Monday, November 14, 2011

Aliyah, saya belajar daripadanya...

Aliyah adalah anak sulung saya, dan saya belajar banyak perkara tentang penyusuan bersama- sama Aliyah. Dengan serba sedikit ilmu dan pengalaman, saya dapat menyusukan Aliyah secara eksklusif selama 15 bulan. Saya masih rasa berhutang dengan Aliyah sebanyak 9 bulan : (

Selepas Aliyah berusia 15 bulan, saya memperkenalkan formula untuk Aliyah, dan berhenti mengepam di office. Pulang dari office, saya tidak offer pada Aliyah kerana saya tidak mahu dia tertekan jika kemudian hari saya tidak lagi mempunyai susu. Tidak saya sedari yang saya masih boleh menyusukan Aliyah sebelah malam saja! Haih, saya masih sedih jika saya fikirkan hal ini sekarang. Aliyah pula bukan jenis yang suka sangat bergayut jika dia tidak lapar. Agak jarang dia mencari susu saya sekadar untuk comfort. Mungkin pada Aliyah, susu mama tidak lebih seperti pantry hahaha! Untuk comfort, Aliyah lebih suka dipeluk, diriba sambil dia bermain dengan rantai leher saya. Akhirnya proses penyusuan kami berakhir begitu saja, Alhamdulilah tanpa sebarang masalah besar. Saya teringat pernah terbaca, penyusuan adalah persetujuan bersama (anak & ibu); jika kedua-duanya masih setuju untuk meneruskan, kenapa perlu berhenti, dan sekiranya kedua- dua telah bersetuju untuk berhenti, janganlah dipaksa. Mungkin ada yang bersetuju, mungkin tidak. 

Bila Adam lahir, Aliyah begitu observant dengan aktiviti penyusuan saya. Saya cuba bertanya, jika dia mahu susu saya. Aliyah sangat freak out bila di-offer, dia akan menjerit “Aliyah tanak!! Aliyah minum susu botol!!” atau “Itu susu Adam!!!” Kelakar pun ada, sedih pun ada sebab Aliyah tak ingat masa kami bersama- sama mengharungi zaman2 penyusuan dulu.

Saya mempunyai impian yang besar ingin menyusukan Adam sehingga 2 tahun. Dengan ilmu dan skill (dah pandai marmet ok) yang bertambah, saya harap saya akan berjaya. Dan saya tetap terhutang budi dengan Aliyah yang mengajar saya banyak perkara tentang penyusuan. 

3 comments:

toughcookie said...

I feel so touched by this post. Don't be too hard on yourself though it might be too easy for me to say it. At least she had 15 months. Hang in there!

Fara said...

suuuka sgt entry ni!

penyusuan adalah persetujuan bersama (anak & ibu); jika kedua-duanya masih setuju untuk meneruskan, kenapa perlu berhenti, dan sekiranya kedua- dua telah bersetuju untuk berhenti, janganlah dipaksa.

sedih plak..

Puteri said...

tq toughcookee & fara for reading :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...