Saya seorang yang gilakan Google, semua benda pun saya Google! Bermula saja kehamilan, segala benda saya Google, termasuklah hal set bersalin. Gila sangat banyak pilihan, sangat gila banyak reviews dan testimonials, semuanya bagus-bagus belaka (kalau baca testimoni lah!)
Sebabkan dah terlalu banyak pilihan, saya pilih yang paling senang, set yang SEMUA ada, dari bengkung hinggalah ke minyak urut ke minyak baby ke pil2 herba. Tapi set paling senang (pada saya ketika itu) bukanlah yang paling murah! Tapi takpe, untuk pengalaman pertama, semua kena perfect dan complete :p
Saya tidak habis menggunakan set tersebut atas sebab2 paling utama iaitu saya bersalin secara ceasarian, nak berjalan ke tandas pun mcm siput, lepas sebulan baru badan rasa sedikit kuat, barulah terkial2 nak habiskan pil, pilis whatnot. Sebab utama kedua ialah, saya lebih rela meng-qada tidur daripada meneliti set tersebut. Sebab ketiga, pil herba tidak sesuai dengan saya, mungkin terlalu panas, badan jadi miang dan gatal- gatal! Dan tiada kesan yang significant terhadap tenaga yang saya perlukan untuk bangun malam menyusukan anak! Mujur ada mak yang sanggup take turn, selesai saya susukan baby, mak tolong tidokan pulak.
Apabila saya pregnant anak kedua, mak dah siap pesan, jangan beli pil herba, sila lah cari vitamins saja (mungkin dia suspect kena bergilir- gilir berjaga malam lagi kot haha). Sebagai anak yang taat, saya pun Google lagi lah! Dan saya telah mencuba Shaklee. Rupa- rupanya, ada perkara yang tak disangka berlaku menjelang kelahiran anak kedua saya, dan saya akui vitamin pilihan saya kali ini banyak membantu saya menguruskan proses dalam pantang (juga selepas bersalin ceasar). Do stay tune :)
No comments:
Post a Comment