Wednesday, January 21, 2015

Resepi Nasi Goreng Pelangi

Assalamualaikum semua :)

Sejak pregnant ni, selera makan saya on- off. Walaupun sekarang ni taste buds kiranya dah OK, tapi ada masa memang takde rasa nak makan, walaupun lapar. Jadinya saya dok ulang makan roti dan minum protein shake saja. Memang kenyang, sambil- sambil kunyah la coklat, biskut. Tapi bila tiba selera nak makan datang, jam- jam tu jugak ke dapur memasak hahaha! Dan paling saya suka ialah masakan sendiri kihkihkih! Sedap pulak rasanya sekarang ni, mungkin lebih prektis sejak bekerja di rumah. Dulu banyak prektis di kedai je hahaha!

Anyway, petang tadi tiba- tiba rasa nak makan sayur- sayuran. Mula- mula datang teringin nak Nasi Goreng Cendawan. Bila Google, banyak sangat versi, so malas nak fikir. Maklumlah tukang masak amatur, tak boleh confuse. Tapi keinginan nak makan sayur membuak- buak. So lepas fetch the kids from school, pergi beli peas, baby corn, bell pepper & sawi. Still tak tau nak buat apa. Balik rumah, dah pukul 3, belum lunch. Anak- anak dah kenyang makan di Delifrance lepas sekolah. Jam 4 petang, gigil lapar hahaha! Terus masak nasi, nak jugak nasi goreng, tapi dengan resepi sendiri, janji banyakkkkkk sayur dan berwarna- warni, maka terjadilah Nasi Goreng Pelangi hahaha!

Ada ke yang nak resepi? Syok sendiri sangat ni, jadi saya share di sini resepinya LOL!

Minyak untuk menumis
1 biji bawang besar, dihiris nipis
Segenggam ikan bilis
4-5 sudu sos tiram
2 sudu chilli paste
Cili padi (optional)
Baby corn, bell pepper, peas, carrot - dipotong kecil
Nasi 2 pot
**TIADA garam, gula, ajinomoto

Macam biasa la buat nasi goreng, tumis je bawang, ikan bilis, sos tiram & chilli paste, dah cantik naik minyak, letak veggies, goreng, tapi jgn sampai layu, nanti takde pulak effect krup krap tu kan. Kemudian letak nasi, gaul sampai rata, siap! Api kena kuat, tapi kena gaul laju- laju supaya tak hangit. Jangan main Facebook la time ni hahaha!

Bahan- bahan pelangi itu....saya suka bawang besar banyak2!
Tabur cili padi untuk kesan menyengat dan meleleh air hidung! 

Anyway, sebenarnya memang elok kita makan sayur- sayur berwarna- warni setiap hari, untuk bekalan anti- oksida dalam badan. Tapi dengan syarat jangan la dimasak sampai lunyai dan lebam. Make sure dapat makan fresh dan kalau dimasak pun tak payah lama- lama. Warna- warna pada sayuran pun berfungsi untuk protect sayur2 ni daripada penyakit, jadi kita pun dapatlah benefit sama.

Selamat mencuba, cewah!

Tuesday, January 20, 2015

Group Facebook "Geng Baca Buku"

Assalamualaikum semua :)

Baru- baru ini saya terfikir tentang azam tahun baru saya, yang setiap tahun pun renew dan tak penah tercapai dengan cemerlang, iaitu azam nak habiskan minimum 2 buah buku sebulan ngeeeee....mencabar yer, sangat mencabar. Walaupun saya memang suka membaca, tapi nak menghabiskan satu- satu buku tu is totally a different game altogether LOL! No excuse, tak nak la salahkan anak- anak kecik, takde masa yadda yadda yadda...this year, I MUST MAKE TIME!

Jadi, saya dengan berkobarnya buatlah satu group Facebook ni, "Geng Baca Buku". Motif utamanya nak cari geng yang struggle macam saya juga, tapi mahu berubah. Paling koman sebuah buku pun jadilah kan! Pembaca- pembaca tegar toksah la join, nanti kami rasa tertekan pulok kihkihkih!

Ayoh, sapa nak join klik link ini, request dan saya akan approve :)



Friday, January 9, 2015

Untung ke bisnes online?

Assalamualaikum semua :)

Hari ini saya dah mula mengintai website FashionValet dan Zalora, nak membeli beberapa helai seluar, skirt dan baju untuk disesuaikan dengan bentuk perut yang makin ke depan. Setakat ni kemeja, blouse masih boleh sarung, tapi seluar dan skirt dah tak selesa. Ikutkan hati nak pakai kaftan je 24 jam. Sesak di bahagian perut, semput! Dan sekarang ni saya memang takde mood lah nak keluar shopping, jadi elok sangat la ada online shopping ni kan. Klik klik siap! Yang best kalau tak sesuai boleh return dan tukar saiz, so memang senang. Lagi senang berbanding nak bawak anak- anak keluar dan shopping kot haha!

Dulu masa saya masih bekerja di ofis, lagi lah tegar mengadap online shopping. Bosan- bosan kat ofis, order barang. Kalau tak untuk diri sendiri, untuk anak- anak. Toys la, botol susu lah, blanket la, kain ela, macam- macam. Bila dah bekerja sendiri, ada flexi hours, lebih seronok merayap di shopping mall, tambah lagi waktu ofis, tenang je memilih- milih. Berjam- jam sanggup. Lepas tu berjam- jam pulak mengadap Instagram, macam hypermarket fashion. Dengan trend "OOTD", semua orang boleh jadi model, kita pulak mengadap tengok eh lawa la camtu, eh lawa la camni, BELI! Jenama- jenama tudung, jubah, skirt, tumbuh meletop- letop. Banyak pilihan, tapi tak pernah cukup untuk wanita ahahaha! Ramai jugak usahawan- usahawan muda, ada yang artis, ada bukan artis, dah kaya raya dengan bisnes online, terutamanya yang dalam bidang fashion. Tak pernah puas, tak pernah cukup, orang akan beli beli beli. Itu belum lagi service personal shopper online. Daripada semahal- mahal barang macam designer bags, shoes pun masih ramai pembeli. Berulang- alik personal shopper ke Europe membeli pesanan clients. Haih mestilah untung kan, kot tidak takkan orang buat.

Eh saya pun ada bisnes online apa, lupa pulak haha! Dari awal saya mula bisnes Shaklee, saya guna medium blog untuk dapat customer dan juga dapat business partners. Kemudian saya tambah pula penggunaan Facebook. Dan sekarang ada tambahan di Instagram pula. Tapi dalam banyak- banyak medium ni, blogging paling di hati, sebab saya suka tulis panjang- panjang macam essay haha! Yang seronok bila ada blog, bila kawan- kawan tanya tentang produk atau bisnes, info dah siap ada dalam blog, terus boleh share. Ada juga yang terus pegi blog, baca- baca, pilih dan terus order dengan saya. Banyak sangat kemudahan bila rajin berblogging ni. Bulan depan saya nak belajar marketing dengan Facebook pulak. Agak terlambat kot berbanding orang lain, tapi better late than never. Belajar ni tak pernah habis pun kan.

Jadi, untung ke tidak sebenarnya? Jauh melalut tak jawab lagi soalan sendiri. Bab bisnes pakaian, fashion, handbag, memang saya tak pasti lah, sebab bukan bidang. Tapi bab bisnes Shaklee, memang lah untung.

Kenapa?

  • Modal RM65 saja, bayar yuran keahlian seumur hidup. 
  • Tak perlu keluar modal untuk beli stok, bila terima order, customer buat bayaran mengikut harga yang ditetapkan, kemudian kita buat pesanan online ke Shaklee bagi pihak customer. 
  • Kos promosi terlalu rendah, kita gunakan saja Blog dan Facebook dll sendiri, cananglah bagai nak rak kat situ. Paling pun bayar bil internet je. Itupun memang bayar bil internet kan?
  • Bonus atas pembelian (samada pembelian sendiri ataupun untuk customer) akan diberi setiap bulan. Besar kecil terpulang kepada usaha dan keinginan kita. Kalau tak buat pun, takde penalti ke declare bengkrap ke apa ke. 
  • Kalau nak lebih lagi, belajar dengan mentor, apa lagi yang Shaklee tawarkan, dan buat perancangan nak dapatkannya. 
Mula- mula saya bisnes, saya mula target nak 1-2 ribu. Kemudian nak 5 ribu sebulan. Buat plan, ikut plan dengan serius, dapat. Bukanlah hari ni plan, esok dapat. Tapi memang dapat bila buat apa yang dah dibuat dek mentor. Tahun 2015 ni, saya dah siapkan plan untuk anak buah saya, bagaimana nak dapat RM2k sebulan, hinggalah RM6k sebulan, semua dah disusun rapi. Tinggal lagi, nak dikerjakan atau tidak saja. Prinsip saya pula, tidak ada paksaan. Bagi pihak saya, saya akan terus memberi info dalam secret group, dan jika diminta untuk beri coaching, saya akan berikan masa dan perhatian. Banyak saya pelajari sepanjang 3 tahun ni, bila kita buat dengan sukarela, bukan sebab nak tiru orang, atau sebab terpaksa, kita akan happy dan results pun akan dapat. Sebagai mentor, dah lali dengan gelagat panas sejuk suam orang- orang, jadi tahun 2015 ni, pada saya elok kita bakar diri sendiri sampai mendidih, biar bahangnya dirasakan orang lain. 

Income bulan pertama dan kedua saya dengan Shaklee.
Selepas setahun dah 5 angka, dah ada flexible working hours.
Sekarang ni on average income 20-30k per month.
No rush nak kejar ratus2 ribu sebulan pun, hidup  kami simple saja.
Alhamdulillah. 


HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

Saturday, January 3, 2015

3 salah faham tentang konsep detoks

Assalamualaikum semua :)

Antara azam tahun baru yang paling popular sudah semestinya berkaitan dengan keinginan untuk mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Ada yang sign up keahlian gym, ada yang beli baju dan kasut untuk bersukan, ada yang sedang cuba nak berhenti merokok, nak join yoga dan macam- macam lagi lah. Dan untuk memulakan proses penjagaan kesihatan yang berkesan, sangat penting untuk kita tahu cara "pembersihan" sistem badan atau lebih dikenali sebagai detoksifikasi. Kita memang mengambil berat tentang kebersihan luaran, dan kecantikan rupa paras, tapi ramai yang tidak tahu dan tidak ambil peduli tentang kebersihan dalaman. Proses detoks secara ringkas bermaksud keupayaan badan kita mengeluarkan toksin daripada badan, supaya fungsi badan dapat berjalan dengan baik, dan nutrient yang kita ambil setiap hari daripada makanan, dapat diserap dengan baik.

Antara salah faham utama tentang konsep detoks ialah kita boleh mengesan masalah pembersihan dalaman badan dengan mudah. Sebenarnya tidak sama sekali. Ianya tidak sama dengan cara kita mandi, atau gosok gigi, iaitu kotoran pada luaran badan dapat dilihat dengan jelas. Sebagai contoh, hati berfungsi menapis toksin dan bakteria daripada darah, kemudian membuangnya daripada badan melalui buah pinggang. Fungsi hati, jika ia tidak bertindak dengan baik, tidak mudah dikesan dalam masa sehari dua, sehinggalah badan kita menunjukkan tanda- tanda toksin tinggi seperti letih dan lesu, penyakit tidak mudah sembuh, masalah pembuangan air besar dan kecil, dan sebagainya.

Selain daripada itu, kebanyakan kita ambil mudah tentang kepentingan detoks, dan hanya mahu merawat simptom penyakit yang muncul, dan bukan puncanya. Sebenarnya, sistem detoks adalah komponen terpenting kepada kesihatan keseluruhan tubuh badan kita, dan sering menjadi punca sebenar penyakit- penyakit yang melanda. Walaupun organ utama detoks sebahagian besar dilakukan oleh hati dan usus, tapi pada masa yang sama buah pinggang, sistem limpa, paru- paru dan kulit turut terlibat dalam proses detoks seluruh badan.

Pemahamam umum tentang detoks juga selalu terhad kepada proses pembuangan air besar sahaja, jadi kebanyakan orang memberi tumpuan kepada usaha untuk memastikan najis dapat dibuang setiap hari daripada badan.  Sebenarnya, detoks lebih sekadar buang air besar. Untuk mendapatkan tahap kesihatan yang optimum di samping merawat punca banyak penyakit, kita mesti tahu yang detoks melibatkan detoks hati, detoks darah dan detoks usus. Hati sebagai penapis toksin dan racun dalam badan pastinya memerlukan pembersihan berterusan, bayangkan betapa teruknya tugas hati kita. Darah kita juga setiap hari diserang oleh pelbagai radikal bebas, berpunca daripada pemakanan, persekitaran dan gaya hidup (stress terutamanya). Jadi dari masa ke masa, kita kena ambil langkah untuk memastikan darah kita bersih dan tidak menjadi tempat bersarangnya radikal bebas tersebut. Radikal bebas sentiasa mahu melekat dengan sel darah yang tidak sihat, jadi penyakit pun akan hinggap dan berkampung di dalam badan kita! Contoh lain yang boleh memberi risiko kepada kebersihan darah ialah apabila salur darah ditimbuni oleh kolestrol lalu menyempitkan salur darah.  Usus juga menanggung beban yang tidak kurang hebatnya setiap hari. Pelbagai bahan buangan melekat di dinding usus bakal menjemput pelbagai penyakit, termasuklah masalah kulit, masalah bau badan, sembelit, masalah berat badan dan sebagainya.

Pemahaman yang jelas tentang proses detoks membolehkan kita mengambil langkah berjaga- jaga dan memberi perhatian sewajarnya kepada keperluan ini. Tahun baru ini, ayuh kita spring cleaning tubuh badan kita. Antara produk kegemaran saya untuk tujuan detox darah ialah Vivix dan Alfalfa Complex. Vivix sangat sofistikated dalam membantu kita membersihkan darah, memberi tumpuan kepada kesihatan sel, yang boleh menyekat radikal bebas daripada berumahtangga di dalam darah kita. Alfalfa Complex pula bertindak meneutralkan darah yang berasid, kerana sifatnya yang tinggi kandungan alkali. Dan berita baik lagi, bulan ini kedua- dua produk ada promosi harga terbaik untuk ahli Shaklee. Jangan ketinggalan tau :)




HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com 
 * Produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. 
** Hubungi saya jika anda ingin mengetahui peluang menjadi pendapatan dari rumah. 

Friday, January 2, 2015

Azam tahun baru Kevin Zahri

Assalamualaikum semua :)

Malam tahun baru, saya tidur awal, ada mixed feelings, at personal level ada banyak yang belum dicapai dengan baik, dan dengan kejadian banjir seluruh negara dan tragedi Air Asia QZ 8501 ternyata memberi kesan kepada keadaan emosi dan minda. Bila saya reflek apa yang berlaku sepanjang 2014, saya berpuas hati dengan segala macam benda yang saya pelajari, terutama tentang bisnes kami. Dan pastinya lessons ini datang dengan harganya sekali. Ianya "priceless". Tiada tandingan.

Saya tidak biasa buat azam tahun baru, sebab saya memang jenis kalau nak buat, saya tak tunggu tahun depan, bulan depan, esok, lusa. Straight to the planning, and start immediately, terutamanya yang melibatkan self improvement. Nak bangun awal, nak solat dhuha, nak mengaji lebih, nak menulis, nak membaca -- kena renew hari- hari. Pada pendapat saya, kalau nak buat kerja- kerja fizikal, pakai tenaga, pakai otak, kena cuci dulu hati. Hati kena dilembutkan, kena dipujuk, supaya rajin, supaya konsisten, supaya cekal. Kalau pun plan cantik tersusun, kalau hati tak kuat, plan tinggal plan, saban tahun.

Salah satu usaha menguatkan hati, termasuklah baca Al-Quran daily. Pagi tadi, saya nampak update Kevin Zahri, yang sangat- sangat inspiring and humbling. Apa kata kita join azam yang sama?



HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...