Monday, December 22, 2014

Suami tak sokong bisnes anda?

Assalamualaikum semua :)

Topik yang paling popular setiap kali saya berjumpa dengan rakan bisnes, dan juga anak buah bisnes sendiri. Baik berjumpa secara santai, mahupun semasa di kelas- kelas kami. Memang ramai suka bertanya isu ini, baik yang suami, baik yang isteri. Masing- masing mahu tips;

"Suami saya tak setuju saya bisnes Shaklee"

"Suami saya gelak saja tengok bonus saya sedikit"

"Suami tak tanya apa- apa pun pasal bisnes"

"Suami saya, setuju pun tidak, larang pun tidak" 

Baru- baru ni semasa kelas Start Bright Series, di Kota Bharu, salah seorang suami kepada leader dalam group kami ada membuat sedikit perkongsian, tentang bagaimana dia beri sokongan kepada isteri. Paling awal sekali, dia belikan Samsung tab, untuk memudahkan isteri buat promosi di Facebook, dan juga mudah untuk berhubung dengan customer dan ahli group yang lain. Bukan itu saja, kadang- kadang bila isteri tak sempat, dia sendiri membuat iklan dan promosi di Facebook. Lebih canggih, kadang- kadang dia pun turut beri tips dan motivasi kepada ahli group dalam WhatsApp. Itu tak termasuk lagi jadi runner pegi hantar order, pergi pos office dan lain- lain. Alolololo bertuah badan kan? Alhamdulillah Alhamdulillah. Mesti ada yang terfikir;

"Patut lah isteri dia boleh berjaya, ada suami macam tu. Aku ni tak ke mana lah jawabnya, suami dah la tak ambik kisah pasal bisnes, lagi "menganjeng" ada laaa..."

OH NO! STOP! Jangan sabotaj diri sendiri dengan pemikiran sebegini!

1- Suami/ lelaki adakalanya tidak pandai nak menunjuk sokongan
Kena terima hakikat, ada jenis suami bukan jenis pong pang pong pang, bagaikan pemidato hebat dan pasukan sorak Ultras, atau jenis buat "victory dance" setiap kali isteri dapat order atau dapat downline. Kalau dah bertahun- tahun berkawen, memang suami jenis tak banyak cakap, atau tak reti nak tunjuk romantik dan sokongan, takkan tiba- tiba selepas join bisnes, suami akan berubah pula. Yang penting, dia tak halang kita bisnes online (ada yang tak jadi bisnes sebab suami larang ber-Facebook/ ber-blogging) dan tak kisah jika mata lebih banyak ke screen handphone berbanding ke muka dia hehehe! Jadi tak payah juga banding suami kita dengan suami orang. Huih bahaya!

2- Susun jadual berbisnes dan menguruskan rumahtangga dengan lebih baik
Ada beberapa perkara yang saya belajar ketika mula- mula berbisnes. Memang kelam kabut, maklumlah kita pun kena pegi kerja juga, balik rumah anak- anak lagi melekat. Masa tu customer pun semakin ramai, kita mahu beri layanan terbaik. Akibatnya suami muncung sedepa, nampak macam kita tak cekap, melebihkan bisnes berbanding keluarga. Dan kita pula defensive sebab kita rasa kita buat semua ni untuk kesenangan keluarga juga. Jika ini berlaku, take 1-2 steps back and reflect. Lihat berapa jam kita habiskan dengan baik hanya untuk bisnes. Lihat berapa lama masa kita ambil sekadar borak kosong di WhatsApp dan bukan melakukan sesuatu yang membina bisnes kita. Mungkin boleh baca tips tentang Kelab 5 Pagi juga.

3- Pastikan ada komunikasi tentang bisnes dengan suami
Jangan simpan sorang- sorang kalau dah dapat customer baru. Jangan simpan sorang- sorang bila dapat bonus (sikit ke banyak ke kena la share happiness). Cerita lah sikit- sikit tentang group kita tu. Tanya pendapat suami apa yang boleh kita buat untuk memajukan lagi bisnes. Jangan terlalu ego menganggap kita tahu semua. Hakikatnya suami juga ada pendapat sendiri, dan kita kenalah ambil masa untuk dengar. Nak guna ke tidak pendapat dia tu, itu belakang cerita ehehehe!

4- Gunakan kekuatan doa kita sebagai isteri dan ibu
Ini paling powerful. Lebih power daripada heart to heart session ke, lebih power dari guna duit bonus belanja suami. Jangan lupa berdoa setiap hari, supaya Allah lembutkan hati suami untuk memberi lebih sokongan kepada kita. Ikhlaskan hati sendiri untuk melakukan bisnes sebagai usaha meningkatkan ekonomi keluarga. Korbankan waktu tido dan waktu rehat untuk lebih berdoa. Ada macam- macam tips melembutkan hati pasangan melalui doa dan amalan- amalan solat sunat dan sebagainya. Semua ini kita boleh amalkan. Kalau dah Allah sentuh hati suami kita, sepertimana yang kita doakan, semua boleh setel!

5- Suami yang sokong suam- suam atau yang buat tak tau adalah pembakar semangat
Point yang ini mungkin agak pedas, tapi saya kenal juga isteri- isteri yang dapat sokongan 200%, tidak pun begitu maju bisnes mereka. Adakalanya pressure itu perlu, adakalanya tukang bakar itu perlu. Kalau all the time suami kata "takpe lah ayang....ayang dah buat yang terbaik....cuba lagi yer..." tick tock tick tock dah 12 bulan tang situ juga sebab ayang rasa dah terbaik dah. Kalau dapat pula kena kutuk, ada jenis 100% takde selindung macam suamiku "you tak boleh macam ni, salah cara fikir ni, blablablabla" pedih masuk jantung pastu merebak ke ginjal hahaha! Hah menangis sampai pagi, bengkak mata. Esoknya bangun, buat balik, WHATEVER IT TAKES TO SUCCEED. Bukan lagi sekadar buat yang terbaik.

Tips: Pastikan anda ada jurnal kesyukuran yang ditulis setiap hari,
dan sebut juga yang baik- baik untuk suami kita. 

Apa-apapun, semua bergantung kepada diri kita sendiri. Yang perlu berubah, pada kebanyakan masa bukanlah suami kita, sebaliknya kita sendiri. Percayalah, susah manusia nak berubah demi manusia yang lain, termasuklah pasangan kita. Tahun pertama saya mulakan bisnes, ada juga terasa hati dengan suami, nak mintak tolong hantar order pun takut- takut. Walaupun dia buat, tapi muka masam mencuka lahai. Maklumlah customer nak jam- jam tu jugak, yang kena harung jem bukan saya, tapi dia. Sampai naik rank Coordinator pun tak banyak saya share dengan suami. Buat je apa patut, kalau mood baik, saya cerita. Kalau mood tak baik, dapat je bonus bawak keluarga makan- makan dan belikan barang kegemaran dia. Yang penting pada saya masa tu, selagi dia tak kata "STOP, I TAK REDHA" itu dah cukup baik.

Nasihat saya....

"Anda tak perlu sokongan suami 100%, 
tapi pastikan dapat 100% redha suami"

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

4 comments:

Capt Pepatung said...

Wah..entry yg sangat menarik.. dan terkesan pd saya..
Salam ukhwah..keep it up..
http://captainpepatung.blogspot.com

aliyahaznin said...

terima kasih :)

::EIDA:: said...

ida tak biss shaklee tapi ida pengguna shaklee. shaklee mmg terbaik!

aliyahaznin said...

thank you Eida, pilihan bijak :))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...