Hari ini saya dah mula mengintai website FashionValet dan Zalora, nak membeli beberapa helai seluar, skirt dan baju untuk disesuaikan dengan bentuk perut yang makin ke depan. Setakat ni kemeja, blouse masih boleh sarung, tapi seluar dan skirt dah tak selesa. Ikutkan hati nak pakai kaftan je 24 jam. Sesak di bahagian perut, semput! Dan sekarang ni saya memang takde mood lah nak keluar shopping, jadi elok sangat la ada online shopping ni kan. Klik klik siap! Yang best kalau tak sesuai boleh return dan tukar saiz, so memang senang. Lagi senang berbanding nak bawak anak- anak keluar dan shopping kot haha!
Dulu masa saya masih bekerja di ofis, lagi lah tegar mengadap online shopping. Bosan- bosan kat ofis, order barang. Kalau tak untuk diri sendiri, untuk anak- anak. Toys la, botol susu lah, blanket la, kain ela, macam- macam. Bila dah bekerja sendiri, ada flexi hours, lebih seronok merayap di shopping mall, tambah lagi waktu ofis, tenang je memilih- milih. Berjam- jam sanggup. Lepas tu berjam- jam pulak mengadap Instagram, macam hypermarket fashion. Dengan trend "OOTD", semua orang boleh jadi model, kita pulak mengadap tengok eh lawa la camtu, eh lawa la camni, BELI! Jenama- jenama tudung, jubah, skirt, tumbuh meletop- letop. Banyak pilihan, tapi tak pernah cukup untuk wanita ahahaha! Ramai jugak usahawan- usahawan muda, ada yang artis, ada bukan artis, dah kaya raya dengan bisnes online, terutamanya yang dalam bidang fashion. Tak pernah puas, tak pernah cukup, orang akan beli beli beli. Itu belum lagi service personal shopper online. Daripada semahal- mahal barang macam designer bags, shoes pun masih ramai pembeli. Berulang- alik personal shopper ke Europe membeli pesanan clients. Haih mestilah untung kan, kot tidak takkan orang buat.
Eh saya pun ada bisnes online apa, lupa pulak haha! Dari awal saya mula bisnes Shaklee, saya guna medium blog untuk dapat customer dan juga dapat business partners. Kemudian saya tambah pula penggunaan Facebook. Dan sekarang ada tambahan di Instagram pula. Tapi dalam banyak- banyak medium ni, blogging paling di hati, sebab saya suka tulis panjang- panjang macam essay haha! Yang seronok bila ada blog, bila kawan- kawan tanya tentang produk atau bisnes, info dah siap ada dalam blog, terus boleh share. Ada juga yang terus pegi blog, baca- baca, pilih dan terus order dengan saya. Banyak sangat kemudahan bila rajin berblogging ni. Bulan depan saya nak belajar marketing dengan Facebook pulak. Agak terlambat kot berbanding orang lain, tapi better late than never. Belajar ni tak pernah habis pun kan.
Jadi, untung ke tidak sebenarnya? Jauh melalut tak jawab lagi soalan sendiri. Bab bisnes pakaian, fashion, handbag, memang saya tak pasti lah, sebab bukan bidang. Tapi bab bisnes Shaklee, memang lah untung.
Kenapa?
- Modal RM65 saja, bayar yuran keahlian seumur hidup.
- Tak perlu keluar modal untuk beli stok, bila terima order, customer buat bayaran mengikut harga yang ditetapkan, kemudian kita buat pesanan online ke Shaklee bagi pihak customer.
- Kos promosi terlalu rendah, kita gunakan saja Blog dan Facebook dll sendiri, cananglah bagai nak rak kat situ. Paling pun bayar bil internet je. Itupun memang bayar bil internet kan?
- Bonus atas pembelian (samada pembelian sendiri ataupun untuk customer) akan diberi setiap bulan. Besar kecil terpulang kepada usaha dan keinginan kita. Kalau tak buat pun, takde penalti ke declare bengkrap ke apa ke.
- Kalau nak lebih lagi, belajar dengan mentor, apa lagi yang Shaklee tawarkan, dan buat perancangan nak dapatkannya.
Mula- mula saya bisnes, saya mula target nak 1-2 ribu. Kemudian nak 5 ribu sebulan. Buat plan, ikut plan dengan serius, dapat. Bukanlah hari ni plan, esok dapat. Tapi memang dapat bila buat apa yang dah dibuat dek mentor. Tahun 2015 ni, saya dah siapkan plan untuk anak buah saya, bagaimana nak dapat RM2k sebulan, hinggalah RM6k sebulan, semua dah disusun rapi. Tinggal lagi, nak dikerjakan atau tidak saja. Prinsip saya pula, tidak ada paksaan. Bagi pihak saya, saya akan terus memberi info dalam secret group, dan jika diminta untuk beri coaching, saya akan berikan masa dan perhatian. Banyak saya pelajari sepanjang 3 tahun ni, bila kita buat dengan sukarela, bukan sebab nak tiru orang, atau sebab terpaksa, kita akan happy dan results pun akan dapat. Sebagai mentor, dah lali dengan gelagat panas sejuk suam orang- orang, jadi tahun 2015 ni, pada saya elok kita bakar diri sendiri sampai mendidih, biar bahangnya dirasakan orang lain.
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah.
No comments:
Post a Comment