Dah lama rasanya tak bercerita tentang anak- anak saya, Aliyah (5) dan Adam (3). Dah besar, dah semakin senang nak handle. Most of the time mereka bermain sesama sendiri, dan of course mesti bergaduh, apa guna ada siblings kalau tak jadi tempat untuk bergaduh ye tak haha!
Saya bukanlah parent yang konsisten dengan gaya parenting tertentu, nak kata modern sangat pun tidak, nak kata tradisional sangat pun tidak, nak kata total Islamic pun tidak (walaupun azamnya memang nak Islamic lebih- lebih lagi). Nak kata banyak larangan pun tidak, nak kata bebas sangat pun tidak. Nak kata balanced pun tidak! Hahaha! Oh oh now dah risau apa jadi nanti kat anak- anakku ini, mak tengah pening cari style.
Anyway, dalam banyak- banyak rutin atau habit saya dalam bab parenting ni, ada satu benda yang memang saya konsisten dengan anak- anak, iaitu memupuk minat membaca (tajuk karangan sangat ni). Yang ini wajib wajib wajib. Bila saya berbincang dengan rakan- rakan parents yang lain, mereka pun berazam untuk jadikan ini sebagai kegemaran anak- anak, jadi habit anak- anak. Cumanya, berjaya atau tidak, 100% bergantung kepada tabiat membaca ibu dan bapa sendiri.
Sungguh tidak adil jika kita beli buku, dan suruh anak baca, sedangkan kita tidak pun pegang dan baca buku hari- hari. Yer, hari- hari kena ada sesi membaca. Sebenarnya, kita tak perlukan masa tertentu untuk jadi waktu membaca, tapi anak- anak mesti sering nampak kita membaca. Ermmm tapi saya ni poyo sikit, membaca suratkhabar tak termasuk dalam kategori nak melatih anak- anak membaca hahaha! Sebab tu rutin sambil- sambil, bukan disebabkan oleh passion membaca. Semua orang nak baca news kot kan? Tapi tu pendapat peribadi sajalah -- sebab ada orang baca suratkhabar, siap potong artikel, letak dalam clear folder, untuk rujukan dan kenangan. Hah itu lain pulak cerita.
Alhamdulillah, saya takde masalah nak melatih pasangan membaca (haha) sebab suami saya memang suka membaca, kami suka pegi kedai buku, tengok buku, kumpul buku. Bukan saja dia suka membaca, ayah dia pun suka membaca. Haaaa bagus kan keluarga suka membaca. Dalam family mertua, yang nampak suka buku termasuk kakak ipar saya juga. Yang lain tak pasti hehehe! Dalam keluarga saya, ada dua orang je yang suka membaca -- saya dan abah. Dari sekolah lagi, kami suka baca buku sama- sama, saya baca buku abah, abah baca buku saya. Habis khatam.
Jadi, fast forward, dengan anak- anak pula, saya jadikan rutin ke kedai buku setiap kali outing. Bukan susah pun sebab memang akan pergi punya. Kalau tak beli apa- apa pun, mesti singgah. Setakat ini dua orang budak tu excited bila masuk kedai buku, rambang mata!
Kemudian pastikan setiap hari ada sesi membaca, santai- santai saja. Mak atau ayah kena pick up a book, and tell the kids, ok now it's time to read, go pick your own book, we read together. Dengan anak- anak saya, kena trick lebih. Saya akan cakap "OK JANGAN GANGGU MAMA, MAMA NAK BACA BUKU". Terussssss berebut- rebut nak "ganggu" Mama, ambil buku massing -masing, dan "paksa" Mama bacakan. Trick ni menjadi sentiasa hahaha! Sebab memang sikap budak- budak tak suka tengok Mama senang kan? Hehehe...
Dalam rumah kami, buku ada di mana- mana. Bersepah la jugak, dan rak buku kami tak kemas, berserabut buku melimpah sebab tak muat dah. Nak beli almari lagi, rumah pulak kecik, dah takde banyak ruang. Saya ada buku bawah bantal, atas kepala katil, atas meja makan, atas sofa, dalam handbag, dalam kereta. Anak- anak punya buku memang dalam bilik diaorang, biarkan saja la atas almari, yang mudah dicapai pada bila- bila masa. Saya ni selalu bising bila toys bersepah- sepah tak kemas, tapi kalau buku bersepah, sebab mereka belek dan "baca", saya tak pernah tegur atau marah. Tapi saya bagitau, buku mesti jaga elok, jangan koyak- koyak. Memang anak- anak sejak kecik takde masalah koyak buku, beli lah buku mahal macam mana, tak risau kena koyak, Alhamdulillah.
Saya suka create memories with books. Saya akan beli buku- buku menarik semasa travel. Dulu untuk diri sendiri, tapi sekarang ni belikan jugak untuk anak- anak. Dan kawan- kawan yang sama minat pun tau, mereka belikan buku- buku untuk anak- anak saya terutamanya masa birthday. Ada yang belikan bila- bila saja, bila berkenan dan teringat pada anak- anak saya. Alhamdulillah. Bila saya baca buku- buku tu, saya akan cerita, siapa belikan buku ni, beli di mana, masa tu ada birthday siapa dan lain- lain. Ceritakan peristiwa yang berkaitan dengan buku tu, bukan saja buat aktiviti lagi menarik, boleh juga polish minda anak- anak untuk ingat peristiwa dan manusia yang terlibat.
Paling penting bagi saya, ibubapa kena lah ada minat membaca dulu, sebelum berangan nak bagi anak- anak minat membaca. Saya teringat komen kawan saya "but Puteri, you love reading, it's easier for you". Hah gitu pulak, tak dapat la nak komen apa lagi hahaha! Parenting ni simple je kalau kita yang jadi contoh yang baik. Tapi kita sendiri sebagai parents pun kadang- kadang confuse mana betul mana tidak. Semoga Allah beri kita petunjuk setiap hari, Amin :)
Oh, saya share sini video kami membaca baru- baru ni. Saya beli 2 buah buku di San Francisco, sangat menarik buku- buku tu, bercerita tentang the city, ada sea lion, dan kisah cable car. Bising mulut anak- anak bertanya "yang ni Mama pegi tak? yang ni Mama tengok tak?" sebab mereka tau saya pegi San Francisco! Dan dua- dua tu dah berangan nak pergi jugak hehehe...InshaAllah...InshaAllah...
Thank you for reading :)
Puteri
2 comments:
singgah sini baca entri...
terima kasih :)
Post a Comment