Tuesday, January 3, 2012

tips mengepam di tempat kerja

kalau saya ikut jadual dan berdisiplin, saya boleh dapat banyak ni setiap sesi, mungkin kurang sedikit di waktu petang. 

saya bersyukur kerana tempat kerja saya memang condusive untuk saya mengatur jadual mengepam. saya boleh berhenti bekerja dalam 15- 30 minit mengikut keadaan sibuk atau tidak untuk mengepam. dan paling terbaru, saya cuba mengepam di meja saja, dan tiada siapa pun peduli haha! ok, mari saya share sedikit sebanyak tips mengepam di pejabat:

1- jadual mengepam
kita mesti tahu bila masa terbaik untuk kita cabut pergi surau/ stor (sian kan pam kt stor) untuk mengepam. kita kena agak hari apa yang lebih sibuk atau bila kita ada appointment di luar/ meeting di pejabat dan lain- lain.  dan baby juga akan berubah perangai. ada masa nak menyusu sebelum kita pergi kerja, ada masa dia tak kisah pun. masa saya mula masuk kerja, bulan 9 yang lepas, jadual saya lebih kurang begini: 10 pagi, 1 tgh hari, 4 petang. ketika itu, adam akan menyusu dalam kereta, dalam perjalanan ke rumah babysitter. sejak 2 bulan kebelakangan ini, dia tak nak pun menyusu. dia marah- marah jika saya nak susukan dia. jadi, apa yang berlaku ialah, saya akan pam sebelum pergi kerja (pam sebelum adam bangun, sekitar jam 7 pagi). atau jika tak sempat (terbabas tido), saya akan pam dalam kereta (jika dihantar oleh suami) atau pam sejurus sampai di pejabat.  

2- gadget yang sesuai
pilih pam yang tidak memberi tekanan minda! pemilihan jenis pam perlu berkait dengan nature pekerjaan kita. kalau sering meeting di luar, kadang- kadang pam manual lagi senang. kalau jenis kerja yang tak ke mana- mana, 9-5 kat meja je, nak letak pam besar- besar, melekat kt meja pun takpe. kalau jenis kerja sentiasa berkejar ke sana ke mari, pam yang banyak parts untuk assemble pun akan mencabar minda. TAPI, alah bisa tegal biasa sebenarnya.

3- pakaian yang sesuai
saya tak pasti dengan orang lain, tapi sejak saya mengepam di ofis, kalau boleh nak pakai baju sebesar- besarnya. senang nak selak, lipat whatnot! dan paling penting, beli lah nursing bra, memang menjimatkan masa. saya rasa, paling condusive pakailah baju kurung, dan paling tak condusive ialah kemeja butang depan. silap- silap boleh tercabut semua butang kalau tarik tergesa- gesa.

4- sokongan rakan sekerja
jangan segan silu beritahu lah rakan- rakan yang kita ni mengepam susu, di mana kita akan simpan susu (kalau kongsi peti ais pejabat), bila kita akan pam (takut orang cari, kita takde di meja, kot kena tuduh mengulor). selain memberitahu, kita secara tak langsung memberi maklumat juga. mana tau, ada lagi yang nak ikut jejak langkah kita nanti, ada lah kawan mengepam, baru motivasi tinggi sokmo. penting juga untuk beritahu HR, supaya kita diberi pelepasan untuk meninggalkan kerja 2-3 kali sehari selama 15-20 minit.

5- disiplin dan istiqamah
ini bukanlah tips sangat hehe. tapi percayalah, kalau hari isnin kita culas, kemungkinan besar, sampai hari jumaat kita culas mengepam. kemudian tension sorang- sorang. hehehe. bercakap melalui pengalaman lah tu. kalau dah culas di ofis, balik rumah silalah qado mengepam. kalau tanak qado, jangan culas. begitulah.

harap tips saya membantu!

Monday, January 2, 2012

1st blog giveaway!

 there are no rules! just email me ONE of your new year's resolution to win!

good products are easier to share!


ashaari is my colleague, he travels frequently so i thought he may find the Set A useful. it is indeed! he even did some sort of "experiment". he stopped taking the supplements for few days and he said, he felt lousy and lethargic. so he is taking it daily now, alhamdulillah.

and imagine my surprise when another colleague commented this on my shaklee page! hahaha! he'd be surprised to find my shaklee flyer on his desk upon his return from sudan. hahaha!

protein untuk kesihatan

note: this statement have not been evaluated by Food and Drug Administration. these products are not intended to diagnose, treat or cure any diseases. 
 

ESP? diva divana sangat ke?
1- protein untuk penyerapan vitamin yang lebih baik
ada orang rasa vitamin yang diambil tidak memberi kesan langsung, atau tidak memberi kesan yang dikehendaki. selain daripada jangka masa pengambilan vitamin yang masih baru (3 hari ambik, memang belum nampak kesan ye, ini bukan magic pills hehe), kita perlu consider, samada badan kita bersedia atau tidak untuk menyerap kebaikan vitamin- vitamin yang kita ambil. inilah gunanya protein, ia membantu badan menyerap kebaikan vitamin dengan lebih baik, supaya vitamin- vitamin tadi dapat memperbaiki sel- sel badan kita.

2- ESP & orang yang mudah dapat gastric
ada orang pula, mudah terkena gastric jika ambil vitamin terutamanya vitamin C. ESP membantu perut kita lebih relax, tidak rasa sebu dan pedih perut. biasanya kita dapat gastric sebab kita ambil mudah dengan time makan, suka tunggu dah lapar sgt dan masuk angin. dan biasanya juga, bila dah kena gastric, memang susah nak un-gastric (ada ke? haha), sebab kita tak tukar gaya pemakanan (masa makan, jenis makanan/ minuman) kita. maka kita pun jadi life member kelab gastric. important point i need to add tho: ESP bukan ubat utk pedih perut bila dah kena gastric, ESP boleh diambil secara konsisten sbg minum pagi, atau masa snack utk mengelakkan kelaparan dan masuk angin. dan semua set kesihatan yang dicadangkan akan mengandungi vitamin C (kerana ianya sangat penting untuk ketahanan badan melawan penyakit), jadi rugilah jika kita miss satu kebaikan vitamin dalam set yang kita ambil kan?

3- ESP dan kulit yang cantik
untuk yang mengalami masalah kulit pula, protein sangat penting untuk proses memperbaiki semual sel kulit yang telah rosak. vitamin E saja tidak cukup untuk membaiki sel- sel kulit yang terjejas dalam masa yang singkat. bila tambah protein dalam badan, vitamin E yang diambil lebih mudah diserap dan dapatlah vitamin E bekerja dengan lebih pantas. saya sendiri dapat lihat, dengan pengambilan ESP, jerawat saya kalau timbul, cepat surut, dan cepat hilang parut). ESP bukanlah ubat jerawat, tapi protein yang berkualiti tinggi ini membantu badan memperbaik sel- sel yang rosak dengan cepat.  

4- ESP dan allergies
untuk yang mengalami masalah allergies seperti sinus dan eczema pula, gabungan ESP bersama- sama vitamin C, b- complex, dan alfalfa adalah yang terbaik bagi mendapatkan kesan yang optimum. ini testimonial diri sendiri: suami saya menghidap sinus yang serius, dan doctor memang suggest operation saja. tapi sinus attack dia ni hanya bermusim; musim cuaca sejuk sangat, atau musim kerja stress. baru- baru ni musim kerja stress, sinus pun datang. saya paksa ajak dia minum ESP sama- sama, dengan vitamin C, alfalfa, b-complex (basically semua tu untuk saya dan breastfeeding journey saya, tapi alang- alang dah beratur atas peti ais, dia pun buat mcm vitamin sendiri huhu). dah dekat 2 bulan since the last sinus attack, so far dia masih sihat walaupun stress keje tak jugak berubah. alhamdulillah.

5- ESP dan susu ibu
dan akhir sekali (untuk hari ini) ESP memang menakjubkan jika digabungkan bersama- sama alfalfa (dan ostematrix) jika anda seorang breastfeeding mother. selain bertindak sebagai milk booster, protein ini memberi quick fix kepada anda selepas anda mengepam atau menyusukan bayi. memang lapar kan kalau lepas pam tu, semua benda nampak lazatttttt!! minum saja ESP, perut kenyang, takde lah risau badan gemok (pasal pegi mkn banyak lepas pam haha).  dan bonusnya protein yang berkualiti tinggi ini akan terus disalurkan kepada baby, dan baby pun akan mendapat kebaikan protein tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...