Thursday, September 6, 2012

kurus tapi berlemak *sedey*


Hari ini kemas- kemas notebook business, terjumpa health analysis yang saya buat masa conference Shaklee beberapa bulan lalu. Lepas buat analysis, sorok dalam buku, tak buat pun hihihi. Walaupun resultnya taklah menggemparkan, tapi mesti ada benda yang kena diperbaiki kan.

Ok mari kita lihat apa yang kena repair kat badan saya ni.



Walaupun berat 47kg je, tapi body fat percentage saya (untuk orang perempuan) adalah tinggi! *sobbing*. Dan lebih sedih, umur badan saya ialah 37! Dey! I baru 34 tahun ye, in fact belum pun 34, not until October *wailing*.

Tengok pula resting metabolism, katanya rendah ya. Sedentary lifestyle y’all! Melepap je kat kerusi seharian. Hari minggu je terkejar- kejar, tapi taklah berpeluh pun.



Visceral fat saya adalah normal, Alhamdulillah. Tapi apa benda tu visceral fat? Aha, ini adalah lemak yang meliputi organ dalaman kita. Kalau lemak tebal sangat di internal organ, ia boleh menyebabkan lemak juga terkumpul dalam salur darah (eeee ngerinya), boleh menyebabkan kencing manis dan penyakit hyperlipidimia.

Subcutaneous fat saya pun OK untuk seluruh badan, TAPI TAPI TAPI ada tempat lemak- lemak ini terkumpul dengan banyak dan bergembira di situ! Eeeeekkk!! Dalam kes saya ni, di bahagian pinggang, perut dan peha! Patutlah sejak dua menjak ni teringin sangat nak pakai jubah! Gotcha!

Oh, apa itu subcutaneous fat? Ianya adalah lemak yang terkumul di bawah kulit. Ianya banyak berkumpul di perut, lengan, pinggang dan peha. DAN DAN DAN lemak inilah yang boleh buatkan bentuk badan kita LARI! Lari pegi mana?!  Lari sebab malu kot! Aduh sedih! Walaupun lemak ini tidak berkaitan langsung dengan penyakit, tapi boleh menyebabkan tekanan pada jantung dan komplikasi lain.



Jadi nutritionist Shaklee mencadangkan saya minum ESP dan juga Cinch Shake. ESP memang dah jadi makanan ruji hehe, tapi belum pernah saya cuba Cinch. Sebab pada saya Cinch untuk yang gemok sajork! Oh tidak, saya tak gemok, tidak! tidak! In denial pasal perut boroi, bontot busat!

Mujur dia tak cadangkan set lengkap slimming, kalau tak lagi meroyan tak boleh terima kenyataan! Tapi tapi tapi, kawan- kawan saya yang cuba set lengkap (Herblax, Lecithin & Cinch) memang sangat gembira dengan result. Diaorang lebih happy sebab tak perlu ganti makan pun. Tapi macam biasa lah, kalau nak cepat dapat result, kena bersenam dan jaga jenis makanan dan jumlah yang diambil. Tak perlu berlapar.




HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Wednesday, September 5, 2012

impian saya, dan mungkin ramai lagi pun serupa!


Saya pergi meraikan Cery, hari ahad lepas. Dia diraikan dalam majlis besar- besaran oleh Shaklee selepas mendapat title tertinggi sebagai Master dalam business ini. Bukan sekadar title, dia dah dapat pelbagai peluang dan ganjaran, setanding pengorbanan yang dia buat untuk mencapai impian dia.

Ini pulak kisah saya, yang baru 10 bulan menapak menuju impian saya. 

Menapak ya, belum berlari.

Kalau ikutkan saya ni tak berada dalam alam pekerjaan terlalu lama. Lepas belajar, kerja setahun saja, kemudian sambung belajar. Sambung belajar setengah jalan, saya kembali bekerja. Selama 6 tahun di tempat kerja yang sama, saya sempat (hehe) kawen dan lahirkan dua orang anak. Saya tulis sempat kawen pasal kerja saya masa tu memang tak sesuai sangat untuk yang beranak pinak. Kena banyak travel dan tempat yang saya pergi pun tak sesuai nak angkut anak- anak. Masa saya pregnant Adam, saya bawak perut ke Jogjakarta, Manila & Chengdu. Travel masa pregnant tu OK kalau kita sihat, baby pun sihat. Takde masalah besar sebenarnya. Cuma risiko yang kita kena hadapi andaikata nak ter-beranak ataupun kemalangan (nauzubillah). Semasa dalam perjalanan untuk site visit di China, saya berzikir, berdoa dalam kereta supaya urusan kami dipermudahkan. Itu belum termasuk rindu dan rungsing meninggalkan anak sulung di Malaysia. Tapi nak kata saya tak suka kerja saya pun, tak juga. Saya suka kerja saya, saya suka bidang kerja saya.  Suka sangat sebenarnya.

Dalam masa yang sama, isu kerja di opis tak surut. Isu- isu yang boleh buat motivasi kerja merudum, tak pulih- pulih. Selepas bersalin, saya tak nampak gaya isu- isu akan lenyap dan selesai. Saya pun mula mencari kerja lain. Sementara menunggu interview dan mencari- cari kerja yang saya suka, motivasi makin teruk, hari- hari seret badan, otak, hati ke opis. Kalau boleh nak hari2 MC. Kemudian satu hari saya terfikir, berbaloi ke hari- hari macam ni? Berbaloi ke nak habiskan tenaga marah- marah dan susah hati, semata- mata pasal KERJA?! Gila tak berbaloi! Dari suka kerja, jadi benci meluat. Bila dah tak suka, buat apa pun serba tak kena. Sakit mata, sakit hati.

Sementara cuba memulihkan motivasi kerja tu, saya focus tenaga untuk benda lain. Dan benda lain yang saya suka masa tu ialah supplement Shaklee. Kenapa saya suka?

  •           Saya dapat breastfeeding Adam sepenuhnya sebab susu makin OK sejak ambik supplement
  •           Saya dapat handle stress lebih baik sejak ada supplement (I love you B Complex, kalau tak senang mereng pegi opis)
  •           Saya rasa lebih bertenaga walaupun dah kena handle 2 orang anak kecil
  •           Saya dapat bonus tengah bulan, mula- mula RM25 je, kemudian naik RM300, RM700, RM1000++, sentiasa meningkat setiap bulan

Mula- mula saya ingatkan bonus tiap- tiap bulan tu motivasi saya dengan Shaklee. Kemudian saya sedar, sebenarnya bonus tu bukan motivasi saya. Yang buat saya teruja ialah peluang- peluang yang saya boleh grab dengan Shaklee:

  •           Peluang menjana pendapatan tetap dalam plan jangka panjang saya – dengan pelbagai benefit, elaun kereta, travel pegi umrah, holiday, segala macam bonus leadership etc.
  •           Peluang kesihatan yang lebih baik untuk saya, keluarga, kawan-kawan, kenalan
  •           Peluang bebas daripada isu risau anak kena tinggal kat nursery/ babysitter, risau anak asyik makan beli kat kedai sebab balik opis lambat, risau tak sempat nak ajar anak malam2 pasal dah penat sangat, risau dah lama tak duduk baca buku dengan anak2 sebelum tidur (anak tak tidur lagi, mak dah belayar ke alam mimpi) dan segala macam lagi

Saya tak ambil masa lama untuk buat keputusan. Lagi lama fikir, lagi takut nak ambil risiko. Yang saya buat ialah saya harung, teruskan saja. Saya mula dengan sharing di FB, sharing di opis (orang panggil saya doctor, tak kesah pun), sharing di blog. Saya tau ada kawan- kawan pun tak larat nengok updates saya di FB, segalanya Shaklee. Sebab apa? Sebab itu yang buat saya happy dan teruja. Kalau orang lain teruja dengan makanan, diaorang cerita pasal makanan. Sama je konsep sharing tu tadi.

Duit takkan pernah cukup pada manusia. Kalau kita dapat RM10k sebulan, ada orang dapat RM50k, RM100k. Yang buat kita rasa cukup dan puas terpulang kepada apa yang kita mahu sebenarnya. Saya mahu lebih masa dengan anak- anak, saya mahu senang hati diaorang membesar depan mata saya, saya mahu suami dan saya sihat untuk sama- sama besarkan anak- anak, saya mahu beri keselesaan kepada ibubapa (kadang-kadang mak abah sakit pun tak sempat nak jenguk ambil cuti lama).

Ini bukan cerita sedih. Ini sebuah impian. Biar orang lain nak kata apa, saya tetap ke depan menuju impian saya. Dan saya pasti ramai lagi di luar sana punya impian yang serupa. Ada yang tau apa nak buat, ada yang masih mencari- cari. Tanya hati, apa yang anda mahu dan apa yang buat anda happy.

P.S: Alhamdulillah, saya dah dapat kerja baru sejak 2 bulan lepas. Dan saya tak perlu lagi ke luar negara meninggalkan anak- anak. Bila itu yang kita mahu, itu yang kita dapat kerana itu saja yang kita ingat. Saya dapat kerja yang tak perlu ke luar negara YES. Sekarang saya ada benda baru yang saya nak. Saya nak kerja yang tak perlu KELUAR rumah. Hahaha! Kita tunggu dan lihat. Eh, tak boleh tunggu, kita buat SIKALANG juga! 


kalau kita pekakkan telinga, pejam mata, 
kita takkan dengar dan nampak orang yang ketawakan kita tu. 
betul tak? 


HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Tuesday, September 4, 2012

sharing: bagaimana supplement shaklee membantu kami breastfeeding


APA RAHSIANYA?
KLIK GAMBAR!


HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

mengapa Vivix baik untuk mencegah kanser?

Jawapan kepada soalan tajuk tu ialah: 

KERANA VIVIX MENGANDUNGI RESVERATROL! 

salah satu bahan utama dalam Vivix ialah "muscadine grape" (anggur muskat). anggur ini mengandungi kandungan resveratrol yang sangat tinggi. tapi apa itu resveratrol? dan mengapa ia penting?

Muscadine Grapes
Pic: Googled

apa itu resveratrol?
resveratrol ialah sejenis polifenol hyang dikenali sebagai "phytoalexin", sejenis kompoun yang dihasilkan oleh tumbuh- tumbuhan bagi membolehkan ia melawan penyakit. tumbuh- tumbuhan menhasilkan resveratrol bagi melindungi dirinya daripada serangan fungus, stress, kecederaan, jangkitan penyakit dan gangguan radiasi sinar ungu.

tumbuh- tumbuhan yang mengandungi kandungan resveratrol yang tinggi termasuklah anggur, raspberries dan kacang. Vivix yang diperbuat daripada muscadine grapes, lebih kaya dengan anthocynins, jadi ia mengandungi resveratrol yang lebih tinggi berbanding anggur dan berries yang lain. anthocynins adalah bahan yang menghasilkan warna ungu pada anggur, yang sangat kaya dengan nilai anti-oksida.

kelebihan- kelebihan resvaratrol termasuklah:

  • mengurangkan tumor
  • menyekat pertumbuhan banyak jenis kanser 
  • melambatkan sel kanser payudara daripada merebak
  • mengurangkan risiko kanser prostat

Pic: Googled
sebab itulah red wine dikatakan baik untuk mencegah kanser, kerana ianya kaya dengan resvaratrol yang diperolehi daripada anggur. antara kebaikan- kebaikan red wine termasuklah:

  • meningkatkan paras kolestrol baik dalam badan
  • menguatkan arteri 
  • melindungi salur darah
  • mencegah darah beku
namun begitu dengan Vivix, anda tak perlu minum red wine pun! kajian mendapati untuk mendapatkan kebaikan red wine, ia perlu diminum 1-4 gelas sehari, tapi pada masa yang sama, anda terdedah dengan risiko ketagihan dan kerosakan hati (dan haram untuk orang Islam, sendiri tahu lah tu kan!). 

1 sudu Vivix (15ml) mengandungi 10 kali ganda resveratrol yang terkandung dalam 100 gelas red wine. bayangkanlah kebaikan resvaratrol yang anda boleh beri kepada badan anda! memang hebat. 

ambil kesempatan promosi bulan September ini untuk menghadiahkan Vivix kepada yang tersayang atau untuk diri sendiri. memang berbaloi! 



HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Monday, September 3, 2012

sengal badan, lenguh- lenguh hilang dengan ostematrix

ostematrix ni antara supplement paling saya gemar sejak saya kenal shaklee. simple je, ianya kalsium/magnesium. tapi ia tak seperti mana- mana supplement kalsium yang saya pernah ambil dulu2. selain magnesium, ostematrix juga mengandungi vitamin D dan mineral lain yang baik untuk kesihatan menyeluruh.

hujung minggu antara hari2 yang memenatkan untuk saya. mengemas rumah, outing, dukung anak- anak lagi. memang la saya tak buat semua ni sorang- sorang, tapi kesan kat badan ni memang sorang- sorang la tanggung hehe...dengan musim raya ni lagi la kan...


ada satu malam, sampai tak boleh tido sebab sengal sebelah badan. biasanya kalau adam merengek asyik nak dukung, malam tu mesti saya akan sengal- sengal badan. telan 2 biji ostematrix, alhamdulillah boleh sambung tidur. orang yang badan frame kecik macam saya ni, memang tulang dan otot cepat terasa kesan kalau angkat barang atau orang yang berat- berat. adam boleh tahan semangat badannya, plus kalau dia marah, wah suka benar melonjak, melentik. pernah juga saya terduduk nak mengawal lonjakan, lentikan dia tu! ostematrix pun tak mahal, memang mampu lah kalau nak makan setiap hari, setiap bulan. nak cuba, boleh hubungi saya ya :)



HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...