kelakar pulak hari ni, rakan di ofis gelarkan saya mama naturel. saya mengadu pening kepala (sebab tak pakai spek, tertinggal di rumah mertua), dia sarankan saya ambil panadol. saya menolak, saya kata saya jarang ambil panadol, saya akan tahan saja. terus dapat gelaran mama naturel haha! minggu lepas staff saya gelar saya miss vitamin. haha! mana tidaknya, setiap kali mereka resah gelisah stress, saya bergurau "you need vitamin B, quite a lot!"
bercakap tentang vitamin, saya memang tidak ada masalah yang besar untuk yakin dengan keperluan vitamin, kerana secara logiknya, mencegah adalah lebih baik dari mengubati. cuma yang agak mencabar bagi saya ialah untuk ada istiqamah. kejap makan, kejap tak.
tapi itu dulu.
sekarang saya ada sebab yang lebih kuat. saya ada adam yang perlukan khasiat susu ibu (selama 2 tahun, InshaAllah) dan saya ada aliyah, yang perlukan saya berlari, melompat, dan sentiasa tip top dan bersedia untuk memenuhi keperluannya. dan sudah tentulah saya ada suami, yang juga perlu diuruskan (mujurlah dia rajin iron baju sendiri). contohnya malam ini. dalam perjalanan pulang ke rumah, saya bertanyakan kepada aliyah,
"aliyah nak makan nasi atau roti?"
"aliyah nak nasi"
"ok, nasi dengan apa?"
"chicken soup!"
"ok, mama janji dalam pukul 8.30,aliyah boleh makan nasi & chicken soup"
kemudian perkara-perkara berikut berlaku mengikut turutan:
sampai rumah-simpan EBM-defrost ayam-masak nasi- solat maghrib-susukan adam-sediakan bahan masak-sempat masukkan baju kotor dalam mesin-masak chicken soup- suap aliyah-selesai (selesai setakat makan malam aliyah la, ada banyak lagi tu nak siapkan). alhamdulillah, memang 8.30 malam, aliyah dapat makan malam; nasi & chicken soup.
sebab itu saya perlukan tenaga, yang kemudian menjadikan saya bersemangat untuk memenuhi keperluan anak- anak dan keluarga. setakat ini, untuk keperluan penyusuan, saya mengambil vitamin C, b-complex, alfalfa, energizing soy protein powder dan osteomatrix (calcium, magnesium, vitamin D, etc). bonus kepada pengambilan vitamin- vitamin ini, saya dapati kulit muka semakin baik (jerawat meletup2 selepas saya ambil alfalfa tapi tidak cukup minum air selepas pantang dulu), saya belum lagi jatuh sakit walaupun jadual seharian sangat padat dan memenatkan, saya mampu berjaga malam untuk mengepam lagi sebelum tidur, update blog, membaca di online dan enjoy membaca buku kegemaran saya. oh dan saya bangun lagi pagi- pagi untuk mengepam sebelum bersiap- siap pergi kerja.
apa yang buat saya lebih rileks juga ialah bila saya fikir, OK mungkin hari ini susu tak sebanyak semalam (kan sebab utama mulanya mengambil vitamin untuk breastfeeding saja), tapi saya tahu badan saya sihat, kulit muka dah makin baik, tulang saya sedang diperkuatkan dan setiap pagi saya pasti lawas ber*k! hoyeah!!
alhamdullilah...!!
No comments:
Post a Comment