Monday, January 26, 2015

Start Bright Series 2015/16

Assalamualaikum semua :)

Salah satu aktiviti penting dalam bisnes kami ialah perlaksanaan kelas- kelas untuk para downlines, samada secara formal atau tidak formal. Dan yang paling mendapat sambutan setakat ini ialah Start Bright Series (SBS), telah dilaksanakan sebanyak 13 kali. Kali terakhir untuk tahun 2014, ialah di Kota Bharu, Kelantan. Pada kebanyakan masa, SBS diadakan di KL/ Selangor, tetapi jika ada permintaan dan keperluan, kami akan turun ke negeri- negeri lain juga.

Untuk tahun 2015, SBS akan dimulakan pada bulan Mac, sebagai permulaan kepada cycle business 2015/16. Saya sedang menyiapkan module yang lebih intensif kali ini, dan kelas SBS akan mengambil masa 1 hari, daripada pagi hingga ke petang. Setelah membuat pemerhatian dan juga semakan dengan key leaders, 3 jam saja tidak mencukupi. Bukan saja banyak benda tidak dapat cover, tapi juga dengan pelbagai distractions, 3 jam belum boleh digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan info dan ilmu berguna untuk semua peserta.


Seperti biasa, SBS hanya eksklusif kepada warga Puteri & Friends, iaitu ahli Shaklee yang berdaftar dengan mana- mana ahli kumpulan kami sahaja. Untuk tahun 2015/16, saya merangka module yang lebih sesuai samada untuk yang mahu berbisnes, atau yang hanya mahu belajar tentang produk dan kesihatan bagi manfaat diri sendiri dan keluarga. Saya sendiri telah menghadiri Train the Trainers workshop yang dianjurkan oleh Shaklee Malaysia, dan ia telah memberi saya lebih idea untuk mengisi lebih banyak maklumat dan aktiviti SBS. Saya memang enjoy buat module sejak zaman bekerja lagi, memang seronok dapat brainstorm dengan colleagues, bagi memastikan kelas yang kita jalankan memberi impak dan peserta boleh belajar dan enjoy.

Jika anda berminat untuk menyertai kelas ini, anda boleh  mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan saya, atau mana- mana rangkaian group di bawah Puteri & Friends. Untuk tahun 2015/16, ada commitment fees akan dikenakan kepada semua peserta. Tapi jangan risau, murah je :)

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...