Saturday, December 20, 2014

Saya pilih tingkatan 6 dan STPM yang tidak popular

Assalamualaikum semua :)

Semalam saya bertanyakan rakan- rakan di Facebook, jika mereka ambil STPM. Memang tak ramai, dan kebanyakan yang reply semua classmates saya juga! Yang lain- lain kebanyakan terus bekerja selepas SPM, masuk Matrikulasi, atau sambung Diploma atau sijil di kolej dan IPTA. Apatah lagi yang jauh lebih muda daripada saya, memang tak pandang STPM, lebih suka terus cari peluang sijil kemahiran dan diploma. Dengan peluang mudah untuk dapat loan PTPTN, lagi la orang tak consider nak sambung pakai uniform sekolah lagi 2 tahun haha!

Saya mengambil STPM di Kuala Kangsar, di SMK Raja Perempuan Kelsom, 1996-1997. Lama dah tu kan, dan ketika tu pun STPM menjadi pilihan terakhir. Semasa saya mendaftar masuk, ada hampir 30 orang, kemudian seorang demi seorang angkat kaki. Ada yang masuk UiTM, dan ramai juga yang masuk Maktab Perguruan. Akhirnya tinggal dalam 20- 22 orang saja. Dan terus terang saya katakan, perasaan LOSER dalam diri sangat menebal pada tahun pertama *nanges*

Result SPM saya tidak la corot, ada beberapa subjek saya dapat A2, dan subjek Math yang paling digeruni akan fail, pun dapat Credit 6 hahaha! Dan sepanjang tingkatan 5, yang saya mahu ialah menghabiskan semuanya, score pangkat 1, dengan aggregat bawah 20. Dan dapatlah pangkat 1, aggregat 19. Ngam- ngam bawah 20 ye tak. Kenapalah tak aim bawah 15 *nanges lagi*. Kemudian saya memohon TESL, tak ingat universiti mana, dan nama pun tersenari sebagai layak. Entah macam mana, bila saya check untuk kali kedua (masa tu takde online, kita check dengan telefon saja), "Maaf cik, nama cik digugurkan". Hoh? Gitu pulak hahaha! Masa tu takde terfikir pun nak rayuan ke apa ke, dah gugur katanya, ok lah. Life goes on. Saya terfikir jugak, kalau zaman sekarang ni, mungkin dah dibawa ke muka pengadilan Facebook dan menjadi viral. Hahaha! Life was simpler back then. I accepted it and moved on. Kecewa jugak, seminggu tak bercakap hahaha! Tapi setakat tu je lah, takde rasa suicidal ke apa.

Tapi dalam pada itu, saya apply juga Maktab Perguruan. Sebenarnya tak juga 100% berminat, tapi tekanan juga bila kawan- kawan sorang demi sorang berhenti tingkatan 6. Sempat pergi interview, sekali semasa 6 rendah, dan sekali semasa 6 atas. Dua- dua gagal. Takdir telah menentukan, saya kena pakai unform sekolah dengan kasut hitam selama 2 tahun. Selepas gagal kedua- dua interview itu, pendirian saya semakin kukuh, dan saya ambil keputusan untuk buat sehabis baik, mesti dapat 5 Principal, tidak boleh tidak. Ibaratnya jumpa jalan mati, kena kejar dengan rimau. Mesti bunuh rimau sebelum rimau bunuh saya.

Sebagaimana saya berasa loser semasa di Tingkatan 6 Rendah, begitu juga pandangan orang keliling kepada saya. Ramai kata STPM susah, takkan lepas punya, ramai yang berhenti half way, ramai tak dapat 5P. Yang saya kenal ambil STPM ada dalam 4-5 orang (ramai la tu) dan memang betul mereka tak dapat pun 5P! Teori itu sah seketika dalam diri saya. Tapi ada banyak faktor lain yang menyebabkan pandangan saya berubah, dan pengalaman dan kenangan Tingkatan 6 adalah antara yang sangat mahal dalam hidup saya.



(1) Pelajar tingkatan 6 dilayan seperti orang dewasa oleh guru- guru
Saya tidak pasti bagaimana pengalaman orang lain, tetapi di SMK Raja Perempuan Kelsom, kami dilayan dengan matang. Walaupun setahun saja beza dengan adik- adik Tingkatan 5, tapi kematangan kami menyebabkan guru- guru mengambil pendekatan yang lebih mesra. Bukan kata tak kena marah, tapi tidak sampai membuatkan kita menyampah dan berdendam. Subjek yang kami ambil juga memerlukan kami lebih banyak berbincang, dan berdebat, dan bukan sekadar mengadap peperiksaan dan ujian. Terutamanya dalam subjek sastera, tidak ada jawapan yang tepat A atau B. Jadi ia melatih kami berfikir lebih kritis (sastera bukan sekadar puitis rupanya, barulah saya tahu masa tu). Dan memandangkan kelas kami adalah kelas orang paling tua dalam sekolah, kami terpaksa berkelakuan lebih senonoh, walaupun taklah sampai jadi pelajar contoh haha! Dan saya sendiri, dah penat dengan rebellious years selama 5 tahun sebelum tu, I guess it's time to lay low and focus on what really matters - my education. Nothing else matter :)

(2) Pelajar tingkatan 6 diberi lebih peluang belajar tentang kepimpinan 
Lagi sekali, pengalaman tingkatan 1-5 sebelum itu, tidak langsung mencungkil bakat saya sebagai pemimpin. Mungkin sekolah- sekolah yang saya dulu tidak mementingkan bab itu, atau saya sangat sibuk menakal tak tentu hala, dan tidak ada siapa yang boleh beritahu saya "hoi berhenti menakal, kenali potensi diri tu". Semasa tingkatan 6, kami diberi peluang mengetuai kebanyakan kelab dan persatuan (sebab paling tua kot) dan yang paling saya suka bila dapat jadi Ketua Editor majalah sekolah. Tapi yang lawak, saya tengok adik saya di MRSM, tingkatan 4 dan 5 pun jadi Ketua Editor dah. Terus rasa loser balik hahaha! No la, I mean, with the right environment, and exposure, banyak benda boleh dicungkil di sekolah dengan lebih awal. But better late than never kan? Dan antara yang manis juga, kami bersepakat dengan cikgu bahasa, untuk ajar junior tingkatan 1, belajar membaca. Ramai lagi tak boleh membaca walaupun dah tingkatan 1, dan kami memang enjoy mengajar adik- adik ini.

(3) Bila tiada pilihan, kita pasti buat yang terbaik 
Ini pengajaran terpenting sepanjang saya berada di tingkatan 6. Saya tidak beri pilihan lain kepada diri sendiri, sebaliknya WAJIB MASUK UNIVERSITI DENGAN 5 PRINSIPAL. Saya tak boleh fikir benda lain dah masa tu. Saya tidak ada keinginan untuk membuktikan pada siapa- siapa pun (walaupun ramai yang kata susah nak berjaya dalam STPM), tapi prinsip yang saya pegang ketika itu simply "die die must 5P or die" hahaha! Jadi kalau dah begitu sekali prinsip, memang tak rehat la. Selepas sekolah, ada hari- hati tertentu kami buat group study, ikut topik masing- masing. Balik rumah, saya akan sambung study lagi, sebelah petang. Dan saya akan stay up sampai 1-2 pagi, study lagi. Saya tak ada tuisyen masa tu, tak pasti ada ke tidak kelas tuisyen tingkatan 6 untuk kelas sastera.  Yang menjadi rujukan tetap pastilah guru- guru samada di dalam kelas atau lepas waktu sekolah.

(4) Azam yang kuat, boleh buat kita jadi "pekak"
Selain daripada rakan sekelas dan guru- guru, dan ibubapa saya, tidak banyak sokongan dan dorongan yang saya terima daripada orang lain. Saya pun tak kenal ramai senior yang ambil STPM, dan result mereka pun tidak lah begitu hebat. Jadi mereka sendiri tidak yakin untuk memotivasikan saya. Mungkin mereka juga rasa ianya jalan mati, mungkin. Jadi, hadap sajalah komen- komen yang boleh meruntuhkan semangat, dan berlatih jadi "pekak". Adakalanya Mak saya sendiri terpengaruh, "Pakcik tu kata susah STPM ni, ramai tak lepas, camane kamu ni nanti?" Saya gelak je la, sebab Pakcik tu pun tak penah ambil STPM hahaha! Termasuk lah si polan sini, si polan sana, boleh dengar tapi tak boleh dilayan.

(5) Tidak ada pengalaman yang serupa
Life is what we make out of it. Kalau saya kata, saya enjoy sangat dengan pengalaman di Tingkatan 6, kawan- kawan sekelas yang lagi 20 orang tu, mungkin ada pendapat berbeza. Kerana mereka mungkin lebih enjoy semasa tingkatan 1, atau tingkatan 5. Berbeza dengan saya. Mengharungi tingkatan 1-5 adalah masa yang agak memeritkan. Hanya sekadar mahu lulus exam dan masa dipenuhi dengan usaha mengenali diri tanpa banyak panduan. Ia benar- benar mengajar saya untuk menghargai peluang di tingkatan 6. Saya seronok belajar, saya seronok pergi sekolah, saya seronok buat homework, saya seronok merancang aktiviti sekolah. Sesuatu yang tak pernah saya kecapi semasa di tingkatan 1-5. Alhamdulillah, saya diberi peluang juga untuk berseronok belajar. 2 tahun pun jadilah, syukur Allah beri peluang kepada saya.

Saya berjaya dapat 5 Prinsipal, dan dengan point yang tinggi, saya dapat A untuk subjek Sejarah dan Sastera (ulat buku sangat). Yang lain- lain saya dapat B dan C. Saya berkira- kira untuk sambung buat law di UKM, tapi saya tukar buat Social Sciences di USM. Sebab tukar, paling cincai, saya tanak jauh dengan family. Penang- Kuala Kangsar lebih dekat banding KL- Kuala Kangsar hahaha! Simple kan?

SAYA SUKA INFO DI WEBSITE INI TENTANG STPM 

Sekarang ini saya tidak boleh nak beri nasihat tentang subjek STPM, sebab ada banyak juga subjek dan pilihan yang baru. Ada kelas commerce? dan ada exam MUET juga. In fact, in term of higher education, I cannot offer much advice lah. Whatever you choose, make the best out of it, that's all. Oh musim raya yang lepas, saya sempat beraya di rumah guru kelas saya, Cikgu Lutfi, terharu bila dia beritahu suami saya "Ni budak pandai ni!" Hahaha pada saya, bukan pandai sangat, tapi serik sangat kot, terpaksa jadi pandai. Ramai lagi cikgu yang sangat berjasa pada kami, Cikgu Mus, Cikgu Fauziah, Allahyarmah Cikgu Raja, Mrs. Lim. Hmmm ada lagi ni, tak boleh nak ingat now.

Oh remember, learn how to make some money along at the way too, it might save you from the heavy student debt in the future. This, I can show you how ;)

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang jana pendapatan di rumah. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...