Pagi tadi saya terjumpa satu artikel menarik tentang dilemma ibu- ibu, samada untuk bekerja atau menjadi surirumah sepenuh masa. Jom baca, saya cuba buat summary untuk maklumat bersama. Oh dan kebetulan malam ni, ada sedikit discussion tentang house-husband dalam group WhatsApp kami, jadi ia juga boleh jadi panduan kepada para suami/ bapa juga.
Ada 3 panduan penting yang perlu kita ketahui jika mahu mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dan jadi surirumah:
(1) Jangan buat keputusan berdasarkan apa yang orang lain buat, sebab kita semua tak sama. Ibu yang berhenti kerja tapi tidak gembira 24 jam mengadap kerenah anak- anak, akan jadi ibu yang stress dan tidak beri nilai yang tinggi kepada anak- anak. Sama juga kalau ibu tidak happy bekerja, dia juga tidak boleh beri komitmen yang baik kepada majikan. Kita lebih kenal diri kita sendiri, samada kita sesuai atau tidak menjadi suri rumah.
(2) Jangan harapkan semuanya perfect dan berjalan lancar. Sebelum berhenti kerja, kita mendambakan anak- anak yang mendengar kata (sebab happy mak ada di rumah sebagai contoh), rumah yang bersih dan tersusun (sebab kita ada banyak masa untuk mengemas, maklum saja 24 jam di rumah). Sedangkan hakikat sebenar adalah berbeza, kerana rumahtangga ini pasti ada cacat celanya, dan ianya sentiasa "work in progress".
(3) Jangan takut untuk ubah keputusan sekiranya percubaan untuk jadi surirumah tidak berjalan lancar. Kita sentiasa boleh kembali semula bekerja dan adjust mengikut keperluan usia anak- anak. Ada ramai ibu- ibu yang kembali bekerja apabila anak- anak sudah besar dan tidak perlu lagi penjagaan sebagaimana seperti ketika mereka masih bayi.
Anak- anak ni ada masa memang geram je nengok kan? Ini baru dua orang, kalo 5-6? Telan B Complex, Garlic & Lecithin untuk beri ketenangan, dan motivasi minda! |
Bagi saya sendiri, setelah lebih 10 tahun bekerja, sukar untuk saya refer diri sendiri sebagai "surirumah" walaupun sudah tidak pergi kerja dalam erti kata biasa (keluar pagi, balik petang/malam). Sebab saya masih lagi bekerja, siang dan malam, namun masa saya sangat fleksibel. Anak- anak pun adakalanya keliru, samada saya ni kerja 24 jam ke (sebab pada mereka pegang phone pun bekerja!), atau langsung tak kerja apa2 (sebab tak keluar rumah pun haha). Saya lebih senang beritahu orang yang saya ni ada bisnes dari rumah. Itu lebih tepat rasanya.
Work station saya di rumah, dalam study room yang juga merangkap bilik kain baju kena lipat dan susun. Perlu minda yang pejal untuk fokus, nak kerja ke nak mengemas rumahtangga? |
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah.
2 comments:
salam Jumaat, setiap yang terjadi pasti telah ditakdirkan buat kita, ana tidak pernah kesal bila mengambil keputusan utk menjadi seorang suri rumah sepenuhnya,rezeki datangnya dari Allah swt... redha dan bersyukur sentiasa.. :)
Alhamdulillah :)
Post a Comment