Tuesday, December 16, 2014

Suami wajib sediakan pembantu rumah untuk isteri?

Assalamualaikum semua,

Sejak minggu lepas, kesihatan saya semakin baik. Alhamdulillah, dah kurang sakit kepala, mual memang dah gone (I hope for GOOD!) dan selera makan semakin baik. Cakap pasal selera makan ni memang misteri. Sebulan lepas yang saya asyik muntah- muntah tu, rupanya berat tak berkurang pun haha! Siap naik 1 kilo lagi masa check up. Aiseh!

Kisahnya semalam bila badan rasa bertenaga, apa lagi, bermulalah proses mengemas rumah, yang dibiar terbengkalai sejak mabuk. Yang paling terbengkalai ialah BAJU- BAJU TAK BERLIPAT. Aiyoh ini kalau tak mabuk pun memang tak suka nak buat, apatah lagi dah sakit kan. Rasa nak sumbat semua bawah katil. Jadi semalam, seru melipat kain pun sampai. Saya off handphone dulu, hah kalau nak tau handphone ni lah punca kain tak berlipat sampai habis hahaha! Kejap2 nak tengok Instagram. Kejap2 nak check FB, eh nak tinggal komen lagi. Lagi best siap ambik gambar kain baju berlonggok nak bagi tau dunia- SAYA NAK LIPAT KAIN, DOAKAN SAYA! Hahaha tau sangat, jadi, puan- puan sekelian, please turn off your smart phone ok.


Jadi, saya buat plan nak attack bakul demi bakul. Selesai 3 bakul, saya attack yang menggunung atas katil. Selesai lipat, terus keluarkan arahan kepada suami, jom kita simpan baju masing- masing. Kalau tak simpan terus, memang tinggi risiko kain baju akan terungkai semula, back to square one. Akhir sekali attack all the other linens, tuala, cadar, selimut. Siap, simpan! So proud of myself *cium diri sendiri*.

But but but, rasa nak meraung bila tengok kat ampaian ada lagi bersidai tunggu nak kering. Kemudian eh ada lagi 2 bakul hasil kotoran travel ke Kota Bharu. Takpe, we can attack and win again sooooon! Hukkkk!

Dalam pada melipat kain tu, dah siap plan untuk hari ini pulak. Nak berus bilik air! Image barang- barang pencuci dan alat menyental siap terbayang dalam kepala. Buat mental note untuk berus bilik air pun memenatkan rupanya hahaha! So bangun je pagi tadi, terus kemas katil, tapi tersasar sikit, terus mengemas bilik anak- anak sekali. Adui celah sini ada toy, celah situ ada Lego. Kertas2 contengan lagi. Cepat- cepat tukarkan cadar dulu, kasi naik semangat. Kemudian panggil Aliyah & Adam, "Mari tolong Mama kemas bilik. Nanti baby nak guna jugak bilik ni, kenalah kemas" Wah menjadi gak taktik ni hahaha! Laju je diaorang tolong kemas, buang sampah, susun toys dan buku- buku. Alhamdulillah!

So breakfast ala kadar je, suamiku buat sandwich sardin, makan la sekeping. Kemudian saya meneruskan misi ke bilik air. Gosok punya gosok, berkilat! Puas hati. Lepas tu mandi pun sambil duduk sebab tak larat keletihan hahaha! Suami pulak vacuum dan mop lantai, jadi tak payah dah la nak buat yang tu pulak. Kalau tak, memang esok je la sambung nak vacuum bagai. Siap untuk hari ini. Petang nanti sambung melipat kain baju lagi hahahaha!

Dulu saya memang ambil daily maid, service Khawaja tu. Tapi makin hari makin hampeh kualiti. Bayar RM80, yang datang berdua, selama 2 jam. Ada masa tip top, ada masa aiyoh sakit mata nengok ada lagi daki tertinggal. Lepas tu ada sorang ni, kalau dia yang datang, suka benar tukar tempat letak barang2. Jenuh pulak ku mencari harta sendiri. Jadi dah lamaaaa tak panggil service ni. Ada jugak panggil cleaner yang kerja dalam condo ni, datang selepas kerja. Lipat kain saja. Tapi masaelah pulak sebab saya tak suka orang lain mengerjakan almari baju anak beranak. Banyak cekadak la kiranya saya ni. Jadi buat je sendiri sampai sakit pinggang hehehe.

Dan kami pernah juga ada pembantu rumah, tapi sekejap je. Dan memang saya tak berkenan la konsep live in maid. Maybe kalau ada banglo 12 bilik, dan maid ada rumah asing kat tepi banglo tu, ok la kot. Very telenovela haha!

Terfikir jugak saya, kalau saya masih bekerja, dah tentu tak sempat la nak hari- hari memikir celah mana nak cuci, baju mana nak lipat. Yang penting tempat tido je tak macam kubang badak. Dan sudah tentu saya takde cerewet sangat dengan cleaning service kot. Janji bersih je kan. Tapi masa masih bekerja, cerewet ke tak cerewet ke memang TAK MAMPU nak bayar pun. RM80 seminggu je, tapi itulah hakikatnya, TAK MAMPU. Itu belum nak panggil 2-3 kali seminggu kan? Jadi tanggung je lah, hanya cuci dan kemas rumah on weekends. Bergotong royonglah kami suami isteri.

Kalaulah saya boleh cadangkan suami- suami ni, allocate lah budget untuk service mencuci ni kalau isteri tu pun bekerja. Banyak sangat membantu, terutamanya daripada segi stress kepala otak isteri. Isteri kalau dah stress, entah apa- apa meresap dalam jiwa diaorang. Tup tup meletup, tuduh suami macam- macam kikikiki! Padahal punca rumah bersepah je pun, melarat- larat. AWAS!

Dan kalau suami pun takde budget, tak mampu jugak nak sediakan RM80 seminggu, kita sebagai wanita, cuba elak memendam rasa, sebab kena juga bertolak ansur. Kalau dah suami tak mampu, takkan nak paksa kan? Carilah jalan buat extra income apa yang patut. Kalau seminggu 3 kali ada service mencuci, at least kena ada budget dalam RM240 (ikut rate Khawaja ler, maybe ada lebih murah). Tak banyak pun tu kalau ada sumber income kedua masuk setiap bulan. Stress saja tak guna, kena cari jalan keluar. Lagi satu, makin kita stress, makin mudah dapat penyakit. Kalau dah sakit, rumah macam nak lingkup tak berkemas, ohoi lagi ler.

Jom jaga diri kita ok!

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah.


Opps sebelum tu jom baca ni. Saya share sini LINK article yang saya jumpa tadi. Best pulak baca point No.3 ni:

3. Terdapat beberapa riwayat yang menyatakan kehidupan harian Rasulullah SAW dan para sahabat sebagai suami dan isteri, yang masing-masing itu memberi khidmat dan bantu membantu antara satu sama lain; Rasulullah SAW dalam membantu dan menolong ahli keluarga Baginda telah dijadikan contoh tauladan oleh umat manusia. Baginda sebagai seorang Rasul sekaligus sebagai pemimpin negara tidak camah mata kepada ahli keluarga Baginda.

Ini terbukti dalam satu riwayat daripada Al-Aswat bin Yazid katanya yang maksudnya, “Aku bertanya kepada Aisyah: “Apa yang Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam kerjakan di rumah? Aisyah menjawab: “Baginda sentiasa melayani isterinya yakni membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Maka apabila masuk waktu sembahyang Bagindapun keluar untuk sembahyang (ke masjid).” (Hadis riwayat Al-Bukhari)


Hadis diatas disokong lagi oleh hadis-hadis lain yang menceritakan Baginda SAW sendiri membuat kerja-kerja rumah seperti menjahit baju, mencuci pakaian, menampal kasut, memerah susu dan lain-lain, sebagaimana riwayat daripada Hisyam bin ‘Urwah daripada seorang lelaki katanya yang maksudnya, “Aku bertanya kepada Aisyah: “Apa yang Nabi SAW kerjakan di rumahnya? Aisyah menjawab: “Baginda sendiri telah menjahit baju dan menmpal kasut atau seumpama ini.” (Hadis riwayat Ahmad) 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...