Thursday, August 7, 2014

Tak usah berniaga, kalau...

Assalamualaikum semua :)

Hari ini saya nak berkongsi 5 tips yang saya temui dalam satu artikel (dah hilang pulak url-nya) di internet. Kesemua tips ini bukanlah tips rahsia atau luarbiasa, tapi sangat bagus jika sentiasa dirujuk dan jadi reminder sesama sendiri. Jika tidak sanggup buat yang 5 ini, tak usahlah cuba- cuba untuk jadi usahawan :)

Ohhh...I dunno if I can handle it....
1- KEGAGALAN 
Yang ni wajib, takde excuse, tak boleh elak, tak boleh nak lari ke mana. Gagal dapat sales, gagal naik rank spt yang dirancang, gagal ikut tips, gagal jadi ketua. Tapi yang membezakan antara kita ialah bagaimana kita bertindak selepas kita gagal.

2- KENA TUKAR HABIT
Kadang2 kita suka mencari inspirasi, pergi dengar ceramah motivasi, suruh upline bako la, cincang la, apa la, tapi kalau habit tak tukar, kita kembali ke takuk lama, takde perubahan dan penambahbaikan. Setiap hari kena create habit baru, cabar diri untuk bertahan dengan habit baru, dan jadi orang baru.

3- CARI MODAL 
Modal ni sikit sebanyak kena ada. Paling tidak dengan Shaklee, kena ada modal RM65, itu wajib. Kalau tak rela nak keluar modal, jangan berniaga. Tapi kena faham, bisnes Shaklee tak perlu modal yang banyak. Saya pernah ajar cara rolling modal ikut target mingguan, ianya tidak membebankan. Selain modal bisnes, kena ada modal untuk tambah ilmu. Keluar duit beli buku, bayar yuran pergi training dll. Jangan kedekut untuk tambah nilai diri sendiri.

4- PILIH KAWAN DAN PERSEKITARAN YANG MEMBINA
Usahawan kena bijak pilih kawan. Tengok balik kawan- kawan rapat kita, kalau jenis negatif, suka buang masa, takde cita- cita, memang payah kita nak grow sebagai usahawan berjaya. Sebab tu banyak cerita kena kutuk, kena usik dengan kawan2 bila kita start bisnes, sebab kita tak pandai pilih kawan2.

5- KEJAYAAN ITU SUKAR 
Lagi besar matlamat, dan impian, lagi berliku2 jalan yang kena tempuh. Yang penting, fokus kepada ganjaran masa depan yang kita impikan - nak work at home, nak beli rumah idaman, nak spend masa dengan mak bapak, anak- anak, nak travel, nak macam2. Fokus hari2 dengan matlamat dan ganjaran yang diidamkan supaya kita tak tergelincir. Bila ada matlamat, sukar macam mana pun kita sanggup, asalkan kita sampai ke destinasi yang diingini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...