Sepanjang saya menyusukan Aliyah selama 15 bulan, pam inilah teman setia ke hulu ke hilir diusung. Paling jauh saya angkut pam ni adalah semasa outstation di Banda Aceh. Untuk persiapan melahirkan Adam, saya lebih kiasu, nak yang lebih baik, dan telah melihat betapa syoknya sahabat baik saya menggunakan pam Medela Freestyle. Lama juga saya mengidam, dan akhirnya saya nekad dan membeli seketul Medela Freestyle. Hari ini saya nak buat review sikit pasal pam Avent Manual.
Parts Avent Manual mudah dipasang (pada saya la). Ia mempunyai 6 bahagian yang perlu dipasang- star valve, handle, cushion funnel, botol, getah-bulat-dekat-handle-tatau-nama-apa dan handle. Saya boleh memasang kesemua bahagian termasuk botol dalam masa kurang dari seminit (mula2 dulu maybe lama sikit sebab asek letak part terbalik). Walaupun nampak kompleks, sebenarnya tak pun! Semudahnya memasang bateri ke dalam torchlight hehehe..
Saya suka kerana:
- Botol Avent boleh juga dijadikan storage untuk EBM. Yang saya suka ialah selepas selesai mengepam, saya boleh terus tutup botol dan simpan dalam freezer. Tak perlu transfer ke dalam botol atau plastic liner yang lain. Pantas!
- Pam Avent Manual ada massage cushion yang SANGAT COMFY!! Verrrryy comfy sebab getahnya lembut dan tidak menyakitkan kulit. Cushion ni ada petal shape yang dapat menggalakkan let down juga. Suka sangat sebab Medela FS takde secomfy itu malah buleh mencederakan kalau pakai yang jenis plastik yang keras (saya punya jenis lembut, tapi tak selembut Avent massage cushion).
- Pam ni juga ada funnel cover, yang boleh juga jadi base untuk botol. Selepas pam, kalau malas nak basuh, tutup funnel dengan cover, simpan aje dalam fridge. Next round nak pam, tak payah basuh pun, boleh sambung mengepam (sesuai untuk orang malas- macam saya).
- Pam ini sangat handy dan boleh sumbat je dalam bag (bag mak- mak kan besar talam). Kalau cooler bag besar, boleh masukkan pam ni sekali, dengan menceraikan bahagian-bahagian pam itu.
- Disebabkan pam ini adalah manual, kita boleh control samada nak pam secara berhemah, lemah lembut atau secara pukal (haha) iaitu dengan laju- laju. Kalau ada sore nipple atau terluka, pam manual lebih baik supaya tidak memudaratkan nipple dengan lebih teruk lagi.
- Masalah (kecil) pada saya dengan part Avent Manual pasal star valve kecik itu selalu hilang kerana ia adalah kecik. Pernah hampir terbolos dalam lubang sink, hilang dalam bag dll. Jangan bimbang, masalah ini boleh diatasi; selepas basuh pam, terus pasangkan valve kecik itu. Jangan cuba untuk keringkan berasingan, hilanglah jawabnya! Sekarang ni star valve dah diganti dengan valve jenis lain (tak perlu ganti pam, valve tu boleh guna untuk pam yang sama). OK MUNGKIN VALVE TU TAK BERMASALAH, SAYA YANG BERMASALAH KERANA CUAI hehehe...
- Selain itu maybe masalah kedua ialah usaha membersihkan leher (?) pam boleh menjadi sukar jika tidak menggunakan berus (botol baby) yang tirus. Memang kena bersungguh sikit untuk bersihkan bahagian tu, kalau tidak boleh berkerak dengan lebihan susu.
Harga pasaran berbeza- beza, last time saya checked harganya sekitar RM280- RM290. Sekarang ni semua pam avent ni adalah BPA free.