Friday, January 30, 2015

Sembab masa hamil

Assalamualaikum semua :)

Petang tadi saya ketawa sorang- sorang, sampai Aliyah pun tegur, kenapa pulak Mama ni. Mula- mula ketawa pasal tengok gambar sembab masa pregnant kali pertama. Bukan saja sembab, hidung kembang, siap dengan kulit kusam, complete package! Lepas tu saya saja upload gambar tu kat Facebook sebab sekarang ni saya 5 bulan pregnant, sama dengan dalam gambar tu jugak. Memang lain sangat la rupanya hahaha! Tapi kan, Alhamdulillah, it was a smooth pregnancy & delivery (despite morning sickness for 2 months and later had to experience c-section delivery), and my husband and I had a great time experiencing it together for the first time.

Ok sambung gelak....

Kemudian second pregnancy pulak, same thing happened. Bloated, kembang semangkuk. Kalau orang lain maybe start kembang bila dah 7-8 bulan, tapi saya ni jenis start awal, tak menyempat. By 5th month tu dah start dah. Masa tu saya menerima seadanya, yang penting baby sihat walafiat, Mama comot pun takpe. Fikir happy je masa tu, tak kesah pun rupa paras. Anyway, masa tu saya berdisiplin juga ambil supplement yang doctor bagi. Ada multivitamin, folic acid, calcium & fish oil. But I don't really know if it's natural or synthetic and how pure the sources were. Tak pernah ambil berat.

Ni gambar last weekend, tak la lawa macam Marion Caunter,
tapi lawa la daripada kaunter hahaha! 
Tayang sikit gambar few weeks ago, focus hidung yang masih saiz asal
Master Yani saksi live sebab saya suruh dia check hidungku jugak.
Nampak tak baju Yani sama dengan bajuku? 
And now, saya dah 5 bulan pregnant. So far belum kembang lagi, berat badan memang naik, membulat seadanya. Tapi tak bloated, hidung masih saiz asal, belum ganda 5 lagi kihkihkih! Frankly, saya skeptikal bila ramai orang kata makan supplement Shaklee ni tak bengkak sembab badan. Serius, daku macam hmmmm iyolah tuuuu korang, sebab dah dua kali daku menjelma jadi Fiona Shrek! Padahal dah kenal Shaklee 3 tahun kot, punyalah pasrah dan berserah hahaha! Tapi plan untuk pregnant tetap diteruskan, kembang pun kembang lah haha! Tapi memang Alhamdulillah, sembab terkawal dan takde la sampai orang tak kenal (berlaku masa pregnant 2 kali, orang tak kenal bila jumpa!).

Saya bedal macam- macam supplement hari- hari, terutama yang basic (multivitamin, b complex, vitamin C, calcium, fish oil - ALL SHAKLEE). Tapi saya pernah lah Google, apa supplement yang baik untuk elak sembab, tapi taklah saya ikut 100% sebab selagi tak mengganggu kesihatan saya dan baby, saya tak kisah sangat la kembang mambang ni. Tapi saya ada baca, kadang- kadang ibu- ibu memang jadi tak selesa sangat sebab kaki sembab, kebas dan sebagainya. Dan menurut artikel ini, majoriti wanita mengalaminya, walaupun tidak serius, tapi ia adalah petanda kurang nutrisi dalam pemakanan seharian. Paling menarik, vitamin C yang simple tu rupanya membantu boost blood circulation semasa pregnant dan elak sembab kaki dan tangan. Jadi simply put, kalau kita jaga keperluan nutrisi semasa hamil, dan ambil supplement yang semulajadi (maknanya yang kita makan tu sama content atau sama benefit dengan bahan asal makanan) InshaAllah ianya berkesan dan beri manfaat.

Oh, kepada yang cantik berseri tak sembab apa, lawa meletop- letop sepanjang kehamilan saya nak kata "UNTUNG LA....tahniah yer..." IKHLAS ni tau....hahaha!

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Thursday, January 29, 2015

Hidup dengan slipped disc

Assalamualaikum semua :)

Seminggu lepas saya asyik terkenang sahabat saya nak sorang ni, ada sebab kenapa saya terkenang. Pertamanya saya baru tersedar yang dia dah bertahun juga hidup dengan slipped disc dan saya tidak pernah begitu ambil tahu dan bertanya sungguh- sungguh tentang kondisi dia. Padahal kami selalu berjumpa, tapi lebih bergossip hal- hal lain haha! Apatah lagi dia nampak sihat je pun, elok je melaram, manis anggun hehehe kembang dah kena puji. Itu semua alasan lah kan, padahal kawan sakit, kita tak tau pun!


Anyway, saya ajak dia berjumpa, dan saya memang merancang nak korek habis cerita slipped disc dia ni. I told her I feel bad I never really ask. Possibly jugak sebab dah seringkali sangat dengar pasal slipped disc ni, very very common. Jadi semalam lama kami berborak tentang apa yang dia lalui sejak muka diagnosed dengan slipped disc, makan steroid, berat badan bertambah, tak boleh buat kerja rumah dan macam- macam lagi. Dan yang paling entah apa- apa saya ni kan, masa dia mula consume supplement Shaklee, dia ada ambil Vitamin E dan GLA Complex. Kesan glowing kulit dia tu pulak yang paling saya ingat. Bab slipped disc tak pernah ku tanya! Punyalah pandai sahabat saya menyimpan derita (tajuk lagu sangat hehehe)!

Rupa- rupanya dia sendiri bereksperimen dengan supplement Shaklee. Dia mencuba satu persatu, dan memerhati perubahan pada slip disc, apa yang buat dia rasa lebih sihat, apa aktiviti yang kembali boleh dibuat dan bagaimana dia mengawal rasa sakit yang adakalanya datang tiba- tiba. Dan tidak semua supplement yang dia cuba dapat dirasakan kesan kepada slipped disc yang dialaminya. Dalam pencarian yang tidak habis- habis, dia akhirnya menemui supplement paling memberi kelebihan kepada keadaan sekarang. Katanya, slip disc tak boleh diubati tapi kita kena belajar hidup dengan kecederaan tersebut, supaya kehidupan seharian tidak terjejas.

Kalau anda ada masalah serupa dan ingin bertukar pandangan dengan sahabat saya, boleh jenguk BLOG ni, dan hubungi beliau. Bukan saja kisah slip disc, tapi dia juga boleh consult senaman yang sesuai, diet yang paling baik dan bagaimana menangani masalah ini seharian.

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Tuesday, January 27, 2015

Bekerja atau jadi surirumah?

Assalamualaikum semua :)

Pagi tadi saya terjumpa satu artikel menarik tentang dilemma ibu- ibu, samada untuk bekerja atau menjadi surirumah sepenuh masa. Jom baca, saya cuba buat summary untuk maklumat bersama. Oh dan kebetulan malam ni, ada sedikit discussion tentang house-husband dalam group WhatsApp kami, jadi ia juga boleh jadi panduan kepada para suami/ bapa juga.

Ada 3 panduan penting yang perlu kita ketahui jika mahu mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dan jadi surirumah:

(1) Jangan buat keputusan berdasarkan apa yang orang lain buat, sebab kita semua tak sama. Ibu yang berhenti kerja tapi tidak gembira 24 jam mengadap kerenah anak- anak, akan jadi ibu yang stress dan tidak beri nilai yang tinggi kepada anak- anak. Sama juga kalau ibu tidak happy bekerja, dia juga tidak boleh beri komitmen yang baik kepada majikan. Kita lebih kenal diri kita sendiri, samada kita sesuai atau tidak menjadi suri rumah.

(2) Jangan harapkan semuanya perfect dan berjalan lancar. Sebelum berhenti kerja, kita mendambakan anak- anak yang mendengar kata (sebab happy mak ada di rumah sebagai contoh), rumah yang bersih dan tersusun (sebab kita ada banyak masa untuk mengemas, maklum saja 24 jam di rumah). Sedangkan hakikat sebenar adalah berbeza, kerana rumahtangga ini pasti ada cacat celanya, dan ianya sentiasa "work in progress".

(3) Jangan takut untuk ubah keputusan sekiranya percubaan untuk jadi surirumah tidak berjalan lancar. Kita sentiasa boleh kembali semula bekerja dan adjust mengikut keperluan usia anak- anak. Ada ramai ibu- ibu yang kembali bekerja apabila anak- anak sudah besar dan tidak perlu lagi penjagaan sebagaimana seperti ketika mereka masih bayi.

Anak- anak ni ada masa memang geram je nengok kan?
Ini baru dua orang, kalo 5-6? Telan B Complex, Garlic & Lecithin
untuk beri ketenangan, dan motivasi minda! 
Pada pendapat saya, walau apapun keputusan yang kita ambil, elak melakukannya secara terburu- buru. Paling penting juga untuk mendapat sokongan suami, kerana dia akan menanggung banyak komitmen kewangan sekiranya isteri tidak lagi punya pendapatan (lainlah sekiranya suami memang tanggung seratus peratus tak usik langsung gaji isteri). Buat perbincangan mendalam, dan lihat bagaimana keluarga akan dapat lebih manfaat atau lebih masalah sekiranya ibu berhenti kerja.

Bagi saya sendiri, setelah lebih 10 tahun bekerja, sukar untuk saya refer diri sendiri sebagai "surirumah" walaupun sudah tidak pergi kerja dalam erti kata biasa (keluar pagi, balik petang/malam). Sebab saya masih lagi bekerja, siang dan malam, namun masa saya sangat fleksibel. Anak- anak pun adakalanya keliru, samada saya ni kerja 24 jam ke (sebab pada mereka pegang phone pun bekerja!), atau langsung tak kerja apa2 (sebab tak keluar rumah pun haha). Saya lebih senang beritahu orang yang saya ni ada bisnes dari rumah. Itu lebih tepat rasanya.

Work station saya di rumah, dalam study room yang juga merangkap
bilik kain baju kena lipat dan susun. Perlu minda yang pejal
untuk fokus, nak kerja ke nak mengemas rumahtangga?
Anda pula bagaimana? Suka jadi surirumah sepenuh masa, atau suka flexi hours bekerja di mana- mana termasuklah dari rumah, atau lebih senang pergi kerja pagi, dan balik kerja petang?

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

Top 3 pregnancy cravings: Sofina 3, Nelissa Hilman's flat AND a beach holiday!

Assalamualaikum semua :)

Siapa sini percaya dengan pregnancy cravings? Haha! Saya salah seorang yang tak percaya 100% LOL! Pada saya, kadang- kadang masa pregnant ni, hormon kelam kabut sikit kan, hilang selera makan la, takde mood la, jadi kita mencari sokongan emosi dalam bentuk keinginan- keinginan tertentu, bukanlah secara langsung sebab "baby yang nak". Tapi bab craving makan tu, memang ada perubahan. Kadang- kadang nak makanan manis, kadang nak yang masam. Kadang tanak makan terus haha! Anyway, simple entry pagi ini, saja nak share, top 3 cravings yang buat saya teringat- ingat sejak 2-3 minggu lepas. Kecuali yang kasut tu, tu baru teringin PAGI NI! Hahaha!

1- Sofina 3.0 handbag from Fashion Valet 
Lama dah perati kegilaan semua orang dengan handbag ni, dan sekarang baru rasa nak beli, sebab tengok spacious betul, sesuai jugak nanti dah ada baby, jadi diaper bag pun boleh ni. Terus nak nak nak! Tapi esok pagi launching, dan selalunya Sofina ni akan habis dalam masa sejam pertama. Gila kan. Jadi esok pagi, kena standby kihkihkih! By the way, tu gambar dari blog Vivy Yusof, tu perut pregnant dia, bukan perutku.


2- Nelissa Hilman's flat shoes
Rasanya teringin flat shoes Nelissa Hilman, dah setahun lebih kot. Tapi macam biasa, tak berapa ambil peduli sebab risau lah beli kasut online, kot tak selesa. Tapi ku tengok Vivy (again! stalker tegar namanya) selalu pakai, dan bila baca komen- komen semua cakap it's very comfortable, keinginan tu meruap- ruap semula. Kasutku yang sedia ada buat lenjan ni memang dah kategori patut simpan je, comot sangat. Heels pulak of course dah simpan sejak pregnant. Kalau tak pregnant pun jarang ler pakai. Tapi still berfikir- fikir, yay or nay?


3- Beach holiday in Langkawi
Aha, yang ni memang da bomb! Last time jejak beach maybe masa pergi Paka, Terengganu. Saya dah propose pada life/business partner tentang percutian ini dan saya pilih Langkawi. Pakej yang ku tawarkan (ehehe) termasuklah Geo Park tour, spa for me, golf for him and kids club for the kids. Pastu buat la kira- kira, humak aih memang bajet 5 bintang sangat ni hahaha! Hari ni bangun tido dok fikir, maybe nak downgrade la, tinggalkan Geo Park saja LOL!



Apa "pregnancy cravings" anda semua :)

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

Monday, January 26, 2015

Start Bright Series 2015/16

Assalamualaikum semua :)

Salah satu aktiviti penting dalam bisnes kami ialah perlaksanaan kelas- kelas untuk para downlines, samada secara formal atau tidak formal. Dan yang paling mendapat sambutan setakat ini ialah Start Bright Series (SBS), telah dilaksanakan sebanyak 13 kali. Kali terakhir untuk tahun 2014, ialah di Kota Bharu, Kelantan. Pada kebanyakan masa, SBS diadakan di KL/ Selangor, tetapi jika ada permintaan dan keperluan, kami akan turun ke negeri- negeri lain juga.

Untuk tahun 2015, SBS akan dimulakan pada bulan Mac, sebagai permulaan kepada cycle business 2015/16. Saya sedang menyiapkan module yang lebih intensif kali ini, dan kelas SBS akan mengambil masa 1 hari, daripada pagi hingga ke petang. Setelah membuat pemerhatian dan juga semakan dengan key leaders, 3 jam saja tidak mencukupi. Bukan saja banyak benda tidak dapat cover, tapi juga dengan pelbagai distractions, 3 jam belum boleh digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan info dan ilmu berguna untuk semua peserta.


Seperti biasa, SBS hanya eksklusif kepada warga Puteri & Friends, iaitu ahli Shaklee yang berdaftar dengan mana- mana ahli kumpulan kami sahaja. Untuk tahun 2015/16, saya merangka module yang lebih sesuai samada untuk yang mahu berbisnes, atau yang hanya mahu belajar tentang produk dan kesihatan bagi manfaat diri sendiri dan keluarga. Saya sendiri telah menghadiri Train the Trainers workshop yang dianjurkan oleh Shaklee Malaysia, dan ia telah memberi saya lebih idea untuk mengisi lebih banyak maklumat dan aktiviti SBS. Saya memang enjoy buat module sejak zaman bekerja lagi, memang seronok dapat brainstorm dengan colleagues, bagi memastikan kelas yang kita jalankan memberi impak dan peserta boleh belajar dan enjoy.

Jika anda berminat untuk menyertai kelas ini, anda boleh  mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan saya, atau mana- mana rangkaian group di bawah Puteri & Friends. Untuk tahun 2015/16, ada commitment fees akan dikenakan kepada semua peserta. Tapi jangan risau, murah je :)

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

Thursday, January 22, 2015

3 perkara anda perlu untuk jana pendapatan tambahan RM6000 dalam 6 bulan

Assalamualaikum semua,

Sebulan lepas, saya menyiapkan proposal Projek 6ribu6bulan, dalam keadaan mabuk hamil hahaha! Tapi kalau dah idea mencurah- curah, mabuk pun boleh pause sekejap. Dalam masa 2 hari saya siapkan proposal tersebut, dan saya share dengan semua downlines yang saya fikir sesuai dan berkemahuan. Proposal ni bukan saja- saja rekaan, bak kata orang pluck numbers from the sky, tapi berdasarkan pengalaman saya sendiri, merintis jalan bermula sebagai Supervisor hingga Coordinator dalam masa 8 bulan, membolehkan saya menikmati bonus lebih daripada RM5000. Ketika itu saya belum begitu pandai, dan lebih kepada strategi jangka pendek. Dan ketika saya belum ada banyak pengalaman membimbing orang lain. Dan semua anak buah saya (direct downlines) kebanyakannya semua kawan- kawan rapat, yang beri 100% kepercayaan kepada saya untuk mengajar mereka. Kiranya masa tu kami harung saja, ada masa menjadi, ada masa tak menjadi, cuba lagi.

Masa berlalu, dan network saya pun dah berkembang dengan lebih dari 1000 orang ahli dalam Puteri & Friends. Saya tak boleh hentam saja, saya mesti sediakan sesuatu untuk mereka, dan juga untuk bakal downlines. Zaman sekarang ni, orang mahukan sebuah plan yang solid, yang logik, dan boleh dilaksanakan dalam time frame yang tidak membebankan. Menggunakan pengalaman yang ada, saya propose 6 bulan, untuk menjana pendapatan tambahan minimum sebanyak RM6000 sebulan.

Antara yang anda perlu ada untuk benar- benar menguasai plan ini ialah:

(1) Komitmen
Komitmennya bukan sedikit, tapi tidak mengambil 100% ruang hidup anda seharian. Tips dan teknik yang dibekalkan, tidak boleh dibuat selang sehari, atau seminggu sehari. Ia melibatkan perubahan sikap, tabiat dan tindakan SETIAP HARI.

(2) Konsisten 
Bak kata orang, untuk tukar tabiat, perlu konsisten 90 hari dan lebih. Sama juga dengan business proposal yang saya cadangkan ini.

(3) Pecutan 
Slow and steady tak semestinya berkesan dalam semua keadaan. Ini benda paling berharga saya belajar sejak berbisnes. Ada ketikanya (banyak ketika sebenarnya) kita mesti meningkatkan daya pecutan, buat semua yang terdaya, cuba semua yang pernah dicadangkan, pantas memilih mana satu yang berkesan, mana satu yang jadi beban. Move move move!


Berminat? Hubungi saya bila- bila masa ya!

Puteri 016- 344 7727 

Musim demam, batuk dan selesema

Assalamualaikum semua :)

Awal bulan ni, anak- anak tiba- tiba demam, mula- mula Aliyah, kemudian jangkit dengan Adam. Aliyah kebah lepas makan ubat demam & antibiotik. Kemudian sambung pulak dengan batuk. Adam makan masa pulak nak kebah demam, on- off dekat dua minggu. Bila makan ubat, kebah. Kemudian naik balik suhu badan. Kami bawak pergi jumpa Paediatrician, dicadangkan buat blood test, untuk rule out denggi terutamanya. Apatah lagi kawasan rumah kami memang high risk. Contruction sites sekeliling condo, memang syurga nyamuk! Alhamdulillah, it was not dengue. Doctor bagi different ubat demam, dan termasuk few ubat untuk batuk & selesema. So bergaduh la kami nak bagi ubat, dan seminggu makan ubat, batuk tak hilang jugak. Yang hilang ialah selera makan si Adam. Tidur je, dan minum air. Makan sikit tak habis, roti sekeping pun tak habis, nasi 2-3 suap je. Suhu badan pulak, ada masa memang naik, tapi saya stop beri ubat demam. Saya mandikan saja, dan make sure dia minum banyak air. Time macam ni, memang saya bancuh Shaklee Performance Drink, sebab ia ada lebih electrolyte dan clinically proven to hydrate better than water. Mujur Adam gemar rasa masam manis oren tu, jadi senang nak beri dia minum. Alhamdulillah demam tak melarat dah. Possibly it was not even fever, could be just body temperature naik sebab cuaca sangat panas.


Bab batuk dan selesema pulak, dah give up rasa dengan ubat. Satu sebabnya saya malas nak berperang suap ubat. Yang kedua, tak gemar tengok Adam jadi lesu, baring je tengok tv. Cakap pun kurang haha! Jadi kami stop beri ubat batuk, cuba natural remedies. Pilihan utama semestinya madu asli, sesudu pagi dan sesudu malam sebelum tidur. Kami memang suka beli madu kelulut asli ni setiap kali balik kampung. Kami top up sebiji lagi kapsul minyak ikan. Selalunya beri sebiji saja waktu pagi, now beri pagi dan malam. AMAZINGLY malam pertama tu jugak, Adam tidur lena, tak berbunyi pun batuk sampai siang! Phewwww I thought it will take longer than that. Ternyata bila natural remedies itu benar- benar natural, memang berkesan. Alhamdulillah.

Walaupun kita sedaya upaya beri supplement untuk protect anak- anak daripada sakit, memang tak boleh elak jugak bila dah virus berkeliaran, terkena anak- anak kita. Cuma kita harap, bila badan ada sedikit sebanyak protection, proses recovery tu taklah makan masa yang panjang, InshaAllah.

Rutin setiap pagi, selepas breakfast, makan Omega Guard,
madu dan multivitamin. 

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

Wednesday, January 21, 2015

Resepi Nasi Goreng Pelangi

Assalamualaikum semua :)

Sejak pregnant ni, selera makan saya on- off. Walaupun sekarang ni taste buds kiranya dah OK, tapi ada masa memang takde rasa nak makan, walaupun lapar. Jadinya saya dok ulang makan roti dan minum protein shake saja. Memang kenyang, sambil- sambil kunyah la coklat, biskut. Tapi bila tiba selera nak makan datang, jam- jam tu jugak ke dapur memasak hahaha! Dan paling saya suka ialah masakan sendiri kihkihkih! Sedap pulak rasanya sekarang ni, mungkin lebih prektis sejak bekerja di rumah. Dulu banyak prektis di kedai je hahaha!

Anyway, petang tadi tiba- tiba rasa nak makan sayur- sayuran. Mula- mula datang teringin nak Nasi Goreng Cendawan. Bila Google, banyak sangat versi, so malas nak fikir. Maklumlah tukang masak amatur, tak boleh confuse. Tapi keinginan nak makan sayur membuak- buak. So lepas fetch the kids from school, pergi beli peas, baby corn, bell pepper & sawi. Still tak tau nak buat apa. Balik rumah, dah pukul 3, belum lunch. Anak- anak dah kenyang makan di Delifrance lepas sekolah. Jam 4 petang, gigil lapar hahaha! Terus masak nasi, nak jugak nasi goreng, tapi dengan resepi sendiri, janji banyakkkkkk sayur dan berwarna- warni, maka terjadilah Nasi Goreng Pelangi hahaha!

Ada ke yang nak resepi? Syok sendiri sangat ni, jadi saya share di sini resepinya LOL!

Minyak untuk menumis
1 biji bawang besar, dihiris nipis
Segenggam ikan bilis
4-5 sudu sos tiram
2 sudu chilli paste
Cili padi (optional)
Baby corn, bell pepper, peas, carrot - dipotong kecil
Nasi 2 pot
**TIADA garam, gula, ajinomoto

Macam biasa la buat nasi goreng, tumis je bawang, ikan bilis, sos tiram & chilli paste, dah cantik naik minyak, letak veggies, goreng, tapi jgn sampai layu, nanti takde pulak effect krup krap tu kan. Kemudian letak nasi, gaul sampai rata, siap! Api kena kuat, tapi kena gaul laju- laju supaya tak hangit. Jangan main Facebook la time ni hahaha!

Bahan- bahan pelangi itu....saya suka bawang besar banyak2!
Tabur cili padi untuk kesan menyengat dan meleleh air hidung! 

Anyway, sebenarnya memang elok kita makan sayur- sayur berwarna- warni setiap hari, untuk bekalan anti- oksida dalam badan. Tapi dengan syarat jangan la dimasak sampai lunyai dan lebam. Make sure dapat makan fresh dan kalau dimasak pun tak payah lama- lama. Warna- warna pada sayuran pun berfungsi untuk protect sayur2 ni daripada penyakit, jadi kita pun dapatlah benefit sama.

Selamat mencuba, cewah!

Tuesday, January 20, 2015

Group Facebook "Geng Baca Buku"

Assalamualaikum semua :)

Baru- baru ini saya terfikir tentang azam tahun baru saya, yang setiap tahun pun renew dan tak penah tercapai dengan cemerlang, iaitu azam nak habiskan minimum 2 buah buku sebulan ngeeeee....mencabar yer, sangat mencabar. Walaupun saya memang suka membaca, tapi nak menghabiskan satu- satu buku tu is totally a different game altogether LOL! No excuse, tak nak la salahkan anak- anak kecik, takde masa yadda yadda yadda...this year, I MUST MAKE TIME!

Jadi, saya dengan berkobarnya buatlah satu group Facebook ni, "Geng Baca Buku". Motif utamanya nak cari geng yang struggle macam saya juga, tapi mahu berubah. Paling koman sebuah buku pun jadilah kan! Pembaca- pembaca tegar toksah la join, nanti kami rasa tertekan pulok kihkihkih!

Ayoh, sapa nak join klik link ini, request dan saya akan approve :)



Friday, January 9, 2015

Untung ke bisnes online?

Assalamualaikum semua :)

Hari ini saya dah mula mengintai website FashionValet dan Zalora, nak membeli beberapa helai seluar, skirt dan baju untuk disesuaikan dengan bentuk perut yang makin ke depan. Setakat ni kemeja, blouse masih boleh sarung, tapi seluar dan skirt dah tak selesa. Ikutkan hati nak pakai kaftan je 24 jam. Sesak di bahagian perut, semput! Dan sekarang ni saya memang takde mood lah nak keluar shopping, jadi elok sangat la ada online shopping ni kan. Klik klik siap! Yang best kalau tak sesuai boleh return dan tukar saiz, so memang senang. Lagi senang berbanding nak bawak anak- anak keluar dan shopping kot haha!

Dulu masa saya masih bekerja di ofis, lagi lah tegar mengadap online shopping. Bosan- bosan kat ofis, order barang. Kalau tak untuk diri sendiri, untuk anak- anak. Toys la, botol susu lah, blanket la, kain ela, macam- macam. Bila dah bekerja sendiri, ada flexi hours, lebih seronok merayap di shopping mall, tambah lagi waktu ofis, tenang je memilih- milih. Berjam- jam sanggup. Lepas tu berjam- jam pulak mengadap Instagram, macam hypermarket fashion. Dengan trend "OOTD", semua orang boleh jadi model, kita pulak mengadap tengok eh lawa la camtu, eh lawa la camni, BELI! Jenama- jenama tudung, jubah, skirt, tumbuh meletop- letop. Banyak pilihan, tapi tak pernah cukup untuk wanita ahahaha! Ramai jugak usahawan- usahawan muda, ada yang artis, ada bukan artis, dah kaya raya dengan bisnes online, terutamanya yang dalam bidang fashion. Tak pernah puas, tak pernah cukup, orang akan beli beli beli. Itu belum lagi service personal shopper online. Daripada semahal- mahal barang macam designer bags, shoes pun masih ramai pembeli. Berulang- alik personal shopper ke Europe membeli pesanan clients. Haih mestilah untung kan, kot tidak takkan orang buat.

Eh saya pun ada bisnes online apa, lupa pulak haha! Dari awal saya mula bisnes Shaklee, saya guna medium blog untuk dapat customer dan juga dapat business partners. Kemudian saya tambah pula penggunaan Facebook. Dan sekarang ada tambahan di Instagram pula. Tapi dalam banyak- banyak medium ni, blogging paling di hati, sebab saya suka tulis panjang- panjang macam essay haha! Yang seronok bila ada blog, bila kawan- kawan tanya tentang produk atau bisnes, info dah siap ada dalam blog, terus boleh share. Ada juga yang terus pegi blog, baca- baca, pilih dan terus order dengan saya. Banyak sangat kemudahan bila rajin berblogging ni. Bulan depan saya nak belajar marketing dengan Facebook pulak. Agak terlambat kot berbanding orang lain, tapi better late than never. Belajar ni tak pernah habis pun kan.

Jadi, untung ke tidak sebenarnya? Jauh melalut tak jawab lagi soalan sendiri. Bab bisnes pakaian, fashion, handbag, memang saya tak pasti lah, sebab bukan bidang. Tapi bab bisnes Shaklee, memang lah untung.

Kenapa?

  • Modal RM65 saja, bayar yuran keahlian seumur hidup. 
  • Tak perlu keluar modal untuk beli stok, bila terima order, customer buat bayaran mengikut harga yang ditetapkan, kemudian kita buat pesanan online ke Shaklee bagi pihak customer. 
  • Kos promosi terlalu rendah, kita gunakan saja Blog dan Facebook dll sendiri, cananglah bagai nak rak kat situ. Paling pun bayar bil internet je. Itupun memang bayar bil internet kan?
  • Bonus atas pembelian (samada pembelian sendiri ataupun untuk customer) akan diberi setiap bulan. Besar kecil terpulang kepada usaha dan keinginan kita. Kalau tak buat pun, takde penalti ke declare bengkrap ke apa ke. 
  • Kalau nak lebih lagi, belajar dengan mentor, apa lagi yang Shaklee tawarkan, dan buat perancangan nak dapatkannya. 
Mula- mula saya bisnes, saya mula target nak 1-2 ribu. Kemudian nak 5 ribu sebulan. Buat plan, ikut plan dengan serius, dapat. Bukanlah hari ni plan, esok dapat. Tapi memang dapat bila buat apa yang dah dibuat dek mentor. Tahun 2015 ni, saya dah siapkan plan untuk anak buah saya, bagaimana nak dapat RM2k sebulan, hinggalah RM6k sebulan, semua dah disusun rapi. Tinggal lagi, nak dikerjakan atau tidak saja. Prinsip saya pula, tidak ada paksaan. Bagi pihak saya, saya akan terus memberi info dalam secret group, dan jika diminta untuk beri coaching, saya akan berikan masa dan perhatian. Banyak saya pelajari sepanjang 3 tahun ni, bila kita buat dengan sukarela, bukan sebab nak tiru orang, atau sebab terpaksa, kita akan happy dan results pun akan dapat. Sebagai mentor, dah lali dengan gelagat panas sejuk suam orang- orang, jadi tahun 2015 ni, pada saya elok kita bakar diri sendiri sampai mendidih, biar bahangnya dirasakan orang lain. 

Income bulan pertama dan kedua saya dengan Shaklee.
Selepas setahun dah 5 angka, dah ada flexible working hours.
Sekarang ni on average income 20-30k per month.
No rush nak kejar ratus2 ribu sebulan pun, hidup  kami simple saja.
Alhamdulillah. 


HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

Saturday, January 3, 2015

3 salah faham tentang konsep detoks

Assalamualaikum semua :)

Antara azam tahun baru yang paling popular sudah semestinya berkaitan dengan keinginan untuk mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Ada yang sign up keahlian gym, ada yang beli baju dan kasut untuk bersukan, ada yang sedang cuba nak berhenti merokok, nak join yoga dan macam- macam lagi lah. Dan untuk memulakan proses penjagaan kesihatan yang berkesan, sangat penting untuk kita tahu cara "pembersihan" sistem badan atau lebih dikenali sebagai detoksifikasi. Kita memang mengambil berat tentang kebersihan luaran, dan kecantikan rupa paras, tapi ramai yang tidak tahu dan tidak ambil peduli tentang kebersihan dalaman. Proses detoks secara ringkas bermaksud keupayaan badan kita mengeluarkan toksin daripada badan, supaya fungsi badan dapat berjalan dengan baik, dan nutrient yang kita ambil setiap hari daripada makanan, dapat diserap dengan baik.

Antara salah faham utama tentang konsep detoks ialah kita boleh mengesan masalah pembersihan dalaman badan dengan mudah. Sebenarnya tidak sama sekali. Ianya tidak sama dengan cara kita mandi, atau gosok gigi, iaitu kotoran pada luaran badan dapat dilihat dengan jelas. Sebagai contoh, hati berfungsi menapis toksin dan bakteria daripada darah, kemudian membuangnya daripada badan melalui buah pinggang. Fungsi hati, jika ia tidak bertindak dengan baik, tidak mudah dikesan dalam masa sehari dua, sehinggalah badan kita menunjukkan tanda- tanda toksin tinggi seperti letih dan lesu, penyakit tidak mudah sembuh, masalah pembuangan air besar dan kecil, dan sebagainya.

Selain daripada itu, kebanyakan kita ambil mudah tentang kepentingan detoks, dan hanya mahu merawat simptom penyakit yang muncul, dan bukan puncanya. Sebenarnya, sistem detoks adalah komponen terpenting kepada kesihatan keseluruhan tubuh badan kita, dan sering menjadi punca sebenar penyakit- penyakit yang melanda. Walaupun organ utama detoks sebahagian besar dilakukan oleh hati dan usus, tapi pada masa yang sama buah pinggang, sistem limpa, paru- paru dan kulit turut terlibat dalam proses detoks seluruh badan.

Pemahamam umum tentang detoks juga selalu terhad kepada proses pembuangan air besar sahaja, jadi kebanyakan orang memberi tumpuan kepada usaha untuk memastikan najis dapat dibuang setiap hari daripada badan.  Sebenarnya, detoks lebih sekadar buang air besar. Untuk mendapatkan tahap kesihatan yang optimum di samping merawat punca banyak penyakit, kita mesti tahu yang detoks melibatkan detoks hati, detoks darah dan detoks usus. Hati sebagai penapis toksin dan racun dalam badan pastinya memerlukan pembersihan berterusan, bayangkan betapa teruknya tugas hati kita. Darah kita juga setiap hari diserang oleh pelbagai radikal bebas, berpunca daripada pemakanan, persekitaran dan gaya hidup (stress terutamanya). Jadi dari masa ke masa, kita kena ambil langkah untuk memastikan darah kita bersih dan tidak menjadi tempat bersarangnya radikal bebas tersebut. Radikal bebas sentiasa mahu melekat dengan sel darah yang tidak sihat, jadi penyakit pun akan hinggap dan berkampung di dalam badan kita! Contoh lain yang boleh memberi risiko kepada kebersihan darah ialah apabila salur darah ditimbuni oleh kolestrol lalu menyempitkan salur darah.  Usus juga menanggung beban yang tidak kurang hebatnya setiap hari. Pelbagai bahan buangan melekat di dinding usus bakal menjemput pelbagai penyakit, termasuklah masalah kulit, masalah bau badan, sembelit, masalah berat badan dan sebagainya.

Pemahaman yang jelas tentang proses detoks membolehkan kita mengambil langkah berjaga- jaga dan memberi perhatian sewajarnya kepada keperluan ini. Tahun baru ini, ayuh kita spring cleaning tubuh badan kita. Antara produk kegemaran saya untuk tujuan detox darah ialah Vivix dan Alfalfa Complex. Vivix sangat sofistikated dalam membantu kita membersihkan darah, memberi tumpuan kepada kesihatan sel, yang boleh menyekat radikal bebas daripada berumahtangga di dalam darah kita. Alfalfa Complex pula bertindak meneutralkan darah yang berasid, kerana sifatnya yang tinggi kandungan alkali. Dan berita baik lagi, bulan ini kedua- dua produk ada promosi harga terbaik untuk ahli Shaklee. Jangan ketinggalan tau :)




HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com 
 * Produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. 
** Hubungi saya jika anda ingin mengetahui peluang menjadi pendapatan dari rumah. 

Friday, January 2, 2015

Azam tahun baru Kevin Zahri

Assalamualaikum semua :)

Malam tahun baru, saya tidur awal, ada mixed feelings, at personal level ada banyak yang belum dicapai dengan baik, dan dengan kejadian banjir seluruh negara dan tragedi Air Asia QZ 8501 ternyata memberi kesan kepada keadaan emosi dan minda. Bila saya reflek apa yang berlaku sepanjang 2014, saya berpuas hati dengan segala macam benda yang saya pelajari, terutama tentang bisnes kami. Dan pastinya lessons ini datang dengan harganya sekali. Ianya "priceless". Tiada tandingan.

Saya tidak biasa buat azam tahun baru, sebab saya memang jenis kalau nak buat, saya tak tunggu tahun depan, bulan depan, esok, lusa. Straight to the planning, and start immediately, terutamanya yang melibatkan self improvement. Nak bangun awal, nak solat dhuha, nak mengaji lebih, nak menulis, nak membaca -- kena renew hari- hari. Pada pendapat saya, kalau nak buat kerja- kerja fizikal, pakai tenaga, pakai otak, kena cuci dulu hati. Hati kena dilembutkan, kena dipujuk, supaya rajin, supaya konsisten, supaya cekal. Kalau pun plan cantik tersusun, kalau hati tak kuat, plan tinggal plan, saban tahun.

Salah satu usaha menguatkan hati, termasuklah baca Al-Quran daily. Pagi tadi, saya nampak update Kevin Zahri, yang sangat- sangat inspiring and humbling. Apa kata kita join azam yang sama?



HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...