Sunday, November 6, 2011

3 sebab saya suka sangat Ostematrix

Ostematrix adalah pil calcium Shaklee yang saya ambil ketika dalam pantang dan selepas itu juga. Berikut adalah 3 sebab saya suka sangat Ostematrix:

1- Saya bertenaga ketika bangun malam; setiap 2-3 jam untuk menyusukan bayi. Oh, ibu-ibu mesti tau kan, bayi baru lahir ni, mula- mula dia lapar nak susu, kemudian sambil- sambil tu dia rasa nak berak pula, kemudian dia lapar semula, kadang- kadang boleh juga overflow sebab banyak sangat susu, muak/ muntah pula. Bangun pukul 2 pagi, tido balik mungkin 4 pagi! Dengan adanya tenaga, takde lah hati rasa panas sangat tengok orang lain (suami la tu haha) sedap tido!

2- Saya cuma berketinggian 150cm (sebenarnya 149cm je, dalam borang saya tambah 1 cm lagi), dengan berat sekitar 48-52kg (tengok musim hehe). Tau tak yang wanita (dan lelaki) berbadan kecil lebih terdedah kepada osteoperosis? Dah la kecik, tulang plak senang reput. Jadinya, calcium tambahan adalah sangat penting untuk saya (dan anda juga yang kecik molek).

3- Susu bukan minuman kegemaran saya, walaupun saya akui susu adalah sumber calcium paling mudah didapati. Walaupun saya minum susu hampir setiap hari semasa mengandungkan Adam (sebab tak selera makan nasi, minum susu untuk kenyang), doktor beri juga pil calcium tambahan. Sekarang ni, dengan aktiviti mengepam di tempat kerja, dan saya tidak lagi minum susu setiap hari, Ostematrix menjadi pilihan kerana ianya mudah, cepat dan mengandungi cukup calcium yang saya perlukan!

Disclaimer: Ini adalah pengalaman peribadi saya, mungkin berbeza dengan orang lain. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sekiranya mempunyai sebarang kondisi kesihatan yang serius sebelum mengambil vitamin2 ini.  Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut pengalaman saya menggunakan product ini, boleh email puteriyusof@gmail.com 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...