Sunday, November 6, 2011

Pandangan pertama :)

Akaun blogger saya ni dah wujud sejak tahun 2007 lagi. Kali terakhir saya menulis mungkin sekitar tahun 2009. Selepas berkahwin, mood nak menulis tentang rutin seharian (kebanyakan entries masa tu macam diary je pun) semakin berkurangan. Selepas anak pertama lahir, langsung tak ada lagi mood!

Menjelang penghujung 2011, saya fikir, saya perlukan project baru (selain project2 bertimbun di office) untuk memberi kepelbagaian dalam jaringan otak seharian (macam tak cukup pula segala macam yang perlu difikir sehari2 :p).

Jadi, inilah dia project terbaru saya; ulasan dan pandangan tentang product yang saya percaya berkhasiat dan berguna, dikongsi di blog pula (tak puas bercerita dengan kawan-kawan, saya nak cerita pada future kawan-kawan baru (mungkin) dan sesiapa saja yang tersesat ke blog ini :)

P.S: Mungkin juga saya akan bercerita tentang perkara yang tiada langsung dengan products tersebut, di entry2 yang berbeza (terlalu banyak idea kadang2).

Selamat membaca!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...