami bawak pegi klinik, doctor kata nothing serious, dia cuma bagi cream macam Bonjela (tapi bukan). Kami macam biasa la, top up dengan segala macam supplement untuk antibodi - Nutriferon, Vitamin C chewable. Beberapa kali kami bagi juga Vivix, 2-3 titik saja. Kami memang banyak home remedies guna produk Shaklee saja untuk anak- anak. Sejak kenal dengan ramai pengguna Shaklee yang dah berpuluh tahun di US, kami tak lagi ragu- ragu nak guna home remedies dengan Shaklee. All natural and safe!
So Aliyah bercuti, maka Adam pun bercuti. Sementara tu kami perhatikan jika Adam pun dijangkiti, tapi Alhamdulillah tak berjangkit pun. Beberapa lepas tu, lidah dah semakin baik, tepi mulut pulak mula luka dan pedih. Tapi dia takde masalah untuk makan, minum, bermain dan buat sepah, semua tip top! Jadi takde la risau pun. Biarlah bercuti saja.
Sambung pula cuti Hari Malaysia dan cuti sekolah. Jadi saya fikir, saya perlu ada aktiviti lah untuk budak berdua ni. Kalau nak senang, jalan mudah, bagi je iPad ye tak, tapi itu kejam namanya hahaha! Jadi saya pun mengadakan Art Class hampir setiap hari. Belikan paint, drawing board, brush dan macam- macam lah lagi. Memang la bersepah kan, sebab tu gamak ramai je mak- mak malas nak melayan, bukan je bersepah, bergaduh lagi, berebut lagi. Memerlukan kesabaran yang tinggi, sebab (i) it suppose to be fun, not stressful! (2) we want to finish the art work, kan??
Anyway, dengan Aliyah ni dia nak semua perfect pada pandangan mata dia. Jadi ada la sesi merungut, kenapa dia buat tak jadi, tak cantik. Kena la bersabar explain, art is not suppose to be perfect! Lagi senget, lagi artsy! Gitu pemikiran yang kita tanamkan dalam minda anak- anak yer puan- puan hahaha! Yang perfect itu Allah, ahaaa senang kan semua pun kita pulangkan pada Allah, He knows better, we feel better ehehehe!
Adam pula, maybe sebab dia ni usia belum begitu sesuai ke, Mama yang tak pandai ke, memang la attention span begitu pendek. Banyak lah kerja art tu half way, Mama kena siapkan (dengan rela hati). Jadi lebih fokus diberikan pada kakak lah, sebab Aliyah memang enjoy sangat dengan art. Siap nyanyi2 siapkan kerja.
Nampak gaya Aliyah memang nak hari- hari ada art. Kejap- kejap mintak, dan dia sanggup mengemas, janji kita buat art. Saya ni pulak otak bukan kreatif mana, tapi setakat art bebudak boleh laaaa. Mujur ada kawan se-Shaklee yang rajib buat art, saya pun follow blog dan Instagram dia untuk idea. TQ Iman!
Ok, maybe tak la cantik mana potato itu, tapi usaha itu yang penting ye dak? Cabaran yang buat shape tu, tertakluk pada daya kreatif ibu- ibu, tapi saya dapat tips dari kawan, guna acuan kuih raya, which I DON'T HAVE ANY! Kahkahkah tak pernah buat kuih ok, mana pulak nak ada acuan. Anyway, lepas ditoreh- toreh potato dapat la few shapes, termasuk bentuk illuminati LOL!
Ini sesi art bebas namanya. Menurut Adam, ni gambar Gong Xi Fa Chai, which I have no idea, why, and how that come about. Look at his nose though macam Xmas reindeer. Aliyah pulak mendakwa dia tulis "LISTEN TO ALIYAH". Ada huruf SLS, and her name, so read it as "Listen to Aliyah". Very well played my dear. Cara halus nak brainwash ibu sendiri.
Yang ni kami tak habis buat, sebab berlaku sedikit pergaduhan haha! Aliyah refused to wash her feet, but I insisted. So she walked one legged to the bathroom, and I laughed out loud. Jadi menimbulkan kemarahan di situ. Merajuk dan kerja pun tak siap. Lesson untuk Mama, jangan gelakkan anak.
Ini lagi satu art bebas. Asyik bebas je kan, nampak sangat Mama malas fikir. Adam kata ni gambar Mama, Ayah. Ok tak kisah. Aliyah pulak lukis gambar zoo atas paper cup, dan gambar Mama loves Aliyah. Cewah, lepas berdamai dapat la drawing loving macam ni.
Ni aktiviti pertama kami. Nampak tak semangat di situ sehari suntuk sampai malam menyiapkan mangkuk kertas ni. Sangat puas hati dengan hasilnya, walaupun komitmen Adam agak kurang sepanjang kejadian. We had fun, nevertheless!
Sekian kisah art class kami. Dijangka kami akan sambung lagi aktiviti ni setiap hari, bila berpeluang. Dah seminggu iPad off, sebab malas nak charge. Which is good, sebab we have art to do! Have a great week ahead everyone :)
Puteri
No comments:
Post a Comment