Sunday, November 20, 2011

lagi sebab kenapa saya *heart* ostematrix!

pernah tak terfikir, kita, ibu-ibu, mak- mak, TIDAK SESUAI untuk sakit walaupun dalam sehari dua? kalau boleh, nak sihat tip top sentiasa, supaya rumah sentiasa kemas dan bersih, anak sentiasa kenyang dan gembira. dan...kena pergi office pulak tu!  

semalam, bila dah hampir tengah hari, badan saya rasa tak sedap. lenguh- lenguh, macam rasa nak kena flu. tak lama kemudian, kepala pun pening, seperti kena mild sinus. saya kuatkan juga, mengemas rumah, menyudahkan kain- kain yang setimbun perlu dilipat. akhirnya, menjelang pukul 5 petang, saya dah tak larat lagi. kebetulan anak- anak sedang lena tidur (dengan bapaknya sekali), saya ambil kesempatan untuk berehat. saya fikir, jika tak rehat sekarang, tentu akan melarat hingga malam dan esok! saya telan sebiji vitamin C, cuba memejamkan mata. alhamdullilah, saya dapat tidur sehingga 6.30 petang. saya bangun apabila dua-dua anak bangun dan merengek minta perhatian.

bila bangun, kepala tidak begitu pening, walaupun masih ada sisa- sisa. kami perlu keluar selepas mahgrib untuk ke rumah kawan. kemudian, datang pula hal lain. pinggang dan kaki saya, lenguh- lenguh pula! aiyayaya! kalau tak sebabkan dah berjanji, saya malas betul nak keluar. dikuatkan juga, kami keluar, dan pulang ke rumah sekitar 10.30 malam. kebetulan adam dalam mood yang baik, dah kenyang menyusu, tapi masih tidak mahu tidur. saya biarkan dia membebel di sebelah, dan saya cuba berehat. pelik sungguh kenapa pinggang dan kaki saya lenguh-lenguh, terasa macam tua sangat! saya bangun dan ambil 2 biji ostematrix kemudian saya susukan adam dan kami semua tidur. bila saya terjaga sekitar 1 pagi untuk menyusukan adam, saya dah berasa segar, lenguh- lenguh pun dah hilang. alhamdulillah.

pagi ni, saya dah temui sebab kenapa saya lenguh- lenguh semalam. saya tidur atas lantai petang semalam, tak sempat nak ke katil elok- elok, terbongkang depan tv! dan semalam saya juga berjaya mengumpul 8oz susu (dua kali mengepam malam dan pagi tadi) dengan mengambil tambahan pil calcium. tapi ini cerita lain :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...