Wednesday, January 21, 2015

Resepi Nasi Goreng Pelangi

Assalamualaikum semua :)

Sejak pregnant ni, selera makan saya on- off. Walaupun sekarang ni taste buds kiranya dah OK, tapi ada masa memang takde rasa nak makan, walaupun lapar. Jadinya saya dok ulang makan roti dan minum protein shake saja. Memang kenyang, sambil- sambil kunyah la coklat, biskut. Tapi bila tiba selera nak makan datang, jam- jam tu jugak ke dapur memasak hahaha! Dan paling saya suka ialah masakan sendiri kihkihkih! Sedap pulak rasanya sekarang ni, mungkin lebih prektis sejak bekerja di rumah. Dulu banyak prektis di kedai je hahaha!

Anyway, petang tadi tiba- tiba rasa nak makan sayur- sayuran. Mula- mula datang teringin nak Nasi Goreng Cendawan. Bila Google, banyak sangat versi, so malas nak fikir. Maklumlah tukang masak amatur, tak boleh confuse. Tapi keinginan nak makan sayur membuak- buak. So lepas fetch the kids from school, pergi beli peas, baby corn, bell pepper & sawi. Still tak tau nak buat apa. Balik rumah, dah pukul 3, belum lunch. Anak- anak dah kenyang makan di Delifrance lepas sekolah. Jam 4 petang, gigil lapar hahaha! Terus masak nasi, nak jugak nasi goreng, tapi dengan resepi sendiri, janji banyakkkkkk sayur dan berwarna- warni, maka terjadilah Nasi Goreng Pelangi hahaha!

Ada ke yang nak resepi? Syok sendiri sangat ni, jadi saya share di sini resepinya LOL!

Minyak untuk menumis
1 biji bawang besar, dihiris nipis
Segenggam ikan bilis
4-5 sudu sos tiram
2 sudu chilli paste
Cili padi (optional)
Baby corn, bell pepper, peas, carrot - dipotong kecil
Nasi 2 pot
**TIADA garam, gula, ajinomoto

Macam biasa la buat nasi goreng, tumis je bawang, ikan bilis, sos tiram & chilli paste, dah cantik naik minyak, letak veggies, goreng, tapi jgn sampai layu, nanti takde pulak effect krup krap tu kan. Kemudian letak nasi, gaul sampai rata, siap! Api kena kuat, tapi kena gaul laju- laju supaya tak hangit. Jangan main Facebook la time ni hahaha!

Bahan- bahan pelangi itu....saya suka bawang besar banyak2!
Tabur cili padi untuk kesan menyengat dan meleleh air hidung! 

Anyway, sebenarnya memang elok kita makan sayur- sayur berwarna- warni setiap hari, untuk bekalan anti- oksida dalam badan. Tapi dengan syarat jangan la dimasak sampai lunyai dan lebam. Make sure dapat makan fresh dan kalau dimasak pun tak payah lama- lama. Warna- warna pada sayuran pun berfungsi untuk protect sayur2 ni daripada penyakit, jadi kita pun dapatlah benefit sama.

Selamat mencuba, cewah!

1 comment:

Nik Adewati said...

Kak put nak cilok resipi.nyamss

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...