Thursday, January 2, 2014

Work from home, gaya hidup kami 2014

Dan Alhamdulillah, kita dipanjangkan usia untuk menyaksikan tahun 2013 berakhir, dan tahun 2014 pun bermula. Tahun ni, sangat berbeza bagi saya. Terasa sungguh "baru" nya itu, dan kami sekeluarga sedang menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini.

Apa yang baru? Saspen je kan. Kami ada gaya hidup baru, secara rasminya pertengahan bulan December, kami suami isteri mula bekerja dari rumah, memberi fokus sepenuhnya kepada bisnes Shaklee. Tapi nak kata bekerja pun, tak jugak, sebab anak- anak belum sekolah, jadi lebih seperti berperang, sementara nak menyesuaikan diri. Dan dua minggu ni kami banyak travel, jadi terasa seperti percutian yang panjang, belum rasa macam work at  home. Eh, tapi itulah yang kita nak kan? Bekerja, tapi tak seperti bekerja! 

Hari Sabtu baru ni, saya ke open day tadika anak saya. Sambil duduk- duduk bertegur sapa dengan ibu- ibu yang lain, saya ditanya, "kerja di mana?" Saya beritahu yang saya bekerja dari rumah saja, kendalikan bisnes sendiri. Berseri- seri wajah ibu yang bertanya "that's the ultimate dream of many people!". Terus- terang, saya terkejut, tak pasti apa yang saya jawab, tapi lebih kurang saya bagitau, kerja di rumah rupa-rupanya sangat mencabar, dengan anak- anak kecil. But deep down in my heart, biarpun rumah saya tunggang langgang, this is so far the best working experience ever! 

This is how we roll...! 

Suami saya pula, macam culture shock, seminggu kena migrain haha! Hari ini, dia kata oh tak produktif la work from home, asyik tido je! Well, I told him, "ada ke nampak I tido?" Hahaha! Tapi sebenarnya, masa saya seorang je bekerja dari rumah, dan anak- anak ke sekolah & ke rumah pengasuh, memang minggu pertama tu saya bantai tidur je. Entah kenapa rasa mengantuk sangat! Lepas 2 minggu, back to normal lah, dan mula la mengatur macam- macam aktiviti. 

Apa yang paling saya suka, sekarang ni kami tak perlu rushing pergi ambil anak- anak. Tak perlu redah jem nak balik rumah. Pagi tadi kami pergi beli groceries, dan AEON tu lengang saja, tak perlu beratur panjang. Saya sempat balik rumah dan memasak, sementara anak- anak bermain dan berehat (suami tidur lagi, culture shock belum habis, kasi chan!). Dan saya tengok anak- anak dah tak begitu clingy sejak suami ada di rumah. Jadi saya ada lebih masa untuk diri sendiri. 

Sahabat baik saya bertanya petang tadi, "Ok ke work at home dengan husband, to see him ALL day long" Hahaha! Well, so far so good. We discuss a lot about business, and make many plans together. But then again, we still have our own time, doing what we like, separately. Dia dengan golf, saya dengan buku dan kedai- kedai online haha! Apa-apa pun ia berbalik kepada dinamik hubungan suami isteri. Bagi saya, suami adalah tempat rujukan bisnes, jadi waktu bekerja memang jadi seronok bila ada mentor dengan kita 24/7. Sambil lipat kain pun boleh exchange ideas, amboi! 

I did it with Shaklee!
 For more info WhatsApp 016- 344 7727
 and ask me about Shaklee business opportunity
I wish everyone (sejuta thank you readers, for visiting my blog!)a very happy new year, and may all your new year wish will come true :) 

xoxo
Puteri 

Tuesday, December 3, 2013

Potensi anak, entah- entah kita sedang mengasuh seorang lagi JK Rowlings?

Pic: Googled
Mesti ramai anda di luar sana yang suscribe babycenter.com sejak hamil kan? Kemudian setiap minggu kita akan baca info perkembangan bayi dalam kandungan, kemudian info selepas kelahiran, bulan ke bulan, tahun ke tahun.

Saya masih lagi terima info dari babycenter, untuk kedua- dua anak, saya memang seronok baca info tentang milestones yang dihantar oleh babycenter.com. Semasa anak pertama, macam biasa la, kiasu terlebih, mesti risau bila milestone anak tak sama dalam babycenter. Bila anak kedua, lebih relax, apa-apa pun OK asalkan anak sihat dan cerdas.

Paling terkini, saya dapat info tentang perkembangan bahasa untuk kanak- kanak seusia Aliyah, 4 tahun 8 bulan. Aliyah ni bab bahasa memang advance, sejak 8 bulan sebutan dah memang jelas, dan dia cepat collect perkataan- perkataan baru. Sebenarnya, pemahaman anak- anak tentang perkataan, makna dan ayat berkembang pesat ketika usia 24 bulan dan ke atas. Pada ketika ini, memang kita kena berhati- hati dengan perkataan yang kita guna ketika berada bersama- sama mereka.

Saya perhatikan sejak Aliyah mula bersekolah (kami hantar playschool semasa dia genap 4 tahun), dia lebih fokus kepada perbezaan bahasa. Dia kerap bertanya samada perkataan tersebut adalah Malay atau English. Di rumah, kami lebih banyak menggunakan Bahasa Melayu, dan jika saya guna English, saya cuba untuk guna ayat yang lengkap dan bukan sekadar perkataan- perkataan tertentu sahaja. Sebenarnya, saya sendiri tiada idea nak bimbing anak saya dalam isu bahasa! Serba tak kena pun ada.

Di sekolah, cikgu lebih banyak guna English berbanding Bahasa Melayu, jadi Aliyah tidak ada banyak masalah untuk bina ayat dalam English dengan penuh. Bab grammar tu memang lah belum tepat lagi, tapi sudah boleh difahami, dan kadang- kadang sangat tepat! Oh, saya sebenarnya berimpian, Aliyah boleh jadi penulis hebat seperti JK Rowlings! Ini impian yang agak bertentangan dengan impian Opah, Uwan dan Atok- atok Aliyah hahaha!

Saya seorang yang gemar dan sayang pada bahasa. Pada saya, penguasaan bahasa adalah sangat penting, tak kira samada bahasa ibunda kita, ataupun English. Malah, impian saya kalau anak- anak saya boleh kuasai bahasa Arab, Mandarin dan lain- lain lagi, alangkah bagusnya. Ramai orang sekarang ni, tidak begitu hebat bahasa mereka, samada bahasa ibunda, apatah lagi bahasa asing. Rojak belaka! Saya fikir ini salah satu sebab jiwa masyarakat sekarang semakin kosong, mereka tidak lagi melihat bahasa sebagai sesuatu yang penting, apatah lagi mahu memahaminya dengan lebih dalam.
-----------------------------------------
Sedikit tentang Shaklee pula, bulan ni promo Omega Guard, jadi ramai lah parents yang suka sangat sebab semua orang tahu kebaikan dha & epa dalam fish oil, sangat penting untuk tumbersaran otak anak- anak. Anak- anak saya memang ambil Omega Guard hampir setiap hari, dan saya tak ada masalah sangat nak bagi mereka makan Omega Guard, dua- dua boleh kunyah & telan saja! Errrk...saya tengok pulak rasa geleman haha!

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Tuesday, November 26, 2013

rahsia awet muda, siapa artis kegemaran anda?

Tiba- tiba je kan, topik ni? Eh taklah tiba- tiba, saya dapat idea nak menulis tentang rahsia awet muda artis ni sebab bulan ni promosi Vivix, tonik anti penuaan yang hebat, keluaran Shaklee, hasil kajian bertahun- tahun lamanya. Memang meriah promo tahun ini memandangkan jarang- jarang Shaklee Malaysia buat promo produk hebat ni. Saya lagi la seronok sebab ini dah jadi produk kegemaran kami sekeluarga, termasuk mak abah saya, dan ibu ayah mertua saya. Hari Sabtu lepas, ibu bagitau dia dah tak sakit lutut lagi sejak konsisten minum Vivix, haih gembira sangat rasa!

Awal bulan ni, saya ke Bangsar Shopping Center untuk lunch, tiba- tiba ternampak Sofea Jane. Oh sangat la cantik, langsung tak berubah rupa sejak saya tengok dia dalam Harry Boy! Hahaha ok nak tergelak terkenang movie itu. Syukurlah beliau tidak sangkut dalam corak filem yang serupa, dan semakin fabulous dari tahun ke tahun. Tiba- tiba nak jugak lawa macam Sofea Jane kihkihkih!

Pic: Googled
Tapi ku sedar diri, cukuplah senyuman yang manis dan sel yang sihat, walaupun tidak serupa Sofea, tapi feeling fabulous tu tetap ada haha! So ladies, stop wasting your money on make-ups, let's repair your cells and see the awesome effects!

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Wednesday, November 13, 2013

Bisnes MLM, satu perjalanan yang sunyi

Saya teringat dulu (2002 kot?) saya pernah menemani rakan saya "dating" dengan seorang lelaki yang dikenalkan oleh rakan kami yang lain. Kami bertiga berjumpa di KFC, saya, lelaki tersebut dan rakan saya. Saya tak berapa ingat apa yang berlaku, tapi saya sangat ingat satu perkara, iaitu lelaki tersebut seorang businessman MLM, brand Omega Trend. 

Lelaki itu tidak bercakap tentang hal lain, selain daripada bisnes MLM, nampak sangat bersemangat dan bersungguh- sungguh. Kami berdua pula langsung tak tau menahu tentang bisnes, dan kami memang jenis tak pandai berlakon. Jadi, muka sangap kami sangat jelas, dan lelaki itu berkata "Maaf la yer korang, saya memang dah tak reti nak cakap pasal benda lain, memang nak cakap pasal Omega Trend je". Hahaha! Jujur orangnya. Seperti yang anda boleh duga, itulah kali terakhir rakan saya "dating" dengan mamat tersebut. Tadak magnet! 

Saya juga begitu di awal penglibatan bisnes Shaklee. Tiba- tiba saya jadi begitu passionate dengan bisnes ini, dan seharian itu saja yang saya cerita! Pong pang pong pang! Tak berhenti- henti! Ngeri tak? Alhamdulillah ianya tak seperti cara konvensional MLM, saya hanya pong pang di Facebook dan blog saja. Tiada muka sangap yang saya nampak, dan sangat minimum rasa malu itu. Maklumlah kita cuma update status Facebook dan layan komen (jika ada haha). Itu saja. 

Makin lama, makin ramai yang ambil tahu tentang aktiviti Shaklee saya di Facebook. Ada yang jadi customer, ada yang jadi ahli. Akhirnya merebak dan hari ini Puteri & Friends ada lebih 500 orang ahli, saya kumpulkan semua di dalam group khas (rahsia & eksklusif) di group Facebook. Meriah dan tidak pernah sunyi dengan pelbagai discussion sesama kami SETIAP HARI! 

Saya teringat kembali kepada mamat Omega Trend. Saya fikir mungkin dia sunyi, kerana bisnes MLM tanpa kuasa internet adalah sukar dan bukan calang- calang orang boleh tabah. Terutamanya kami generasi yang super busy, semua nak cepat saja. Dengan internet, click click, banyak benda boleh selesai. Malah Shaklee pun dah fully online sekarang ni, nak jadi ahli, nak order barang, sampai lah nak check bonus pun online! Syukur Alhamdulillah, mudahnya perjalanan kami berbanding generasi MLM dahulu. 

Tapi sudah tentu ada cabaran berbeza pula. Bila semua nak cepat, orang jadi tak sabar, termasuklah customer kami. Jika barang habis stock, lambat sampai, oh parah juga tu! Dan saya akui jika tidak ada support group yang kuat, kami juga akan tewas, kesunyian dan hilang arah. Saya bermula dengan support yang diberikan oleh dua orang uplines saya, Cery & Alin. Dan saya mengenali 2-3 orang sidelines lain, yang juga baru bermula bisnes mereka. Semakin lama semakin ramai orang yang saya kenal, dan bertuahnya saya, mereka juga memberi sokongan. Sama- sama memotivasikan diri untuk berjaya. Dan apabila PAF semakin besar, saya ada downlines yang menjadi tempat saya bertukar pendapat, berkongsi impian dan harapan. Semakin hari semakin kuat hubungan kami. Kami tidak sunyi lagi! Internet mengukuhlan lagi hubungan kami dan kini kami ada community kami sendiri. 

Kepada distributor2 yang baru join bisnes Shaklee, jika anda perlu bimbingan dan rasa sunyi, carilah uplines anda. Kadang- kadang ada juga yang lost dan menghubungi saya, terpaksa saya berterus terang, dan bertanya apa dah jadi dengan uplines anda? Carilah mereka dan hulurkan tangan untuk dibimbing dan dipimpin, supaya anda tidak sunyi lagi.

Kepada yang berminat untuk menyertai komuniti kami, boleh hubungi saya :)

Master Puteri 
016- 344 7727 (WhatsApp)
puteriyusof@gmail.com 

Tuesday, November 12, 2013

Kumpul wang untuk sambung belajar?

Ini saya berani jamin memang kisah benar!

Tahun lepas, sahabat saya beritahu saya, nak join bisnes Shaklee, untuk kumpul duit, rencana asal mahu ke UK menyambung pelajaran. Saya tak berapa setuju dia ke UK, sebab nanti saya akan mati kutu rindukan dia uhuk! Tapi sudah tentu saya setuju dia pilih Shaklee sebagai jalan untuk kumpul duit ke UK. 

Dia mahukan RM10k, menjelang Oktober 2013 untuk top u
p biasiswa yang (mungkin) dia perolehi. Januari 2013, bermula dengan modal RM65, dia mengorak langkah, meniru 100% cara saya memasarkan produk Shaklee dan membimbing ahli kumpulannya pula.

Sahabat saya jelas dengan visi dan misinya, mahu mengumpul RM10k menjelang Oktober 2013. Allah Maha Kaya, dia mengumpul lebih daripada RM10k dan lebih manis tambahan RM10k itu menjadi miliknya Oktober lepas. Dan manis juga untuk saya, sahabat saya tidak dapat tawaran biasiswa tersebut, dan ambil keputusan untuk tangguh pengajian. Yahooo! Aha, boleh anda teka, apa petua kejayaan sahabat saya ini? Cuba "read between the lines" tulisan saya ini  




Anda mahu menabung untuk yuran pelajaran juga? Oh sudah tentu tak mahu tambah hutang dengan PTPTN kan? Hubungi saya untuk mulakan bisnes Shaklee anda hari ini!

Master Puteri
016- 344 7727

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...