Tuesday, January 27, 2015

Top 3 pregnancy cravings: Sofina 3, Nelissa Hilman's flat AND a beach holiday!

Assalamualaikum semua :)

Siapa sini percaya dengan pregnancy cravings? Haha! Saya salah seorang yang tak percaya 100% LOL! Pada saya, kadang- kadang masa pregnant ni, hormon kelam kabut sikit kan, hilang selera makan la, takde mood la, jadi kita mencari sokongan emosi dalam bentuk keinginan- keinginan tertentu, bukanlah secara langsung sebab "baby yang nak". Tapi bab craving makan tu, memang ada perubahan. Kadang- kadang nak makanan manis, kadang nak yang masam. Kadang tanak makan terus haha! Anyway, simple entry pagi ini, saja nak share, top 3 cravings yang buat saya teringat- ingat sejak 2-3 minggu lepas. Kecuali yang kasut tu, tu baru teringin PAGI NI! Hahaha!

1- Sofina 3.0 handbag from Fashion Valet 
Lama dah perati kegilaan semua orang dengan handbag ni, dan sekarang baru rasa nak beli, sebab tengok spacious betul, sesuai jugak nanti dah ada baby, jadi diaper bag pun boleh ni. Terus nak nak nak! Tapi esok pagi launching, dan selalunya Sofina ni akan habis dalam masa sejam pertama. Gila kan. Jadi esok pagi, kena standby kihkihkih! By the way, tu gambar dari blog Vivy Yusof, tu perut pregnant dia, bukan perutku.


2- Nelissa Hilman's flat shoes
Rasanya teringin flat shoes Nelissa Hilman, dah setahun lebih kot. Tapi macam biasa, tak berapa ambil peduli sebab risau lah beli kasut online, kot tak selesa. Tapi ku tengok Vivy (again! stalker tegar namanya) selalu pakai, dan bila baca komen- komen semua cakap it's very comfortable, keinginan tu meruap- ruap semula. Kasutku yang sedia ada buat lenjan ni memang dah kategori patut simpan je, comot sangat. Heels pulak of course dah simpan sejak pregnant. Kalau tak pregnant pun jarang ler pakai. Tapi still berfikir- fikir, yay or nay?


3- Beach holiday in Langkawi
Aha, yang ni memang da bomb! Last time jejak beach maybe masa pergi Paka, Terengganu. Saya dah propose pada life/business partner tentang percutian ini dan saya pilih Langkawi. Pakej yang ku tawarkan (ehehe) termasuklah Geo Park tour, spa for me, golf for him and kids club for the kids. Pastu buat la kira- kira, humak aih memang bajet 5 bintang sangat ni hahaha! Hari ni bangun tido dok fikir, maybe nak downgrade la, tinggalkan Geo Park saja LOL!



Apa "pregnancy cravings" anda semua :)

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

1 comment:

Mama Asz said...

Geo park best,enjoy,view cantik :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...