Assalamualaikum semua :)
Dalam tahun 2004, di Penang, saya pernah beli set pencuci muka, toner dan moisturizer Elken. Masa tu takde banyak duit, tapi dah nak sangat, beli jugak. Tak ingat berapa ratus harganya, tapi mahal la untuk orang yang hidup dengan elaun seorang tutor. Tu lah, kalau dah nak sangat, sanggup ikat perut. Kawan opis saya perli, amboi pencuci muka pun nak beli dengan company MLM ke? Nanti boleh la order beras, order spender, dapat point, dapat duit. Saya gelak je la sebab lawak juga tu hahaha! Habis je satu set tu, takde dah order sebab tak mampu.
Tahun 2005, di KL, kawan sekolah saya call. Nak datang rumah buat demo facial. Macam tau je kelemahan saya bab produk muka haha! Jadi saya setuju, lagipun memang kawan baik, boleh jugak bertanya khabar kisah masing- masing. Dia pun cuci muka saya dengan macam- macam produk CNI. Saya macam biasa, berkenan juga. Selepas facial dengan dia, saya beli 2-3 barang. Kemudian buat appointment untuk treatment di stokist CNI di Ampang. Memang bagus la dikerjakan dek budak tu muka saya. Korek habis jerawat, blackhead. Banyak jugak improved skin saya, sebab rajin sebulan sekali pergi service muka kat situ. Lama- lama, bajet lari, maka berhentilah saya dengan produk CNI.
Fast forward 2011, bermula pulak dengan Shaklee, sampai melarat- larat jadi distributor, sampailah naik rank Master Coordinator. Tapi saya bukan nak cerita tentang sejarah hidup saya dengan produk MLM. Tapi saya terfikir sesuatu, tentang apa yang kawan saya perli saya tu - semua nak order dengan company MLM sebab dapat point, dapat duit. Dan kawan saya yang buat CNI pun ada cakap, kalau kita beli Colgate kt Mydin, kita bayar, dapat Colgate saja. Tapi kalau kita beli ubat gigi CNI, dapat ubat gigi, dapat point, dapat bonus. Saya masa tu gelak je la, dalam hati "eh aku suka Colgate kot, watpe nak tuko ubat gigi lain? Sukati ler gigi aku".
Oh itu belum lagi beberapa produk lain yang saya cuba dengan Cosway, Avon, Tupperware. Hahaha dasar suka melayan katalog ler ni. Minggu lepas saya tengok Instagram kawan saya, dia guna ubat gigi Transfer Factor, daripada company MLM juga. Hah sapa kata semua orang suka Colgate?
Semalam saya replenish shampoo dan conditioner yang dah habis. Shampoo apa? Haih Shaklee ler! Saya replenish juga facial wash dan moisturizer. Jenama apa? Shaklee ler! Hahaha! Semua mak nenek ke Shaklee? Nampak gaya gitu lah, mujur Shaklee tak jual beras, kalau tak memang ku order juga.
Kenapa agaknya yer orang beralih arah daripada produk- produk di supermarket atau farmasi, kepada produk- produk MLM ni? Saya boleh buat 5 kesimpulan berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pemerhatian saya terhadap kawan- kawan yang lain.
1- Produk MLM bergantung kepada testimoni pengguna, bukan hanya marketing gimmick. Jadi kalau kawan kita kata, betul, ubat gigi ni hilangkan ngilu gigi, kita lebih percaya, berbanding model iklan yang gigit aiskrim dalam iklan Colgate di tv, betul tak? Sama juga dengan cream tumit Cosway yang saya beli masa bujang. Kawan saya kata, betul Kak, tengok tumit saya ni, live depan mata saya, tumit dia yang kasar kesat buruk tu, dan cantik mulus hahaha! Abes takkan nak tengok je, apa lagi, mesti odaaaaa. Sama jugak dengan produk Shaklee yang pertama saya guna untuk tambah susu badan. Bila kawan opis tengok botol susu dalam fridge opis tu berderet penuh, diaorang pun kelam kabut order. Sebab sah- sah diaorang tau tu memang susu saya bukan susu lembu kihkihkih!
2- Produk MLM beri peluang pengguna dapat bonus atau rebate dengan pembelian. Ini yang kawan saya usik tu. Spender pun order katalog kalau nak rebate ahahaha! Kalau sehelai sependa dapat RM2 rebate, why not? Hahaha! Anyway my point is, ada ruang untuk penjimatan bila kita ada peluang dapat bonus dengan pembelian. Sudah tentu setiap produk ada syarat tertentu, beli sekian- sekian barang, dapat bonus sekian- sekian. Sebab tu ramai orang suka beli kongsi dengan kawan- kawan, kutip order ramai- ramai, boleh la dapat rebate untuk pembelian sendiri. Kalau zaman remaja, gaduh- gaduh nak pakai ID sapa kahkahkah! Semua nak gincu Avon kan masa tu LOL!
3- Produk MLM yang established sudah ada kajian- kajian saintifik bagi meyakinkan pengguna. Bukan sekadar untuk meyakinkan, tapi sebenarnya untuk keselamatan kita juga. Terutamanya produk- produk kesihatan kulit dan rambut, terlalu banyak bahan kimia jika kita beli yang biasa di pasaran. Saya tidak pasti dengan produk MLM lain, tapi Shaklee melabur berbillion dollars untuk R&D bagi memastikan produk sentiasa selamat dan semulajadi. Shampoo dan pencuci muka yang saya guna pun tiada paraben. In fact kalau anak- anak nak pakai pun saya tak cuak sebab diperbuat daripada bunga- bunga dan tumbuhan saja. Tapi kena sorok la, habis diaorang kerjakan, sebab memang lembut terurus rambut dengan Prosante ni.
4- Produk MLM mementingkan feedback dan follow up. Kalau kita beli di kedai atau supermarket biasa, takde siapa buat follow up, sabun basuh tu ok ke, betul ke Colgate tu tak ngilu gigi dah? Tak mungkin sebab itu bukan sistemnya pun. Berlainan dengan produk MLM. Pengedar sangat suka bila kita beri feedback, samada baik atau buruk, mereka mahu tahu. Ini boleh membantu mereka memperbaiki lagi service dan produk masing- masing. Bila ada feedback yang baik, ia membantu pula promosi dan sharing mereka seterusnya. Jadi kalau anda beli produk daripada syarikat2 MLM, jangan la takut nak beri feedback. Dan jangan takut la kalau pengedar call nak berborak, bukannya diaorang nak paksa beli barang lain hahaha! Kalau pun kena paksa, just politely declince if you don't need it.
5- Produk MLM buka peluang pendapatan untuk pengguna setia. Contohnya saya sendiri, bila dah berpuas hati dengan supplements Shaklee, saya mula promote. Dan kerja promote jadi mudah sebab saya sendirilah pengguna, saya sendiri ada testimoni dan bukti. Dan yang jadi pelanggan awal pun semua kawan- kawan dan ahli keluarga. Diaorang pun tahu, saya takkan kelentong punya. Sebab tu dalam group Shaklee yang saya kenal, ramai accidental entrepreneurs, sebab semua bermula sebagai pengguna. Dan suka, promote pulak, eh dapat income pulak. Kemudian sedikit demi sedikit mula membina perniagaan secara lebih profesional. Pernah tak tengok dalam rancangan Nona beberapa tahun lepas, geng makcik- makcik Avon melancong ke luar negara, pastinya mereka juga bermula sebagai pengguna juga.
Ha menarik rupanya guna produk MLM ni kan? Saya harap perkongsian saya dapat membantu anda semua membuat pilihan dalam memilih produk yang sesuai, dan selamat untuk anda dan keluarga :)
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah.
2 comments:
Aku ingat ko promosi cleanser CNI, sampai aku pun beli..siap tonyoh muka kt depan aku tunjuk.bersih tak bersih takk..
Issit??? Kahkahkah jadi memang benar produk MLM ni mudah dijual lol
Post a Comment