Saturday, January 3, 2015

3 salah faham tentang konsep detoks

Assalamualaikum semua :)

Antara azam tahun baru yang paling popular sudah semestinya berkaitan dengan keinginan untuk mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Ada yang sign up keahlian gym, ada yang beli baju dan kasut untuk bersukan, ada yang sedang cuba nak berhenti merokok, nak join yoga dan macam- macam lagi lah. Dan untuk memulakan proses penjagaan kesihatan yang berkesan, sangat penting untuk kita tahu cara "pembersihan" sistem badan atau lebih dikenali sebagai detoksifikasi. Kita memang mengambil berat tentang kebersihan luaran, dan kecantikan rupa paras, tapi ramai yang tidak tahu dan tidak ambil peduli tentang kebersihan dalaman. Proses detoks secara ringkas bermaksud keupayaan badan kita mengeluarkan toksin daripada badan, supaya fungsi badan dapat berjalan dengan baik, dan nutrient yang kita ambil setiap hari daripada makanan, dapat diserap dengan baik.

Antara salah faham utama tentang konsep detoks ialah kita boleh mengesan masalah pembersihan dalaman badan dengan mudah. Sebenarnya tidak sama sekali. Ianya tidak sama dengan cara kita mandi, atau gosok gigi, iaitu kotoran pada luaran badan dapat dilihat dengan jelas. Sebagai contoh, hati berfungsi menapis toksin dan bakteria daripada darah, kemudian membuangnya daripada badan melalui buah pinggang. Fungsi hati, jika ia tidak bertindak dengan baik, tidak mudah dikesan dalam masa sehari dua, sehinggalah badan kita menunjukkan tanda- tanda toksin tinggi seperti letih dan lesu, penyakit tidak mudah sembuh, masalah pembuangan air besar dan kecil, dan sebagainya.

Selain daripada itu, kebanyakan kita ambil mudah tentang kepentingan detoks, dan hanya mahu merawat simptom penyakit yang muncul, dan bukan puncanya. Sebenarnya, sistem detoks adalah komponen terpenting kepada kesihatan keseluruhan tubuh badan kita, dan sering menjadi punca sebenar penyakit- penyakit yang melanda. Walaupun organ utama detoks sebahagian besar dilakukan oleh hati dan usus, tapi pada masa yang sama buah pinggang, sistem limpa, paru- paru dan kulit turut terlibat dalam proses detoks seluruh badan.

Pemahamam umum tentang detoks juga selalu terhad kepada proses pembuangan air besar sahaja, jadi kebanyakan orang memberi tumpuan kepada usaha untuk memastikan najis dapat dibuang setiap hari daripada badan.  Sebenarnya, detoks lebih sekadar buang air besar. Untuk mendapatkan tahap kesihatan yang optimum di samping merawat punca banyak penyakit, kita mesti tahu yang detoks melibatkan detoks hati, detoks darah dan detoks usus. Hati sebagai penapis toksin dan racun dalam badan pastinya memerlukan pembersihan berterusan, bayangkan betapa teruknya tugas hati kita. Darah kita juga setiap hari diserang oleh pelbagai radikal bebas, berpunca daripada pemakanan, persekitaran dan gaya hidup (stress terutamanya). Jadi dari masa ke masa, kita kena ambil langkah untuk memastikan darah kita bersih dan tidak menjadi tempat bersarangnya radikal bebas tersebut. Radikal bebas sentiasa mahu melekat dengan sel darah yang tidak sihat, jadi penyakit pun akan hinggap dan berkampung di dalam badan kita! Contoh lain yang boleh memberi risiko kepada kebersihan darah ialah apabila salur darah ditimbuni oleh kolestrol lalu menyempitkan salur darah.  Usus juga menanggung beban yang tidak kurang hebatnya setiap hari. Pelbagai bahan buangan melekat di dinding usus bakal menjemput pelbagai penyakit, termasuklah masalah kulit, masalah bau badan, sembelit, masalah berat badan dan sebagainya.

Pemahaman yang jelas tentang proses detoks membolehkan kita mengambil langkah berjaga- jaga dan memberi perhatian sewajarnya kepada keperluan ini. Tahun baru ini, ayuh kita spring cleaning tubuh badan kita. Antara produk kegemaran saya untuk tujuan detox darah ialah Vivix dan Alfalfa Complex. Vivix sangat sofistikated dalam membantu kita membersihkan darah, memberi tumpuan kepada kesihatan sel, yang boleh menyekat radikal bebas daripada berumahtangga di dalam darah kita. Alfalfa Complex pula bertindak meneutralkan darah yang berasid, kerana sifatnya yang tinggi kandungan alkali. Dan berita baik lagi, bulan ini kedua- dua produk ada promosi harga terbaik untuk ahli Shaklee. Jangan ketinggalan tau :)




HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com 
 * Produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. 
** Hubungi saya jika anda ingin mengetahui peluang menjadi pendapatan dari rumah. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...