Monday, May 19, 2014

Bisnes Shaklee bersama PAF, apa yang kami tawarkan?

Assalamualaikum semua!

Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua, tentang bagaimana cara kami dalam group PAF membantu antara satu sama lain bagi mengembangkan lagi bisnes Shaklee kami. Saya cuba terangkan dalam bentuk yang paling simple di dalam isi penting di bawah:

1- Pendaftaran secara online
Apabila anda mendaftar dengan mana- mana leader atau distributor pilihan anda, mereka boleh dengan mudah mendaftarkan anda secara online. Anda cuma perlu beri nama penuh, nombor IC, alamat surat menyurat dan nombor akaun yang aktif. Anda cuma perlu membayar RM65 sebagai yuran dan RM10 sebagai kos pengiriman "member kit" oleh Shaklee kepada anda. Selepas didaftarkan, anda akan dapat SMS mengandungi ID dan juga password untuk anda log in ke dalam sistem di www.shaklee2u.com.my. Sangat mudah! Jika anda mahu keahlian percuma, anda boleh beli produk mencukupi 200uv (points), prosesnya juga sama, anda akan didaftarkan dan dapat ID etc.

2-  Penyertaan ke dalam secret group FB
Untuk semua ahli yang berdaftar bersama- sama PAF, kami menyediakan support di group FB yang dikelolakan oleh saya sendiri. Di dalam group ini, terdapat pelbagai tips, motivasi, teknik, info tentang produk, aktiviti dan macam- macam lagi. Di sinilah kami berkongsi maklumat dan bertukar pendapat. Saya sendiri akan memastikan group FB ini aktif SETIAP HARI dengan pelbagai pengisian berguna. Saya telah mewujudkan group ini sejak 2 tahun yang lepas, jadi anda boleh bayangkan betapa saratnya group tersebut dengan info. Selain saya, leader- leader saya juga mempunyai secret group mereka sendiri, bagi membolehkan mereka mengasah bakat sebagai leader yang baik. Setakat ini lebih 800 orang menyertai secret group ini. Walau bagaimanapun ahli biasa (yang tidak berbisnes) boleh memilih untuk menyertainya ataupun tidak.

3- Penyertaan ke dalam WhatsApp group
Bagi ahli yang mahukan lebih bimbingan, saya dan leader- leader saya juga menyedikan group WhatsApp bagi memudahkan kami bertukar maklumat untuk membantu konsultasi kepada pelanggan, berkongsi tips bisnes, motivasi dan sebagainya. Kami juga menjadualkan group coaching bagi memantapkan lagi pemahaman terhadap topik- topik spesifik, samada dengan inisiatif leader ataupun di atas permintaan ahli kumpulan. Saya sendiri mengendalikan 4 kumpulan WhatsApp terdiri  daripada leaders, beginners dan key leaders.

4- Start Bright Series - kelas bulanan
Setiap bulan, kami menganjurkan kelas asas untuk semua ahli PAF. Kelas secara berskala ini bermula tahun lepas, dan kami telahpun menganjurkan 11 buah kelas termasuk tour di Penang, Johor Bahru dan Ipoh. Kelas bulanan kami terbuka kepada 20-30 orang pada satu masa dan merangkumi pelbagai topik, bagi membantu ahli PAF memulakan bisnes mereka dengan baik dan jelas. Kami juga menjemput sidelines dari pelbagai group dan rank bagi berkongsi idea dan pengalaman untuk dipelajari bersama.

5- Group & personal coaching
Setiap minggu saya menawarkan group atau personal coaching di sekitar K.Lumpur bagi membolehkan leaders terutamanya belajar dengan lebih terperinci cara- cara menguruskan bisnes dan group masing- masing. Saya suka berjumpa dengan mereka pada waktu lunch, kerana kebanyakan mereka mempunyai kerja tetap masing- masing.

Inilah sedikit sebanyak cara kami memberi sokongan kepada ahli PAF bagi membolehkan mereka sentiasa bermotivasi dan jelas dengan halatuju bisnes mereka. Sebagai seorang leader, dan seorang yang suka mengajar dan berkongsi idea, saya sangat- sangat enjoy dengan proses membina bisnes Shaklee apabila dilakukan bersama- sama dalam aktiviti- aktiviti di atas.

Jom tengok gambar pulak :)

Start Bright Series #1 di pejabat Faizland milik PM Cery 
Start Bright Series #2 (Home Office)
Start Bright Series #3 (Home Office)
Start Bright Series Tour - JB 
Start Bright Series Tour - Ipoh
Start Bright Series Tour - Penang 

Group coaching oleh Master Aznin (suami saya) 

Jadi, jika anda berminat untuk menyertai keluarga besar kami, hubungi saya 016- 344 7727 (WhatsApp), pada bila- bila masa :)


Sincerely,

Master Puteri

Sunday, May 18, 2014

Membesarkan anak- anak dengan supplement Shaklee

Assalamualaikum semua!

Hari Ahad yang tenang, rasa rugi sangat kalau bangun lambat. Selepas subuh sehinggalah dalam pukul 8 pagi, adalah waktu paling senyap sunyi dan tenang di rumah saya, jika di hujung minggu (lain keadaannya kalau hari biasa, lepas Subuh adalah waktu kritikal nak kejutkan Adam & Aliyah). Sejak mereka mula tidur berasingan dengan kami, saya akan pastikan kedua-duanya tidak skip dinner supaya dapat tidur lena sepanjang malam. Saya pun belajar hal ini selepas penat bangun malam bila Adam kejut mahukan biskut la, roti la, nak makan macam bersahur! Jadi sejak itu saya memang jaga timing mereka dinner, tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat.

Sejak Adam (3 tahun) bersekolah, seleranya berubah- ubah, kadang- kadang OK dengan makanan biasa seperti nasi dan lauk pauk. Kadang- kadang dia makan sedikit saja nasi, kemudian makan biskut (biskut kegemaran hanya biskut Jacob wheatmeal yang tawar tu saja), dan apples! Dia boleh makan apples 2-3 biji sehari! Aliyah pula semakin kurang memilih makanan, dan saya pastikan makanan kegemaran dia ada sentiasa. Dia gemarkan sup ayam, anything berkicap (ayam masak kicap, daging masak kicap, ikan goreng dengan kicap), ikan goreng dan pasta bolognese. Dia suka apples & grapes. Kedua-dua Adam & Aliyah juga penggemar sandwich Subway, mesti pilih tuna sandwich saja. Dan of course donuts dan ice cream. Oh! Adam juga suka keropok ikan.

Jadi untuk saya, sudah berlalu fasa pening kepala memilih makanan yang mereka suka kerana trendnya sudah dikenalpasti dan tidak lagi membazir cuba itu dan ini untuk beri mereka makan. Cuma fasa untuk memperkenalkan supplement Shaklee saja, baru saja selesai. Dulu ketika Aliyah masih menyusu botol, saya picit minyak Omega Guard ke dalam susu setiap hari. Dan sejak Adam pandai mengunyah, sangat mudah bagi saya, Adam memang suka kunyah saja Omega Guard sampai hancur dan telan. Cuma bila Aliyah dah berhenti menyusu, saya kena cari jalan untuk dia dapat khasiat Omega Guard setiap hari, apatah lagi sejak 5 tahun, dia dah mula dengan kelas pre- reading di sekolahnya. Saya mahukan Aliyah lebih cekap mengikuti pembelajaran di dalam kelas, sangat mahukan dia boleh membaca dengan baik sebelum hujung tahun ini (kiasu!).


Jadi, sementara Adam terus mengambil Omega Guard setiap hari dengan mengunyah (dan selalu minta lebih dari sebiji), saya perlu jalan lain untuk ajak Aliyah kunyah juga. Dia pernah kunyah, tapi dia tak konfiden nak telan, bila dah gigit, meleleh- leleh minyak ikan membazir saja. Baru- baru ini, saya berbual dengan Aliyah, saya tiba- tiba dapat satu idea.

"Aliyah tau tak Omega Guard ni bagus untuk brain. Kalau makan selalu, macam Adam, makin pandai nanti. Sebab ada omega-3 dalam tu untuk otak Aliyah"

Dapat saya tengok muka dia berubah bersinar- sinar! Hahaha! Itulah anak saya, pantang dicabar, jadi mudah nak adjust kalau kena gayanya. Sejak tu, dia sendiri minta Omega Guard dan ingatkan saya "bagus untuk brain Aliyah ni kan?" Kemudian 2 minggu lepas, kami dinner di Holiday Inn, saya order salmon dan beritahu Aliyah "dalam ikan pun banyak omega-3, especially salmon ni". Terpaksa lah saya kongsi grilled salmon tu dengan dia pulak >,< hahaha!


Selain Omega Guard, Aliyah minum Meal Shakes setiap pagi semasa sarapan, dan saya bekalkan juga untuk dia minum petang di sekolah. Setakat ni takde masalah sebab Meal Shakes memang sedap pun, wangi sangat bau vanila tu memang budak- budak suka. Saya pun suka Meal Shakes, tapi tak ambil hari- hari, special time berpuasa saja, mix dengan ESP, susu dan Nestum, fuh sedap! Oh Adam, tak suka Meal Shakes atau any drinks yang pekat- pekat bersusu macam Milo ke, milkshakes ke. Dia prefer air kosong dan teh O! Oh my CEO, teh O sejuk saja pun ok hari- hari.

Lagi satu supplement yang saya bagi setiap hari ialah Nutriferon. Yang ini tak payah suruh, malah kena sorok pulak. Berebut- rebut nak makan, sebab manis dan sedap! Bila saya terangkan kepada mereka, Nutriferon bagus untuk protect daripada demam, jadi bila demam dua- dua dah pandai mengelak tak nak lagi makan ubat. Nutriferon kan ada?! Adoi pening jugak macam ni, mula- mula bagi supplement untuk otak, lepas tu tersangat bijak pulak.

Jadi sekarang ni, saya tak risau sangat tentang nutrient yang Aliyah dapat setiap hari Inshaallah boleh menampung keperluan badannya untuk membesar. Aliyah bukan jenis chubby, badan pun slim saja, tapi saya tahu dia memang cergas, dan pintar (sangat!). Adam pula memang jenis tegap dan aktif, walaupun dah tak semontel dulu. Dan paling saya gembira dengan supplement Shaklee ialah, terbukti anak- anak saya jarang demam atau selesama batuk dalam masa yang lama. Of course ada masa mereka demam juga, selesema juga, tapi setakat 1-2 hari saja. Memang berbaloi sangat bila tak perlu kerap ke klinik.

Oh, Aliyah dah boleh membaca simple words, sejak seminggu dua ni setiap malam dia minta saya baca sama- sama. Ini buku kegemaran dia sekarang, Hop on Pop by Dr. Seus.

Much love,
Master Puteri

Thursday, May 8, 2014

PAF Top Business Leaders

Hello everyone! 
I am proud to introduce PAF TOP BUSINESS LEADERS!
So let's read more to get to know them better, and I hope the info can help you to choose your Shaklee business leaders today :) 

Much love, 
Master Puteri 

------------------------------------------------- 


Master Nurlia Mohd Nor 
Area: Rawang
Expertise: No experience? No business knowledge? No income? Master Nurlia can guide to change all that. She is a homemaker turned into a successful Shaklee business leader with 5 figure income.  Her Shaklee journey has been amazing so far and enriching her life tremendously. 
Strength: Patience & persistence 
Contact details: 012- 294 7920


Master Aishah Amin
Area: Shah Alam 
Expertise: Hated your job but love your career? If you love knowledge, open to new challenges and willing to leave your profession to make way for your growing family, Master Aishah is your perfect mentor. 
Strength: Smart & hard working
Contact details: 012- 2727 995
Blog: http://undomesticated.blogspot.com


Senior Coordinator Siti Zaliha (Ct Z)
Area: Kuala Lumpur
Expertise: Always failed in your MLM ventures? Talk to Sr Coordinator Ct Z and she really knows how it feels and what it's like to finally found the perfect MLM business in Malaysia like Shaklee. Under her wing, CTZ & Partners has shown amazing growth for the past one year. 
Strength: Brave & adventurous 
Contact details: 012- 373 6304


Coordinator Puteri Hafiza
Area: Abu Dhabi, UAE
Expertise: Bored with life in far away land, while spending the money belong to your husband? Coordinator Puteri Hafiza thought she would love that deal until she realised she is way better than that. Talk to her and you can learn on how to manage your Shaklee business from abroad. 
Strength: Strategic & calm 
Contact details: + 971 50 321 8749 (WhatsApp)
Blog: http://puteriaq.blogspot.com



Coordinator Fadlina Mokhtar
Area: Kota Damansara 
Expertise: You are great with money, but always need more for leisure? Coordinator Fadlina enjoys shopping so much she thought might as well she earns extra income to continue her passion in retail therapy. But well oh well, she is doing it so great, she is leaving her full time job soon to focus on her business and of course to spend more time at the mall. 
Strength: Friendly & a natural leader
Contact details: 019- 454 5482
Blog: http://fadlina81.blogspot.com


Coordinator Herdayu Jamian 
Area: Serdang
Expertise: When the going gets tough, Coordinator Herdayu just brave it through no matter what day and night. One hour a day is all she needs to persevere in the business since the beginning. She is now getting nearer to her financial goals and it will be really soon for her to bid her boring job goodbye!
Strength: Patience & perseverance 
Contact details: 018- 210 0834
Blog: http://dorajimi.blogspot.com


Senior Supervisor Ainul Hasma Ali
Area: Seberang Prai, Penang
Expertise: Sr Supervisor Ainul is an expert in pacing her journey in Shaklee business. She gives importance in long term goal, and team effort to layering the business foundation with patience, perseverance and love. She is a great team member and always the more cool one during any challenges. 
Strength: Team players, natural leader
Contact details: 018- 9579441
Blog: http://d-nul.blogspot.com


Supervisor Siti Noor Rosnita Nordin
Area: Shah Alam
Expertise: Supervisor Siti Noor really knows why passions will breed success and of course money. She cannot handle uncertainty and want to take things in her hand, to be able to have options in life. Shaklee business allows her to gain all that and now her team grows tremendously in less than a year. 
Strength: Passionate & visionary 
Contact details: 016- 233 1090


Supervisor Asliah Abdullah 
Area: Subang 
Expertise: Looking for new challenges in life and not sure if Shaklee business can provide you with that? Then talk to Supervisor Asliah and you will know why challenges will keep you motivated and happy. Well loved by friends and family, she is a great leader with her team members always as priorities. 
Strength: Patience and passionate 
Contact details: 019- 251 1448


Supervisor Radia Banu Mohamad
Area: Penang 
Expertise: Supervisor Radia is very smart to realise that it is truly awesome to be able to visualise your short term goals and having fun while reaching it. Choosing Shaklee business is easy for her as it is the most straight forward business she could find. You would need her to guide you especially if you are having difficulties identifying your goals in any side business you think you want to get involved in. 
Strength: Knowledgeable and persistent
Contact details: 016- 218 5077


Supervisor Izarini Borhan 
Area: Klang 
Expertise: If you want to learn how to manage your time and a business on the side, talk to Rinie and you will be amazed with her multitasking skills. With 2 small children and a full time job (that she loves), Supervisor Rinie manage to guide her team, consult her customers and enjoy her day to day ride as a young mother, a wife and an entrepreneur. 
Strength: Multitasking & persistent 
Contact details: 012- 627 8520
Blog: http://happywaytales.blogspot.com


Supervisor Faradyba A Manap
Area: Klang
Expertise: If you have been consuming Shaklee supplements for more than a year and realised  that hey this could be my extra source of income, then you must talk to Supervisor Fara. The love of the products has make it easier for Fara to share the benefits of the products and gained many loyal customers, whom not only trust the products and but they also trust her as the reliable supplement consultant and business partner. 
Strength: Knowledgable & consistent 
Contact details: 019- 239 0107


Supervisor Syahirah Shaharudin 
Area: Cheras
Expertise: Do you want to start your Shaklee business but worry if you cannot keep your cool and maintain the commitment? Then Supervisor Syira may have a good tip or more secrets! Her confidence and commitment has shown results every day and many people can benefit from her young and growing team. 
Strength: Calm & consisten 
Contact details: 013- 384 7067

Wednesday, May 7, 2014

Setahun sebagai WAHM

Assalamualaikum & hello everybody!

Minggu lepas, masa cuti Labour Day tu, genaplah setahun saya bergelar WAHM. Dah setahun lamanya saya tinggalkan hidup huru hara pagi- pagi bersiap nak pegi kerja, hantar dan ambik anak di rumah pengasuh, sampai rumah dah malam blablabla. You know, the whole daily drill of working parents. Banyak benda- benda yang saya lalui tu, kalau boleh malas nak diingat, sebab terasa ruginya masa, ruginya tenaga. Tapi kalau tak lalui semua tu, mungkin tak ada pengajaran yang boleh diambil dan tak mungkin azam tak sekuat hari ini. Walaupun saya memang suka bidang kerja saya tu, tapi bila yang tak berbaloi lebih dari yang berbaloi, lupakan sajalah. 

Salah satu sebab saya selalu juga terkenang pasal drill working moms ni bila saya join group WhatsApp parents tadika anak saya. Cikgu sekarang guna WhatsApp group untuk share info anak- anak, yuran dan sebagainya, memang sangat convenient. Tapi itulah selalu saja ada concern tentang ambik lambat, stuck dalam jem sebab hujan, kena hantar anak lebih awal sebab ada training dan lain- lain. Pernah juga parents mengeluh bila cuti sekolah, cikgu kena hadir enhancement training, jadi cikgu uruskan relocate ke daycare lain (under same management), dah jadi isu juga sebab jauh sedikit dan lain- lain. Kiranya macam- macam isu logistik kena diselesaikan. Agak stress bila baca, teringat setahun yang lepas, lebih kurang sama isu yang kami hadapi. But this is also a good reminder for us to be thankful everyday with the current lifestyle we are enjoying. 

Sejak husband saya pun berhenti kerja dan bersama- sama mengembangkan bisnes Shaklee kami, jadual dah berubah sedikit. Dulu saya suka keluar pagi- pagi dengan dia, hantar anak ke sekolah, kemudian melepak. Kadang- kadang ada lunch meeting, kadang- kadang lepak di luar, online saja dan tunggu time nak ambik anak dari sekolah. Sekarang ni saya prefer duduk di rumah, buat kerja rumah apa patut, by lunch time kadang2 saya masak, kadang2 kami keluar ada lunch meeting. Dan pukul 3 macam biasa fetch anak- anak di sekolah. Biasanya coaching dan meeting kami susun pada sebelah pagi sehingga jam 2 petang. Itupun bukan setiap hari, ikut permintaan anak buah juga. 

Yang penting bagi saya sekarang ni ialah flexibility. Ini tu yang saya idamkan sejak 2 tahun lepas. Alhamdulillah, saya temui jalannya dengan bisnes Shaklee, malah seorang demi seorang anak buah saya turut ambil keputusan untuk jadi WAHM. Apa yang saya kongsi disini bukan sekadar untuk beri peluang kepada orang lain supaya boleh memilih untuk bekerja di rumah, tapi untuk beritahu yang ianya juga sangat lumayan. Flexi hours, with 5 figure income, siapa tak nak kan? Yang penting semua orang mampu buat pilihan. 

To Shaklee, or not to Shaklee? 

Much love, 
Master Puteri 



Friday, May 2, 2014

Start Bright Series - Johor Baharu, Kuala Lumpur & Ipoh

Bulan April ni kami sangat busy dengan Start Bright Series, tak cukup dengan satu kelas di KL, kami plan untuk berjumpa anak buah di Johor Baharu dan Ipoh jugak. Memang seronok sebenarnya bila dapat conduct kelas Start Bright ni, setiap kali kelas mesti ada benda baru yang kami belajar sama- sama. Sebab tu ramai ahli PAF yang suka datang Start Bright berkali- kali.

Untuk cycle 2014/15, kami buat kelas Start Bright KL di Cafe Ours, milik kawan baik saya di Bandar Sri Damansara. Cafe ni memang favorite saya, bukan saja sebab makanan yang sedap- sedap, tapi cafe ni sangat cosy dan selesa untuk gathering keluarga. Kami bawa projector & white board, siap boleh jalankan kelas dengan ahli group PAF.


Cafe Ours bertempat di 14-1 (First Floor), Jalan Tanjung SD 13/2
Bandar Sri Damansara
Untuk di KL, lebih kurang 20 orang hadir, dan semestinya bersama- sama anak- anak. Riuh rendah meriah, sambil belajar, sambil makan- makan. Kali ini, leader saya Fadlina, present tentang peluang mendapatkan Car Bonus. Fadlina memang antara leader saya yang berjaya dapat car bonus dengan mudah kerana dia ada good strategy. Dan car bonus yang dia dapat sejak tahun lepas pun meningkat dengan konsisten. Jadi memang sesuai la dia present tentang car bonus. Fadlina juga pemenang hadiah iPad, sebab bulan lepas dia dapat naik rank Coordinator dengan total grup UV terbesar.  Her group is growing so well, I am so proud of her. 


Fadlina bersama-sama ahli group yang sedang meningkat naik.
Dan tak lupa "handbag" masing2 hahaha! 
Kami travel ke JB bersama- sama mertua saya, memandangkan kelas saya cuma 3 jam, jadi kami ambil peluang untuk bawak mereka makan angin. Sempatlah ke Puteri Harbour dan sudah tentuhnya Johor Premium Outlet! Di JB kelas Start Bright kami adakan di branch Shaklee di Taman Molek. 

Sebenarnya tidak ramai ahli PAF di selatan, tapi semakin meningkat bilangannya. Jadi, alang- alang buat kelas, saya jemput group sidelines saya yang lain iaitu group Master Lyana Mansor, Master Zura, Master Beeha Yunos. Turut hadir ialah sidelines saya di bawah group Supermommies (Master Azlin), dan group Senior Coordinator Aula. Semua ni adalah rakan- rakan seperjuangan dalam group Jutawan PM Shareeza (Master Cery). Memang berbaloi dapat berkongsi ilmu dan pengalaman, walaupun berlainan group, tapi hubungan kami yang rapat membolehkan kami bergabung dalam memantapkan lagi kumpulan masing- masing. Dan saya jemput Master Lyana berkongsi pengalaman tentang kesilapan- kesilapan yang biasa dilakukan oleh SID ataupun leader baru dalam bisnes Shaklee.


Semalam pula, kami ke Ipoh. Saya memang dah lama teringin berjumpa anak buah PAF di Ipoh dan kawasan sekitar. Ada yang datang dari Manjung, Teluk Intan, Kuala Kangsar dan Sungai Siput. Ada yang turun dari Kedah & KL juga. Dan paling best ada 4 orang rakan sekolah menengah yang dah lama tak jumpa pun hadir. Saya kenal mereka ni semua sejak 1991!


Paling seronok semalam, kami hire party planner untuk sediakan aktiviti untuk anak- anak yang datang. Kesian pula budak- budak mesti naik bosan terperap 3 jam dalam kelas. Jadi saya uruskan dengan pihak hotel, sediakan bilik yang luas, supaya ada ruang untuk aktiviti anak- anak. Dan semalam memang fantastic! The Mr. Clown hired by the party planner was so amazing with the children. He conducted magic session, story telling, balloon art and the Chicken Dance!! Memang semalam rasa kelas sangat tenang dan semua dapat focus dengan baik sebab anak- anak occupied dengan macam- macam aktiviti. Mr. Clown tu pulak sangat skilful, anak- anak semua dengar je arahan dia. Amazing! Boleh hire lagi next time! 


Alhamdulillah, ketiga- tiga kelas Start Bright berjalan lancar, dan saya sangat gembira dengan komitmen yang diberikan oleh leader- leader PAF dan juga semua ahli yang terlibat. Saya berdoa semoga kedatangan Mei membawa peningkatan yang lebih memberangsangkan bagi kita semua.

Much love,
Master Puteri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...