Wednesday, May 28, 2014

The Richest Man in Babylon

Assalamualaikum semua :)

Sebenarnya dah dekat sebulan saya membaca buku The Richest Man in Babylon. Bukan tak boleh habiskan dengan cepat, tapi sayang pulak nak rush baca buku ni, even nak habiskan half of it pun laju sangat, sebab sangatlah awesome ok buku ini. Saya jumpa buku ni dekat rak buku rumah sendiri, rupanya suami saya bawak balik dari rumah mertua saya, dan rupanya kepunyaan kakak ipar saya. Begitulah asal usul buku tu.

Buku ni antara buku financial yang classic, jadi jika kita biasa baca buku- buku self help untuk jadi kaya raya tu, idea- idea yang dikemukakan dalam buku ini adalah asas kepada banyak buku- buku yang baru. Simple ideas tentang saving, investment, dan sikap- sikap yang diperlukan untuk jadi orang yang kaya dan berharta diterangkan dalam bentuk cerita klasik Babylon yang sangat straight forward. Tambah lagi bila penerangan dibuat dalam konsep bercerita, ada watak- watak dan bagaimana mereka menguruskan wang mereka, mengapa mereka jadi miskin, bagaimana mereka kehilangan wang dan harta dan apa yang sepatutnya mereka lakukan. Buku ini pertama kali diterbitkan dalam tahun 1926, tetapi kerananya ianya sangat basics, maka sampai hari ini pun, ianya relevan. Inilah keistimewaan jika kita kembali kepada asas, banyak benda boleh jadi lebih terang lagi bersuluh!

Quote yang paling melekat dalam fikiran saya ialah "men of actions are favoured by the Goddess of Good Luck". Awesome kan? Jangan harap nak bernasib baik, kalau tak ada apa- apa tindakan, tak mahu mengulangi tindakan sehingga cekap dan sempurna! Oh lagi satu, "Opportunity is a haughty goddess who wastes no time with those who are unprepared". See?? Nampak tak??? Oh awesome book I love it!

Jadi, saya share sedikit di sini, tips hebat yang ada dalam buku ini, cara untuk kaya dan berharta:

(1) Start thy purse to fattening
(2) Control thy expenditure
(3) Make thy gold multiply
(4) Guard thy treasure from loss
(5) Makes thy dwelling a profitable investment 
(6) Insure a future income
(7) Increase their ability to earn 

Yang nombor 7 tu, yang buatkan ramai orang buat 2-3 kerja dalam satu masa. Ada yang balik dari ofis, pergi pulak part time call centre, ada yang kerja banquet hotel, ada yang buat waitressing. Dan sekarang ni tengah boom part time secara online. Ada yang jual pakaian, barang kemas dan macam- macam lagi. Dan saya sendiri memulakan bisnes Shaklee pun secara part time dulu, untuk mencapai objektif nombor 7 tu. Walaupun sebelum tu saya cuba tambah dengan bertukar tempat kerja dan dapat offer gaji lumayan, tapi tak boleh nak banding peluang tambah pendapatan melalui perniagaan. Padanlah ianya sunnah, kerana ia begitu menguntungkan, dan jika kena gayanya, kita boleh untung dunia & akhirat.

Ok, kalau rasa ulasan ni menarik, boleh dapatkan buku ni di kedai buku berhampiran yer. Tak pasti macam mana rupanya buku ni sekarang sebab yang saya baca ni terbitan entah tahun bila, kulit warna kuning, macam dalam gambar ni.

Pic Googled
Good night!

Puteri

Tuesday, May 27, 2014

Wanita dan bisnes, bukan sekadar air mata

Wah topik serius!

Entahlah tiba- tiba malam ni terasa nak share tentang hal wanita dan bisnes. Mungkin juga sebab tadi saya ralit tengok Instagram beberapa wanita yang berjaya dalam bisnes mereka, sungguh mewah lifestyle, with very positive outlook about life. Saya suka! Cuma belum tertarik bab mekap tebal je lagi hahaha! Maklumlah dengan Collagen Powder dan Vivix, tak perlu mekap sangat, eh ohoi iklan Shaklee la pulak.

Anyway, sejak saya mula bisnes Shaklee, secara kecilan dan berseorangan, saya cuma ada diri saya dan impian saya saja. Saya tak pasti berapa orang yang share impian yang sama, kecuali Alin dan Cery. Dua orang mentor (yang lebih muda dari saya) pertama saya kenal dalam bisnes Shaklee. Kami bertiga punya impian yang serupa, iaitu mahu bebas bekerja dari rumah, dengan income yang lumayan. Simple kan? Tidak ada cerita tentang barang berjenama, tidak ada cerita tentang impian berholiday. Masa tu belum lagi fikiran meracau teringat handbags, holiday, itu dan ini. Belum ada gangguan nafsu nafsi hahaha!

Apabila suami saya mula membantu saya mengembangkan bisnes ini, saya akui ada banyak perubahan yang telah kami buat bersama. Ada beberapa perkara baru, yang dulunya saya tidak terfikir untuk buat, telah dapat kami bincang dan rancang bersama. Saya akui, ada beberapa aspek bisnes ini yang memerlukan pandangan orang lelaki, terutama yang melibatkan strategi pengurusan syarikat (kami telah tukar nama persendirian kepada nama syarikat untuk bayaran income Shaklee setiap bulan).

Saya tidak mahu menyentuh tentang apa yang lelaki mampu atau tidak mampu buat dengan bisnes Shaklee ini, kerana ianya boleh membawa kepada debat yang tidak berkesudahan. Lebih baik saya cerita tentang apa yang kami, para wanita (yang saya kenal dan berjaya dengan bisnes Shaklee) mampu buat, dan bagaimana kemampuan ini telah dibuktikan. Lihat saja nanti barisan Master Coordinator wanita di National Conference 2014.

Benarkah ianya bisnes bersulam air mata? Sudah tentu! Itulah senjata yang kami bawa sejak mula lagi. Airmata kami itu, kami guna untuk bilas hati ok! Dalam tak ayat ni, jenuh nak faham! Iyalah, bila customer cancel order, menangis. Bila customer komplen produk tak bagus, menangis. Bila tak capai target, menangis. Bila terharu, menangis. Bila berjaya, menangis. Bila bagi speech, pun menangis! Ohoi bila masa korang buat bisnes ni, kalau asyik menangis?

Sebenarnya, bukan tangisan saja yang mampu kami buat. Kami juga mampu kesat airmata dan harung sekali lagi customer cancel order, harung lagi bila customer serang kita, harung lagi bila gagal capai target, harung lagi walaupun dah setahun tak naik rank. Kalau tak berbekalkan airmata, mungkin kami berhenti saja. Air mata itu pelincir rupanya!

Kemudian berlaku perubahan. Selepas 1-2 tahun, airmata semakin mahal. Tidak lagi berderai- derai seperti selalu. Kalaupun ada, cuma banjir di dalam hati, riak wajah dan tindakan seolah-olah wanita besi. Kerana apa? Kerana kami bukan lagi berseorangan, bukan lagi berdua atau bertiga. Kami kini sudah punya ratusan, malah ribuan pengikut. Kami perlu jadi empangan yang kuat, untuk menahan banjir airmata orang lain pula. Begitulah kitarannya.

Jadi, usah begitu sinis jika yang hanya anda nampak ialah tangisan kami, sebab kami juga boleh tapau sementara tunggu airmata tu kering. Bak kata John Webster "there is nothing sooner dry than woman's tears"

Uhuk uhuk uhuk customer cancel order uhukkkkk!! 

Jadi, apa ada hal dengan air mata kan?

;)

Master Puteri

Monday, May 26, 2014

Shaklee business, family business

Assalamualaikum semua :)

Fuh! Weekend baru ni memang la sangat busy, tapi sangat well spent. How was yours?

Pagi Sabtu kami ke Young Ambassadors untuk Gym's Day. Dah sebulan lebih Adam berlatih untuk Gym's Day, dan macam- macam lagu dia nyanyi sekarang ni, latihan untuk gym's day lah tu. Tapi setiap kali kami pergi ambil dia kat sekolah, mesti teacher bagitau, Adam tanak join pun latihan. Hmmm...saya pun takde la berharap sangat dapat tengok Adam beraksi. Walaupun bab nyanyian memang tip top.


Seperti yang dijangka, memang lah dia tak join langsung! Duduk atas riba, merengek, siap menangis.Adoi! But we had so much fun watching the other kids, so much talent and confident! Takpe lah Adam, next time cuba lagi ok. Dan seperti yang saya jangka, bila balik rumah, ewah bukan main dia show off lagi. Pemalu agaknya :p

Lepas tu kami ke Ours Cafe, tempat berlangsungnya Start Bright Series bulan ini. Ini kali kedua kami kami buat di cafe, milik kawan saya. Saya memang suka semua food kat cafe ni, dan dah bertahun makan macam- macam hasil tangan dia. Semua sedaplah senang cerita haha! Biasanya bila buat kelas di cafe, saya ajak peserta makan- makan dulu, pukul 3 baru kami start. Maklumlah, ada yang tak sempat lunch lagi, ada yang tak jumpa tempat dan lain2. So santai- santai saja.

Kali ini kelas Start Bright memang kami fokus untuk beginners, jadi saya dan suami cuba sedaya upaya kami untuk beri penjelasan terbaik kepada mereka. Bagaimana nak mula, apa yang kena dibuat, apa komitmen kena ada, dan bagaimana nak jana income at least RM1000 sebelum hujung tahun ini. Saya terharu dengan komitmen mereka semua, ada leader kami, Ixana, yang datang jauh dari Pagoh! Itulah komitmen namanya. Alhamdulillah.


Bila saya dah mulakan kelas dan coaching secara tersusun, memang terbukti saya sangat enjoy mengajar dan membimbing. Saya suka lihat bagaimana anak buah saya dapat berbincang tentang idea dan sama- sama mencari jalan terbaik untuk melaksanakannya. Saya belajar lebih banyak bila saya lebih banyak mengajar.

Hari Ahad pula saya ke Shaklee Home Office, untuk collect barang2 untuk National Conference. Kami layak untuk menginap di Sunway Resort & Spa bermula 7 Jun sehingga 9 Jun. Ada pelbagai aktiviti disediakan termasuklah Glitter Nite dinner, team building, dan mandi manda sampai kecut di Sunway Lagoon. Tahun ni sangat special sebab kami layak untuk Mak & Abah sekali. Adik saya, layak 1 tiket, jadi dia beri pada mak saya. Saya pula ada point yang cukup untuk bagi 1 tiket untuk Abah. Alhamdulillah! Tahun lepas, saya dapat tiket untuk seorang saja! Semalam saya collect 5 bag untuk semua, sekotak besar Shaklee bagi saya haha puas hati!



Sempat juga saya beli 2 pasang kasut di Empire untuk pakai masa NC nanti. Lepas tu beli sepasang jacket tak tau nak pakai bila haha sampai Aliyah merungut, "Mana baju Aliyah??" Rilek yer Aliyah, next time ok ehehehe...

Weekend yang menggembirakan, membuatkan saya terkenang 2 tahun lepas, bagaimana saya bermula, dan bagaimana saya sikit demi sikit membina impian. Hari ini impian saya tercapai, bukan saja untuk saya seorang, tapi untuk satu keluarga. Syukur Ya Allah atas rahmat dan kasih sayangMu.

Much love,
Puteri


Tuesday, May 20, 2014

Work at home mom - indah khabar dari rupa

Assalamualaikum semua :)

Hari ini terpanggil nak meluah perasaan. Uhuk! Apakah?!

Setiap hari bila saya scroll News Feed di Facebook, ada macam- macam gaya cerita WAHM terutamanya rakan- rakan sidelines Shaklee saya. Yang paling ramai berkongsi ceria ialah betapa heavennya dapat bekerja di rumah, sambil menjaga anak- anak-anak!

HAHAHAHA! Ok gelak dulu. It is not oh so heavenly I can tell you! Ada masanya tak heaven untuk kita sebagai mak, dan ada masanya mungkin anak pun rasa nak suruh kita pergi kerja kot.

Saya sebenarnya tidak ada pengalaman jadi 100% WAHM walaupun ketika ini saya memang menjalankan bisnes Shaklee saya dari rumah saja. Tahun lepas, walaupun saya dah berhenti kerja, saya masih hantar Adam ke rumah babysitter. Aliyah pula ke sekolah sehingga pukul 12 tengah hari. Saya akan ambil Aliyah dan hantar ke rumah babysitter. Apabila suami saya balik dari office (ketika itu dia pun masih bekerja) baru kami berdua ambil Adam & Aliyah. Memang menjadi persoalan di kalangan rakan bisnes, kenapa pula ada babysitter sedangkan dah berhenti kerja. Aha! Itulah sebenarnya hakikat WAHM, kalau boleh nak ada 3-4 jam solid masa untuk fokus kerja dan bisnes, tapi memanglah payah. In fact saya nak tulis entry yang ni pun berhenti beberapa kali, sebab ada yang nak aiskrim, ada yang tiba- tiba "buat kuih" dan macam- macam lagi. Termasuk juga satu round bergaduh dengan Aliyah sampai dia merajuk hihihi!

Tahun ni berbeza sedikit, kami ada masa tanpa anak-anak dari pukul 8 pagi hingga 3 petang, sebab dua- dua dah pergi sekolah. Jam 3 petang bermulalah haru- biru yang sebenarnya seronok hahaha! Kalau pagi- pagi kami di rumah, sunyi sepi sangat pulak, sebab tu kami suka merayap lepak di luar. Saya ni kategori "work at home, eat outside" agaknya lah tu kan.

Salah satu cabaran paling hebat sebagai WAHM bagi saya ialah untuk tidak meninggikan suara, sehingga hari ini SAYA GAGAL BIG TIME. Saya rasa umur 5 tahun bergabung dengan 3 tahun ni fasa yang sangat mencabar kesabaran, pertamanya sebab mereka SANGAT BIJAK, dan yang kedua mereka SANGAT KELAKAR. Bayangkan betapa sukarnya nak menahan marah dan ketawa pada masa yang sama, boleh bikin migrain.

Just now, Aliyah was so upset with me, I can't remember why, but she started to hit me with pillow when I was praying. After I finished solat, I said "Ok kalau macam tu, biar Mama keluar rumah je la, Aliyah tak suka kan Mama?" And then Adam said "Bawak Adam ok.." Hehehehe how la nak marah lama- lama like this! The roller coaster ride of emotions, kejap nak marah sangat, kejap rasa setiap saat nak Instagram kan muka anak-anakku yang paling comel di dunia ni.

So untuk ibu- ibu yang benar- benar 100% WAHM, saya salute anda. Kalau perlukan supplement, boleh hubungi saya ok 016- 344 7727 hahaha!

Adam, Aliyah & my beautiful niece Tasnim Kamilia
Pic credit to my BIL Abg Sam. 

Monday, May 19, 2014

Bisnes Shaklee bersama PAF, apa yang kami tawarkan?

Assalamualaikum semua!

Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua, tentang bagaimana cara kami dalam group PAF membantu antara satu sama lain bagi mengembangkan lagi bisnes Shaklee kami. Saya cuba terangkan dalam bentuk yang paling simple di dalam isi penting di bawah:

1- Pendaftaran secara online
Apabila anda mendaftar dengan mana- mana leader atau distributor pilihan anda, mereka boleh dengan mudah mendaftarkan anda secara online. Anda cuma perlu beri nama penuh, nombor IC, alamat surat menyurat dan nombor akaun yang aktif. Anda cuma perlu membayar RM65 sebagai yuran dan RM10 sebagai kos pengiriman "member kit" oleh Shaklee kepada anda. Selepas didaftarkan, anda akan dapat SMS mengandungi ID dan juga password untuk anda log in ke dalam sistem di www.shaklee2u.com.my. Sangat mudah! Jika anda mahu keahlian percuma, anda boleh beli produk mencukupi 200uv (points), prosesnya juga sama, anda akan didaftarkan dan dapat ID etc.

2-  Penyertaan ke dalam secret group FB
Untuk semua ahli yang berdaftar bersama- sama PAF, kami menyediakan support di group FB yang dikelolakan oleh saya sendiri. Di dalam group ini, terdapat pelbagai tips, motivasi, teknik, info tentang produk, aktiviti dan macam- macam lagi. Di sinilah kami berkongsi maklumat dan bertukar pendapat. Saya sendiri akan memastikan group FB ini aktif SETIAP HARI dengan pelbagai pengisian berguna. Saya telah mewujudkan group ini sejak 2 tahun yang lepas, jadi anda boleh bayangkan betapa saratnya group tersebut dengan info. Selain saya, leader- leader saya juga mempunyai secret group mereka sendiri, bagi membolehkan mereka mengasah bakat sebagai leader yang baik. Setakat ini lebih 800 orang menyertai secret group ini. Walau bagaimanapun ahli biasa (yang tidak berbisnes) boleh memilih untuk menyertainya ataupun tidak.

3- Penyertaan ke dalam WhatsApp group
Bagi ahli yang mahukan lebih bimbingan, saya dan leader- leader saya juga menyedikan group WhatsApp bagi memudahkan kami bertukar maklumat untuk membantu konsultasi kepada pelanggan, berkongsi tips bisnes, motivasi dan sebagainya. Kami juga menjadualkan group coaching bagi memantapkan lagi pemahaman terhadap topik- topik spesifik, samada dengan inisiatif leader ataupun di atas permintaan ahli kumpulan. Saya sendiri mengendalikan 4 kumpulan WhatsApp terdiri  daripada leaders, beginners dan key leaders.

4- Start Bright Series - kelas bulanan
Setiap bulan, kami menganjurkan kelas asas untuk semua ahli PAF. Kelas secara berskala ini bermula tahun lepas, dan kami telahpun menganjurkan 11 buah kelas termasuk tour di Penang, Johor Bahru dan Ipoh. Kelas bulanan kami terbuka kepada 20-30 orang pada satu masa dan merangkumi pelbagai topik, bagi membantu ahli PAF memulakan bisnes mereka dengan baik dan jelas. Kami juga menjemput sidelines dari pelbagai group dan rank bagi berkongsi idea dan pengalaman untuk dipelajari bersama.

5- Group & personal coaching
Setiap minggu saya menawarkan group atau personal coaching di sekitar K.Lumpur bagi membolehkan leaders terutamanya belajar dengan lebih terperinci cara- cara menguruskan bisnes dan group masing- masing. Saya suka berjumpa dengan mereka pada waktu lunch, kerana kebanyakan mereka mempunyai kerja tetap masing- masing.

Inilah sedikit sebanyak cara kami memberi sokongan kepada ahli PAF bagi membolehkan mereka sentiasa bermotivasi dan jelas dengan halatuju bisnes mereka. Sebagai seorang leader, dan seorang yang suka mengajar dan berkongsi idea, saya sangat- sangat enjoy dengan proses membina bisnes Shaklee apabila dilakukan bersama- sama dalam aktiviti- aktiviti di atas.

Jom tengok gambar pulak :)

Start Bright Series #1 di pejabat Faizland milik PM Cery 
Start Bright Series #2 (Home Office)
Start Bright Series #3 (Home Office)
Start Bright Series Tour - JB 
Start Bright Series Tour - Ipoh
Start Bright Series Tour - Penang 

Group coaching oleh Master Aznin (suami saya) 

Jadi, jika anda berminat untuk menyertai keluarga besar kami, hubungi saya 016- 344 7727 (WhatsApp), pada bila- bila masa :)


Sincerely,

Master Puteri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...