Monday, December 29, 2014

Persiapan Menghadapi Banjir, Bahagian 2

1- Kawasan- kawasan yang berisiko tinggi dengan bencana banjir, perlu melaksanakan persiapan yang lebih terperinci, lebih awal dan lebih tersusun. Ia memerlukan kerjasama dan sokongan setiap isi rumah sehinggalah ke peringkat daerah dan negeri. Namun begitu, saya ingin menekankan, sebagai isi rumah yang boleh menanggung kerugian dan risiko kehilangan nyawa, kita tidak boleh menunggu perancangan di peringkat pusat semata- mata. Inisiatif perlu diambil terlebih dahulu, walaupun secara kecil- kecilan, ianya boleh menyelamatkan harta benda dan yang paling penting, boleh menyelamat nyawa sendiri.

2- Antara teknik dan pengetahuan awal yang saya kutip ketika bersama- sama Jabatan Pengurangan Risiko Bencana MERCY Malaysia, diajar oleh Profesor Ogawa, dari Universiti Kyoto, Jepun, iaitu teknik "town watching". Ia juga dikenali sebagai "disaster risk mapping" ataupun "pemetaan risiko bencana". Kali pertama kami diajar teknik ini ialah selepas bencana banjir Johor pada tahun 2007. Pihak MERCY Malaysia dengan kerjasama Universiti Kyoto telah menjemput beberapa agensi tempatan seperti Jabatan Bomba, Jabatan Meteorologi, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan Majlis Daerah untuk bersama- sama belajar tentang teknik ini, dan pada masa yang sama bertukar- tukar input di antara kami sebagai NGO dan agensi- agensi ini sebagai jentera penggerak utama bantuan bencana. MERCY Malaysia kemudiannya mengajar teknik ini di beberapa program yang lain termasuklah School Preparedness Programme dan Johor Community Preparedness Programme.

3- Apakah sebenarnya "town watching/ disaster risk mapping" ini? Secara ringkas yang boleh saya terangkan ialah, ia adalah aktiviti yang dijalankan oleh komuniti setempat secara sistematik bagi (i) mengenalpasti risiko bencana di persekitaran mereka, (ii) mengenalpasti sumber sedia ada dan sumber yang diperlukan oleh komuniti bagi membantu mereka merancang persiapan menghadapi bencana dan (iii) mengenalpasti dan merancang pelan kecemasan komuniti.

4- Bagi mengenalpasti risiko bencana banjir di persekitaran tempat tinggal, isi rumah dengan mudah boleh merujuk kepada kebiasaan yang berlaku setiap tahun, berdasarkan keadaan cuaca dan musim yang biasa melanda kawasan tersebut, seperti musim hujan atau ribut. Jika mereka sudahpun menetap di kawasan tersebut selama bergenerasi, sudah tentu mereka telah banyak pengalaman dan menyimpan rekod- rekod kejadian banjir sebelum ini. Pastinya mereka boleh mengenalpasti tren yang melanda tahun demi tahun. Perlu diingat, tren cuaca semakin tidak menentu, dan sukar dijangka. Oleh itu, komuniti perlu ada pengetahuan tentang perubahan cuaca, pembangunan drastik di kawasan berhampiran, pengurangan kawasan tadahan hujan dan sebagainya.

5- Risiko banjir juga berbeza antara satu isi rumah dengan isi rumah yang lain, berdasarkan lokasi kediaman masing- masing dengan sungai yang paling berhampiran. Ada rumah- rumah yang terletak di kawasan lebih tinggi, jadi risikonya adalah kurang berbanding dengan rumah- rumah yang terletak di tepi sungai. Komuniti perlu mengenalpasti berapa anggaran isi rumah yang berisiko untuk terjejas akibat banjir dan bagaimana isi rumah yang tinggal di tempat lebih tinggi boleh membantu, misalnya menjadi tempat perlindungan sementara.

6- Antara perkara lain yang biasanya boleh menjadi risiko ketika berlakunya banjir termasuklah kemudahan- kemudahan awam yang tidak diselenggara (jambatan yang rosak, pokok- pokok tua yang mudah tumbang ketika banjir dan sebagainya). Isi rumah dan komuniti mesti berupaya melihat keadaan sekeliling dan membuat jangkaan "bagaimana keadaan sekarang boleh menjadi risiko di masa hadapan, terutamanya ketika bencana banjir?".

7- Setelah semua risiko di senaraikan, kita perlu mengenalpasti sumber dan kekuatan yang kita ada, bagi membantu mengurangkan risiko tersebut ketika berlaku banjir. Kita memang tidak boleh mengelak daripada kejadian banjir, tetapi kita boleh membantu mengurangkan risiko yang muncul ketika banjir melanda. Antara sumber dan kekuatan yang penting di dalam komuniti ialah kesedaran untuk siapsiaga menghadapi banjir. Isi rumah yang ada pengetahuan dan kesedaran boleh membantu isi rumah yang lain untuk mendapatkan kesedaran dan pengetahuan yang sama. Selain itu, sumber yang penting termasuklah komunikasi di antara komuniti setempat dengan agensi- agensi bantuan yang lain. Pastikan kita mempunyai nombor- nombor kecemasan yang boleh dihubungi, dan pastikan agensi- agensi berhubung rapat dengan JKKK setempat. Antara persediaan sumber yang penting juga ialah pusat pemindahan sementara yang boleh digunakan, jika isi rumah perlu berpindah. Antara kemudahan yang biasa digunakan sebagai pusat pemindahan banjir ialah balairaya ataupun sekolah.

8- Langkah terakhir dalam aktiviti "town watching/ disaster risk mapping" ini ialah membentuk peta dan pelan kecemasan komuniti untuk disebarkan kepada semua orang dalam kawasan tersebut. Antara perkara yang perlu diperincikan dalam pelan kecemasan isi rumah termasuklah laluan selamat untuk ke tempat perlindungan sementara, laluan selamat jika perlu menyelamatkan diri dengan segera, nombor- nombor penting ahli keluarga di luar kawasan, dan agensi- agensi bantuan dan perancangan menyediakan "grab bag" untuk setiap ahli keluarga. Pastikan pelan kecemasan ini dibuat sebelum musim banjir melanda supaya isi rumah sempat berlatih dan mengenalpasti kelemahan -kelemahan yang perlu diperbaiki. Segala maklumat ini perlu ditulis dan dilukis di atas peta yang lebih besar untuk memudahkan orang lain melihat dan mendapatkan maklumat.


Contoh Peta Risiko Bencana yang boleh dilukis selepas selesai
membuat pemerhatian bersama- sama ahli keluarga dan jiran- jiran.
Sumber: Website MERCY Malaysia

9- Jika anda rasa persiapan menghadapi banjir dengan melaksanakan "town watching/ disaster risk mapping" ini terlalu sukar dilaksanakan di peringkat komuniti, anda boleh memulakannya di kalangan ahli keluarga anda sendiri. Dan cuba juga mengajak beberapa orang jiran untuk turut serta. Untuk merancang dengan lebih teliti dan mendapatkan gambaran yang lebih jelas, aktiviti ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan sambil berjalan- jalan di sekitar tempat tinggal anda. Lakukan pemerhatian langsung, dan kenalpasti perubahan- perubahan yang anda tidak sedar sebelum ini. Lebih ramai yang terlibat dalam aktiviti pemerhatian ini, lebih banyak info yang kita boleh kumpul dan buat pemerhatian lebih lanjut.

10- Namun begitu, perlu diingat siapsiaga ini perlu dilakukan sebelum musim banjir tiba, dan diberi keutamaan. Siapsiaga yang baik boleh mengurangkan kerosakan harta benda secara tiba- tiba dan yang paling penting dapat menyelamatkan nyawa.

Pengalaman dan pengetahuan yang saya kongsi di atas adalah berdasarkan penglibatan saya sebagai kakitangan dan Ketua Jabatan Pengurangan Risiko Bencana, MERCY Malaysia (2007- 2012) dan sebagai sukarelawan MERCY Malaysia. Untuk menyumbang kepada tabung- tabung bantuan banjir, anda boleh merujuk info di bawah: 


Sumber NST

Saturday, December 27, 2014

Persiapan Menghadapi Banjir, Bahagian 1

1- Beberapa hari yang lepas, seluruh negara digemparkan dengan kejadian banjir luar biasa di Pantai Timur terutamanya yang paling kritikal di negeri Kelantan. Jika sebelum ini, negeri- negeri pantai timur telah menjangka dan menduga kehadiran banjir tahunan, majoriti kali ini tidak dapat mengagak tahap keseriusan banjir, sehingga mencecah hampir 100,000 orang di Kelantan, Pahang dan Perak.

2- Bencana banjir kali ini, banyak mengingatkan saya kepada bencana banjir di Johor pada penghujung tahun 2006. Ketika itu, saya masih berkhidmat bersama- sama MERCY Malaysia, dan bertugas menguruskan komunikasi lapangan bersama- sama puluhan kakitangan dan sukarelawan. Dan satu persamaan yang ketara di antara dua bencana ini ialah, kegagalan masyarakat untuk menjangka keseriusan banjir di daerah masing- masing.

3- Di Kelantan, "bah merah" ataupun banjir besar pernah berlaku di negeri tersebut ialah pada tahun 1927 dan 1967, dan di negeri Perak, sebagai contoh di Kuala Kangsar, kali terakhir banjir hampir menenggelamkan Bandar di Raja itu ialah pada tahun 1967. Dan sudah tentu tidak ramai di kalangan generasi hari ini yang masih mengingatinya, dan tidakpun diberitahu oleh generasi yang lebih tua tentang bencana tersebut.

4- Peristiwa tsunami pada 26 Disember 2004, mencetuskan usaha pertama ke arah pengurangan risiko bencana di Malaysia di kalangan NGO di negara kita oleh Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, yang ketika itu merupakan Presiden MERCY Malaysia. Dalam program- program yang kami jalankan, seringkali perbincangan dan temubual diadakan, dan antara yang paling saya ingat terutamanya di Pantai Timur, masyarakat setempat seringkali merujuk kejadian banjir sekadar perkara biasa dan "pesta air" sahaja. Ianya berlaku saban tahun, dan jarang sekali kejadian yang meragut nyawa berlaku.  Sehingga sampai satu tahap, sebenarnya kami yang banyak belajar tentang banjir daripada masyarakat setempat, kerana ianya sudah menjadi kelaziman kepada mereka.

5- Namun begitu, tahun demi tahun berlalu, persekitaran setempat tidak lagi sama seperti dahulu. Sepanjang tahun, pasti ada pembangunan baru muncul, dan setiap hari pasti ada kawasan hutan yang "dibotakkan". Kawasan tadahan hujan semakin dihimpit, dan perubahan iklim dunia tidak lagi boleh dijangka dengan mudah. Dalam masa yang sama, penduduk masih lagi dengan pemikiran dan pendapat bahawa banjir tahunan tidak akan menjadi lebih serius daripada biasa.

6-Melalui pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi selama bekerja di Jabatan Pengurangan Risiko Bencana, MERCY Malaysia, sejak tahun 2007, usaha- usaha mengurangkan risiko bencana bagi mengelakkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang serius, memerlukan tindakan masyarakat setempat, DAN mesti disokong penuh oleh pihak berwajib.

Program Siapsiaga Komuniti Menghadapi Bencana oleh MERCY Malaysia di Johor
Sumber: Website MERCY Malaysia 

7- Dalam kenyataan oleh Majlis Keselamatan Negara di Global Platform for Disaster Risk Reduction, pada 22 Mei 2013 di Geneva, kerajaan akan membentuk satu platform pengurusan bencana kebangsaan (national platform on disaster management) yang melibatkan pelbagai pihak. Berdasarkan laporan Hyogo Framework for Action dalam tahun 2011, yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara untuk Malaysia, sokongan pelbagai sektor telahpun dikenalpasti, termasuk semua agensi- agensi kerajaan, kumpulan akademik dan penyelidik universiti tempatan seperti  Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Universti Malaysia Sabah. Antara badan NGO yang disenaraikan ialah MERCY Malaysia, Malaysian Nature Society dan Third World Network. Turut serta ialah United Nations Development Programme (UNDP) Malaysia. Laporan Kemajuan Pengurangan Risiko Bencana Dunia 2011, yang dilakukan secara "self assessment" oleh Malaysia, dilaporkan pada tahap 3.75/ 5.00. Laporan ini diwajibkan ke atas 168 buah negara di seluruh dunia yang menandatangani Hyogo Framework for Action pada tahun 2005.

8- Namun begitu adakah laporan ini,  dapat menggambarkan persiapan sebenar yang boleh kita saksikan setiap kali bencana melanda? Saya ingin mengajak anda semua berfikir dan pada masa  yang sama, kita perlu berusaha melakukan perubahan di peringkat paling kecil iaitu diri sendiri dan keluarga.

9- Antara perkara penting yang seringkali kami tekankan semasa hebahan dan kempen kesedaran bencana ialah konsep "grab bag". Konsep ini adalah persiapan yang paling mudah untuk semua orang lakukan, dan tidak memerlukan belanja yang besar, malah boleh diperolehi di dalam rumah anda sendiri. Namun begitu, jika anda tidak tahu, dan tidak pernah terfikir, ianya boleh menentukan kesejahteraan anda dan keluarga ketika ditimpa bencana. Apakah itu "grab bag" dan berapa ramaikan sedar tentang kepentingan persiapan ringkas ini kepada nyawa masing- masing ketika bencana melanda?

10- Secara mudah, ia adalah beg yang mengandungi benda- benda penting, yang mudah untuk anda bawa dengan segera sekiranya perlu meninggalkan tempat tinggal. Yang anda perlu perincikan dalam penyediaan "grab bag" ialah kandungan yang mudah dibawa, tidak mudah rosak dan praktikal.

11- Senarai "grab bag" termasuklah makanan kering dan minuman. Anda boleh menyimpan makanan kering yang tahan lama, dan tidak perlu dimasak dan terus boleh dimakan. Antara yang dicadangkan ialah biskut, atau makanan pemberi tenaga, yang biasanya mempunyai tarikh jangka hayat yang lama. Makanan dan minuman yang lambat rosak boleh membantu anda membuat persiapan "grab bag" dengan lebih awal, tanpa perlu menggantikannya selalu.

12- Sepasang pakaian juga perlu dimuatkan di dalam "grab bag". Pakaian perlulah ringkas, dan menepati keperluan sementara, dan cukup sekadar membolehkan kita tidak berada dalam keadaan basah, atau kotor sementara perlu berpindah, mendapat bantuan atau sementara kita boleh kembali ke rumah semula.

13- Lampu suluh dan bateri yang cukup adalah sangat penting disediakan di dalam "grab bag" anda. Kebiasaannya apabila bencana berlaku tiba- tiba, bekalan elektrik akan terputus. Bagi memastikan usaha untuk meminta bantuan, dan juga bagi memastikan keselamatan diri terjaga dan terhindar daripada bahaya- bahaya lain di persekitaran, lampu suluh adalah sangat penting. Pastikan juga lampu suluh anda mempunyai hayat bateri yang masih mencukupi untuk tempoh beberapa hari.

14- Keperluan komunikasi paling penting ketika ini pastinya telefon bimbit dan jangan lupa "power bank/ battery pack" yang sudah di-cas penuh. Di saat tragedi bencana yang serius, sistem komunikasi biasanya akan lumpuh, walaupun tidak serta merta. Namun begitu, ia tidak bermakna kita langsung mengetepikan perancangan ini. Jika kita lihat dalam kejadian banjir sekarang ini juga, komunikasi sementara banyak menggunakan kemudahan telefon bimbit dan internet.  Dan jika anda benar- benar berada dalam kawasan yang berisiko tinggi, tidak salah juga jika anda boleh menyediakan set walkie talkie untuk keperluan satu keluarga.

15- Dokumen pengenalan diri perlu diletakkan di dalam bekas kalis air, dan pastikan ianya diletakkan berasingan di dalam "grab bag" anda, supaya tidak tercicir ketika mengeluarkan barang- barang yang lain. Jika anda mempunyai anak- anak kecil, pastikan dokumen pengenalan diri mereka juga disimpan rapi bersama- sama anda atau pasangan anda.

16- Ubat- ubatan penting untuk penyakit masing- masing dan kelengkapan pertolongan cemas yang ringkas tidak boleh dilupakan sama sekali. Bagi mereka yang mempunyai penyakit kritikal, dan perlu bergantung kepada pengambilan ubat harian, pastikan anda sentiasa mengemaskini keperluan ini dari masa ke masa terutama di kala musim banjir tiba. Pastikan juga anda mempunyai senarai ubat- ubat yang anda ambil, bagi memudahkan doktor dan sukarelawan perubatan membantu anda nanti di pusat- pusat pemindahan sementara.

17- Beg yang anda gunakan untuk mengisi semua barang- barang yang disenaraikan di atas, mestilah tidak begitu besar, dan tidak begitu kecil. Seeloknya ia kalis air,  dan jika tidak, anda dengan mudah boleh menyediakan plastik dengan saiz yang sesuai untuk membalut beg anda itu. Anda juga boleh meletakkan pelekat berwarna terang bagi memudahkan anda mengenalpastinya di dalam gelap, dan pastikan anda menyimpannya di tempat yang sama supaya tidak lupa.

18- Pelbagai keperluan lain juga boleh anda sediakan, bersesuaian dengan diri sendiri, dan yang paling penting seluruh keluarga anda juga melakukan perkara yang sama. Bagi ahli keluarga yang mempunyai keperluan berbeza seperti ahli keluarga kelainan upaya, orang tua yang uzur, bayi dan kanak- kanak, anda mesti memberi keutamaan kepada persiapan "grab bag" mereka dan mencari jalan bagi membolehkan "grab bag" mereka boleh dibawa bersama- sama dengan mudah.

Pengalaman dan pengetahuan yang saya kongsi di atas adalah berdasarkan penglibatan saya sebagai kakitangan dan Ketua Jabatan Pengurangan Risiko Bencana, MERCY Malaysia (2007- 2012) dan sebagai sukarelawan MERCY Malaysia. Untuk menyumbang kepada tabung banjir MERCY Malaysia, anda boleh lihat maklumat lengkap di dalam poster di bawah. 




Wednesday, December 24, 2014

Anda mahu percutian percuma 5 bintang?

Assalamualaikum semua,

Hujung- hujung tahun ni memang penuh la timeline Facebook dengan pelbagai gaya kawan- kawan pegi holiday. Kalau tak dalam negara, nun luar negara. Kita pun tumpang teringin juga haha. Tahun ni apa pun plan nak holiday, dekat ke jauh, terbengkalai dengan keadaan kesihatan saya yang tak berapa menentu beberapa bulan lepas. Now dah ok, tapi dah nak prepare anak- anak bersekolah pula. Takpelah, boleh postpone bila- bila sebab kamu tak payah tunggu nak apply cuti dan lain- lain. Bagus juga anak- anak masih tadika, takla pening nak tunggu cuti sekolah. Hazab bebeno pegi holiday time cuti sekolah, ramaiiiiii orang di mana- mana.

Pada saat ini juga, ada trip ke Istanbul & Umrah, disertai oleh qualifiers dan business leaders Shaklee, yang layak untuk cycle lepas. Kebanyakannya ibubapa leaders, yang diberi hadiah oleh anak- anak untuk menikmati percutian 5 bintang bersama Shaklee dan menunaikan umrah pula. Bila tengok gambar- gambar yang di-share di Facebook, terharu rasa hati. Seronok benar parents diaorang.

Gambar kredit Master Sue & suami. TQ Sue!




Walaupun saya dah mengecapi kebebasan masa bekerja, tapi saya belum lagi merasai kebebasan kewangan sebenar, terutaman bab- bab berlibur hehe. Masih banyak perlu saya manage, untuk memastikan yang utama, diutamakan. Baru nak belajar menabung untuk tujuan travel dan berhibur, jadi tabung pun belum penuh, kena belajar tentang delayed gratification.

Tapi yang saya suka, bermula tahun lepas, saya tahu, pasti saya boleh dapat percutian percuma, samada saya seorang, atau dengan suami. Tahun 2013, saya seorang layak ke Kota Kinabalu, menginap di Sutera Harbour Resort. Tahun 2014, kami berdua ke Long Beach & Sans Francisco selama 2 minggu. Sebelum tu layak juga bermalam di Sunway Resort semasa National Conference. Sangat bermakna untuk kami yang bukan mewah boleh berholiday dan ber-check in hotel selalu macam orang lain hehehe.

Bukan sekadar percutian, tapi persiapan yang Shaklee sediakan untuk ahli rombongan juga sangat mengujakan. Luggage, jacket etc semua siap sedia. Semasa trip, layanan 5 bintang, hotel pun 5 bintang. Rombongan umrah kali ini menginap di Hilton, Mekah. Untuk trip ke USA di San Francisco, menginap di Marriot, di Long Beach menginap di Hilton juga. Setiap hari balik je dari jalan- jalan, mesti ada goodies, surprise dalam bilik, cantik tersusun. Special sangat.

Kalau kami nak, setiap tahun, kami tak payah fikir dah tentang holiday. Ikut saja holiday setahun sekali dengan Shaklee, yang memang confirm special dan 5 bintang. Tapi sudah tentulah kita pun ada impian holiday masing- masing. Jadi suami saya cadangkan, every year kita pergi umrah dengan Shaklee, bergilir dengan parents. Holiday yang lain- lain, kita rancangan sendiri. Bagus jugak tu, umrah dah setel, tak payah fikir budget dan lain- lain. Plan untuk Haji pulak.

Tahun 2015, saya dah merancang dengan BFF saya, Aishah, kami nak celebrate birthday sambil touring Australia. Kebetulan kami berdua lahir dalam bulan October, jadi memang excited bila dapat berangan dan merancang dengan best friend sendiri. Anak- anak kami pun dah jadi kawan baik, suami pun dah kenal lama, jadi takde kekok nak travel sama- sama.

Kalau mahu holiday percuma 5 bintang, saya boleh beri tunjuk ajar. Melalui bisnes Shaklee, bukan saja holiday untuk anda, tapi juga boleh dikongsi dengan suami, dan ibubapa anda juga. Dan kalau mahu menambah tabungan holiday sedia ada, saya juga boleh bantu, dengan syarat anda mahu :) Nak tau lagi lanjut, boleh hubungi saya tentang Projek #6bulan6ribu ni.



Tapi, nak tau jugak, apa impian holiday anda tahun depan? Jom lah share :)

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

Tuesday, December 23, 2014

Idea sarapan anak- anak

Assalamualaikum semua :)

Disebabkan dah 2 tahun anak- anak saya mula bersekolah (Aliyah mula sekolah umur 4 tahun, Adam mula sekolah umur 2 tahun setengah), bila tiba time cuti sekolah, rasa huru hara dan lama la pulak. Dan setiap pagi, isu sarapan lah jadi agenda utama. Diaorang ni macam tau pulak bila cuti, permintaan sarapan tu pun dah lain. Waktu sekolah, pandai pulak nak roti saja. Ada beberapa kegemaran anak- anak saya waktu sarapan, dan mujurlah bukan semua kena homemade, sebab Mama diaorang bukanlah pakar memasak. Saya memang mementingkan sarapan untuk anak- anak, walaupun simple tapi wajib makan pagi- pagi. Kalau tak kena gaya sarapan, sehari suntuk la mood boleh terganggu. Apatah lagi yang dah bersekolah, nak fuel elok- elok yang get ready belajar pulak.

Pernah jumpa atau beli buku ni? Memang menarik, Opah ni nak buat pancakes,
kena ambil telur dari reban ayam, kena buat butter sendiri daripada susu lembu,
susu lembu pun kena perah sendiri. Kalau camni proses hari2, memang pukul 5 petang
baru anak-anakku makan hahaha! 

Menurut website Nourish Interactive, sarapan yang lengkap untuk anak- anak mesti mengambilkira perkara- perkara di bawah:

A Nutritious Breakfast Includes Foods From At Least Three Of The Five Food Groups:

  • Fruit group; fresh whole fruit such as bananas, apples, oranges. Sliced fruit which can be added to cereal, yogurt or healthy breakfast foods for kidsoatmeal.
  • Vegetables group; 100% vegetable juice, or mushrooms, asparagus, or green peppers in an omelet.
  • Grains group; whole-grain breads, dry cereal, bagels, english muffins, flour tortillas, rice.
  • Milk group; low fat or fat free milk, yogurt or cheese. If your child is lactose intolerant, choose lactose-free products that still have the calcium and other nutrients needed.
  • Meat and beans group; eggs, lean meat, peanut butter, beans.

Pilihan anak- anak saya pula, tidaklah selengkap senarai di atas, tapi tidaklah begitu merisaukan, terutama bila mereka perlu ke sekolah dan bermain.

1- Fresh milk & cereal
Pilihan ini sangat bermusim, dan musim tersebut telahpun berakhir. Yang bagusnya sarapan ni, mudah disediakan, dan ever ready di rumah. Tapi yang tak bagus bila anak- anak dah rasa sedap pulak cereal ni makan tanpa susu, jadi macam jajan. Dan kandungan gula dalam cereal, terutamanya yang target kanak- kanak, sangatlah tinggi. Sebab tu tak hairan anak- anak prefer cereal serupa macam jajan juga. Pilihan Adam dulu mestilah Coco Crunch atau yang Milo tu. Lega now dah tak minat lagi. Ada sekotak kecik dapat masa birthday party, pun dia tak pandang.

2- Nasi lemak 
Nasi lemak untuk anak- anak saya senang sangat. Nasi kosong saja, takde sambal, atau bilis, atau telur. Yang tu pun boleh habis 1-2 pinggan sorang. Adam pandai juga nak makan dengan telur atau bilis, tapi kalau Aliyah, memang nasi kosong saja. Sudah tentulah nasi lemak kegemaran mereka, yang Opah masak. Dan baru- baru ni Aliyah request lah saya masak, tapi syaratnya KENA SEDAP! Amboi, tertekan juga. Jadi ikut saja resepi Opah, Alhamdulillah lulus. Biasanya nasi lemak ni di hujung minggu je lah.

3- Roti bakar, jem dan butter
Roti bakar + jem adalah pilihan Adam. Roti bakar + butter adalah pilihan Aliyah. Masalahnya rumah kami takde toaster, percaya tak? Takde pulak orang bagi hadiah toaster masa kami kawen, itu sangat pelik hahaha! Jadi gunalah oven kecik tu untuk bakar roti, atau kalau lagi malas, letak je atas pan. Sama jugak kesan crunchy tu hehehe. Asal boleh je Mama diaorang ni. Baru- baru ni Adam discover roti bakar & sosej masa di hotel. Kena lah pulak buat serupa jugak. Tapi saya tak berkenan sangat sosej ni diberi selalu pada anak- anak. Kalau dah habis satu pack dalam fridge tu, memang saya tak beli dah.

4- Bihun goreng
Yang ini mereka berdua belajar makan masa di sekolah waktu morning break. Bihun kicap je pun, tapi suka sangat. Ada masa saya buat jugak lah, kenyang sampai tengah hari, so takde lah ulang bukak fridge setiap 10 minit haha! Saya akan letak ayam, atau daging. Sayur pun letak, tapi apakan daya, mereka akan susun letak keliling pinggan :p

5- Express pizza
Amboi pizza pepagi buta ye? Tak mungkin lah nak uli doh pizza kan. Macam biasa, kita guna saja tortilla wrap, letak je pasta sauce, mozzarella cheese, chicken & veggie. Bakar dalam oven dalam 15 minit, siap. Sedap pulak tu hehehe. Tapi yang ni sekeping tak cukup, at least 2 keping sorang, baru kenyang.

Kalau ikutkan saya, memang saya nak bagi je pilihan sarapan ringkas tapi berkhasiat, tapi jenuh nak boleh paksa anak- anak. Diaorang memang tak suka minuman jenis shake ni. Nak trick pun gagal. Jadi biasanya shake ni, kami suami isteri saja yang minum. Aliyah prefer minum air masak je time sarapan, dan Adam prefer fresh milk atau teh O! And both of them, dislikes eggs, in any form!

Saya nak introduce yang ini pulak pada anak- anak.
Adam dan Aliyah suka pisang, dan peanut butter.
Nak cuba lah! 
Apa pilihan sarapan anak- anak anda?

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

Monday, December 22, 2014

Suami tak sokong bisnes anda?

Assalamualaikum semua :)

Topik yang paling popular setiap kali saya berjumpa dengan rakan bisnes, dan juga anak buah bisnes sendiri. Baik berjumpa secara santai, mahupun semasa di kelas- kelas kami. Memang ramai suka bertanya isu ini, baik yang suami, baik yang isteri. Masing- masing mahu tips;

"Suami saya tak setuju saya bisnes Shaklee"

"Suami saya gelak saja tengok bonus saya sedikit"

"Suami tak tanya apa- apa pun pasal bisnes"

"Suami saya, setuju pun tidak, larang pun tidak" 

Baru- baru ni semasa kelas Start Bright Series, di Kota Bharu, salah seorang suami kepada leader dalam group kami ada membuat sedikit perkongsian, tentang bagaimana dia beri sokongan kepada isteri. Paling awal sekali, dia belikan Samsung tab, untuk memudahkan isteri buat promosi di Facebook, dan juga mudah untuk berhubung dengan customer dan ahli group yang lain. Bukan itu saja, kadang- kadang bila isteri tak sempat, dia sendiri membuat iklan dan promosi di Facebook. Lebih canggih, kadang- kadang dia pun turut beri tips dan motivasi kepada ahli group dalam WhatsApp. Itu tak termasuk lagi jadi runner pegi hantar order, pergi pos office dan lain- lain. Alolololo bertuah badan kan? Alhamdulillah Alhamdulillah. Mesti ada yang terfikir;

"Patut lah isteri dia boleh berjaya, ada suami macam tu. Aku ni tak ke mana lah jawabnya, suami dah la tak ambik kisah pasal bisnes, lagi "menganjeng" ada laaa..."

OH NO! STOP! Jangan sabotaj diri sendiri dengan pemikiran sebegini!

1- Suami/ lelaki adakalanya tidak pandai nak menunjuk sokongan
Kena terima hakikat, ada jenis suami bukan jenis pong pang pong pang, bagaikan pemidato hebat dan pasukan sorak Ultras, atau jenis buat "victory dance" setiap kali isteri dapat order atau dapat downline. Kalau dah bertahun- tahun berkawen, memang suami jenis tak banyak cakap, atau tak reti nak tunjuk romantik dan sokongan, takkan tiba- tiba selepas join bisnes, suami akan berubah pula. Yang penting, dia tak halang kita bisnes online (ada yang tak jadi bisnes sebab suami larang ber-Facebook/ ber-blogging) dan tak kisah jika mata lebih banyak ke screen handphone berbanding ke muka dia hehehe! Jadi tak payah juga banding suami kita dengan suami orang. Huih bahaya!

2- Susun jadual berbisnes dan menguruskan rumahtangga dengan lebih baik
Ada beberapa perkara yang saya belajar ketika mula- mula berbisnes. Memang kelam kabut, maklumlah kita pun kena pegi kerja juga, balik rumah anak- anak lagi melekat. Masa tu customer pun semakin ramai, kita mahu beri layanan terbaik. Akibatnya suami muncung sedepa, nampak macam kita tak cekap, melebihkan bisnes berbanding keluarga. Dan kita pula defensive sebab kita rasa kita buat semua ni untuk kesenangan keluarga juga. Jika ini berlaku, take 1-2 steps back and reflect. Lihat berapa jam kita habiskan dengan baik hanya untuk bisnes. Lihat berapa lama masa kita ambil sekadar borak kosong di WhatsApp dan bukan melakukan sesuatu yang membina bisnes kita. Mungkin boleh baca tips tentang Kelab 5 Pagi juga.

3- Pastikan ada komunikasi tentang bisnes dengan suami
Jangan simpan sorang- sorang kalau dah dapat customer baru. Jangan simpan sorang- sorang bila dapat bonus (sikit ke banyak ke kena la share happiness). Cerita lah sikit- sikit tentang group kita tu. Tanya pendapat suami apa yang boleh kita buat untuk memajukan lagi bisnes. Jangan terlalu ego menganggap kita tahu semua. Hakikatnya suami juga ada pendapat sendiri, dan kita kenalah ambil masa untuk dengar. Nak guna ke tidak pendapat dia tu, itu belakang cerita ehehehe!

4- Gunakan kekuatan doa kita sebagai isteri dan ibu
Ini paling powerful. Lebih power daripada heart to heart session ke, lebih power dari guna duit bonus belanja suami. Jangan lupa berdoa setiap hari, supaya Allah lembutkan hati suami untuk memberi lebih sokongan kepada kita. Ikhlaskan hati sendiri untuk melakukan bisnes sebagai usaha meningkatkan ekonomi keluarga. Korbankan waktu tido dan waktu rehat untuk lebih berdoa. Ada macam- macam tips melembutkan hati pasangan melalui doa dan amalan- amalan solat sunat dan sebagainya. Semua ini kita boleh amalkan. Kalau dah Allah sentuh hati suami kita, sepertimana yang kita doakan, semua boleh setel!

5- Suami yang sokong suam- suam atau yang buat tak tau adalah pembakar semangat
Point yang ini mungkin agak pedas, tapi saya kenal juga isteri- isteri yang dapat sokongan 200%, tidak pun begitu maju bisnes mereka. Adakalanya pressure itu perlu, adakalanya tukang bakar itu perlu. Kalau all the time suami kata "takpe lah ayang....ayang dah buat yang terbaik....cuba lagi yer..." tick tock tick tock dah 12 bulan tang situ juga sebab ayang rasa dah terbaik dah. Kalau dapat pula kena kutuk, ada jenis 100% takde selindung macam suamiku "you tak boleh macam ni, salah cara fikir ni, blablablabla" pedih masuk jantung pastu merebak ke ginjal hahaha! Hah menangis sampai pagi, bengkak mata. Esoknya bangun, buat balik, WHATEVER IT TAKES TO SUCCEED. Bukan lagi sekadar buat yang terbaik.

Tips: Pastikan anda ada jurnal kesyukuran yang ditulis setiap hari,
dan sebut juga yang baik- baik untuk suami kita. 

Apa-apapun, semua bergantung kepada diri kita sendiri. Yang perlu berubah, pada kebanyakan masa bukanlah suami kita, sebaliknya kita sendiri. Percayalah, susah manusia nak berubah demi manusia yang lain, termasuklah pasangan kita. Tahun pertama saya mulakan bisnes, ada juga terasa hati dengan suami, nak mintak tolong hantar order pun takut- takut. Walaupun dia buat, tapi muka masam mencuka lahai. Maklumlah customer nak jam- jam tu jugak, yang kena harung jem bukan saya, tapi dia. Sampai naik rank Coordinator pun tak banyak saya share dengan suami. Buat je apa patut, kalau mood baik, saya cerita. Kalau mood tak baik, dapat je bonus bawak keluarga makan- makan dan belikan barang kegemaran dia. Yang penting pada saya masa tu, selagi dia tak kata "STOP, I TAK REDHA" itu dah cukup baik.

Nasihat saya....

"Anda tak perlu sokongan suami 100%, 
tapi pastikan dapat 100% redha suami"

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

Sunday, December 21, 2014

Mahu nampak cantik semasa hamil

Assalamualaikum semua :)

Ada orang semasa hamil sangatlah cantik dan ada orang pula sangatlah comot, terutama dalam semester terakhir. Saya pula dalam kategori comot. Perubahan hormon semasa hamil dua kali sebelum ini, seperti tidak kena dengan diri saya, terutama bab kulit. Apa yang berlaku ialah kulit di bahagian leher dan ketiak akan menjadi gelap dan kusam, in fact berbelang- belang dengan tona warna yang tidak sekata. Dan stretch mark tak usah cakap lah.  Hamil kali kedua pun sama, walaupun orang kata anak perempuan saja yang buat kulit kita kusam, tidak bagi anak lelaki. Hakikatnya pada saya, serupa saja. Memang jenuh nak tempek foundation untuk dapat warna kulit sekata, tapi apalah sangat yang boleh dilakukan, bila berpeluh habis lah. Selepas bersalin, keadaan makin baik, terutama selepas bersalin anak kedua, saya mula mengamalkan supplement penting untuk kulit seperti vitamin C, B complex dan supplement yang tinggi omega-6 untuk mengatur semula hormon.

Kali ini, sedikit berbeza. Dah masuk minggu ke-16, kulit muka masih OK, walaupun ada jerawat halus mula hinggap, tapi tidak lama. 2-3 hari dah hilang, saya scrub dan licin lah balik. Saya perhatikan tona kulit wajah pun masih sekata dan bila pakai bedak pun, elok saja tidak la bersopak- sopak. Tapi, saya dapat juga 2 kawasan di leher yang berjerawat halus, memang pelik sikit gayanya. Macam ada plaster jerawat, setepek di situ. Apatah lagi sejak dah hamil, saya berhenti mengambil supplement collagen, khuatir dengan kandungan ginseng yang dicampur bersama kolagen ikan tersebut. Selepas setahun mengambil Collagen Powder secara konsisten,  stretch marks sangat- sangat banyak perubahan, dan paling saya seronok, keloid kesan c-section juga semakin menipis. Tup-tup pregnant balik hehehe, so tunggulah nanti kita sambung semula. Yang penting sekarang ni khasiat untuk bayi dalam kandungan. Tapi saya nak beli siap- siap stok Collagen Powder sebab penjualan collagen akan diberhentikan seketika tahun depan!

Tapi yang paling saya suka dan nampak sangat berkualiti ketika hamil ialah rambut saya. Wah sangat beralun, tebal dan lembut. Memang saya suka simpan saja rambut sampailah bersalin, menurut Mak saya lagi, kena panjang sikit lah rambut, senang nak ikat masa dalam pantang. Memang sepanjang dua kali berpantang, saya suka rambut diikat ketat, kerana ia berkesan untuk hilangkan sakit kepala yang adakalanya menyerang ketika dalam pantang. Ini bukan petua atau apa- apa, ini cuma trial & error yang saya perhatikan pada badan sendiri.

Tahun lepas, saya mengalami masalah rambut berkelemumur yang teruk dan membawa kepada masalah rambut gugur. Biasanya saya akan guna saja shampoo Selsun Blue yang super strong tu beberapa kali, masalah kelemumur akan hilang. Tapi tahun lepas luar biasa pula, nothing seems to work. Saya syak kelemumur saya ada kaitan dengan masalah stress di tempat kerja juga. Selepas beberapa tukar shampoo, ada sedikit perubahan tapi belum 100% selesai. Sehinggalah saya dapati uban- uban mula tumbuh, dan setiap hari ada saja tempat baru yang beruban. Masa ni baru saya betul- betul menggelabah. Dan akhirnya saya buat keputusan untuk membeli set lengkap penjagaan rambut Shaklee.

Kenapa saya tak cuba dari awal? Aha sebab saya ingat ni masalah biasa saja, apa- apa shampoo pun boleh la hentam. Kejap saja ni, nanti kelemumur boleh hilang. Rupanya kali ini tidak. So we must do what need to be done. Pengalaman saya dengan Prosante mengambil masa beberapa bulan sehinggalah habis sebotol Revitalizing Shampoo dan sebotol Replenishing Conditioner. Barulah ada perubahan, bermula dengan semakin kurangnya rambut gugur dan sedikit demi sedikit, kelemumur juga berkurangan. Dan sekarang saya sedang menggunakan set yang kedua. Saya masih ada lagi Nourishing Scalp Treatment, sebab hanya perlu pakai beberapa titik saja sehari. Saya betul- betul berpuas hati, dan uban pun dah tak tumbuh yang baru! Lega sangat- sangat! Dan now bila dah hamil, bertambah- tambah sihat dan cantik rambut. Happy!


Saya cuma guna Revitalizing Shampoo, Replenishing Conditioner dan Nourishing Scalp Treatment. Prosante tidak mengandungi parabens, diperbuat dengan bahan semulajadi, dan selamat digunakan setiap hari. 

Pada masa yang sama, saya ambil lebih supplement b- complex untuk mengawal stress, dan saya ambil supplement zinc untuk atasi masalah rambut gugur. Saya yakin penjagaan luar dan dalam adalah sangat penting untuk mendapat kesan yang paling baik. Dan apabila orang bertanya tentang kesihatan rambut, saya sentiasa akan beri cadangan supaya ambil kesemua 3 jenis penjagaan rambut ini beserta supplement. Bagi saya, untuk dapat kesan terbaik, elakkan short cut, supaya kita benar- benar berpuas hati. Anda boleh hubungi saya, untuk bertanya lebih lanjut tentang produk ini, termasuk harga dan lain- lain.

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

Saturday, December 20, 2014

Saya pilih tingkatan 6 dan STPM yang tidak popular

Assalamualaikum semua :)

Semalam saya bertanyakan rakan- rakan di Facebook, jika mereka ambil STPM. Memang tak ramai, dan kebanyakan yang reply semua classmates saya juga! Yang lain- lain kebanyakan terus bekerja selepas SPM, masuk Matrikulasi, atau sambung Diploma atau sijil di kolej dan IPTA. Apatah lagi yang jauh lebih muda daripada saya, memang tak pandang STPM, lebih suka terus cari peluang sijil kemahiran dan diploma. Dengan peluang mudah untuk dapat loan PTPTN, lagi la orang tak consider nak sambung pakai uniform sekolah lagi 2 tahun haha!

Saya mengambil STPM di Kuala Kangsar, di SMK Raja Perempuan Kelsom, 1996-1997. Lama dah tu kan, dan ketika tu pun STPM menjadi pilihan terakhir. Semasa saya mendaftar masuk, ada hampir 30 orang, kemudian seorang demi seorang angkat kaki. Ada yang masuk UiTM, dan ramai juga yang masuk Maktab Perguruan. Akhirnya tinggal dalam 20- 22 orang saja. Dan terus terang saya katakan, perasaan LOSER dalam diri sangat menebal pada tahun pertama *nanges*

Result SPM saya tidak la corot, ada beberapa subjek saya dapat A2, dan subjek Math yang paling digeruni akan fail, pun dapat Credit 6 hahaha! Dan sepanjang tingkatan 5, yang saya mahu ialah menghabiskan semuanya, score pangkat 1, dengan aggregat bawah 20. Dan dapatlah pangkat 1, aggregat 19. Ngam- ngam bawah 20 ye tak. Kenapalah tak aim bawah 15 *nanges lagi*. Kemudian saya memohon TESL, tak ingat universiti mana, dan nama pun tersenari sebagai layak. Entah macam mana, bila saya check untuk kali kedua (masa tu takde online, kita check dengan telefon saja), "Maaf cik, nama cik digugurkan". Hoh? Gitu pulak hahaha! Masa tu takde terfikir pun nak rayuan ke apa ke, dah gugur katanya, ok lah. Life goes on. Saya terfikir jugak, kalau zaman sekarang ni, mungkin dah dibawa ke muka pengadilan Facebook dan menjadi viral. Hahaha! Life was simpler back then. I accepted it and moved on. Kecewa jugak, seminggu tak bercakap hahaha! Tapi setakat tu je lah, takde rasa suicidal ke apa.

Tapi dalam pada itu, saya apply juga Maktab Perguruan. Sebenarnya tak juga 100% berminat, tapi tekanan juga bila kawan- kawan sorang demi sorang berhenti tingkatan 6. Sempat pergi interview, sekali semasa 6 rendah, dan sekali semasa 6 atas. Dua- dua gagal. Takdir telah menentukan, saya kena pakai unform sekolah dengan kasut hitam selama 2 tahun. Selepas gagal kedua- dua interview itu, pendirian saya semakin kukuh, dan saya ambil keputusan untuk buat sehabis baik, mesti dapat 5 Principal, tidak boleh tidak. Ibaratnya jumpa jalan mati, kena kejar dengan rimau. Mesti bunuh rimau sebelum rimau bunuh saya.

Sebagaimana saya berasa loser semasa di Tingkatan 6 Rendah, begitu juga pandangan orang keliling kepada saya. Ramai kata STPM susah, takkan lepas punya, ramai yang berhenti half way, ramai tak dapat 5P. Yang saya kenal ambil STPM ada dalam 4-5 orang (ramai la tu) dan memang betul mereka tak dapat pun 5P! Teori itu sah seketika dalam diri saya. Tapi ada banyak faktor lain yang menyebabkan pandangan saya berubah, dan pengalaman dan kenangan Tingkatan 6 adalah antara yang sangat mahal dalam hidup saya.



(1) Pelajar tingkatan 6 dilayan seperti orang dewasa oleh guru- guru
Saya tidak pasti bagaimana pengalaman orang lain, tetapi di SMK Raja Perempuan Kelsom, kami dilayan dengan matang. Walaupun setahun saja beza dengan adik- adik Tingkatan 5, tapi kematangan kami menyebabkan guru- guru mengambil pendekatan yang lebih mesra. Bukan kata tak kena marah, tapi tidak sampai membuatkan kita menyampah dan berdendam. Subjek yang kami ambil juga memerlukan kami lebih banyak berbincang, dan berdebat, dan bukan sekadar mengadap peperiksaan dan ujian. Terutamanya dalam subjek sastera, tidak ada jawapan yang tepat A atau B. Jadi ia melatih kami berfikir lebih kritis (sastera bukan sekadar puitis rupanya, barulah saya tahu masa tu). Dan memandangkan kelas kami adalah kelas orang paling tua dalam sekolah, kami terpaksa berkelakuan lebih senonoh, walaupun taklah sampai jadi pelajar contoh haha! Dan saya sendiri, dah penat dengan rebellious years selama 5 tahun sebelum tu, I guess it's time to lay low and focus on what really matters - my education. Nothing else matter :)

(2) Pelajar tingkatan 6 diberi lebih peluang belajar tentang kepimpinan 
Lagi sekali, pengalaman tingkatan 1-5 sebelum itu, tidak langsung mencungkil bakat saya sebagai pemimpin. Mungkin sekolah- sekolah yang saya dulu tidak mementingkan bab itu, atau saya sangat sibuk menakal tak tentu hala, dan tidak ada siapa yang boleh beritahu saya "hoi berhenti menakal, kenali potensi diri tu". Semasa tingkatan 6, kami diberi peluang mengetuai kebanyakan kelab dan persatuan (sebab paling tua kot) dan yang paling saya suka bila dapat jadi Ketua Editor majalah sekolah. Tapi yang lawak, saya tengok adik saya di MRSM, tingkatan 4 dan 5 pun jadi Ketua Editor dah. Terus rasa loser balik hahaha! No la, I mean, with the right environment, and exposure, banyak benda boleh dicungkil di sekolah dengan lebih awal. But better late than never kan? Dan antara yang manis juga, kami bersepakat dengan cikgu bahasa, untuk ajar junior tingkatan 1, belajar membaca. Ramai lagi tak boleh membaca walaupun dah tingkatan 1, dan kami memang enjoy mengajar adik- adik ini.

(3) Bila tiada pilihan, kita pasti buat yang terbaik 
Ini pengajaran terpenting sepanjang saya berada di tingkatan 6. Saya tidak beri pilihan lain kepada diri sendiri, sebaliknya WAJIB MASUK UNIVERSITI DENGAN 5 PRINSIPAL. Saya tak boleh fikir benda lain dah masa tu. Saya tidak ada keinginan untuk membuktikan pada siapa- siapa pun (walaupun ramai yang kata susah nak berjaya dalam STPM), tapi prinsip yang saya pegang ketika itu simply "die die must 5P or die" hahaha! Jadi kalau dah begitu sekali prinsip, memang tak rehat la. Selepas sekolah, ada hari- hati tertentu kami buat group study, ikut topik masing- masing. Balik rumah, saya akan sambung study lagi, sebelah petang. Dan saya akan stay up sampai 1-2 pagi, study lagi. Saya tak ada tuisyen masa tu, tak pasti ada ke tidak kelas tuisyen tingkatan 6 untuk kelas sastera.  Yang menjadi rujukan tetap pastilah guru- guru samada di dalam kelas atau lepas waktu sekolah.

(4) Azam yang kuat, boleh buat kita jadi "pekak"
Selain daripada rakan sekelas dan guru- guru, dan ibubapa saya, tidak banyak sokongan dan dorongan yang saya terima daripada orang lain. Saya pun tak kenal ramai senior yang ambil STPM, dan result mereka pun tidak lah begitu hebat. Jadi mereka sendiri tidak yakin untuk memotivasikan saya. Mungkin mereka juga rasa ianya jalan mati, mungkin. Jadi, hadap sajalah komen- komen yang boleh meruntuhkan semangat, dan berlatih jadi "pekak". Adakalanya Mak saya sendiri terpengaruh, "Pakcik tu kata susah STPM ni, ramai tak lepas, camane kamu ni nanti?" Saya gelak je la, sebab Pakcik tu pun tak penah ambil STPM hahaha! Termasuk lah si polan sini, si polan sana, boleh dengar tapi tak boleh dilayan.

(5) Tidak ada pengalaman yang serupa
Life is what we make out of it. Kalau saya kata, saya enjoy sangat dengan pengalaman di Tingkatan 6, kawan- kawan sekelas yang lagi 20 orang tu, mungkin ada pendapat berbeza. Kerana mereka mungkin lebih enjoy semasa tingkatan 1, atau tingkatan 5. Berbeza dengan saya. Mengharungi tingkatan 1-5 adalah masa yang agak memeritkan. Hanya sekadar mahu lulus exam dan masa dipenuhi dengan usaha mengenali diri tanpa banyak panduan. Ia benar- benar mengajar saya untuk menghargai peluang di tingkatan 6. Saya seronok belajar, saya seronok pergi sekolah, saya seronok buat homework, saya seronok merancang aktiviti sekolah. Sesuatu yang tak pernah saya kecapi semasa di tingkatan 1-5. Alhamdulillah, saya diberi peluang juga untuk berseronok belajar. 2 tahun pun jadilah, syukur Allah beri peluang kepada saya.

Saya berjaya dapat 5 Prinsipal, dan dengan point yang tinggi, saya dapat A untuk subjek Sejarah dan Sastera (ulat buku sangat). Yang lain- lain saya dapat B dan C. Saya berkira- kira untuk sambung buat law di UKM, tapi saya tukar buat Social Sciences di USM. Sebab tukar, paling cincai, saya tanak jauh dengan family. Penang- Kuala Kangsar lebih dekat banding KL- Kuala Kangsar hahaha! Simple kan?

SAYA SUKA INFO DI WEBSITE INI TENTANG STPM 

Sekarang ini saya tidak boleh nak beri nasihat tentang subjek STPM, sebab ada banyak juga subjek dan pilihan yang baru. Ada kelas commerce? dan ada exam MUET juga. In fact, in term of higher education, I cannot offer much advice lah. Whatever you choose, make the best out of it, that's all. Oh musim raya yang lepas, saya sempat beraya di rumah guru kelas saya, Cikgu Lutfi, terharu bila dia beritahu suami saya "Ni budak pandai ni!" Hahaha pada saya, bukan pandai sangat, tapi serik sangat kot, terpaksa jadi pandai. Ramai lagi cikgu yang sangat berjasa pada kami, Cikgu Mus, Cikgu Fauziah, Allahyarmah Cikgu Raja, Mrs. Lim. Hmmm ada lagi ni, tak boleh nak ingat now.

Oh remember, learn how to make some money along at the way too, it might save you from the heavy student debt in the future. This, I can show you how ;)

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang jana pendapatan di rumah. 

Friday, December 19, 2014

Elak 5 komen untuk ibu berpantang

Assalamualaikum semua :)

Hari ini dan semalam saya terima berita kelahiran, semalam adik saya bersalin. Pagi ni pula kawan saya bersalin. Dua- dua dapat baby boy. Happy dengar berita baik, dan baby- baby pun sihat walafiat Alhamdulillah. Dan bermula pula sesi berpantang. Biasanya orang berpantang berapa lama? 44 hari? 100 hari? Saya berpantang 44 hari, bermakna tak keluar rumah (kecuali ke klinik saja), dan berurut 3 hari, sapulah minyak satu badan pun 44 hari. Lepas 44 hari, saya akan berpantang bab air sejuk berais selama berbulan- bulan lagi. Dekat setahun kot. Asalnya memang sebab Mak pesan jangan minum ais. Kemudian saya notice, kalau minum ais, susu badan akan berkurangan. Jadi memang lama saya pantang minum ais. Sebenarnya bila breastfeeding, tempoh berpantang bab makanan boleh lebih lama sebab risau anak kembung la, tak tahan la, meragam la.

Kenangan berpantang saya ada macam- macam. Tapi selepas 2 kelahiran, ada beberapa perkara yang saya tak berapa berkenan, terutama komen- komen daripada para hadirin yang datang melawat :p

1- Komen ibu muka pucat, badan lemah lesu 
Adoi c'mon la kan, orang tu baru selesai meneran kot, ataupun yang lepas c-sect operation, jarang la muka tu merah meriah sihat segar bugar on first day. Tolak ketepi wajah cantik Che Ta, sebab dia pun mengaku dia mekap kan. Itu hak dia, saya pun salute dia mahu nampak cantik sentiasa, good for her and her family Jadi elakkan la komen macam tu bila melawat. Kalau nak tengok muka segar, maybe datang lepas 44 hari hehehe! Seriously, when I received that comment, I really don't know what to say.

2- Komen tentang susu badan
Kalau boleh elakkan bertanya berlebih- lebih bab susu badan. Badan ibu berbeza- beza, ada yang ever ready nak produce susu, ada yang makan sedikit masa. Tak payah la kalut "eh nape tak bagi breastmilk? takde susu ke?". Kalau dah nampak ada susu formula, DIAM. Kalau nampak tengah menyusu badan, pun DIAM. Hahaha! Abes apa nak borak ye kalau semua kena diam ahaha! Serius, terutama untuk ibu yang pertama kali bersalin, banyak benda masih kekok. Kalau tak boleh offer support, sekadar yang bertanya saja, DIAM. Kalau ibu minta tips, baru la buka mulut tu bagi info.

3-  Komen "boleh la tambah lagi sorang"
First of all, it is not funny, nor entertaining. Keduanya, tak semua kelahiran itu mudah. Ada yang trauma dengan layanan di hospital, ada yang trauma dengan emergency c-section. Ada yang makan berbelas jam contraction. Ada yang kena gunting, kena jahit.  Sabar yer sabar. Ada yang masih belum  boleh buang air besar pun lagi, lagi nak tanya pasal nak tambah lagi sorang.

4- Komen "cik abang pun kena lah berpantang ni" 
Kelakar ke? Kalau nak tau, hormon ibu selepas bersalin ni tak menentu. Sangat mudah nak fikir bukan- bukan. Ramai yang mengalami baby blues sementara, dan tak kurang juga yang melarat dengan post partum depression. Bila ada komen- komen yang merisaukan macam ni, mulalah ibu-ibu fikir yang bukan- bukan. Risau pulak dengan "kesejahteraan" suami selama 44 hari. Sedangkan diri sendiri masih lemah, dan anak kecil perlu diutamakan. Itu kita tak tau pulak apa kesan komen tersebut kepada suami, aiseh please la.

5- Komen "jaga badan elok- elok dalam pantang, kalau tak nanti gemok"
Kenapa nak takut- takutkan orang hahaha! Perempuan memang takut gemok sejak azali, dalam keadaan mental dan badan yang perlu good recovery, tak perlu la risau bab gemok ke tidak. Yang penting kita dapat zat yang cukup seharian, baby dapat susu ibu yang mencukupi, dan rehat yang cukup. Ini masa recovery, badan perlu self healing dengan bantuan makanan yang bersesuaian. Jangan fikir nak berdiet pula semasa berpantang. Don't fall for this scare tactic ok!

Lagi TIPS BERPANTANG DENGAN TENANG 

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

Thursday, December 18, 2014

Tips memilih hotel yang mesra keluarga

Assalamualaikum semua :)

Sejak tahun 2005, kerja saya banyak melibatkan urusan travel. Baik dalam negara, mahupun luar negara. Jadi bermalam di hotel tu dah jadi rutin. Kadang- kadang 1-2 malam, kadang- kadang 1-2 minggu pun ada. Masa bujang memang seronok je lah. Ada masa pergi sorang, ada masa dengan colleagues. Walaupun dah biasa, saya tetap seram kalau kena tido sorang- sorang. Bukan seram hantu saja, seram kena rompak pun sama haha. Tapi Alhamdulillah tak pernah lagi kena yang pelik- pelik sepanjang bermalam di hotel- hotel ni, walaupun kebanyakan masa saya bermalam di hotel 3 bintang saja. Maklumlah kerja NGO kan, tak boleh bermewah katanya.

Oh tapi ada sekali insiden kelakar di Banda Acheh. Saya cuba nak lena, tapi payah jugak. Maklumlah dah tau kan apa terjadi di Banda Acheh masa tsunami, dan paling best sebelah hotel tu hospital pulak. Macam- macam cerita pernah saya dengar. Dalam pada seram sorang- sorang tu, terlena la jugak. Tetiba katil bergoncang. Bukan bergoyang yer, tapi bergoncang! Macam ada orang lompat hujung katil. Adoi berderau darahku. Tapi hilang rasa seram jadi nak marah pulak. Badan dah la penat, tak boleh tido, kemudian kena kacau lagi. Haih. Esok pagi saya cerita dengan opismate, dia gelak saja. Dia kata kat Banda Acheh ni kan selalu ada tremor gempa bumi, sesekali bergegar. Bukan hantu katil!

Anyway, fast forward, bila dah ada anak- anak, ada masanya saya bawak juga anak- anak ikut travel. Dan bila dah buat bisnes full time, pun kami masih lagi travel bersama- sama. Bila dah kerja sendiri, takde la pening sangat nak memilih hotel. Pada saya yang penting ialah keselesaan anak- anak, dan kebersihan. Saya share di sini tips yang penting pada saya, untuk memilih hotel demi keselesaan anak- anak.

Pic: Google



1- Saya prefer bilik hotel yang takde carpet
Kenapa ye? Sebab anak- anak saya memang allergic dengan bulu- bulu carpet. Saya prefer lantai hotel togel saja haha. Tapi agak sukar sebab kebanyakan hotel terutama yang 4-5 bintang mesti ada carpet kan. Walaupun anak- anak takde lah jatuh sakit, tapi memang bersin memanjang. Lepas check out je mesti hidung dah berair belaka. Antara solution yang kami buat ialah, bawak portable air purifier dan pasang dalam bilik. Ada improvement, tapi taklah 100%. Masih bersin- bersin. Masa- macam macam ni la saya akan kasi supplement macam Vitamin C dan Omega Guard, dose tambahan kalau perlu.


2- Saya prefer bilik yang ada 2 super single bed atau queen size plus single bed (amboi)
Masa anak- anak masih kecil, mereka tak kisah sangat nak tido dengan siapa. Lately banyak pulak songeh, kejap nak tido dengan Mama, ada masa lain nak dengan Ayah. Kadang- kadang adik nak tido dengan Kakak. Jadi nak selamat, dan supaya tak hassle nak add on extra bed, pilih bilik yang ada 2 super single bed. Lebih selesa. Kalau 2-3 malam tido senget, sakit badan haha!



3- Saya prefer bilik dan ruang tamu berasingan 
Memang harga lebih mahal, tapi untuk bermalam lebih daripada 1 malam, saya sangat perlukan bilik yang begini. Serabut lahai anak- anak melompat, bermain, bergaduh DALAM SATU RUANG hahaha! Biasanya kalau ada living room, diaorang akan main atas katil saja, kami akan lepak di luar menonton tv. Kadang- kadang saya perlu jumpa business partner, yang juga anak anak- anak. Jadi tak mengganggu kalau ada discussion.



4- Saya prefer room service with children menu
Serius, kadang- kadang bila dah travel jauh, hari pertama memang malas nak explore the area. Tambah pulak kadang- kadang hotel memang jauh dari bandar. Jadi nak senang keje, room service saja. Kadang-kadang memang banyak pilihan yang anak- anak boleh makan. Kadang- kadang room service pun takde. Nak lagi best ada children menu, senang hati semua orang.


5- Saya prefer yang ada swimming pool dan play area
Kadang- kadang bila 2-3 hari terperap memang anak- anak jadi "nakal" daripada biasa. Dan paling best bila dah penat berkubang di swimming pool, mereka akan lapar, makan pun banyak, tido pun cepat. Nyaman....

Alhamdulillah, sejak 2 tahun ni kami ada rezeki lebih, dah boleh pilih hotel mana yang kami suka, dan sudah tentu kami masih kena berbajet. Taklah sesuka hati juga, tapi jauh lebih selesa memilih berbanding dulu. Syukur Alhamdulillah.

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah.

Suka scented candle? Cuba try Yankee Candle

Assalamualaikum semua :)

Saya suka musim Christmas, sebab ada macam- macam benda menarik yang boleh kita belek dan beli dan yang paling saya suka, masa Christmas lah muncul all the super cute gift things, terutama kalau rajin pegi belek di gerai- gerai sementara di shopping mall. Memang ralit dibuatnya. Memang buat mood nak beli dan beri hadiah kat orang tu membuak- buak. Hebat marketing Christmas ni kan hehehe! Saya teringat rakan saya, seorang Muslim dari Philippines, dia akan wrap nice gift untuk kami masa Hari Raya. Dia kata dah jadi tradisi, mungkin berjangkit dengan tradisi memberi hadiah semasa Christmas di sana. Excited juga dapat hadiah di Hari Raya, maklumlah umur kita dah tak layak duit raya kan haha.

Awal bulan ni, saya ke Bangsar Village, belek punya belek, end up di gerai Yankee Candle. Oh no, memang la satu kelemahan kami suami isteri bab scented candles. Walaupun suamiku luarannya very the rock kangkang, tapi sebenarnya dia penggemar scented candles kihkihkih!

Jadi kami pun mula memilih, pelbagai bau. Ada bau laundry pun, laundry bersih la maksud saya, yang fresh dari ampaian (terutama kalau dibasuh dengan laundry detergent Shaklee huwahuwahuwa). Ada bau lavender (biasa la kan bau ni untuk scented candles), dan kami melekat dengan Island Spa. Bau fresh lemon, serai dan entah apa lagi. Menurut SA Yankee Candle, bau ni khas untuk pasaran Asia saja. Orang putih tak reti kot nak appreciate bau gitu.

Untuk mendapat bau yang nyaman, lepas je buka jar tu, must burn the candle for 2 hours straight. Untuk kegunaan seterusnya, terus ada bau nyaman je. Satu jar yang besar boleh guna selama 85 jam lebih. Ikut berapa kerap kita bakar la kan. Dan ada few special edition untuk Christmas, termasuk jar with nice lamp shade. Gerai tu dah takde lagi di Bangsar Village, tapi boleh check out their small shop di GE Mall, Jalan Ampang. Kami beli scented stick juga untuk kereta. Memang fresh baunya. Harga ada pelbagai ikut saiz dan accessories tambahan. Yang paling besar, macam saiz jar yang kami beli RM100++, adui sorry lupa la exact price. But less than 150. Ada juga pack in few scents, small size. Saya pun nak pergi lagi ke GE Mall untuk check out other scents lagi.

christmas sale, scented candle, work at home
Nyaman bila buat kerja dengan scented candle. Feeling buat kerja di spa haha! 

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

Wednesday, December 17, 2014

Kisah saya bersama Elken, CNI dan Shaklee

Assalamualaikum semua :)

Dalam tahun 2004, di Penang, saya pernah beli set pencuci muka, toner dan moisturizer Elken. Masa tu takde banyak duit, tapi dah nak sangat, beli jugak. Tak ingat berapa ratus harganya, tapi mahal la untuk orang yang hidup dengan elaun seorang tutor. Tu lah, kalau dah nak sangat, sanggup ikat perut. Kawan opis saya perli, amboi pencuci muka pun nak beli dengan company MLM ke? Nanti boleh la order beras, order spender, dapat point, dapat duit. Saya gelak je la sebab lawak juga tu hahaha! Habis je satu set tu, takde dah order sebab tak mampu.

Tahun 2005, di KL, kawan sekolah saya call. Nak datang rumah buat demo facial. Macam tau je kelemahan saya bab produk muka haha! Jadi saya setuju, lagipun memang kawan baik, boleh jugak bertanya khabar kisah masing- masing. Dia pun cuci muka saya dengan macam- macam produk CNI. Saya macam biasa, berkenan juga. Selepas facial dengan dia, saya beli 2-3 barang. Kemudian buat appointment untuk treatment di stokist CNI di Ampang. Memang bagus la dikerjakan dek budak tu muka saya. Korek habis jerawat, blackhead. Banyak jugak improved skin saya, sebab rajin sebulan sekali pergi service muka kat situ. Lama- lama, bajet lari, maka berhentilah saya dengan produk CNI.

Fast forward 2011, bermula pulak dengan Shaklee, sampai melarat- larat jadi distributor, sampailah naik rank Master Coordinator. Tapi saya bukan nak cerita tentang sejarah hidup saya dengan produk MLM. Tapi saya terfikir sesuatu, tentang apa yang kawan saya perli saya tu - semua nak order dengan company MLM sebab dapat point, dapat duit. Dan kawan saya yang buat CNI pun ada cakap, kalau kita beli Colgate kt Mydin, kita bayar, dapat Colgate saja. Tapi kalau kita beli ubat gigi CNI, dapat ubat gigi, dapat point, dapat bonus. Saya masa tu gelak je la, dalam hati "eh aku suka Colgate kot, watpe nak tuko ubat gigi lain? Sukati ler gigi aku".

Oh itu belum lagi beberapa produk lain yang saya cuba dengan Cosway, Avon, Tupperware. Hahaha dasar suka melayan katalog ler ni. Minggu lepas saya tengok Instagram kawan saya, dia guna ubat gigi Transfer Factor, daripada company MLM juga. Hah sapa kata semua orang suka Colgate?

Semalam saya replenish shampoo dan conditioner yang dah habis. Shampoo apa? Haih Shaklee ler! Saya replenish juga facial wash dan moisturizer. Jenama apa? Shaklee ler! Hahaha! Semua mak nenek ke Shaklee? Nampak gaya gitu lah, mujur Shaklee tak jual beras, kalau tak memang ku order juga.

Kenapa agaknya yer orang beralih arah daripada produk- produk di supermarket atau farmasi, kepada produk- produk MLM ni? Saya boleh buat 5 kesimpulan berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pemerhatian saya terhadap kawan- kawan yang lain.


1- Produk MLM bergantung kepada testimoni pengguna, bukan hanya marketing gimmick. Jadi kalau kawan kita kata, betul, ubat gigi ni hilangkan ngilu gigi, kita lebih percaya, berbanding model iklan yang gigit aiskrim dalam iklan Colgate di tv, betul tak? Sama juga dengan cream tumit Cosway yang saya beli masa bujang. Kawan saya kata, betul Kak, tengok tumit saya ni, live depan mata saya, tumit dia yang kasar kesat buruk tu, dan cantik mulus hahaha! Abes takkan nak tengok je, apa lagi, mesti odaaaaa. Sama jugak dengan produk Shaklee yang pertama saya guna untuk tambah susu badan. Bila kawan opis tengok botol susu dalam fridge opis tu berderet penuh, diaorang pun kelam kabut order. Sebab sah- sah diaorang tau tu memang susu saya bukan susu lembu kihkihkih!

2- Produk MLM beri peluang pengguna dapat bonus atau rebate dengan pembelian. Ini yang kawan saya usik tu. Spender pun order katalog kalau nak rebate ahahaha! Kalau sehelai sependa dapat RM2 rebate, why not? Hahaha! Anyway my point is, ada ruang untuk penjimatan bila kita ada peluang dapat bonus dengan pembelian. Sudah tentu setiap produk ada syarat tertentu, beli sekian- sekian barang, dapat bonus sekian- sekian. Sebab tu ramai orang suka beli kongsi dengan kawan- kawan, kutip order ramai- ramai, boleh la dapat rebate untuk pembelian sendiri. Kalau zaman remaja, gaduh- gaduh nak pakai ID sapa kahkahkah! Semua nak gincu Avon kan masa tu LOL!

3- Produk MLM yang established sudah ada kajian- kajian saintifik bagi meyakinkan pengguna. Bukan sekadar untuk meyakinkan, tapi sebenarnya untuk keselamatan kita juga. Terutamanya produk- produk kesihatan kulit dan rambut, terlalu banyak bahan kimia jika kita beli yang biasa di pasaran. Saya tidak pasti dengan produk MLM lain, tapi Shaklee melabur berbillion dollars untuk R&D bagi memastikan produk sentiasa selamat dan semulajadi. Shampoo dan pencuci muka yang saya guna pun tiada paraben. In fact kalau anak- anak nak pakai pun saya tak cuak sebab diperbuat daripada bunga- bunga dan tumbuhan saja. Tapi kena sorok la, habis diaorang kerjakan, sebab memang lembut terurus rambut dengan Prosante ni.

4- Produk MLM mementingkan feedback dan follow up. Kalau kita beli di kedai atau supermarket biasa, takde siapa buat follow up, sabun basuh tu ok ke, betul ke Colgate tu tak ngilu gigi dah? Tak mungkin sebab itu bukan sistemnya pun. Berlainan dengan produk MLM. Pengedar sangat suka bila kita beri feedback, samada baik atau buruk, mereka mahu tahu. Ini boleh membantu mereka memperbaiki lagi service dan produk masing- masing. Bila ada feedback yang baik, ia membantu pula promosi dan sharing mereka seterusnya. Jadi kalau anda beli produk daripada syarikat2 MLM, jangan la takut nak beri feedback. Dan jangan takut la kalau pengedar call nak berborak, bukannya diaorang nak paksa beli barang lain hahaha! Kalau pun kena paksa, just politely declince if you don't need it.

5- Produk MLM buka peluang pendapatan untuk pengguna setia. Contohnya saya sendiri, bila dah berpuas hati dengan supplements Shaklee, saya mula promote. Dan kerja promote jadi mudah sebab saya sendirilah pengguna, saya sendiri ada testimoni dan bukti. Dan yang jadi pelanggan awal pun semua kawan- kawan dan ahli keluarga. Diaorang pun tahu, saya takkan kelentong punya. Sebab tu dalam group Shaklee yang saya kenal, ramai accidental entrepreneurs, sebab semua bermula sebagai pengguna. Dan suka, promote pulak, eh dapat income pulak. Kemudian sedikit demi sedikit mula membina perniagaan secara lebih profesional. Pernah tak tengok dalam rancangan Nona beberapa tahun lepas, geng makcik- makcik Avon melancong ke luar negara, pastinya mereka juga bermula sebagai pengguna juga.

Ha menarik rupanya guna produk MLM ni kan? Saya harap perkongsian saya dapat membantu anda semua membuat pilihan dalam memilih produk yang sesuai, dan selamat untuk anda dan keluarga :)

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

Tuesday, December 16, 2014

Suami wajib sediakan pembantu rumah untuk isteri?

Assalamualaikum semua,

Sejak minggu lepas, kesihatan saya semakin baik. Alhamdulillah, dah kurang sakit kepala, mual memang dah gone (I hope for GOOD!) dan selera makan semakin baik. Cakap pasal selera makan ni memang misteri. Sebulan lepas yang saya asyik muntah- muntah tu, rupanya berat tak berkurang pun haha! Siap naik 1 kilo lagi masa check up. Aiseh!

Kisahnya semalam bila badan rasa bertenaga, apa lagi, bermulalah proses mengemas rumah, yang dibiar terbengkalai sejak mabuk. Yang paling terbengkalai ialah BAJU- BAJU TAK BERLIPAT. Aiyoh ini kalau tak mabuk pun memang tak suka nak buat, apatah lagi dah sakit kan. Rasa nak sumbat semua bawah katil. Jadi semalam, seru melipat kain pun sampai. Saya off handphone dulu, hah kalau nak tau handphone ni lah punca kain tak berlipat sampai habis hahaha! Kejap2 nak tengok Instagram. Kejap2 nak check FB, eh nak tinggal komen lagi. Lagi best siap ambik gambar kain baju berlonggok nak bagi tau dunia- SAYA NAK LIPAT KAIN, DOAKAN SAYA! Hahaha tau sangat, jadi, puan- puan sekelian, please turn off your smart phone ok.


Jadi, saya buat plan nak attack bakul demi bakul. Selesai 3 bakul, saya attack yang menggunung atas katil. Selesai lipat, terus keluarkan arahan kepada suami, jom kita simpan baju masing- masing. Kalau tak simpan terus, memang tinggi risiko kain baju akan terungkai semula, back to square one. Akhir sekali attack all the other linens, tuala, cadar, selimut. Siap, simpan! So proud of myself *cium diri sendiri*.

But but but, rasa nak meraung bila tengok kat ampaian ada lagi bersidai tunggu nak kering. Kemudian eh ada lagi 2 bakul hasil kotoran travel ke Kota Bharu. Takpe, we can attack and win again sooooon! Hukkkk!

Dalam pada melipat kain tu, dah siap plan untuk hari ini pulak. Nak berus bilik air! Image barang- barang pencuci dan alat menyental siap terbayang dalam kepala. Buat mental note untuk berus bilik air pun memenatkan rupanya hahaha! So bangun je pagi tadi, terus kemas katil, tapi tersasar sikit, terus mengemas bilik anak- anak sekali. Adui celah sini ada toy, celah situ ada Lego. Kertas2 contengan lagi. Cepat- cepat tukarkan cadar dulu, kasi naik semangat. Kemudian panggil Aliyah & Adam, "Mari tolong Mama kemas bilik. Nanti baby nak guna jugak bilik ni, kenalah kemas" Wah menjadi gak taktik ni hahaha! Laju je diaorang tolong kemas, buang sampah, susun toys dan buku- buku. Alhamdulillah!

So breakfast ala kadar je, suamiku buat sandwich sardin, makan la sekeping. Kemudian saya meneruskan misi ke bilik air. Gosok punya gosok, berkilat! Puas hati. Lepas tu mandi pun sambil duduk sebab tak larat keletihan hahaha! Suami pulak vacuum dan mop lantai, jadi tak payah dah la nak buat yang tu pulak. Kalau tak, memang esok je la sambung nak vacuum bagai. Siap untuk hari ini. Petang nanti sambung melipat kain baju lagi hahahaha!

Dulu saya memang ambil daily maid, service Khawaja tu. Tapi makin hari makin hampeh kualiti. Bayar RM80, yang datang berdua, selama 2 jam. Ada masa tip top, ada masa aiyoh sakit mata nengok ada lagi daki tertinggal. Lepas tu ada sorang ni, kalau dia yang datang, suka benar tukar tempat letak barang2. Jenuh pulak ku mencari harta sendiri. Jadi dah lamaaaa tak panggil service ni. Ada jugak panggil cleaner yang kerja dalam condo ni, datang selepas kerja. Lipat kain saja. Tapi masaelah pulak sebab saya tak suka orang lain mengerjakan almari baju anak beranak. Banyak cekadak la kiranya saya ni. Jadi buat je sendiri sampai sakit pinggang hehehe.

Dan kami pernah juga ada pembantu rumah, tapi sekejap je. Dan memang saya tak berkenan la konsep live in maid. Maybe kalau ada banglo 12 bilik, dan maid ada rumah asing kat tepi banglo tu, ok la kot. Very telenovela haha!

Terfikir jugak saya, kalau saya masih bekerja, dah tentu tak sempat la nak hari- hari memikir celah mana nak cuci, baju mana nak lipat. Yang penting tempat tido je tak macam kubang badak. Dan sudah tentu saya takde cerewet sangat dengan cleaning service kot. Janji bersih je kan. Tapi masa masih bekerja, cerewet ke tak cerewet ke memang TAK MAMPU nak bayar pun. RM80 seminggu je, tapi itulah hakikatnya, TAK MAMPU. Itu belum nak panggil 2-3 kali seminggu kan? Jadi tanggung je lah, hanya cuci dan kemas rumah on weekends. Bergotong royonglah kami suami isteri.

Kalaulah saya boleh cadangkan suami- suami ni, allocate lah budget untuk service mencuci ni kalau isteri tu pun bekerja. Banyak sangat membantu, terutamanya daripada segi stress kepala otak isteri. Isteri kalau dah stress, entah apa- apa meresap dalam jiwa diaorang. Tup tup meletup, tuduh suami macam- macam kikikiki! Padahal punca rumah bersepah je pun, melarat- larat. AWAS!

Dan kalau suami pun takde budget, tak mampu jugak nak sediakan RM80 seminggu, kita sebagai wanita, cuba elak memendam rasa, sebab kena juga bertolak ansur. Kalau dah suami tak mampu, takkan nak paksa kan? Carilah jalan buat extra income apa yang patut. Kalau seminggu 3 kali ada service mencuci, at least kena ada budget dalam RM240 (ikut rate Khawaja ler, maybe ada lebih murah). Tak banyak pun tu kalau ada sumber income kedua masuk setiap bulan. Stress saja tak guna, kena cari jalan keluar. Lagi satu, makin kita stress, makin mudah dapat penyakit. Kalau dah sakit, rumah macam nak lingkup tak berkemas, ohoi lagi ler.

Jom jaga diri kita ok!

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah.


Opps sebelum tu jom baca ni. Saya share sini LINK article yang saya jumpa tadi. Best pulak baca point No.3 ni:

3. Terdapat beberapa riwayat yang menyatakan kehidupan harian Rasulullah SAW dan para sahabat sebagai suami dan isteri, yang masing-masing itu memberi khidmat dan bantu membantu antara satu sama lain; Rasulullah SAW dalam membantu dan menolong ahli keluarga Baginda telah dijadikan contoh tauladan oleh umat manusia. Baginda sebagai seorang Rasul sekaligus sebagai pemimpin negara tidak camah mata kepada ahli keluarga Baginda.

Ini terbukti dalam satu riwayat daripada Al-Aswat bin Yazid katanya yang maksudnya, “Aku bertanya kepada Aisyah: “Apa yang Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam kerjakan di rumah? Aisyah menjawab: “Baginda sentiasa melayani isterinya yakni membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Maka apabila masuk waktu sembahyang Bagindapun keluar untuk sembahyang (ke masjid).” (Hadis riwayat Al-Bukhari)


Hadis diatas disokong lagi oleh hadis-hadis lain yang menceritakan Baginda SAW sendiri membuat kerja-kerja rumah seperti menjahit baju, mencuci pakaian, menampal kasut, memerah susu dan lain-lain, sebagaimana riwayat daripada Hisyam bin ‘Urwah daripada seorang lelaki katanya yang maksudnya, “Aku bertanya kepada Aisyah: “Apa yang Nabi SAW kerjakan di rumahnya? Aisyah menjawab: “Baginda sendiri telah menjahit baju dan menmpal kasut atau seumpama ini.” (Hadis riwayat Ahmad) 


Wednesday, December 10, 2014

2015, belanja lebih bijak, tambah income lebih banyak

Assalamualaikum semua :)

Tick tock tick tock, dah nak masuk 2015, kejap je kan? Setahun jugak lah kami suami isteri secara rasmi jadi work at home parents. Banyak betul yang berlaku sepanjang 2014, baik dari segi peribadi mahupun kareer kami sebagai usahawan Shaklee. Pahit manis, masam masin lengkap!

Tahun 2015 InshaAllah kami akan menyambut orang baru, baby ke-3 dah 12 weeks dalam kandungan. Memang menarik dan mencabar juga pregnant kali ini. Melepek lebih lama berbanding anak pertama dan kedua. Nowadays it gets better, but on the bad days, memang melingkar je la haha! Mujur sangat suami takde opis kena pergi, maka semua tugasan diambil alih. Minggu ni overall rasa better lah, lusa kami nak ke Kota Bharu ada kelas untuk anak buah di sana. Alhamdulillah badan rasa semakin pulih dan bersemangat.

Topik hangat lain hujung tahun di timeline FB pulak pasal GST! Huii apa nak dikata, akhirnya GST bakal dilaksanakan. Minyak pulak dah takde subsidi. Yuran tadika dan pusat jagaan anak- anak pun naik harga. Itu belum harga barang makanan lagi, dah mula naik sikit demi sikit. Frankly apa kita boleh buat? Takkan nak buat tak tahu saja. Saya terfikir kalau saya masih makan gaji, pastinya saat- saat perbelanjaan meningkat tahun depan, credit card saya pasti akan max! Percayalah, ramai yang guna credit card bukan untuk lifestyle dah zaman ni, in fact yang beli groceries pun guna credit card di saat- saat sesak tu. Saya teringat ada kenalan yang bila beli barang, dia akan kumpul order kawan opis lain, orang bagi dia cash, dia guna card credit, sebab dia nak cash tu. Sedih saya dengar cerita ni, waktu tu saya pun masih ngam- ngam makan gaji, tapi belum lagi sampai kena buat macam tu. Memang sedih kalau kita tahu kisah belakang tabir keadaan financial kawan- kawan dan kenalan di KL ni terutamanya. Semua kena pakai duit. even nak bernafas udara bersih pun kena beli Plasmacluster, kot tidak anak kena asma, allergies sebab jerebu, pencemaran!

Ramai juga yang ada 2 kerja dalam satu masa. Habis office hour, berkejar pulak kerja lain, yang biasa saya dengar orang pergi kerja call center, bukak gerai pasar malam, kerja banquet hotel. Rakan sekerja saya akan start kerja dalam 9 malam hingga subuh dengan call center. Balik rumah, rest sekejap dan sambung pulak kerja opis. Suka ke tidak, memang kena buat, hutang kena bayar, hidup mesti terus. Saya sikit pun tak pandang rendah dengan usaha dia, malah kagum lagi dengan sikap rajin berusaha tu. Memang takde pilihan selain tambah income. Nak berjimat pun dah habis berjimat dah, kalah gaya menteri berjimat ok!

2015 kena ada perubahan, kalau tidak kita yang berubah, memang macam tu je la ekonomi keluarga. Nak harap bantuan kerajaan, oh tak payah la saya nak elaborate LOL!

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menambah pendapatan di rumah.

Thursday, December 4, 2014

Peluang part time business!


Assalamualaikum semua!

Saya kembali selepas sebulan mengeram haha! Mengeram plan dan mengatur strategi 2015. Kalau anda nak tahu apa plan, aha sudah tentulah plan nak tambah income. Saya ada plan untuk future top leaders dan high earner sepanjang 2015 untuk anda semua. Nak tau lebih lanjut, hubungi saya ok!

Sementara tu jom tengok video promo ni :)



Puteri Yusof 
016- 344 7727

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...