Sunday, July 29, 2012

puteri dan angan- angannya

hari ahad yang tenang. saya bangun sahur, mengemas sikit-sikit, kemudian tak terasa nak tidur balik. apa lagi berangan ler...

Berangan #1: Classic sangat kan! Suka, suka, suka! Umah MIL ada similar tapi a way modern version and more importantly DAH ROSAK hehehehe...





Berangan #2 :Another classic!Look at the lights that pour in from the wide window! Even my awful cooking tastes good in this setting LOL!


Source: traditionalhome.com via Gail on Pinterest



Very modern, very spacious, very comfy! Naaaaaaaaakkk!!





If I own this, I'd shriek every time I enter the bathroom, EVERY TIME hahaha!

Friday, July 27, 2012

pendapatan sampingan dengan shaklee

saya teringat masa saya pergi training effective communication with NLP di MIM. trainer tanya semua orang, kalau hari ini kamu diberi wang sejumlah RM300k, apa yang kamu akan buat? ada yang jawab nak bayar hutang, ada yang jawab nak beli itu ini. saya beritahu yang saya akan travel dengan keluarga saya dan beli semua buku- buku impian saya *nerd alert*

trainer kata saya ni jenis sukakan ilmu dan suka berjalan- jalan. duhhh! hahahaha! he said i appreciate knowledge so much, ada duit banyak pun fikir buku dulu. gitu le. apa-apa lah kan, bak sini RM300k tu, buku ke apa ke kendian cerita!

terdetik di hati saya masa tu, dengan pekerjaan saya masa tu, bermimpi la nak bersenang lenang dengan RM300k untuk holiday dan beli buku. nak beragan menang cabutan bertuah, saya bukan jenis orang yang bertuah macam tu. teka silangkata pun jarang dapat jawab semua. sudoku apatah lagi haha! tapi seronok juga berangan ada duit banyak tu dan boleh buat apa saja kita suka.

sekarang ni bukan lagi rahsia, saya adalah pengedar produk shaklee, semua kawan- kawan di Facebook pun tau, kawan-kawan lama, kawan baru pun tau. lagi ramai tau, lagi bagus. dengan adanya FB, blog dan Twitter, lagi senang nak kasi tau semua orang. yang tanak tau pun terpaksa tau hehehe kesian diaorang kan.

tapi bukan bagitahu pasal tu saja, saya juga bagitahu info- info kesihatan yang memang sebelum jadi distributor pun saya SUKA share apa saja info. orang tanak tau pun saya kasi tau. kesian diaorang kena dengar ehehehe. kadang- kadang kena remind diri sendiri, eh dah la tu bercakap, muka orang tu macam dah bosan je dengar.

anyway, since saya mula serius buat side income dengan shaklee, setiap tengah bulan, happy dapat bonus, dan alhamdulillah dah merasa bonus 4 angka. saya tanak berenti takat 4 angka je,saya mahu 5-6 angka di masa depan. sekarang ni dah tak takut nak berangan ada RM300k untuk holiday dan beli buku. dan paling seronok, kawan- kawan baik saya pun dah menyertai saya. saya beri nama kumpulan kami "Puteri And Friends- PAF" kerana mereka ini memang kawan- kawan saya dan ada keinginan yang serupa :)

jumpa lagi!





HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

tekanan darah rendah di bulan puasa?

apa khabar semua?

sejak masuk bulan puasa, masa nak update blog pun macam makin tersekat huhu! ingatkan dulu bulan puasa banyak masa, tapi bila di opis terkejar- kejar nak siapkan kerja sebab by 4.30pm sudah zassss keluar pintu opis! lunch time kena pam dan solat. itu tak termasuk meeting di luar opis, dalam opis, dalam telepon! phew!

kalau dulu lunch time ataupun masa- masa bosan di opis boleh gak update blog hehe tapi sekarang ni, oh tidak! sampai di rumah pung pang pung pang siap nak berbuka. bukan sibuk di dapur memasak ya puan- puan, sibuk main dengan budak2 tu, ataupun buat- buat sibuk di dapur mertuaku tehehehee...

kesian jugak kalau tak dilayan anak- anak walaupun ada masa rasa nak dok diam- diam atas sofa, tunggu waktu berbuka je sambil tangan pegang gelas air & kurma. tapi tak boleh, kena lah buat macam biasa je dengan anak- anak. kita tak patut bagi gambaran yang puasa tu meletihkan dan memenatkan pada anak- anak kan! malah pada semua orang pun, puasa bukan alasan nak melepek sepanjang hari tak buat apa- apa. kita masih boleh bekerja, boleh menguruskan keluarga, boleh shopping baju raya di jalan TAR tanpa berbuka puasa awal. inilah kekuatan kita ahaks!

anyway, pada awal 2 hari berpuasa, saya mengalami masalah pening kepala yang dasyat. selepas mengepam di opis, kepala ting- tong amat, ambil masa sejam untuk recover. saya pejam mata dan duduk diam- diam. selesai berbuka, kepala berdenyut, telinga rasa bengap/ bengang. bila adam dah tido, saya pun tido. masuk hari kedua, perkara yang sama berlaku. tekanan darah saya turun sampai 59/89 pagi tu. suami dah suruh jangan puasa saja, tapi rugi lah kan! saya teruskan juga.

kemudian saya dapat tips daripada kawan- kawan (yang juga pengguna shaklee bertahun- tahun) untuk menambah intake vitalea saya. baru saya teringat! dah lama saya tak ambil vita-lea sebab saya beralih kepada meal shake kerana ianya lebih sedap haha! pada pendapat saya, kedua- duanya adalah multivitamin, so kita pilih yang sedap hehehe! namun begitu, badan kita tak serupa, dan badan saya (yang prone nak kena tekanan darah rendah) mesti ambil vita-lea setiap hari kerana ianya tinggi kandungan zat besi untuk keperluan badan orang dewasa. baiklah!

alhamdulillah, kesannya sangat memberangsangkan. selesai mengepam di opis, saya tak pening, walaupun mestilah dahaga tapi terkawal (thanks to Performance Drink!). dan selepas berbuka, saya tak pengsan tidur macam hari- hari sebelum tu. mujurlah cepat saya bertanya kawan- kawan, tak sanggup sebulan macam ni kan. seronok sangat.
  • Vita-lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa, 
  • disokong oleh 7 kajian klinikal, 
  • teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel- sel baru,
  • Vita-lea menjalani lebih daripada 340 kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk

vita-lea sangat popular di kalangan ibu hamil bagi memastikan diri dan kandungan mendapat vitamin dan mineral yang secukupnya. dan untuk yang mengalami tekanan darah rendah macam saya juga patut mengamalkan pengambilan vita-lea setiap hari. vita-lea juga disarankan diambil dengan dos yang secukupnya bagi mereka yang mengalami masalah kekurangan darah. 

kalaupun malas sangat nak makan pelbagai jenis vitamin dalam sehari, paling cikai ambil lah vita-lea bagi menyokong keperluan badan kita seharian! 

jumpa lagi :) 

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Monday, July 23, 2012

kulit oh kulit...masalah jerawat?

semalam kami bawak adam ke klinik pakar kulit. adam lahir dengan kulit yang sangat kering, hingga bersisik. masa dia lahir tu, siap ada darah di bahagian pergelangan kaki sebab kulit kering dan merekah. doktor cakap bukan masalah besar lah, just kena keep the area moist.

area yang paling kering ialah kedua belah betis sehingga ke kawasan jari kaki. peha elok je gebu macam ayam turkey hehe. then dekat kawasan perut belah sikit. yang kawasan tu tak bersisik, cuma nampak patchy dan kasar. ada masa bila eczema datang, kawasan tu paling teruk la berbintik- bintik.

jadi semalam, doctor bagitau, memang takde ubat sebab itu memang genetik. cuma kena pastikan kulit adam sentiasa lembab, tak boleh guna sabun mandi biasa, tapi kena guna oil (doktor bagi sebotol semalam). sapu cream, ada 2 jenis, setiap lepas mandi. lepas mandi tak boleh lap kering, ala kadar je lap. phew, high maintenance!!

semalam lepas dapat bill, kami bincang dalam kereta, berapa lama nak maintain pergi ambil ubat kat specialist ni. parah juga tiap2 bulan, semalam bil nya RM280! kami nak tengok macam mana keadaan adam selepas sebulan dengan bath oil dan cream ni.

sambil tunggu giliran semalam, ramai juga orang datang ke klinik ni untuk rawatan kulit. ada 2 orang awek datang dan tanya tentang masalah jerawat. dua- dua pun berjerawat jenis yang merah, penuh pipi. saya pun pasang telinga nak tau berapa cost. untuk jenis muka jerawat yang serius, cost sekali rawatan RM1800! nak pengsan saya dengar! kemudian ada rawatan susulan, nak laser pun ada. dan ada juga vitamin diberikan, tapi tak pasti vitamin apa. antibiotik pun ada. macam- macam lah ada kat situ.

saya teringat ex-colleague saya. dia pun ada masalah jerawat, dan dah cuba vitamin shaklee yang saya syorkan iaitu vitamin E, b complex dan vitamin C. 3 hari lepas saya lunch dengan dia, memang dah surut jerawat di dahi dan dagu. sekarang ni dia cakap, ramai kawan- kawan notice perubahan pada muka dia, lepas tu dia pulak start ambik order untuk kawan- kawan. dan kosnya sangat lah rendah berbanding treatment di pusat kecantikan.

masalah jerawat ni pada saya memang merungsingkan. saya ingat masa saya di universiti, muka bengkak dengan jerawat, merah menyala dah macam bisul. memang beri kesan pada self esteem. selepas bersalin anak pertama masalah berkurangan tapi sesekali akan naik jugak jerawat di muka. bila saya start ambil vitamin shaklee, perubahan sangat ketara. bukan saja jerawat tak muncul, muka lebih berseri. 3 langkah ringkas untuk masalah kulit berjerawat dan kusam, semudah E, B dan C! cubalah!

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Sunday, July 22, 2012

setiap anak itu unik

saya masih belum khatam buku tony buzan, brain child. sekali sekala saya akan bukak bab mana yang berkenan dan baca. now saya nak share this particular topik tentang keunikan setiap anak kita, walaupun ibu dan ayahnya adalah orang yang sama.

anak- anak saya yang dua orang tu pun berbeza. aliyah ambil masa untuk mesra dengan orang, dia lebih berhati- hati. tapi kalau dia suka seseorang (yang pandai tackle dia), dia akan ingat nama, ingat rupa dan ingat apa saja yang dia buat atau bualkan dengan orang tu. kawan- kawan saya yang berjaya tackle aliyah akan berada dalam ingatan aliyah dalam masa yang lama.

adam lebih friendly. walaupun sekarang ni dia tak selesa dengan stranger, dia tak menangis atau menjerit bila stranger usik atau tegur dia. dia cuma akan lentok kepala ke bahu saya, atau pandang tempat lain. tapi kejap aje, lepas tu dia akan intai balik orang tu. aliyah dulu, dia akan jerit siap dengan muka marah. bila dah pandai cakap, dia siap cakap TANAK! dengan tuding jari ke arah orang tu. malu jugak kekadang haha!

ini point menarik saya nak share tentang apa yang tony buzan tulis berkaitan perbezaan antara setiap seorang anak- anak kita.

page 89- 91- Brain Child, by Tony Buzan. 

from a little girl's point of view...

  • she is the only one who goes to school feeling the emotions she feels
  • and thinking the thoughts she thinks
  • she is the only one who has the fantasy friends that ONLY she in the universe could create
  • and she is the only one who has the dreams, fantasies, fears, and hopes that only she will ever have
SHE is utterly, fantastically, infinitely and preciously unique. and alone. 

from a little boy's point of view...
  • he is the only one who will interpret the things said to him in the way that only he can interpret them
  • he would be the only one with his dreams, his fears, his passions, his loves, his hopes
  • he will spend his entire life being the only intrepid explorer of the universe as seen from the second by second kaleidoscoping viewpoints that make up his special being

HE is utterly, fantastically, infinitely and preciously unique. and alone.

important:

  • BE CONCERNED only if your children are not different! differences maybe harder to take on board if the children bear strong physical resemblance to one another. you may have a deep seated- seated expectation that they are similar mentally as well as physically.they will NEVER BE. 
  • nurture, treasure, cherish and honour your child's growing individuality and differentiation from all others. emphasize the differences between your children, point how much they see from different perspectives and celebrate those differences. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...