Kalau anda seorang ibu yang menyusu bayi secara tegar, mesti dah cuba pelbagai milk booster kan! Masa saya menyusukan Aliyah, segala macam milk booster saya cuba, tetapi hanya yang natural la, saya belum pernah guna pil yang doctor bagi lagi. Ni lah senarai milk booster yang pernah saya cuba:
Homemade soya drink
Hampir setiap pagi saya akan beli homemade soya yang dijual di gerai berhampiran office. Ada masa terbeli soya masam, mungkin recycle semalam punya. Ada masa soya ni berkesan, ada masa, macam takde apa2 perbezaan. Rating: 5/10
Hot chocolate (hanya yang Starbucks punya)
Satu hari saya teringin hot chocolate Starbucks. Saya pun beli dan minum, tak pasal- pasal terasa engorge immediately dan kena balik rumah mengepam! Crazy rite. Itu je la sekali saya cuba, saya tak penah buat hot chocolate di rumah, bukan kegemaran pun! Rating: 10/10 (kesan ketika itu) Cubalah dan beritahu saya :p
Fenugreek/ halba
Berminggu saya cuba, langsung takde kesan. Saya rendam halba dalam air panas dan minum mcm teh. Rating: 0/10 tapi 10/10 untuk bau badan tak boleh blah! Hahaha!
Kurma
Aha, kurma ni sangat berkesan semasa saya dalam pantang. Tiap- tiap pagi mesti makan kurma untuk elak constipation, dan disamping dapat menambah susu. Selepas saya mula bekerja, saya tetap makan kurma, tapi kesan tidak sama semasa dalam pantang. Saya fikir ia kerana saya tidak consistent dalam pengambilannya. Rating: 8/10
Sayur bayam
Ada beza bayam yang saya makan semasa berpantang di kampung (bayam organic, jiran saya tanam di depan rumah) dan bayam saya beli di supermarket. Bayam di kampung beri kesan kepada jumlah susu, bayam KL buat saya kenyang aje :) Rating: 8/10 untuk bayam organic
Full cream milk
Selepas bosan dengan soya, saya cuba full cream milk. Though it worked, saya kena hati- hati untuk tidak mengambil terlalu banyak; boleh buat Aliyah kerap buang air besar. Saya akan selang seli soya dengan full cream milk. Rating 7/10
Sekarang ni saya stick to simpler rules; minum 2-3L air sepanjang hari, makan vitamins dan minum Energizing Soy Protein setiap pagi dan malam. Dan juga mesti mengepam ikut jadual. Walaupun ada masa sangat lah mencabar (read: malas), saya teruskan juga, Adam mesti dapat cukup 2 tahun minum susu mama!!
No comments:
Post a Comment