Wednesday, August 29, 2012

hypothyroidism, apa supplement yang sesuai?

sejak mak saya operate thyroid gland dia awal tahun ni, saya banyak membaca dan google tentang penyakit hypo dan hyperthyroidism. rupa- rupanya ramai juga kawan- kawan yang ada masalah ni, cuma ada yang serius, ada yang tidak. ada yang dah sihat, ada yang masih bergantung dengan ubat.



pagi tadi saya baca sikit info dari website dr.oz tentang diet dan supplement yang sesuai untuk mereka yang mengalami masalah hypothyroid. antara vitamin dan mineral yang penting kepada mereka yang mengidap hypothyroid termasuklah:


  • iodine
  • b complex 
  • vitamin c
  • amino acid
  • fatty acid omega 3 
kekurang iodine dalam badan akan merangsang kelenjar thyroid untuk menghasilkan hormon thyroid.  jumlah iodine yang cukup akan memastikan hormon thyroid jadi stabil. b complex dan vitamin c pula sangat penting untuk sintesis hormon di dalam badan, manakala amino acid memastikan sel terbentuk dengan baik. orang yang mengidap hypothyroidism mesti ada cukup bekalan amino acid dalam badan supaya tidak menjadi lebih serius. lelemak omega-3 juga penting bagi memastikan tahap lemak yang optimum dalam badan. tahap lemak yang optimum penting kerana hormon berasal dari lemak. terlebih atau terkurang lemak akan menggangu fungsi hormon dalam badan kita. 

bagi yang ingin mencuba supplement shaklee, anda boleh mengambil set family wellness bersama-sama omega guard (minyak ikan dengan lelemak omega- 3). 

family wellness shaklee mengandungi: 
  • vita-lea (multivitamin yang mengandungi iodine)
  • b complex
  • sustained- released vitamin c
  • isolate soy protein - ESP (yang mengandungi amino acid yang lengkap)

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com 

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Monday, August 27, 2012

celoteh raya

marilah bercerita sebelum kita dapat mood nak buat kerja opis ni ya...

1- raya di kuala kangsar, macam biasa, pergi rumah- rumah yang biasa pergi, jumpa orang- orang yang biasa jumpa tiap kali raya. bezanya tahun ni, dapat jumpa 4 orang kawan lama, satu sekolah rendah. semua dah beranak pinak, tapi perangai kalut kecoh tak berubah. sian suami2 tunggu kita berborak. ikutkan sampai malam pun larat. ziarah atok nenek yang semakin tua, semakin uzur, semakin rabun, semakin pekak :(

2- raya ni kurang selera makan semasa beraya. sebab utama pasal ada budak yang sedang lasak tu beraya sama- sama. asek nak tercekik je time makan sambil mengejar dia. end up tak berapa makan pun.

3- balik ke KL dan masuk kerja untuk sehari saja, hari rabu. sapa pun tak ada di opis. senyap sangap. nak contact sapa pun tak boleh pasal semua cuti, nak follow up pun takde orang. nak call partners, diaorang pun summer break balik UK. so, menganga sampai petang.

LRT Setiwangsa punya decoration raya. Selingan untuk hiburan di hari Isnin. 

rasanya banyak lagi nak cerita, tapi jom la mengadap kerja pulak ya.

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Wednesday, August 22, 2012

Raya Mode!

My happy boy, Muhammad Adam. 
From left: Adam, Aliyah, Atok, Adib, Opah & Anis. Lagi dua orang cucu kat Abu Dhabi, raya haji nanti Insyaallah dapat complete family photo. 

urus berat badan dengan lecithin & herblax

mesti ramai yang susut badan masa bulan puasa kan? saya memang dah susut sejak lepas bersalin adam. berat saya sekarang ni 46-47kg. tak la sampai 43kg masa zaman bujang hehe. berat badan saya sejak bersalin turun dengan stabil, tapi yang pasti memang badan saya mengecut (lost inches). nak kata ringan sangat tak juga, tapi baju, seluar,kain semua pakat londeh haha! saya jarang beli jeans, so jeans yang sekarang ni saya beli mungkin 3 tahun lepas, saiz 28. sekarang ni, dah longgar sangat, tak perlu bukak butang, zin pun leh bukak terus, macam seluar tidur tu. eh apa ni, too much info kot!

anyway, saya pasti ada kaitan dengan supplement yang saya ambil walaupun kesemua yang saya ambil tu bukan saya focus untuk kurus pun. jom selidik!


  • saya makan b-complex mainly untuk handle stress. b-complex memang membakar gula untuk jadi tenaga, lantas mengawal metabolisme kita. kalau metabolisme rendah, ditingkatkan. kalau terlalu tinggi, direndahkan. regulate!
  • saya juga ambil ostematrix (calcium/ magnesium) dan vitamin c. pengambilan kedua-dua jenis vitamin ini secara serentak sebenarnya juga dapat meningkatkan metabolisme badan. 
  • saya minum soy protein (ESP) hampir setiap hari. saya dapat kawal nafsu nak makan merapu masa breakfast selepas saya ambil ESP+mealshake+performance drink. tengok entry yang ini.  kenyang sehingga waktu makan tengah hari. malam pula, kadang2 bila jemu atau malas nak makan nasi, saya minum ESP dengan milo saja. 
  • dan tidak lupa, vitalea (multivitamin). kenapa multivitamin penting untuk orang yang nak kuruskan badan? bila nutrient lengkap dah masuk dalam badan, taklah kita craving nak itu ini. 
  • oh lagi satu. saya makan GLA complex. yang ni boleh bakar lemak tau masa kita tidur. 
yang biasa dicadangkan untuk pengawalan berat badan ialah lecithin dan herblax. herblax untuk detox, dan lecithin untuk bakar dan angkut lemak keluar dari badan. yang bagusnya berat badan tidak akan turun mendadak, kemudian tak perlu mengganti makan. kita boleh makan macam biasa, kemudian ambil lecithin selepas makan. nak lagi cepat turun, mesti lah kena bersenam dan pilih makanan yang rendah lemak. ramai juga yang ambil ESP untuk diminum ketika terasa lapar sebagai snack samada belah siang atau malam. tapi yang paling superb untuk dapatkan sumber protein dengan leucine untuk mengawal berat badan ialah cinch shake. biasanya customer saya akan ambil lecithin & herblax dulu. bila dah rasa OK dengan kadar penurunan berat badan (dan ada budget), mereka tambah cinch shake pula. 

nak cuba? 




HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Tuesday, August 21, 2012

healing crisis- tanda badan kita KUAT!

saya jumpa article menarik tentang healing crisis. jom saya ringkaskan untuk anda semua pembaca budiman.

  • walaupun persekitaran dan kehidupan kita sekarang ni penuh dengan pencemaran, tekanan dan gaya hidup yang tidak sihat, kita sebenarnya masih ada peluang untuk memperbetulkan keadaan. walaupun mungkin kita tidak dapat 100% kehidupan sihat, makanan sihat dan persekitaran yang bersih, kita masih boleh sekurangnya mencapai tahap optima. 
  • apabila kita ambil keputusan untuk memperbaiki keadaan (makanan yang sihat, bersenam, ambil supplement dll), badan kita akan mengalami fasa membuang semua toksin dalam badan ataupun yang dikenali sebagai "healing crisis" atau pun detoxification. 
  • badan kita sebenarnya sangat hebat untuk diperbaiki dengan sendirinya. apabila badan telah diberi zat secukupnya, ia akan mula membuang semua toksin yang ada dalam badan. 
  • kalau badan kita memang berpenyakit, badan akan mengambil masa yang lama untuk keluarkan semua toksin yang ada. kalau badan kita sihat, mungkin sekejap saja. 
  • biasa juga, selepas kita ambil vitamin atau berhenti mengamalkan kehidupan yang tidak sihat seperti merokok, makan makanan segera, badan akan terasa lebih cergas. kemudian tiba- tiba rasa lemah, lesu, letih. apa sebenarnya yang berlaku? 
  • sebenarnya, ketika badan membuang segala toksin daripada sistem, organ- organ memperkuatkan dirinya dan berfungsi dengan lebih baik. badan kita sebenarnya lebih kuat dari apa yang kita jangkakan!
  • pada masa ini juga, tisu- tisu baru dihasilkan, dan toksin yang tersimpan (kebanyakan nya dalam LEMAK!) pun dikeluarkan sepenuhnya dari badan. 
  • oleh sebab toksin banyak tersimpan dalam lemak, bila kita melalui "healing crisis" kadang- kadang kita akan hilang berat badan juga. 
  • kadang- kadang semasa badan melalui krisis ini, penyakit yang kita hadapi juga akan menjadi lebih teruk. yang membezakan antara penyakit sebenar dan healing crisis ialah, kesakitan semasa healing crisis adalah sementara. jadi bertahanlah!
  • MINUM lah air kosong, atau tea herba dan jus buah- buahan dengan kerap dan secukupnya ketika proses ini berlaku. ia akan bantu badan anda bertahan. 

tips menarik: ramai orang rasa seperti kena selesema selepas diurut, mengapa? ia kerana toksin dalam otot sedang dikeluarkan. jadi, selepas urut, kena minum air dengan banyak ya! 


sumber: http://besthealingmeditationonline.com/healing/what-is-a-healing-crisis/

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...