Thursday, May 10, 2012

Breakfast makeover with Energizing Soy Protein

hari ini saya terpanggil nak tulis pasal kepentingan breakfast. pagi tadi breakfast saya agak kureng. lontong yang masin! end up makan nasi impit & telur rebus tu saja. tak sanggup telan kuah masin tu. saya sedar pilihan breakfast meal saya terutama hari bekerja, agak kurang sihat. sebab utama pasal makan di kedai, penuh dengan pilihan yang sangat berminyak dan tak sihat. untuk menyedapkan hati, takpe nanti saya pam susu, kalori terbakar. tapi kolestrol jahat tu semua tetap la berkumpul dalam badan kan.

saya ni senang ter-inspirasi dengan orang keliling yang nak hidup secara sihat. tadi pagi, kawan saya cerita pasal rutin dia pegi gym. wah terus rasa nk register jugak hahaha! tapi masa ni, gym kena hold la, belum buleh selit gym dalam jadual seharian. so mungkin saya patut start dengan eating right dulu kan. walaupun saya takde masalah berat badan *insert idung kembang* saya kena jugak jaga apa yang saya makan, supaya takde masalah lain mcm high kolestrol, allergies dan lain- lain kan.


so, kenapa breakfast sangat penting? jom kita baca sikit:


  • secara psychology, bila kita makan sarapan pagi yang sihat dan  mengenyangkan, kita akan rasa tenang kerana kita tahu hari kita bermula dengan baik. bila lama- lama kita maintain ambil breakfast, ia akan jadi habit dan hari kita tidak akan ceria dan lengkap tanpa sarapan yang sihat. pengambilan sarapan yang sihat dan lengkap, mampu membekalkan kita nutrient yang kita perlukan untuk sepanjang hari. tak lah masuk angin pukul 11, migrain pukul 12 tgh hari, pastu pukul 1, melahap tak ingat dunia kan. start the day right is the key!
  • sarapan pagi penting untuk minda yang cergas. sebab tu jangan sekali2 kasi anak pegi sekolah tanpa sarapan yang sihat dan mengenyangkan. jawapnya, otak diaorang ingat nak makan je, tak boleh focus dengan pelajaran yang diajar. begitu jugak untuk kita orang dewasa yang kena pegi kerja. sarapan ni ibarat minyak pelincir untuk kita mulakan hari kita dengan baik. kalau bangun pagi, keluar rumah, kereta takde minyak, oh crap kan?! so if your day start like a crap, you will feel crappy whole day!
  • sarapan pagi sangat penting untuk orang yang nak jaga berat badan, too heavy or too skinny. kalau tak sarapan, by lunch time, lapar sangat kan? so semua benda kat gerai/ restoran nampak sedap. padahal hari2 pun makan benda tu gak kan. untuk orang skinny, kalau miss sarapan, badan akan guna lebihan calories yang tak cukup tu utk fuel the body. pastu masuk angin pulak! langsung tak boleh nak replace the used calories. makin kurus ler. supermodel? nOT! 
  • sarapan pagi sangat sangat penting untuk yang bersenam dan bersukan. tapi ada orang tanak makan before workout takut muntah, senak. itu kena lah pilih jenis breakfast yang sesuai, dan mudah dihadam. kalau makan mee goreng telor mata before bersenam, memang cari pasal la kan. high protein breakfast helps you to build your body back as well, while losing weight. 
ok, apa pilihan kita untuk buat breakfast makeover ni? kalau malas nak fikir panjang, gabungkan saja makanan yang high fiber + high protein (sangat penting untuk meningkatkan mental alertness). ada ayam, lean meat, ikan, putih telor, grains, smoothies (soy powder + fruits), wholegrain bread, dan macam- macam lagi. 

dan tak perlu la saya nak cakap pasal pilihan breakfast kat keliling kita yang tak sihat tu kan, berminyak, berlemak dan lain2 tu. so kena pandai buat pilihan. pegi mamak tak semestinya tak sihat, boleh order roti nan & ayam tandoori je tanpa kuah kari tu. atau makan capati atau tosai pun sihat (minus la kuah kari tu). 

untuk saya sekarang ni, saya wajib minum ESP + milo kat rumah before pergi kerja. kalau tak memang menggigil sebab saya akan  mengepam subuh2 hari tu. untuk breakfast makeover ni, saya nak buat smoothies pulak, sebab ESP + milo tak cukup untuk saya yang breastfeeding ni. kena tambah lagi supaya lebih sihat, dan tahan lama. kalau dah full, tak perlu lah mee goreng, lontong tu semua kan. 

yang bagus, untuk jimat masa, saya boleh bancuh ESP dan buat smoothies at night, dan breakfast saya yang sihat, high in fiber & protein ready untuk diminum pagi- pagi. jom join saya buat breakfast makeover dengan ESP. nak lagi mantap campur Meal Shake sedap gila. jom jom jom! 

Sunday, May 6, 2012

kebaikan protein soya di dalam Energizing Soy Protein Shaklee

saya mula minum energizing soy protein selepas bersalinkan adam, bulan july tahun lepas. tujuan utama untuk bantu saya boost breastmilk production sebab soya memang berkesan untuk milk booster. sebelum kenal ESP saya minum homemade soy drink, dijual kat opis. kadang2 ok kesannya masa mengepam, kadang2 takde kesan. sebab homemade soy drink bukan pilihan terbaik.

bila dah kenal ramai pengguna2 ESP yang lain, saya terdedah dengan kebaikan- kebaikan ESP dan mengapa ESP adalah sebahagian daripada set family wellness shaklee, dan digalakkan diambil bersama- sama mana- mana jugak vitamin shaklee yang lain. let me summarize it here:

  • untuk yang makan vitamin C, B complex utk masalah kulit, ESP memberi khasiat protein terbaik untuk memperbaiki sel kulit yg rosak
  • untuk yang sedang berdiet, minum ESP adalah pilihan terbaik utk masa2 snacking atau bila2 terasa lapar. 
  • untuk yang ada masalah kolestrol, protein soya boleh membantu merendahkan tahap kolestrol 
  • untuk yang vegetarian, ESP adalah pilihan terbaik kerana protein soya mempunyai khasiat yang paling hampir dengan protein daripada daging2
  • untuk yang pregnant, dan suka kebaikan soya untuk bayi, ESP adalah pilihan yang lebih selamat dan berkesan berbanding soya yang dibeli dalam kotak, kerana pemprosesan ESP yang berkualiti tinggi
  • kalau nak badan jadi lebih pejal terutama selepas bersalin dan breastfeeding, ESP adalah yang terbaik! minum ESP secara konsisten, memang akan rasa perubahan ketara. 
ESP- bestseller! 
ada banyak lagi kebaikan ESP ni, bukan untuk breastfeeding je. saya minum 2-3 kali sehari mainly untuk mengepam dan stok susu la. rasa lebih seronok bila dapat jugak kebaikan2 yang lain ni. satu botol ESP ni cukup sebulan hingga 2 bulan, depends banyak mana kita minum. tapi maksimum sehari leh ambil 3 sudu je. yang buat saya lebih yakin dengan ESP ialah ianya non GMO dan diproses dengan cara yang paling selamat dan bersih. 

anda bila lagi? jom la amalkan ESP! hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Puteri
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com 

*produk ini tidak bertujuan mencegah, merawat dan menyembuh penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. 

Friday, May 4, 2012

GLA Complex jadi rebutan!

masa cuti labor day kan saya update pasal GLA complex dan niat saya nak makan GLA bermula may kan. tup-tup rupanya shaklee buat promo GLA complex bulan May ni! masyaallah syok gila pasal boleh borong banyak! so far dah borong pun satu set, utk saya, regular and new customers. masing2 nak 2 botol sorang! ngeh ngeh ngeh! superb!

rupanya selain saya, ramai kawan2 pengedar2 shaklee ni rupanya, kami naik syok dengan promo sendiri (dasar suka membeli haha) pastu sendiri beli, guna, dan bila nampak result terus boleh share testimonials dgn kawan2 dan customers. sabo je la. dah la stok memang ada je kt rumah, laju je tangan mencapai kihkihkih. jangan lupa bayor yer!

so far ada 2 kawan saya yang share testimonials saya pasal GLA complex ni. yang sorang start makan masa dalam pantang, suami tegur wajah nampak segar dan glowy walaupun masa tu dalam pantang. tu yang dia tak stop makan sampai sekarang. solehah ok hehehe...suami pun soleh je murah pujian gitu. bagus bagus (selain pujian2 yang berkaitan dengan alfalfa LOL!) itu takleh share sini. i malu nak taip.

yang sorang lagi, baru je chit chat dengan saya 2 hari lepas masa lunch. dia notice bila dia mkn GLA regularly, PMS sindromes memang terkawal dan kurang. biasanya tiap kali period dia akan rasa sore dekat brea*st. sejak amalkan GLA dia rasa lega dan selesa, sebab tak rasa lagi sakit macam tu. dan dia cakap mood swing pun tak teruk bila period. at the same time, dia amek b-complex, vit c & vitalea jugak. bagus juga sebab vitamins work hand in hand, saling melengkapi untuk sokong badan kita seharian.

**sorry la saya tak reti capture testimonials dalam sms ke skype ke FB ke (jarang buat), jadi dapat cerita macam ni je, nak letak nama diaorang pun saya tak selesa hehehe, so kalau diaorang rajin, boleh la tinggal komen kat dlm entry ni yer**

jom kita tengok apa lagi yang bestnya GLA Complex ni? 

membantu mengawal dan mengatur kitaran period
membantu meningkatkan kesuburan
melegakan sindrom PMS
menguatkan kuku dan rambut
menjadikan kulit sihat & glowy
melegakan simptom artritis reumatoid
menguatkan dinding arteri (dengan vitamin E)
menguatkan immuniti tubuh
memperlahankan proses penuaan
mengurangkan risiko blood clot
mengawal darah tinggi dan kencing manis
mengawal kolestrol
baik untuk fungsi saraf badan


jom cuba GLA Shaklee hari ini! 

Puteri
SMS 106- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com  

*produk ini tidak bertujuan mencegah, merawat dan menyembuh penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.  

Tuesday, May 1, 2012

berpantang cara sihat & selamat

ramai mak-mak yang kali pertama pregnant confuse nak pilih set berpantang/ bersalin yang mana satu. ada banyak sangat set berpantang di pasaran yang boleh dipilih. pada pendapat saya, mak- mak punya concern dalam memilih set berpantang secara general ada 2 jenis:

1- kesan (negatif) pada baby
saya sendiri, bila nak pilih set berpantang, saya akan tanya kwn2, samada baby akan dapat kesan buruk seperti sakit perut ke cirit2 ke atau alahan pada kulit ke. dan saya jarang dapat jawapan yang konkrit pasal setiap bayi tak sama. ada yang rilek je, ada yang sensitif. bayi dalam pantang ni tak boleh salah sikit pun kan. mak salah makan, dia poo poo lebih la, tak poo poo la, meragam la, itu la ini la. alahai fragile lil creature. setiap hari kena tengok perubahan diet mak untuk tau apa yang Ok dimakan atau yang tak Ok dimakan. saya percaya masa dalam pantang 2 bulan ni, kebanyakan mak- mak akan breastfeeding seboleh mungkin, jadi apa yang kita makan, ada kesan pada bayi jugak. so kesan negatif pada baby adalah concern utama dalam memilih set berpantang. no no no!

2- kesan (negatif atau positif) pada ibu
kalau boleh mak- mak mesti nak guna set berpantang yang beri kesan yang ketara terutamanya pada kecergasan tubuh badan dan juga ketenangan fikiran. ramai yang underestimate bab ketenangan fikiran tu. kadang2 badan cergas, tapi stress, yang membuatkan badan jadi letih jugak. macam saya, kalau fikiran kusut, saya mudah jadi mengantuk, asek nak tido je. tambah lagi kalau bersalin ceasarian, hazabnya lain macam huhuhu! dan paling kita tanak kalau set yang kita ambik tu takde kesan positif DAN ada pulak kesan sampingan. malas ok nak melayan kesan2 sampingan. dah la dalam pantang itu pun dah banyak keroje.

dan ada juga set berpantang yang takde kesan. kesan negatif pun takde, kesan positif pun takde. haha! tapi banyak sebab kenapa takde kesan ni kadang2. samada kita tak pakai secara konsisten atau pun salah cara makan/ pakai. macam saya, pernah sekali, yang disuruh buat mandi, saya rendam jadi teh LOL! serius tak tipu. mujur takde kesan negatip. kihkihkih!

oh lagi satu, ini secara peribadi la. saya tak suka set berpantang yang kompleks, complicated! saya nak yang mudah straight forward, makan hari- hari, breakfast, lunch, dinner, before tidur. saya memang malas nak fikir atau kira hari ke berapa makan apa dan berapa banyak whatnot. huuuuiii rimas.

Set Bersalin/ Berpantang mengandungi Vitalea (multivitamin), Vitamin C, B- Complex dan Zinc Complex. 
saya tak ragu- ragu pilih set supplement shaklee untuk lepas bersalin dan berpantang kerana ianya terbukti berkesan, selamat dan semulajadi. takde side effect apa2 alhamdulillah, dan saya memang dapat rasa perbezaan pada tahap kesihatan dan kecergasan saya. saya sangat- sangat rekomen untuk anda yang masih mencari- cari set apa yang sesuai untuk berpantang nanti. malah dah abes pantang pun boleh sambung makan, takde masalah.

dan ianya ringkas. sebiji sehari, lepas breakfast, lunch, dinner. saya kira 40 biji setiap jenis, abeskan dalam masa 40 hari berpantang. setel!

nak rasa perbezaannya? hubungi saya hari ini ok!

Puteri,
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan mencegah, merawat dan menyembuh penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

GLA Complex untuk kulit berseri dan masalah period tak teratur

bulan May ni saya excited sikit pasal saya nak makan GLA Complex balik. sebelum ni dah makan sebotol, pasal dalam pantang adam dulu, tiba2 jerawat meletup2 keluar. saya habiskan sebotol GLA Complex, Alhamdulillah masalah tu selesai dan tak muncul semula. then saya stop makan pasal errr malas? hikhikhik...

bila tengok jerawat dah tak naik balik, tp ada lagi patches2 kt muka yg tak sama rasa warna, saya rasa rugi pulak kalau tak betul2 handle skin ni. saya teringat balik kt GLA Complex dan bulan ni saya nak makan secara konsisten dan tengok kesannya.

inilah GLA complex. 60 capsules ni cukup utk 1-2 bulan. boleh makan sekali atau dua kali sehari. 

GLA (gamma linolenic acid) diperolehi daripada pelbagai jenis tumbuhan seperti evening primrose oil, blackcurrant seeds oil, borage oil, and hemp seed oil. EPO sgt terkenal sebab kali pertama GLA diambil daripada sumber tumbuhan adalah dari EPO. kemudian barulah yang lain2 ni diketahui dan di-extract jugak. GLA juga boleh diperolehi daripada spirulina.
Content GLA Complex Shaklee: borage oil, sunflower seeds oil, vitamin E
ini rupa bunga borage, sorry saya tak pasti apa nama bunga ni dalam BM. mmg tak biasa tengok pun. bila saya google, borage oil juga digunakan dalam sabun untuk jadikan kulit lembut dan licin. (Source: Google Pic)

ini takkan tak kenal. biji bunga matahari. sedap dimakan time tengok filem hindustan, panggung sabtu.
(Source: Google Pic)
sebab itu untuk merawat masalah kulit berjerawat, kulit kusam, warna tak sekata GLA Complex shaklee lebih baik dan berkesan berbanding jika kita ambil EPO saja kerana ianya juga mengandungi vitamin E juga. selain untuk kulit, GLA Complex shaklee dapat membantu menyelesaikan masalah ketidakseimbangan hormon, simptom2 PMS dan melegakan simptom2 menopause.

ramai yang mengambil GLA complex sebagai sebahagian daripada set vitamin untuk kesihatan kulit iaitu b-complex dan vitamin c. jika anda tidak mahu ambil vitamin E, anda boleh pilih GLA complex, kerana ianya juga membantu dalam masalah2 lain berkaitan PMS dan ketidakstabilan hormon. 

nak join saya ambil GLA Complex? boleh hubungi saya hari ini ya!

Puteri, 
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com

* produk ini tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mengubat sebarang penyakit. sila dapatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...