Friday, April 18, 2014

Membina ikatan berkekalan

Ada sesuatu yang berbeza sejak saya memulakan bisnes Shaklee saya lebih dua tahun lalu. Saya mendapati banyak perubahan berlaku dalam kelompok kawan- kawan yang saya pilih, dan juga kawan- kawan yang memilih untuk bersama- sama dengan saya. Bila saya tengok kembali aktiviti harian, mingguan dan bulanan, eh kenapa semua ni berkisar kepada aktiviti Shaklee saja? Eh, aku dah tak ada kawan lain ke?

Di kalangan ahli group PAF, terutamanya yang direct line saya, kebanyakan adalah kawan- kawan saya. Pada awal penglibatan saya dalam Shaklee, mereka inilah pelanggan tetap dan penyokong utama. Disebabkan mereka tidak ada masalah untuk mempercayai saya dan perjuangan saya dalam bisnes, jadi mudahlah untuk saya membimbing mereka. Yang membuatkan ianya lebih manis ialah, kami sayang menyayang lebih daripada sekadar untuk kepentingan bisnes. Inilah yang membuatkan perjalanan bisnes saya lebih menyeronokkan. Master Nurlia, leader pertama yang dilahirkan oleh saya, telah saya kenali sejak darjah 5 atau 6! Kami pergi ke sekolah menengah yang sama dan tinggal di asrama bersama- sama. Baaaanyak kenangan zaman kanak- kanak dan remaja kami kongsi berdua. Master Aishah pula, menjadi sahabat baik sejak 2005! Kami banyak menghabiskan masa di pejabat bersama- sama, travel bersama- sama, malah sempat seketika kami tinggal serumah. Kami sama- sama berjuang menjadi breastfeeding moms, kemudian merebak ke fasa berjuang dengan Shaklee. Leader- leader yang lain saya kenali semasa aktif sebagai blogger (picisan haha) seperti Bat, Radia dan Fara. Entah macam mana boleh ngam sangat- sangat, yang membawa kepada gathering after gathering. Radia boleh ngam dengan saya sebab kami sama- sama di USM, sama- sama suka buku dan bahasa, dan sama- sama pernah jiwang hahaha!

Ada juga saya kenali sejak 2006 di office seperti CTZ, teman lunch dan meeting, dan tempat mencurah perasaan bila rasa nak pukul bos dan colleagues.  Dan Fad pula sebenarnya customer saya yang pernah bekerja satu ofis dengan Aishah! Sama juga dengan Rinie dan Ayu, kedua- duanya bermula sebagai customer. Si Rinie ambil masa yang agak lama juga nak join bisnes, tapi berkat hari- hari saya mengorat dia di Facebook, akhirnya dia tewas hahaha! Mungkin jika dikira tahun, yang paling lama saya kenal ialah Ainul, iaitu sejak tadika, 1984 aiyayaya! Kemudian bertemu kembali di Penang semasa saya belajar dan bekerja di sana, dan berkomunikasi dengan Facebook sebelum dia join saya ber-Shaklee. Dan sudah tentu mesti ada kaum keluarga juga kan, iaitu adik saya Ija dan biras saya Noor. Mereka berdua mestilah lagi special, sebab dah darah daging, mesti kita nak mereka berjaya lebih lebih lagi. Walau bagaimanapun bila dah sama- sama hari- hari bersama- sama (online), ikatan kekeluargaan dan persahabatan tidak ada bezanya.

Wow! I met them at different phase of my life and now we are together striving to do well in Shaklee. Indahnya susunan Allah! Next post, saya akan cerita tentang kawan- kawan baru yang saya kenal dalam Shaklee dan bagaimana kami membina dan mengikat hubungan yang semakin hari semakin erat- my Gojes sisters!

Much love,
Master Puteri

This is us, getting old and rich and fabulous hahaha! 

Monday, April 7, 2014

Impian tiada kompromi

"Berangan tu free, takde limit"

Teringat kata kawan baik saya semasa kami di USM. Saya akui kebenaran kata- kata beliau, tapi tidak 100% berani mendalami dan menjiwai kata- kata tersebut. Hidup saya sederhana, tidaklah sengsara, tapi banyak sekatan dan halangan. But Alhamdulillah, Allah grants me with strong will and desire to change. Alhamdulillah.

Ketika saya berangan untuk ke Disneyland dengan keluarga saya, ketika itu bisnes Shaklee saya masih di peringkat awal. Saya perlukan sesuatu untuk saya sandarkan angan- angan saya, dan saya pilih Disneyland! Sudah tentu ramai dah orang pergi Disneyland, siapa- siapa pun mampu pergi Disneyland, sehinggakan pernah saya rasa malu dengan impian ini. Alahai, Disneyland je?!

Jadi saya upgrade sedikit angan- angan Disneyland itu tadi. Saya beri deadline kepada impian tersebut, saya letak budget kepada impian tersebut, saya pilih gaya holiday paling selesa, tanpa merosakkan poket dan tanpa menyentuh kad kredit. Saya beritahu suami, minta dia buat perancangan untuk fly ke Hong Kong dengan Malaysia Airlines, tinggal di Disney Hollywood Hotel, dengan 2 days passes. Suami saya tambah lagi 2 hari di Kowloon, dan saya beritahu dia, book hotel 5 stars. Suami saya mencadangkan mungkin kami boleh tinggal di hotel lain, kemudian ambil tren ke Disneyland, untuk lebih jimat. Saya tidak setuju, "My dream is to experience the hotel too, nothing less".  Actually macam bengang sikit bila dia suggest suruh jimat hahaha! But I understand his concern nevertheless ;)

Perancangan teliti ini kami buat 3 bulan sebelum kami terbang ke Hong Kong. Tapi setahun sebelum ini, saya cuma ada sekeping gambar Disneyland yang saya tampal dalam bilik tidur. Tidak ada budget, tidak ada details. Sekeping gambar buat tatapan kami anak beranak setiap malam. Dan rupanya rezeki Allah tu memang misteri, kami dapat tahu, semasa kami menyertai trip Shaklee ke US bulan August nanti, kami juga akan pergi ke Disneyland Florida!

Entry ini bukan nak bercerita tentang holiday kami di Disneyland, sebab ada ramai lagi dah tulis tentang cerita Disneyland, semua tips mudah dijumpai di Google. Saya cuma nak berkongsi lebih daripada sekadar sebuah percutian.

Ianya bermula dengan angan- angan dan impian, bertukar menjadi cita- cita, dan kini saya memberi makna yang berbeza kepada impian ini. Saya sedar bahawa kita tidak patut berkompromi dengan angan- angan dan impian kita sendiri. Walau apa jua yang berlaku, selagi Allah beri kita akal dan tenaga, tiada kompromi untuk kita gapai impian setinggi mana pun. Ramai orang suka berkompromi dengan diri sendiri, tapi tidak boleh bertolak ansur pula dengan orang lain. Jika dulu pernah bercita- cita untuk berjaya dalam bisnes Shaklee dalam masa setahun, tiba- tiba dapat durian runtuh di bulan ke-6, terus cita- cita setahun tadi tukar jadi setahun setengah. Bila semakin selesa, semakin kita berkompromi. Lama- lama makin selesa, semua impian tinggal impian. Ianya bukan saja merugikan, malah memalukan.



Do not compromise on your dream 

Much love,
Puteri

Wednesday, February 19, 2014

Kenapa saya tidak boleh lagi travel untuk kerja?

Selama hampir 6 tahun saya bekerja di badan bantuan kemanusiaan, saya puas ke hulu ke hilir melihat tempat orang, dan pada kebanyakan masa melihat tempat orang yang dilanda musibah bencana alam. Pernah satu tahun tu, saya beraya AidilAdha dalam 4WD di Johor untuk menghantar bantuan banjir. Memang raya korban habis la tu. Pernah juga saya sebulan di Jogjakarta, menguruskan misi bantuan kemanusiaan selepas gempa bumi. Pengalaman dan ilmu yang saya dapat dalam mengendalikan kerja- kerja begini memang tidak dapat ditandingi dengan wang ringgit. Ianya priceless!

And my kind of traveling was never the fancy type! 

Banyak perkara berubah selepas saya berkahwin dan punya anak. Isu outstation dan kekerapan untuk travel menjadi satu perkara besar antara saya dan suami bagi memastikan tidak ada orang yang terabai dalam keluarga, terutamanya anak kecil. Paling merungsingkan saya ialah masalah untuk menyimpan stok susu, sepanjang saya travel. Semasa anak sulung saya masih menyusu, saya tidak travel ke luar negara, saya cuba untuk adjust supaya lebih banyak tugasan saya adalah di dalam negara. Banyak kali trip dalam negara, saya kena bawak satu keluarga, dan jika ianya day trip pagi ke malam, saya akan mengepam dalam kereta. Mujurlah team mates semuanya memahami dan sangat supportive.

Kemudian saya melahirkan anak kedua, dan lebih merungsingkan, kerana perlu tinggalkan 2 anak kecil dan suami pula. Saya juga yakin, masa depan kareer saya dalam bidang bantuan kemanusiaan tidak begitu cerah, jika saya tidak sanggup travel dan meninggalkan anak-anak saya. Saya juga tidak ada contoh ibu yang menyusu anak sehinggal 2 tahun, tapi masih aktif dalam bidang misi kemanusiaan. Kebanyakan mereka sudah punya anak yang besar, atau belum berumahtangga. Saya terasa begitu terasing dan berseorangan. Ketika itu saya mula membuka langkah mencari kerja lain, yang tidak memerlukan saya travel ke luar negara. Saya begitu fokus dengan hal ini, dan Alhamdulillah, saya dapat tawaran kerja yang sesuai, dan dengan tidak fikir lama, saya terima tawaran tersebut.

Apa yang berlaku pula ialah, untuk kerja yang baru ini, saya perlu travel dalam negara SETIAP MINGGU, pada hari Jumaat, dan pulang hari Ahad. Ini peluang yang baik juga kerana saya tidak perlu meninggalkan mereka, sebaliknya saya bawa semua anak- anak dan suami menemani saya. Sounds perfect, tapi lama- lama, kami jadi penat, tidak ada weekend untuk berehat dan balik kampung. Walaupun gaji agak lumayan, kami dapati perbelanjaan kami meningkat kerana perlu berbelanja lebih semasa di hotel (makan, late check out dll). Claim perjalanan tidak lagi berbaloi dan malah merugikan kami.

Saya dapati hubungan kami suami isteri juga akan jadi agak tertekan selama saya travel. Suami saya walaupun sangat supportive tapi lama- lama akan terkesan dengan cara hidup yang sangat sibuk dan pada kebanyakan masa seperti tidak ada haluan dan ruang untuk membina masa depan samada kareer ataupun rumahtangga. Saya sedar ianya tidak boleh dibiar berlanjutan, jadi saya pilih kerjaya untuk dilepaskan pergi.

Tapi sudah tentu, saya tidak buat keputusan melulu, saya berusaha untuk ada back up, dan bisnes Shaklee adalah safety net saya ketika itu. Saya beri 100% komitmen kepada bisnes dan berjaya keluar daripada kerungsingan akibat terpaksa travel demi kerja. Banyak kali dalam hidup saya perlu buat keputusan, dan ini adalah keputusan yang paling lumayan setakat ini. Kini bisnes kami hanya beroperasi dari rumah, dan di mana- mana saja saya pergi, asalkan ada internet connection. These days, I just want to travel, and not working :)

Alhamdulillah!

Thursday, February 13, 2014

Master Celebration, behind the scene

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah, majlis Master Celebration kami telahpun selesai dan menjadi kenangan yang sangat manis sepanjang kami dalam bisnes Shaklee ni. Saya tak boleh sebenarnya nak menggambarkan perasaan saya dengan satu perkataan saja, sebab sehingga hari ini, perasaan saya tu masih lagi bercampur baur, gembira, sebak, terharu dan macam- macam lagi. 

Saya dah biasa pegi Master Celebration Master2 Shaklee yang lain, dan setiap kali itulah saya akan terharu mendengar perjalanan bisnes mereka. Struggle dan susah payah yang mereka lalui tidak jauh berbeza dengan saya. Malah kadang- kadang saya insaf kerana struggle saya mungkin tak sehebat mereka ini. Setiap kali saya pegi MasCel, pasti ada benda baru yang saya belajar dan insafi. 

Majlis ini juga merupakan kesempatan yang sangat baik untuk semua yang melibatkan diri dalam bisnes Shaklee untuk berjumpa dan saling berkongsi pendapat dan idea. Rakan2 saya yang lain, yang datang dari luar KL, ramai yang ambil kesempatan untuk berjumpa dengan anak buah di KL. Sambil memeriahkan majlis, sambil makan- makan, hubungan semakin rapat dan mesra. Terasa macam dalam kenduri keluarga yang besar pun ada! 

PAF Leaders, awesome ladies! 

Dan saya sendiri ada reunion kecil dengan sahabat-sahabat zaman sekolah menengah, zaman universiti. Muncul depan mata, sedangkan selama ini hanya bertanya khabar dalam WhatsApp dan Facebook. Seronoknya MashaAllah!

Semasa kami berbincang untuk speech, saya & Alin setuju untuk beri motivasi kepada anak buah yang hadir. Satu persamaan antara saya & Alin ialah kami tidak begitu pandai dan selesa bercerita hal- hal lampau yang kurang gembira hehehe! Pertama sekali kerana saya ni ratu air mata. Saya tak berani sentuh hal susah payah di awal bisnes kerana ianya boleh melukakan hati dan boleh merosakkan mood! Bayangkan saya tersedu-sedan di depan 4-5 ratus orang dalam dewan tu, oh tidak! 

Happy moment! 
Jadi, saya play safe, dan pilih untuk beri tips dan motivasi. Malam sebelum MasCel saya tidur jam 3 pagi, dan tiba- tiba dapat ilham untuk buat sajak ringkas, meluahkan apa yang saya rasa kepada semua anak buah yang hadir. Menggigil juga menahan perasaan, takut meraung haha! Tapi demi anak buah tersayang, saya harung juga, baca sajak sampai habis. It was tough! 

And there was Master Shareeza and her touching speech, I decided to switch off my mind and not listening to it totally because I was struggling to hold my tears! Masalah bila Master kuat menangis hahaha! After the event, Cery told me, dia tak pernah tengok muka saya sebak sedih happy sekaligus macam tu. Maklumlah selama ni bila jumpa asyik gelak ketawa je, masalah besar mana pun kami cari jalan untuk gelak ketawa dulu hahaha! 

Dan saya tidak berani untuk panjang lebar menyentuh hal mak & abah dan jasa mereka. Nanti tak habis cerita, meraung lagi atas pentas, oh no no! Yang penting saya tahu mereka semua bangga dan bahagia melihat pencapaian kami dalam bisnes Shaklee. Malah dah merancang untuk Mascel adik & kakak saya juga. Kedua-dua mertua saya lihat tersenyum lebar, Ibu bertepuk tangan penuh bangga. Saya bahagia melihat mereka bahagia. It was almost surreal to be able to watch all this from the stage. 

From the beginning, I want the event to celebrate our journey and success, but more importantly we want to celebrate our team’s commitment to the business and to their better future. If people think during the Mascel, it was all about PAF, it’s because IT IS about PAF. It’s about our struggle, our efforts, our sacrifice and our achievement. I would not be the leader I am today, without these special people in my team. 

Tidak ada hari2 yang saya lalui, 
Tanpa ingatan terhadap anda semua, 
Walaupun kadang2 saya kata “suka hati kamulah”
Tentunya dalam hati, tidak lari dari rasa bersalah dan ingin mengubah. 

Hari demi hari, yakinnya saya, tabah dan sabarnya saya ini, 
Kerana ada anda, yang manja, yang banyak tanya, 
Yang selalu tenggelam punca, tak tahu kenapa?

Sering saya terfikir, alangkah bertuahnya saya
Saya seorang, tetapi mendapat rahmat kekuatan ratusan orang dalam Puteri & Friends

Hari ini, hari semangat kita dirai
Hari ini, hari perubahan yang kita nanti
Hari ini, terserlah bukti, falsafah kita direalisasi
Alhamdulillah, pasti lebih baik untuk esok hari.  
Alhamdulillah. Usaha kami membuahkan hasil :) 

Much love, 
Puteri 

Tuesday, February 4, 2014

Double Master Celebration

Assalamualaikum & Selamat pagi!

Alhamdulillah, saat yang saya nantikan akhirnya bakal  menjelang tiba, iaitu majlis Master Celebration. Kalau sebelum ni saya hanya menjadi tetamu di majlis rakan Master Coordinator yang lain, kini saya dan suami akan menjadi pasangan yang diraikan oleh company dan beramai- ramai dengan warga PAF. Dan yang lebih menarik, kami akan mengadakan majlis double celebration bersama-sama upline/ mentor saya Alin . Rasa macam baru je lagi saya order supplement dengan Alin, kemudian sama- sama mengharung cabaran berbisnes dan akhirnya kami sama- sama naik rank Master Coordinator dalam cycle dan tahun yang sama. Alhamdulillah.

Saya berdebar- debar nervous dan excited nak jumpa raaaaamai anak buah yang belum pernah jumpa, tapi mereka nak bersama- sama saya di majlis tersebut. Haih, tak sabar, dan berdebar. Macam nak kawen!

Jemput datang ye jika sudi :)

Puteri




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...