saya sedang membaca buku tony buzan: brain child, how smart parents make smart kids. saya beli buku ini ketika mengandungkan aliyah. saya tak pasti samada contengan di muka surat depan buku ini adalah tandatangan asli tony buzan atau tidak, tapi ada satu tandatangan dieja seperti Tony! itu tak penting kan, yang penting saya nak kongsi satu topik menarik dalam buku ini.
satu perkara yang saya tahu, jika kita nak membaca dan mengambil manfaat daripada buku- buku begini, kita tidak boleh baca sekali, khatam, dan susun semula di almari buku. kita mesti sekali sekala menjenguk mana- mana topik yang menarik dan relevan, supaya dapat diaplikasikan. baru lah berbaloi membeli (buku pun mahal sangat kan).
ok, kita lihat apa yang uncle tony tulis tentang "expressing emotion".
perasan tak, bila orang sebut tentang emosi atau keadaan beremosi, kita suka nak mengaitkan dengan perkara yang negatif dan tidak dialu-alukan. sekarang ni siap ada term baru pulak; EMO! pernah tak orang memuji dengan berkata "wah, awak sangat emo lah! bagus! teruskan!". takde ok!
begitu juga tanggapan kita terhadap anak- anak. kita sering memberi fokus yang lebih kepada emosi anak- anak seperti marah, kecewa, merajuk, degil dan macam- macam lagi. macam aliyah sekarang ni, suka sangat guna perkatan NO, TANAK, TAK BOLEH! dan kami kadang- kadang terkeluar lah perkataan isk MELAWAN lah dia ni!
padahal, adalah lebih baik jika kita fokus kepada emosi positif. tukarkan tanggapan anak itu melawan, kerana asyik membantah arahan kita, kepada persepsi yang anak itu mungkin sedang cuba nak mengusik mak bapak (yang MashaAllah penat gila balik kerja!); aliyah suka senyum senget bila cakap tak nak! mengusik lah tu!
anak- anak perlu melepaskan emosi mereka sebagai satu mekanisme semulajadi badan melawan tekanan. seperti juga perkembangan fizikal, emosi anak- anak perlu berkembang secara maksimum dari segi kekuatan dan fleksibiliti. anak- anak kecil perlu diberi ruang untuk melepaskan emosi mereka; menangislah bila sakit atau sakit hati, menjeritlah bila kecewa atau hilang sabar. emosi- emosi sebegini takkan mencederakan siapa- siapa pun! mungkin bingit telinga aje lah :)
apabila mereka semakin membesar dan matang, ibubapa mesti ambil kesempatan untuk menerangkan yang upper brain (left and right cortex, tempat kita fikir hal2 intelectual & objectives) boleh "pujuk" lower brain (kat situ la emosi kita berumahtangga). luahan emosi yang tidak sesuai, perlu dipujuk dan ditenangkan, kedua- dua intelek dan emosi boleh mencapai kata sepakat!
saya dah boleh bayangkan, bila aliyah dah besar sedikit, bila dia beremosi, saya nak cakap "aliyah, cuba letak tangan di upper brain kamu, dan fikir patut ke tak patut marah- marah macam ni?" cewah.
oh, jangan lupa, ekspresi kan emosi anda (yang positif) di depan anak- anak, apa yang kita luahkan, akan meresap dan membentuk emosi positif anak- anak. dan, kawan- kawan kita pun mesti yang positif juga, kawan- kawan mama yang sugul, muncung, kuat merungut, jangan dibawak bersosial dengan anak- anak la, berjangkit nanti!
No comments:
Post a Comment