Monday, March 18, 2013

bukan ibu yang cool

saya bukan jenis yang cool, tenang dan sabar sangat. kawan- kawan dan keluarga tau sangat la kepala angin saya ni dulu- dulu hahaha! dulu- dulu  ok, sebab sekarang ni ada banyakkkk cool. tapi tapi tapi, saya tetap senang terjejas akibat stress. terjejas maksud saya, badan saya cepat response jika saya stress. yang biasa saya hadapi ialah breakouts dan demam (yang tak berapa demam) dan jugak flu. itu tak termasuk rasa mengantuk yang melampau. kalau stress, saya boleh tidor seharian (masa bujang la, sekarang ni jangan harap ler).

bila dah ada anak- anak kecik pulak, mood saya senang terjejas dengan mood anak- anak. kadang- kadang mood saya pulak lebih- lebih dari diaorang. kesian tau. kesian diaorang seharian mak takde kat rumah pergi kerja, kemudian balik kerja mak jadi rimau. sangat tak bagus. saya masih mencuba memperbaiki keadaan, dan ada masa i am doing great, everyone so happy and chirpy until bedtime. tapi tapi tapi, ada masa mood anak saya yang sulung itu, akan bertukar sekelip mata. tengah happy- happy, then suddenly she said something like "aliyah tanak kawan mama!" "mama jangan kerja esok!". eeeeee...geram! kemudian dia pun entah apa- apa la buat perangai. pelan- pelan belang rimau mama pun muncul. pernah saya berazam tanak lagi tinggikan suara, tapi tapi tapi oh payahnyaaaa....

so you see, b complex helps me to calm down and i am taking my b-complex daily, but that does not mean i am cool 24/7. it is hard when i have to juggle work & family. and like other typical moms, i am ridden with guilt all the time. when i am not scolding them for being naughty, i feel guilty. if i scold them i feel worse. if i bring candies home i feel like bribing them to behave, and if i don't, i feel awful too. aiyayayaya!

do you feel the same too mommies?!

My happy pill ;p
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Friday, March 8, 2013

bulan kesihatan tulang

assalam everyone!

saya teringat ada sorang pelajar sekolah menengah dulu, sebaya tapi kami berlainan kelas. terkejut saya masa mula- mula kenal, dia ni takde gigi depan. budak perempuan ya, umur 16-17 tahun masa tu. oh alangkah konfiden nya dia! saya yakin dia mesti malu juga tapi dia tak kesah, selamba 100%. tak pasti apa sebab dia rongak, tapi kesian juga mungkin tak mampu nak buat rawatan dan beli gigi palsu. baby seawal 2 tahun pun boleh kurang sumber kalsium jika tidak minum susu dan diet tidak cukup kalsium. bagi kanak- kanak yang sedang membesar, inilah masa tulang mereka nak berkembang.

keperluan kalsium badan kita ni takkan sama sepanjang hayat malah meningkat terutamanya bagi wanita. bila hamil, semasa menyusukan anak, keperluan kalsium kita sentiasa meningkat. bila tak cukup sumber kalsium daripada makanan, badan akan ambil daripada tulang. sebab tu la kita asyik lenguh2, kebas dan sakit- sakit badan. bila menjelang menopos, adoi lagi la macam- macam.

yang buat saya jatuh hati sangat dengan Ostematrix ialah pengalaman saya semasa berpantang. badan segar bugar bangun setiap 2 jam menyusukan baby, sakit tulang bontot pun hilang (akibat bawak perut besar sangat), dan tiada sembelit! sembelit adalah perkara horror untuk wanita lepas bersalin ya. sangat penting ok Ostematrix ni.

dan ianya bukan calcium/ magnesium semata- mata. ia dilengkapi dengan vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium. sebab itu lepas makan Ostematrix kita akan rasa badan jadi sangat relax. sangat awesome!

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Thursday, March 7, 2013

sembang santai pasal duit :)

hello everyone :)

punya lah lama tangguh nak update blog, 15 hari lebih kurang ditinggal begitu je blog ni. entah apa yang sibuk sangat saya pun tak tau. sibuk di FB yang pastinya. oh kalau nak add saya as friend di FB, boleh email saja, nanti saya siasat dan approve. kena siasat dulu hehehe. sekarang ni macam- macam teknik dan tektik orang guna melalui FB saja. paling ramai nak ajak buat bisnes cepat kaya. baru tadi saya ternampak iklan berbayar di FB, boleh untung sampai RM30k dalam masa 2 minggu! wow apakah itu? yang paling "best" di hujung kenyataan tertulis "projek yang belum pernah dilaksanakan lagi". ahahaha! sangat meyakinkan. tapi jangan terkejut raaamaaai nak join tu. easy money macam tu kan, sapa tanak?!

awal bulan lepas pun ada isu pihak yang tidak bertanggungjawab guna gambar kenalan saya untuk menarik minat orang menyertai perniagaan mereka. gambar lain, nama lain, letak pula jumlah pendapatan beratus ribu. aduh, sungguh tak takut kalau disaman. sekarang ni segala macam method orang boleh capture untuk jadi bahan bukti. semakin canggih teknologi, semakin kreatif salah laku dan jenayah, jadi kena lah makin kreatif nak buang atau simpan bukti. mujur lah tuan badan tak saman, cuma bagi amaran saja. menakutkan!

cakap pasal duit, sapa yang tak suka. tak semua orang pandai cari duit, tak semua pandai manage duit. nak manage yang sikit pun gagal, apatah lagi nak manage yang banyak. lagi banyak lagi kena pandai manage ye tak. haih seronok jugak tu. saya ni dah terlalu lama bekerja dalam bidang non- profit. talak untung punya kerja! hahaha! tapi jangan tak tau, untung dari segi kepuasan bekerja, dan kemampuan kita membantu orang lain, jaaaauh lebih menggembirakan sebenarnya. dan saya dapati dengan peluang perniagaan shaklee, saya boleh buat kedua- duanya. saya dapat untung perniagaan (bonus dll) dan pada masa yang sama saya boleh bantu ramai orang terutama anak-anak buah yang berkehendak untuk menambah pendapatan. itu belum lagi kira kegembiraan hati saya bila customer semakin sihat, slim dan cantik.

kepuasan tak terhingga :)



HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

Friday, February 15, 2013

ritma badan anda


baru- baru ni saya jumpa artikel menarik dalam reader's digest, bagaimana kita boleh improve tahap kesihatan kita dengan membuat aktiviti- aktiviti yang bersesuai mengikut waktu yang sesuai, samada di sebelah pagi, tengah hari, petang atau malam.

saya ringkaskan sedikit untuk bacaan bersama ok :)

PAGI

1- ambil tekanan darah di waktu pagi. dan kita patut ambil secara konsisten setiap hari pada waktu yang sama. kenapa? sekiranya kita nak pastikan samada kita kena start ambil ubat hypertension ataupun sekadar tukar diet, bersenam saja, kita kena ada bacaan yang tepat setiap hari, setiap pagi.

2- buat test asma di waktu pagi. sekiranya anda nak buat ujian untuk pastikan anda ada masalah asma atau tidak, buatlah temujanji doktor pada waktu pagi. laluan udara adalah lebih sempit pada jam 2-5 pagi, sebab itu serangan asma kerap berlaku pada waktu- waktu begini. jumpa doktor pada waktu pagi dapat beri gambaran yang jelas tentang serangan asma tersebut.

3- ambil sarapan dalam ruang atau bilik yang banyak cahaya matahari. cahaya matahari pagi akan membuatkan badan kita bersedia untuk mengharungi hari tersebut dan bantu kita tidur lebih baik di waktu malam.

TENGAH HARI

1- buat temujanji doktor gigi di waktu tengah hari, terutama jika anda perlu diberi suntikan anesthesia. suntikan ini 5 jam lebih tahan lama jika dibuat pada waktu awal tengah hari berbanding pada waktu pagi.

2- tidur sebentar pada waktu tengah hari adalah baik  sebab pada waktu ni badan kita dah kurang alert. bila kita tidur sebentar, kita bangun dengan lebih segar. tapi jika anda mudah kena insomnia, jangan tidur lewat dari jam 5 petang.

PETANG

1- bersenam di waktu petang adalah lebih baik kerana kekuatan dan ketahanan badan kita meningkat pada sekitar jam 4pm sehinggan 8pm, berbanding pada waktu pagi. Otot kita juga lebih panas pada waktu ini sekaligus dapat mengelakkan kecederaan.

2- makan malam pada lewat petang dapat mengelakkan kita mengumpul berat badan yang berlebihan. sekiranya diet yang kita lakukan nampak tidak berkesan, cuba ubah waktu makan malam kepada sejam lebih awal.

MALAM

1- ambil tekanan darah pada waktu malam pada waktu yang sama setiap hari. pada waktu sebelum tidur, tekanan darah biasanya adalah pada bacaan paling rendah kerana kita lebih relax.

2- tidur lebih awal setiap malam bukan saja dapat beri rehat yang cukup kepada badan, malah boleh mengurangkan risiko serangan jantung pada keesokkan paginya. anda juga boleh reset jam anda sejam lebih cepat di waktu malam.


HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Wednesday, February 13, 2013

penyakit darah tinggi, boleh dicegah!

kalau dulu penyakit darah tinggi biasanya menyerang orang- orang yang berusia tapi sekarang ni ianya boleh menjadi masalah sesiapa saja, termasukah yang masih muda di usia 20-an. saya sendiri mengenali beberapa rakan yang mengalami masalah yang sama, samada lelaki ataupun perempuan. yang lebih serius, ada di antara mereka telah pun bergantung kepada ubat yang dibekalkan oleh doktor.
penyakit darah tinggi ataupun hypertension berlaku apabila darah mengalir dengan laju menekan dinding salur darah. semakin laju darah mengalir, semakin kuat jantung berdegup dan keadaan ini boleh membawa kerosakan organ- organ badan yang lain termasuklah jantung dan buah pinggang.

kadar tekanan darah yang normal iaah di bawah 120/80, iaitu 120 mewakili kadar tekanan tertinggi (yang normal) di dalam salur darah dan 80 adalah kadar tekanan terendah (yang normal) di dalam salur darah. tekanan di antara 120/80 hingga 139/89 di kenali sebagai pre-hypertension dan sebarang bacaan melebihi 140/90 adalah dalam kategori tekanan darah tinggi ataupun hypertension.

hypentension boleh dikategorikan di dalam dua kategori utama iaitu yang diketahui puncanya seperti masalah buah pinggang, tumor, penggunaan pil perancang kehamilan dll. walau bagaimanapun 95% daripada masalah hypertension tidak diketahui punca utamanya.

namun begitu ada banyak amalan kehidupan seharian kita dan penyakit lain yang kita hadapi, menyumbang kepada masalah darah tinggi. antaranya ialah:


  • tabiat merokok
  • kegemukan 
  • masalah diabetes
  • kehidupan yang tidak aktif
  • kurang aktiviti fizikal
  • pengambilan garam yang berlebihan dalam makanan
  • kekurangan vitamin D
  • pengambilan alkohol yang berlebihan
  • stress
  • peningkatan usia
  • pengambilan pil perancang kehamilan
  • genetik/ keturunan
  • penyakit buah pinggang yang kronik
  • penyakit thyroid
  • tumor
sumber: www.medicalnewstoday.com 

jika dilihat di senarai di atas, selain daripada masalah penyakit kronik, cara hidup kita sangat- sangat membolehkan kita terdedah kepada risiko darah tinggi. saya sendiri terdedah kepada sekurang- kurangnya 3 faktor seperti stress, kurang aktiviti fizikal dan keturunan. keluarga saya di sebelah emak kebanyakannya ada masalah hypertension termasuklah mak saya sendiri. saya perhatikan mereka ni suka memasak menggunakan garam yang banyak, lidah kebal ke apa! pernah saya tak makan sebab masin sangat, sedangkan pada mereka OK je! dan kebanyakan mereka terutama yang perempuan akan ada masalah bila mengandung, sungguh menakutkan.
saya serik dan takut bila tengok keadaan kesihatan mereka. mujurlah mak saya dah insaf hehe. sekarang ni garam sangat kurang dalam masakan, tapi itupun bermusim. sebab dah jadi tabiat, sangat susah nak dikawal. disebabkan inilah jika saya masak di rumah, adakala saya skip garam, terutamanya dalam sayuran, sebab tak perlu pun pada saya. sangat takut jika kena darah tinggi macam mak dan makcik- makcik. tak cool langsung!

stress pula payah nak elak. keadaan saya yang bekerja, dengan anak- anak yang nak diuruskan seharian, memang stress level boleh meningkat. sebab tu saya makan b-complex setiap pagi, sebelum anak- anak bangun dan buat drama hehe. saya dan suami juga mengamalkan Omega Guard setiap hari sebagai langkah pencegahan juga. 

saya berdoa usaha kami berbaloi, Amin Ya Rabb :)

---------------------------------------------------------------


pengambilan Omega Guard setiap hari dapat mengawal tekanan darah tinggi. asid lemak omega- 3 yang terdapat dalam Omega Guard terbukti berkesan (melalui kajian klinikal) jika diambil secara konsisten setiap hari (www.umm.edu). 



HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...