Saturday, November 26, 2011

Makan lebih? Kenapa tidak!

seorang rakan saya bertanya, jika saya boleh cadangkan kombinasi supplement yang baik untuk dia tambah berat badan. saya katakan padanya, tunggu saja lepas berkahwin dan bersalin, mesti ada lemak-lemak yang melekat nanti. dia tak nak tunggu, dia nak tambah berat sekarang juga! pada saya, rakan saya ni taklah terlalu kurus, tapi memang slim dan nipis. pada mata saya, nampak cantik je hehe.

isu orang yang nak menambah berat badan ialah bagaimana mereka memadankan jumlah kalori yang dibakar dengan jumlah kalori yang diganti ke dalam badan.mereka yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi, mesti menggantikan jumlah kalori yang lebih daripada yang mereka bakar. selain menambah kalori yang diganti, ataupun mereka boleh membina otot untuk meningkatkan berat badan.

jadi perkara penting dalam hal ini ialah pengiraan kalori. berapa banyak yang perlu diambil supaya ianya melebihi jumlah yang dibakar. makanlah makanan yang tinggi kalori, samada makan beberapa kali sehari, atau makan 3 kali sehari tapi dengan jumlah yang banyak. jangan ambil jalan singkat dengan makan makanan ringan (sangat tinggi kalori), kerana ia akan memberi kesan kepada kesihatan badan secara keseluruhan di masa akan datang.


untuk rose, rakan saya ini, saya mencadangkan supaya dia mengambil Mealshake, Vitamin B complex dan Vitalea (multivitamin). rose perlu makan seperti biasa, cuma dia akan mengambil minuman Mealshake 3 kali sehari, iaitu selepas sarapan, minum pagi dan sebelum tidur. Mealshake Shaklee, mengandungi lebih 35% nutrien yang diperlukan oleh badan seharian, 19 vitamin dan mineral, tinggi calcium (rose juga petite orangnya, perlukan calcium untuk kesihatan tulang). apa yang lebih baik, Mealshake juga tinggi serat/ fiber dan protein. setiap hidangan mengandungi 240 kalori jika dicampur dengan susu rendah lemak.

di samping itu rose perlu ambil vitamin b complex dan vitalea. b complex diperlukan bagi mengawal dan mengatur metabolisme badan. apabila metabolisme badan sudah teratur, mudahlah untuk badan menerima signal bagi (dalam kes rose) menerima kalori tambahan yang diperlukan. di samping itu, rose akan mendapat kelebihan b complex yang lain iaitu mengurangkan stress dan mengawal hormon. vitalea pula mengandungi 23 jenis vitamins dan mineral penting bagi memastikan kecergasan keseluruhan badan. kelebihan vitalea yang lain ialah ia baik untuk kecantikan kuku, rambut dan kulit.

1 comment:

sueada said...

boleh x emelkn saya harga mealshake skali dgn pos/
emel: red_suemin@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...