Wednesday, July 10, 2013

Berpuasa dengan supplement Shaklee

Assalamualaikum!

Dah masuk hari ke -10 umat Islam berpuasa, Alhamdulillah kami sekeluarga sihat & ceria (yang tak puasa 2 orang budak tu memang ceria sangat la). 

Kami sekeluarga bersahur dan berbuka ringkas je hari ni. Saya macam biasa minum shake ESP + Meal Shakes dengan fresh milk & Milo. Ringkas & kenyang. Saya sebenarnya takde masalah nak makan nasi dan lauk subuh hari, cuma saya tak suka rasa pedih perut bila menjelang waktu pagi. Maklumlah lauk pun banyak yang greasy saja. Jadi ada baiknya saya stop menyakitkan perut sendiri dan minum je shake ni. 

Setiap hari saya bangun awal jugak, dalam pukul 4- 4.30 pagi. Mengemas apa yang patut dan bersahur. Saya jarang tidur semula sebab ia buat badan jadi lemau dan lesu. Selepas solat Subuh, bersedia pulak nak kejutkan Aliyah mandi dan bersiap ke sekolah. 

Selepas hantar dia ke sekolah dan Adam ke rumah pengasuh, rutin saya bermula di pejabat pos jika ada order untuk dihantar kepada customer. Kemudian saya akan ke branch Shaklee di Wangsa Maju, kadang- kadang untuk coaching anak buah, ataupun beli stok. Yang seronoknya sekarang ni saya ada ruang dan masa untuk rehat sebelum jam 1pm. Masa ni kalau tidur aduiiii memang terbaek haha! 

Saya dah jarang beli makanan di pasar Ramadhan. Saya suka masak fresh di rumah, sejenis je lauk & sayur, setel. Mujur saya tak suka dessert, jadi takde isu rambang mata pegi pasar Ramadhan. 

Puasa kali ni saya tak lagi breastfeed anak, jadi takde isu longlai dahaga. Tahun lepas pun tak longlai sebab saya jaga diet dan ikut pengambilan air yang sesuai. Alhamdulillah. Mujur ada set Mighty 3 Gems Shaklee. Sangat membantu ibu yang breastfeed untuk berpuasa dan bertenaga. 

Nak cuba dan rasa perbezaannya? Hubungi saya 016- 344 7727

Monday, July 8, 2013

Ramadhan al- Mubarak!


Kami sekeluarga dan seluruh warga Puteri & Friends ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramdhan kepada semua pembaca blog ini dan semua pelanggan setia kami. 

Semoga ibadah puasa kita diterima dan lebih berkualiti tahun ini.

xoxo
Puteri

Friday, July 5, 2013

Testimonial GLA Complex

Assalamualaikum! 

Ahaaa dah lega kan jerebu pun dah takde, minggu ni pun ada dua tiga kali hujan di KL. 

Macam biasa bulan baru, mestilah ada promosi kan? So bulan ni kita ada GLA Complex sebagai "heroin of the month". Digelar heroin sebab GLA Complex sangat penting kepada kesihatan seorang wanita, bermula sejak akil baligh sehinggalah ke fasa menopos. 

Saya mengenali GLA Complex selepas melahirkan Adam. Kulit saya sangat kusam dan kelam ketika hamil akibat perubahan hormon. Leher menjadi gelap,  dan selepas bersalin masalah rambut gugur pulak. Jerawat pun tak henti melanda, patah tumbuh hilang berganti. Kiranya secara total memang TIDAK CANTIK hahahaha! 

Sejak saya kenal GLA Complex, saya ambil setiap hari dan memang nampak perubahan ketara. Tambah pula saya juga minum ESP untuk tujuan penyusuan. Kedua- dua produk ini memang membantu memulihkan rupa parasku (yang dah la tak seberapa jelita itu) hehehe! 

Gambar passport ni kalau tak sebab kena pegi working trip ke China memang takde la nak ambik gambar. Ni masa pregnant 6 bulan. Gambar yang lebih ceria itu setelah 4 bulan bersalin dan sebulan mengambil GLA Complex. Best sangat!

xoxo
Puteri | 016-344 7727 | ID 868521
Shaklee Independent Distributor

Monday, June 24, 2013

Jerebu oh Jerebu!

Teruk sangat rasanya jerebu kali ini. Bertambah teruk bila hati risaukan kesihatan ahli keluarga setiap kali ke luar rumah. Dah beberapa hari kami tak buka tingkap, lemas rasanya! 


Saya beri anak-anak makan Nutriferon setiap hari dan pastikan mereka kerap minum air putih. So far belum ada yang batuk atau selesema. Cuma saya nampak eczema Adam dah muncul setompok di pipi. 

Semalam kami beli air purifier untuk rumah. Suami dah lama survey dan mengidam, akhirnya keperluan untuk air purifier semakin mendesak. Semalam rumah dah berbau asap, tekak dah sakit, saya pun dah rasa nak demam. 


Mahalnya harga udara bersih sekarang ni 

Take care people! 

xoxo
Puteri

Wednesday, June 19, 2013

Seronok bersahur dengan supplement Shaklee

Assalamualaikum! 

Saya ni tengah bersahur, sebelah tangan menaip kat Blogger Apps guna  Iphone5, sebelah pegang tumbler yang loaded dengan bekalan nutrient untuk mengharungi hari ke-3 berpuasa (ganti). Kalau anda macam saya, tak gemar makan nasi & lauk pauk masa sahur, anda patut cuba ni. Oh actually bukan tak suka makan nasi, cuma tak suka after effect 2-3 jam lepas tu. Badan jadi lesu, perut jadi pedih. 

Jadi inilah pilihan saya untuk bersahur. Sudah tentu lah petang nanti rasa lapar juga, tapi Alhamdulillah tak lesu. Semalam saya boleh je hulu ke hilir ambik anak dari sekolah, jumpa anak buah untuk coaching, groceries shopping & memasak untuk berbuka puasa lagi. 


Oh yang Collagen Powder tu bukanlah mengenyangkan tapi mesti include sebab dah jadi rutin harian.  

Kemudian saya akan akhiri sesi bersahur dengan minuman Performance Orange ni. Ianya penting untuk elak kehilangan cecair dalam badan dengan cepat semasa berpuasa. Rasanya pun sedap! 


Memang awesome! 

P.S Blogger Apps on Iphone5 is sooooo amazing! Simple gila! Takde alasan takmo update blog ok! 

Puteri | 016-344 7727 | SID 868521
Shaklee Independent Distributor 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...